Sunday, January 23, 2005

Selamat Hari Raya Aidiladha juga untuk ko..

kluangman_jef



Waalaikummusalam W.B.T..buat sahabat/i ku azah..

Alah aku no hal lah... aku pun tahu ko sajer cakap macam tu. Memang lah kalo nak cakap perlu dilepaskan kalo tak macam mana nak orang lain nak faham apa yang nak disampaikan. Erm.. dah lah jangan fikir² lagi tentang apa yang dikatakan ok. Benda dah lepas nanti buat penuh dalam kepala pulak... boleh jadi sakit tau.

Eh, betul ker ko doa untuk aku. Wah terima kasih ar... doa untuk aku. Itu aku tau diterima atau tak diterima, janji kita dah berdoa. Sebab lepas itu adalah kerja Tuhan untuk memperkenankannyer. Kalo kita mencampuri kerja Tuhan nanti kita sendiri boleh jadi gila dan kalo silap langkah kita sendiri akan berdosa sebab menyalahkan Nya yang tidak memperkenankan doa kita. Pasal mati pula, aku tahu itu juga kerja Tuhan yang nak tentukan dimana, bila dan sebagainya mati kita. Kat mana² boleh mati tapi berdoalah mati kita agar dalam keadaan yang sempurna... InsyAllah. Bagus ape jadi ustazah. Ko tak mahu jadi ker ustazah?

Pasal kahwin ni memang lah bukan mudah beli barang kat kedai atau kat pasar (pasar lambak, pasar malam mahupun pasar tani). Tapi ko jangan terikat pada kata² orang dulu² yang mana dari mata jatuh ke hati. Zaman sekarang ni pula dah lain tau. Sekarang ni pulak punya style, dari kata² terus ke jantung tau. Lagi bahaya tu. Hehehe. Amacam boleh jadi ker penjual ikan dipasar? Hehehe.

Eh... aku tak kesah la kalo ko nak jadi baik. Janji ko nak jadi baik dan jangan nak jadi jahat sudah. Tapi tak tau lah kalo ko boleh bertukar² macam sesumpah (sejenis binatang spesis cicak). Aku terpakasa explain kat ko sebab kekadang orang dok bandar tak pernah jumpa sesumpah. Tapi selogok orang yang terkena sumpah mungkin selalu (Penagih dadah = sesampah). Hehehe. Hmmmm... menyampah!

Pasal kawan ko tu ko belum cerita lagi kat aku. Cerita lah kat aku apsal. Ko tak rela dipujuk oleh nyer. Hehehe. Wah ko sekarang bergerak secara solo ker? Tapi sejak bila pulak ko bergerak secara berkumpulan.. ko tak pernah citer kat aku punnnn... Tapi garenti lagi menguntungkan kalo bergerak secara solo ni ek. Yer lah kalo artis bergerak berkumpulan kena bahagi keuntungan reramai tapi kalo bergerak secara solo boleh makan semuanya tanpa perlu pembahagian harta. Menguntungkan ker? Kalo ko sudi untuk membetuk kembali kumpulan ko tu aku sudi dan bersiap sedia menurut perintah untuk menganggotai kumpulan ko. Amacam ada macam pelatih Khidmat Negara tak? Hehehe.

Ko jangan risau lah... nanti kalo ada jodoh tu ada ler tu. Sekarang ni ko dok doa lepas solat dah mencukupi. Jangan pulak ko dok berdoa bawah jambatan sambil mandi bunga.. itu dah pandai sangat. Kata orang kekadang kita akan lebih bahagia dok hidup bersama dengan orang yang menyayangi kita dari dok bersama dengan orang yang dok kita sayang. Paham tak wat i mean. Sure not?

Pasal ko tunaikan solat tu memang ler kena perli sebab mereka ingat ko bergurau sebab satu kelainan yang telah ko lakukan dalam masa terdekat ni tapi nanti kalo dah menjadi kebiasan kepada diorang tentang tangunggjawab ko ni garenti takder nyer diorang nak menyindir ko lagi. Keadaan itu pun boleh berlaku pada kawan² aku. Tapi patutnyer ko jangan terus melenting tapi kalo dah darah keturunan macam tu nak buat macam mana ek. Hehehe. Patutnyer ko kenan tunjuk muka senyum sikit bagi seri sikit kat ko dan mana tau sifat releks ko tu boleh mengajak diorang sama join ko berjemaah nanti. InsyAllah. Tapi jangan terlalu memaksa diri untuk berubah secara mendadak nanti ko jadi feedup. Berdikit² lah ok. Allah tahu apa yang ingin ko lakukan tak payah rust² ok.

Erm... pasal kawan aku pulak memang aku fikirkan tentang apa yang ko fikirkan, kesian jugak dan tak adil bagi orang lain tapi bila aku fikir²kan mengalahkan group 'Ahli fikir' ni pulak, mungkin ada hikmah nyer kalo Allah sengaja tak menunjukan keAdilan kepada sesorang tu bagi menguji kesabaran mereka seperti apa yang ko katakan tadi. Kemana pergi... Erm!!!... segala janji (Ahli fikir).

Yup... Aku Proudddddddddd!! Eh sori ter'speaking London plak? Banggaaaaaaaaa... Arr!!! Ni aku dah listkan comment² aku yang ko memberi kepercayaan penuh 'priority to comment' kat aku yang sememang sepatutnya ko berikan ni dari awal² lagi. Bersiap sedialah untuk berasaplah kepala ko nanti aZah. Heheheh.

1. Ko aku tengok kepala ada sikit keras macam 'stainless steel' gak tapi kalo pandai dampingi ko garenti ada juga tang lembutnyer. Almaklumlah besi pun bersifat bolehbetuk.

2. Ko macam aku gak sebab tak tahan diperli kawan. Orang macam ni susah untuk membuat sesuatu keputusan tanpa sokongan orang lain. So jangan bergerak secara solo nanti hangat² tahi cicak jer (sajer tukar tahi ayam, bagi kelainan skit).

3. Hati ko tak keras macam batu yang mana nak haluskan batu tu tak boleh cairkan tapi perlu ditumbuk lumat² baru dapat halusnyer. Tapi yang nyata ko tak keras macam batu yang aku katakan tu sebab ko mudah rasa bersalah. Ada bagus juga tak bersifat seperti batu tapi ada baik gak kalo ada sikit sifat batu tu bagi membuat orang menyesal dengan tindakan mereka terhadap ko.

4. Ko jenis yang suka memikirkan sesuatu yang menjadi masalah untuk ko walaupun sebesar kuman sekalipun. Macam mak aku, boleh buat penyakit tau. Tapi Almaklumlah perempuan, commit betul ngan anak². Sebab tu kekadang ko memikirkan tentang masa lalu. So aku rasa ko perlu kawan yang rapat membolehkan tiap² masalah ko ada juga orang tahu. Bukan dia itu sama² mendapat sama tempias masalah ko tapi dia untuk ko boleh menyimpan sama² kenangan cerita hidup kau dan mengatasi masalah ko yang mendatang dengan membandingkan masalah sebelum ni yang dah berjaya ko hadapi.

5. Ikutkan banyak lagi tapi cukup lah berdikit² dulu nanti pressure pulak jadi nyer. Abis ko dah bagi jalan kat aku nak komen. Aku sapu abis tak bagi chance langsung kat orang lain. Itu aku... (SO7). Amacam ok tak?

Yup, aku nak sambung belajar tapi just part time jer. Aku ingat nak amik course yang senang² sikit jer lah janji grade in mechanical faculty. Bila pikir² balik bila gak nyer aku nanak grade, garenti dah berumur baru dapat degree. Ah! aku tak kesah sebab aku buat benda ni bukan nak dapat cepat² pun, cuma just buat pendorong untuk anak² aku satu hari nanti untuk belajar sampai keperingkat super saya tertinggi... ops... kepala aku ni kuat betul memikirkan tentang abestos'nyer cerita kartun kegemaran ramai tu. Menyirap betul aku tak dapat layan kartun tu sebab blackout satu kampung aku tadi. Nasib baik tak cukup tidur, aku sambung balik tidur yang tertunggak malam tadi. Hehehe.

Kalo ko nak doa, doalah janji kau ikhlas dan yakin itu dah mencukupi. Bukan nya semestinya kau wali atau ape² pun sebab Allah tak memilih doa hamba Nyer tapi cuma lambat atau cepat jer doa tu diperkenankan. InsyAllah. Besssssssssssssstt... Nyerrrrrrrr....itu lah kata² yang ko harap aku katan kan... kan...kan...

Tentang terharu ko terhadap pertolongan yang tak seberapa aku tu janganlah lelebih nantikan... nantikan aku pun... sedih gak tau... huwaaa... waaaa.. sayu hati aku tau. Alah aku bukan buat apa pun just bagi tau jer, saper² boleh buat tapi dapat ker tak aku tak boleh garenti lah. Tak apa lah jangan memikirkan kau course apa janji kau cuba. Itu dah memadai. Kata orang tak cuba tak tau sebab sekurang² nyer beri company tu peluang memilih. Kalo macam tu gaya nyer terpulang lah kat ko, aku just sampaikan amanah kakak aku untuk bertanyakan kepada kawan² jer.

Tang gambar tu terima kasih memberi satu peluang untuk mengenali ko iaitu dengan meng'invite' aku masuk ker frenster site.Tapi aku tak beberapa paham lah dengan site yang ko invited aku ni. Citer sikit... Ning (maksud nyer kakak). Lepas tu invite lah aku masuk sana ek nanti.



Aku tak tau... eh.. sapa yang dah ubah ko jadi baik ni. Oooo... lelaki... ehem (2x)... tak kan tak ada apa² feel touching somthing tang ko punyer hati mahupun jantung ko. Dah ada depan mata ko kebas jer ler. Ermmm... dia ada adik perempuan tak... kim salam kat adik dia jer lah ek... sure dia ada adik... paling koman pun adik terangkat. Hehehe. Suruh dia kim salam adik dia ek... nak ulang ker banyak kali. Rasa nyer tak payah lah kot... sekali cukup yer dok.

Pasal iklan tu, tak apa lah aku anggap ia untuk pasaran over sea. Mungkin dia orang nak promotion untuk orang seberang kot. No hal lah. Aku ni suka bertanya kalo orang yang aku berbual tu tak nak tanyer apa². Baguih tak aku.

Lagi satu sorry lah aku modifikasi sikit blog ko sebab malas aku nak klik kat adsress tu untuk nak tengok ecard yang ko antar kat aku, sebab tu aku telah menceroboh masuk blog ko dan mewujudkan nyer terus kat blog ko tu. Kalo ko nak tembak... tembak lah aku tapi... tapi bagi lah aku peluang untuk memilih bahagian mana boleh ko tambak. Minta tembak tembak tang betis kiri ni yer. Biar aku sengseng skit seluar aku ni supaya ko tak miss melakukan tembakkan tepat di tempat yang sepatutnya. Hehehe.



Artis : ADAM AF2
Lagu : Haruskah

MAESTRO:

Dikala dikau mencari cinta
Aku memberi tetapi beku kurasakan
Dikala aku dilamun cinta dengan dirimu
Mengapa kau jauh dariku

Tiada cinta di dalam dirimu
Biarpun kau kata cinta padaku
Tidak kau rasa getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cintaku

Korus:
Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hati ku
Tak perlu ku ucap
Baby I love you so
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku

Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain difikiranku
Tak perlu ku ucap apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta
Kita berdua

Setelah semuanya berlalu hatiku sepi
Tertusuklah cinta ku ini
Jikalau kau pergi dariku
Aku bersendiri
Mengapa kau begitu

Tiada cinta di dalam dirimu
Biarpun kau kata baby I love you
Tiada cinta getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cinta ku

Ulang Korus

Thursday, January 13, 2005

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum..buat sahabat penaku jeff.. ( intro kata2 baik ni kekeke)

Sebelum tu aku nak minta maaf laa..kalau kau ada berkecil hati dengan blog yang aku balas minggu lepas.. aku minta maaf kalau aku ada terlepas cakap yang kau ni mudah lupa kawan..bukan apa..niat aku hanyalaa gurauan semata-mata.. jangan simpan dalam hati..lelama buleh mati… kekadang aku ada gak terfikir…gurauan aku ni melampau..tak terpk langsung perasaan orang. Minta maaf ok…

Berdoa? Insyaallah..tp ko jgn salahkan aku kalau doa aku ni tidak diperkenankan..sebab aku bukannya wali..yang doanya sentiasa diperkenankan allah… aku nikan manusia biasa…yang dosa dan pahala sama seimbangnya..entah2 dosa lebih berat… semua orang nak mati dalam sempurna jeff..tp ko kene ingat..kalau allah nak matikan kita dalam keadaan yang mengaibkan..mungkin allah nak hapuskan dosa2 kita….so caranya dengan meletakkan kita dalam keadaan tu…semua perkara ada seribu hikmah yang tersembunyi…jgn berburuk sangka dengan takdir allah..sentiasa bersangka baik…barulaa hidup aman sempurna…( dah ..dah start dah ustazah azah).

Betul gak kata kau kan ttg bab kawen tu…ringan sikit beban parents aku nak menangung dosa2 anak dara yang sorang ni… tp mana laa aku nk cari dalam masa terdekat ni..kalau buleh beli kat pasar..ok gak…ini kene mencari…pastu kene pilih plak yang mana yang sesuai..dan memacam lagi la…tp takper insyaallah..benda yang susah nak cari tu laa yang akan kekal.

ALLAH answers PRAYER in three ways…ALLAH says YES n GIVES u what u want…ALLAH says No n GIVES u something Better…ALLAH says WAIT n GIVES u the best in HIS own…”

so mungkin allah suruh kita bersabar supaya dia buleh memberi yang terbaik untuk hambanya… so kene laa banyak sabar..mana tau aku dpat suami yang mithali. Yang buleh membimbing aku dunia dan akhirat…sapa tau untung nasib seseorang..betul tak?

wei..takper ker..aku jadi baik sikit ni…aku takut aa ko bosan baca…tp biar laa kalau kau bosan kau abaikan jerlaa apa aku tulis..sebab manusia mengambil masa yang lama untuk menerima perubahan….aku harap kau tak laa bosan.


Tentang kawan aku tu? Mm..antara kami dah tiada apa2..ada banyak sebab aku meninggalkan dia…tp ada laa satu benda yang menguatkan aku supaya lupakan dia..walaupun dia kecewa tp aku terpaksa laa kecewakan dia…tp aku rasa cam dah cita jer..ker aku cita ngan member lain? Entah aku tak ingat daaaa…

sekarang ni aku bergerak dalam ketogeri solo tidak lagi ketegeri duo atau berkumpulan…hehehe……..aku lebih selesa macam ni..sekarang ni jeff..kalau orang tanya..wei ko bila nak kawen…aku jawab senang jer sapa masuk minang aku..aku terima terus..kalau mak bapak aku setuju..lagi aku takyah pk panjang…aku terima pastu kenal laki aku lepas kawen.abis cita…dengar cam aku ni dah putus harapan kan..tapi lebih kurang jugaklaa ceritanya. Memang itu jer yang aku harapkan jeff…aku dah malas nak bercinta2 ni..biar laa semua tu berlaku lepas kawen…tpi ini semua rancangan aku jer…yang menentukan allah….aku hanya buleh merancang dan berdoa jodoh aku macam tu. Biarlaaah kalau aku tak jumpa jodoh aku didunia ni..mungkin allah nak jumpakan jodoh kat akhirat sana.. itujer doa aku hari2………

tp apa yang ko pk kan tentang kaum pompuan tu betul laa tu..perasaan cemburu, risau semua adalah kalau dengar member rapat kita dah kawen…dah tunang …dan apa2 laah…tp alhamdulillah aku leh control akhirnya perasaan tu.. aku pk..jodoh orang lain2 kan..mungkin esok2 jodoh aku pulak..mana laa tau…

membuat pernghijrahan ni memang kene korbankan banyak benda..yang paling utama KAWAN-KAWAN aku… mm..dari seorang gadis yang gegila babes..nak menjadi seorang gadis yang sopan..pergg!!! amik masa diorang nak terima.. aku hanya test sikit jer kat member aku…. bila aku kuar..perkara yang aku utamakan bab solat…bila aku bukak jer aku nak pi solat..diorang punya perli punya laa best..ayat pertama “ ala ko pergi aaa…ko alim….kitaorang tak alim” aduiii sakit ati tul aku dengar..nak jer aku hempuk kepala dia…tp kekadang aku jawab gak balik “ abis..sampai bila ko nak jadi camni…nk tunggu mati baru nak berubah ker?” amik kau..merah padam muka diorang..tapi aku pk2 plak…tak baik aku buat camtu…tp pk2 balik..bengang gak aku.. tak abis2 dialog tu jer yang kuar..lagi satu dialog ni “ alaa ko tolongkan jer laa doakanlah kesejahteraan aku..doa ko kan mudah dimakbulkan” aduii..lagi sekali aku hangin..tp mmg banyak dugaan betul laa penghijraan ni…tu laa aku..dulu solat on of ..sekarang padan muka aku..tapi alhamdulillah laa jugak..ada gak mmber aku yang menerima perubahan aku ni.

ttg kata2 member ko tu..lain kali jawab camni…”ALLAH tak menjadikan manusia tu cantik dengan hendsome, kaya dengan kaya…TAPI ALLAH jadikan manusia tu baik dengan baik dan jahat dengan jahat….kalau korang nak dapat bini baik..korang kenelaa baik..takpun korang nak kearah tu..bukannya dia jahat dia buleh dapat bini baik supaya lepas kawen leh bimbing dia..tak adil laa bagi pompuan tu..apo laa…..alaa jeff…mungkin sekarng diorang buleh gelakkan kau…mana tau satu hari..doa kau dimakbulkan..dapat isteri baik..hah! masa tu laa diorang buleh melopong jer…

kita semua sama jeff…nakkan orang disekeliling kita ni buleh membimbing kita kearah kebaikkan..bukan menuju kemaksiatan.. aku juga rindukan zaman itu. Tapi aku kene jugak melalui zaman dewasa..zaman mengenali dosa dan pahala..zaman mengenali batasan pergaulan..aku..engkau…dan semua orang kene laluinya…kekadang aku takut untuk menjadi seorang dewasa..kerana dengan peningkatan itulaa aku kene banyak berhati2..bermacam2 perkara buleh berlaku..bak kata orang seolah2 kita berjalan dia atas jambatan gantung…dimana kita kene jugaklaa melintas hingga kehujung walaupun dibawahnya ada pelbagai rintangan..kalau kita jatuh….peluang untuk naik semula amatlah susah… aku takut nak hadapinya..aku takut sangat….astghafirullahhal’azim
( aku mula menunjukkan tahap keseriusan aku..itulaa aku malas nak serius ni..tengok tu mula menguap..sat lagi mesti dia amik bantal busuk dia..pastu…mulalaa dia…..nak kene budak jeff ni… nanti kau…)

itu baru test jer..aku nk jadi serius camtu…apa pendapat kau…boring tak..aku nak ko terus terang jer ngan aku..taknak bertapis2..komen jer apa ko nak komen..kalau ko mmber aku..aku nak ko komen dengan seikhlasnya…baru best…orang kalau nak berubah dia kene tahan dikomen..so aku nak ko orang pertama yang komen ttg aku..camner.. aku bagi priority to comment…bangga tak? cakap laa BANGGAAAAAAAA!!!!

Eh.eh..jef ko nak sambung belajar..alamak jeles aku..aku pun nak gak sambung belajar..takkan aku nak dok di takuk yang lama jer..tp aku takda peluang tu..aku nak tunggu aku confirm kat sini..pastu baru aku pk nak sambung belajar..sebab kalau aku confirm aku apply scholar utk sambung belajar…insyaallah buleh dapat koot. So tk yah aku pening2 nak pk ttg duit..belajaaar jer aku buat…bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….
Tpi aku akan doakan ( walaupun doa aku ni bukanlah doa dikalangan wali2) tp insyaallah akan dimakbulkan….supaya ko dan aku dapat sambung belajar….amacam best tak, cakap laa besssssssssssttttttttt……………………



Aku terharu kau bagi tau ttg kerja tu..untuk pengetahuan kau..major aku adalah IT daaa…
Manalaa aku tau ttg electrician ni.. tp aku ttp nak ucap terima kasih sebab kau bagi tau aku ttg kerja tu..kira ni usaha kau nak menolong aku..terharu sioot… eh bukan sioot..kene sopan lagi….saya sungguh terharu dengan pertolongan saudara..hikhik……..

Wei ttg gambaq tu kan..ala..hai..hang masuk jer laa frenster..hang ada tak frenster..klu tak da habaq kat aku biaq aku invite hang masuk sana..kat sana ada gambaq aku…tp sekepin jer laa…aku tgh dok update nak letak ganbaq berkepin-kepin.. tp tulaa dok tunggu scanner…nnti laa..sebab aku buntu laa nak letak gambaq tang sini..aku tak tau nak buat lagu mana…ok dak idea aku ni jeff..buleh laa noo…kasi buleh jugak laa noo…


Ha…apa lagi nak cakap yer…. Ooo ko nak tahu ker sapa yang dah ubah aku menjadi baik ni.. dia lelaki daaa…takkan ko nak ngorat plak..isk!isk.. agak2 laa..ko ni…nak cari pengganti pun biarlah lihat jantinanya.. ini main bedal jer…kihkihkihkihkhihi…
Iklan yang aku cakap tu…dah siap dah..aku dah tengok..tapi aku tak tahu apa jadi.. malas aku nak amik tahu..dah laa duitnya pun lambat dapat..mm..ah! lantak laa..malas aku nak amik tau…

aku nak cari ekad aidiladha buleh plak takder..hangin aku.....takper laa...lain kali aku letak...ni aku letak kad yang takder kene mengena dengan aidiladha..kekeke

http://oikuu.url.cjb.net/

ni ada lagu RABBANI ( cewaahh mementang aza nak jadi baik...letak lagi nasyid jer ..kekekke)


Kerlipan Cinta

Hidayah,

kerlipan cipta cintaku
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cita keseorangan
Aku masih menghitung diri
Kesiangan yang panjangIngin mengisi hati

PadaMu kasih,
satukan akuDengan RahmatMu,
dengan kalimah
Malam siangku berliku-liku

Duri dugaan siratan cinta
Biar di jembala mentari
Dan di bahu gunung berapi
Pasrah ku abadi untukMu...

Ku kembara setia disisiNya
Ku inginkan bahagia abadi
Ku impikan sentosa naunganNya
Selamanya...


Sunday, January 09, 2005

Alhamdulillah enkau tak merajuk... ("_,)

kluangman_jef



Assalamualaikum...w.b.t

Eh.. gembira aku kerana ko sudi balas blog ni. Apsal la ko delete blog ko tu, aku kan dah kata tak kesah kalo ko nak tulis apa² pun sebab ni blog demokasi dan bukan mengamalkan pemerintahan yang anarki yang berkuku besi. Wei... sedih aku sampai ati walaupun tangan ko tak sampai kata aku tak ingat member. Aku ni seorang yang menghargai kawan tau tapi kawan² je kekadang terasa ngan perangai aku ni yang kekadang macam tak amik kesah padahal aku still menghormati kawan yang ada sifat menghormati kawan.

Betul ek ko tak marah... pelik? Ala.. ko kene paham le sikit sebab keje aku tak mengadap depan komputer macam ko, so ada lambat sikit la nak balas blog ni. Kekadang kalo kat rumah ni pun nak connect asyik server down jer almaklumlah kalo aku tak balik... kakak atau adek aku yang tau main komputer ni alamat tak hidup la komputer ni. Wei.. aku tak kesah kalo ko tak doa aku panjang umur tapi doa la aku agar mati dalam keadaan sempurna (bukan mati kemalangan jalan raya atau sbg nyer). Aku tau bukan semua orang mati accident sempurna fizikalnyer. Insaf aku bila dengar keadaan kawan² aku yang mati accident. Nauzubillah minzali. Al-fatihah untuk diorang. Kata² ko menyebabkan aku rasa bersalah jer ek buat ko macam tu. OK la lain kali aku tau buat lagi... janji aku tak mau la... tapi aku usahakan juga agar benda ni tak berulang lagi.

Kahwin punya hal memang perlu difikirkan segera oleh kaum wanita sebab kesian kat mak ayah yang terpaksa susahkan diri untuk menjaga keselamatan anak gadis mereka. Kalo dah kahwin mungkin lapang sikit bebanan mereka. Tapi jangan terlalu memaksa ko membuat pilihan asal boleh jer... biar lah pilihan dibuat dengan pemikiran yang profesional dan keadaan yang bersedia takut nanti perasaan kasih itu ada sekerat jalan jer. Aku doakan ko cepat bertemu Mr. Right ko. Eh... aku baru teringat, mana kawan lelaki yang ko kawan kat tempat kerja tu. Cite sikit. Tapi kalo tahap gatal ko dah mencapai tahap super sayar 4 maksimum..hehehe... ko jangan lah ngorat bangla sebab sekarang semua bangla dah balik negeri... so sekarang aku yang ambil alih tugas diorang untuk menyemai, menjual, dan mempromosikan kangkung² di kedai. So aku ni pun kacak juga.. dan akhir² ni makin bergaya sebab pendapatan hasil jualan semakin meningkat. Eh... apa yang aku mengarut ni.

Aku tau kalau perempuan berkawan dengan kawan² perempuan yang akan atau sudah berkahwin... perasaan risau itu akan timbul dalam masa tersebut. Ini kajian aku terhadap kawan² lelaki aku yang ditinggalkan makwe mereka sebab mereka menangguhkan soal kahwin. Bila aku tanya apsal awek ko bolah tinggalkan ko sebab nak kahwin dengan orang lain. Kawan aku kata sebab awek dia ni semua kawan² dia dah kahwin so awek dia ni pun risau kalo kahwin terlambat dari kawan² dia yang lain. Betul ker? (Aku tanyer kat ko).

Bagus lah kalo ko dah mula berubah jadi baik. Aku sokong ko sejak dari dulu lagi sampai bila² pun. Tak perlu tengok atau pandang kata orang kalo kita berhijrah kepada sesuatu yang baik. Apa ko ingat aku tak biasa nak berbual ngan orang yang menggunakan bahasa sopan ker dalam dunia penulisan ni.Perkh... dunia penulisa tu... Wakah..Kah.. Aku kan study kat Kelantan so ramai lah classmate aku yang agak warak sikit dan kalau antar SMS dah tak guna saya, awak, aku dan engkau dah... semua guna ana dan anta jer. Tapi diorang ni bagus la sebab dah bertunang pun dalam usia muda sebaya aku dan mungkin aku rasa diorang betul² dah bersedia. Betul.. kawan memainkan peranan dalam menjadikan diri kita dari kalangan yang baik. Tapi aku risau la sebab kawan² aku kat kampung semakin menjadi² diorang punyer perangai buruk. Malu aku nak cerita kat ko tapi kalo diorang dah berubah nanti aku cerita gak kat ko. Aku nak buat macam mana mereka semua kawan sepermainan aku sejak kecil lagi. Kekadang² aku sindir² gak ngan tabiat buruk diorang. Pernah satu kali aku kata kat diorang yang aku nak cari awek yang beriman... tapi diorang ketawa beramai² segan aku nasib baik aku ni pandai buat muka slamber. Diorang kata awek macam tu sesuai kat diorang sebab diorang kene berubah kalo ada pendorong dan untuk aku plak kata diorang kene cari awek yang perlu dibantu dari segi moralnyer. Ah! lemak la macam tu... (aku just kata dalam hati jer).

Engkau ni... buat sesuatu yang baik jangan takut. Takut sebab kita belum penuhkan lagi hujah² yang mantap untuk mengukuh pendirian kita untuk berubah menjadi baik. So kukuhkan dulu dada kita baru boleh patahkan hujah² yang memper'down'kan perubahan yang kita lakukan untuk kebaikan. Percayalah, betul kata cicak. Kalo boleh aku nak semua kawan² aku yang ada sekarang berubah macam kau. Sebab tu aku kekadang terlalu rindukan zaman kanak² dulu sebab semua happy dan bersih. Tapi aku tahu kita pasti akan menempuh zaman dewasa dan meninggalkan zaman kanak² yang kita sayang nak tinggalkan sebenarnya.

Eh... mana kau tau kaki aku macam kapal air kertas. Comel kan... kaki aku. Hehehee. Bukan macam tu aku ni spesis special sikit so kasut aku ni memang kene tempah tau. Bukan apa aku tak biasa lah kalo pakai kasut yang dah siap jual tu. Gatal kaki ni kalo pakai kasut macam tu... Hehehe.

Aku tau kenapa kau tak tu nak taip apa² lawak sebab kau punyer kepala asyik nak fikir kahwin jer kan? Kan jenab kan? Kan? Kan? Atau kau memang dah berubah Zah. Kau dah lain lah Azah... kau tak macam fist date kita dulu. Kalo tak ko jer yang asyik buat lawak sarkar cap Royal London tu. Aku rindukan badut yang dulu. Warh.. warkh... jangan marah², ni ujian tau. Senyum sikit. Itu just dialog orang yang aku guna pakai. Merajuk lah tu.

Ni aku geram ni... Asal aku over time ada jer nak sabotaj aku. Pantang o.t hari², alasan nyer nak kahwin. Tak ada pikir benda lain... kahwin... Kahwin... kahwin. Kalo ko nak tau aku sibuk nak kumpul duit sebab nak buat part time study kat UTM semester depan ni kalo diterima. Malas nak tunggu² member² yang dah leka niat mereka nak buat part time study dulu² sebelum keje. Walaupun kata² diorang boleh mematahkan semangat aku.. aku tetap mengharap dan dapat buktikan aku boleh mendapatkan segulung ijazah. Lagi satu sebab aku kejarkan hasrat aku untuk beli barang² aksesori aku, macam nak beli kereta bagi memudahkan kerja berulang-alik dari kluang ker pontian dan beli komputer mudah alih bagi memudahkan hasrat pertama aku untuk part time study.

Bagus lah ko ada kesedaran terhadap orang yang masih tak tau erti berkabung masa New Year hari tu. Bagus lah macam tu. Nasib baik ko beristighfar, kan aku dah bagitau jangan mendoakan orang supaya mendapat keburukan tapi doakan lah agar diorang sedar-sesedarnya dengan kesilapan mereka. Kalo engko tolong tengok aku tolong nangis macam mazlan pet-pet tau. Waaaa... Waaaa.. sedih beb. Tapi ada ker nangis tak keluar air mata. Ape aku tanyer ni. Ah! forget it. Eh betul ker kau tak akan lupa persahabatan kita walaupun aku tak balas 10 tahun lama nyer tapi nasib baik kau kata perli. Aku ni lurus bendul tau kekadang aku terbuat apa yang orang cakap tau. Tapi tak lah dapat mengalahkan Mr. Bean + Mr. Bedul.

Best betul lah sajak kau bagi ni cuma kurang pedas jer skit tapi okalah sebab masih suam² kuku kata ko. Ala ko apsal nak belanja raksaksa goreng. Aku tak makan raksaksa goreng tapi makan raksaksa kukus. Ko boleh ke belanja raksaksa kukus nanti kalo aku carikan lagu yang ko minat tu. Kalo boleh letak madu sikit biar rasa... biar rasa... rasa apa ek? Biar rasa madu lah.. yerk. Tapi ape² pun kau memang baik... (sajer bodek tapi siapa yang telah membuka pintu hati dia ni untuk menjadi baik ni). Erm... ape² pun kim salam kat kawan baru ko yang baik giler's tue yerk. Dia single lagi ker. Bukan apa kawan aku minta aku tanyerkan, kalo boleh siap nama penuh macam dalam i/c dan kate member aku.. alang² tu biar sampai dapat no. tel dia sekali lah. Bukan apa... bosan² boleh main bedil²(tembak²) ngan kawan ko tu. Aku tau ko baik Azah. Ko memang baik lah. Tiada insan zaman sekarang sebaik ko. Tapi aku nak ingatkan kan, buat baik berpada² jangan tertipu pulak nanti.

Wei aku nak tengoklah gambar yang ko janjikan tu plzzzzzzz. Tak kan dah lupa kot. Aku bukan apa nak kenal juga kawan cyber aku sorang ni dan kalo boleh tumpang sekaki atau se'meter' ngan kawan ko sekali. Wei mana iklan yang ko bangga² kan dulu tu. Tak kan puas² ber'posse' tak tunjuk kawan. Atau ko berlakon iklan untuk siaran radio kot.

Erm... wei aku ada satu berita yang baik untuk ko. Tapi itu pun kalo ko nak cuba lah. Hari tu kakak aku yang keje kat K.L kata ada satu company Korea nak buka branch kat K.L ni tapi opis dia belum tahu lagi sebab tengah mencari. Ko jangan risau, aku tak tipu kau lah. Positin yang company tu cari engineer major in electrical & electrician. Memang ada kosong sekarang. Nama campany ni kat Korea dipanggil Gastron tapi kat Malaysia dia guna nama Gastronics. Ko nak lebih yakin, ko boleh buka website dia... gastron.com. Kakak aku kata sape² nak try boleh hantar email kat manager kakak aku guna email ini untuk hantar resume ko : (chiterarajah@yahoo.com). Kalo boleh diploma atau degree. Nanti kalo application ko diterima diorang call untuk interview. Cuba lah jangan tak cuba. Ni aku tolong member² ni tau. Oklah gud luck. Kalo tak paham ko boleh tanyer aku lagi.

Sorry sebab tak ada apa² nak taruk. Aku tak sempat nak pikir bahan apa nak taruk buat tatapan ko. Apapun selamat menyambut hari raya Aidiladha (raya Qurban) yang bakal tiba nanti.

Wednesday, January 05, 2005

Tak rela aku dipujuk

Laa…mamat ni..ada lagi rupanya…..aku ingat dah…………( jgn amik ati amik jantung udah laa)..aku bukan taknak tulis apa2 kat blog ni..aku buntu sioot..takda idea nak cita..adoii..pehal entah…aku ada gak tulis kat blog tu..tp last aku delete balik…sebab apa ntah aku pun tak tahu..mungkin masa tu tahap kebangangngan aku tinggi koot tu yang aku delete balik tu…yg ko ni raya sakan pehal…ek elee aku dah agak dah..ko mmg takkan ingat mmber punya..hampeh gas tul ler mamat ni…

Aku tak marah…Cuma aku pelik jer..lama giler menghilang..aku dah pk lain jer ko tau..bukan aku doakan ko …… tapi mana tau kan…aku ni contact ko melalui blog jer…mana laa aku nak cari ko kat tempat lain…aku tengok gak kat surat kaba..mana tau ada berita ko kan..tp takda plak…tu yg aku pelik tu…kekeekke…ko jangan pk bebukan lak..aku ni sentiasa doakan ko panjang umur..tp kekadang manusia…apakan daya..kekeke…aku minta maaf lak yerk kalau ko terasa…

Aku ni takda laa apa2 berita best pun..Cuma aku dapat sambung kontrak jer laa kt sini..setahun…mm..lagi abang aku nak kawin bulan satu ni..nak kene balik johor gak ni..lagi..aku nak kawen plak…kekekekek poyo jer aku ni kan…bukan aku member aku nak kawen polak..sedih aaa…ramai nak kawen…aku jugak ketinggalan..sebaik tahap gatal aku tak tinggi lagi..kalau tak… dah lama aku ngorat bangla jual kangkung kat umah aku suh kawen ngan aku.. ekkekee…sanggup ker aku…????

Aku sebenarnya jeff..dah nak jadi baik dah ni..ko tengok laa…insyaallah..lepas ni kalau aku balas blog mesti bahasa aku dah lain..mesti ko tergoda punyalaa dengan kelemah lembutan bahasa yang aku guna ni…tak caya? Laa tak caya cuba ko tanya “aku”…”aku” tau semuanya. Kekeke…tapi mmg betul pun jeff…aku skang kawan ngan budak bebaik jer…hari2 kasi aku tazkirah percuma…insaf aku…..walaupun dia muda dari aku..tp aku suka kawan ngan dia sebab dia banyak citer ttg ilmu daripda cita mengarut…aku tak kata yang ko ni suka cita mengarut..ko jgn salah tafsir lak..ko pun baik..ada gak selit2 kan bab agama dalam kita nya blog ni…takperlaaa…aku masih dalam proses belajar…

Tpi aku takut gak…dengan perubahan ni aku akan hilang kawan…yelaa aku biasa gegila tetiba aku jadi sopan plak..aku dok pk jer ni..camner nak buat…kekadang aku pk tu semua godaan syaitan supaya tak kasi aku berubah…insyaallah aku akan kuat menghadapinya..jef..lepas ni kalau aku tulis ayat2 yang baik2 jer ko jgn bosan ngan aku lak tau…ko bagilaa sokongan kat aku……aku nk jadi baiiik….

Cerita ttg selipar ko tu….ek elee ko nak cari saiz besar ker kecik..memalu lak nk kata kaki ko sebesar kapal…cakap jerlaa..halaa itu pun malu ker. Ko jgn riak sangat ngan ko nya kasut jeff….. ilang baru kau tau…aku pun beli gak kasut..dua pasang lagi tak heran pung..Cuma raihan jer…. Kuikuikui….merepek merapan tul ler aku ni..kata nak jadi baik tapi cam tak jadi baik pung…apolaa aku ni..gilos tul ler…

mmm…..apa lagi nak cita yerk..adoi..asal laa kepala aku sejak akhir2 ni buntu jer..mungkin masa untuk aku jadi baik dah tiba koot. Tu yang nak suh taip merapu jer mesti takder idea…mesti nak taip benda bebaik jer…maklumlah aku kan nak jadi baik. Ko kene laa paham.. so camner keje ko..apa yang bestnya keje ko skang..ker bz 24 jam.
Alaa jeff tau aa nak kawen awal..nak kumpul duit..tapi agak2 aa kan..aku pun kumpul duit gak..tapi aku tetap maintain lagi.. tak kemaruk lagi nak kawen. Tapi bagi aku kalau lelaki nak kawen baik tunggu umur 27 ker 28 ker baru laa orang kata apa..matang gitu..barulaa pk kawen..ini baru nak mula hidup dah pk nak kawen…( apa aku merepek cita pasal kawen lak ngan mamat ni)

Ko takyah pujuk aku jeff..aku tidak merajuk dan juga tidak diperajukkan….aku Cuma tiada kesempatan nak menulis tu jer. Kesian lak aku nengok ko..beria2 memujuk aku…aku ni kan dah bagi tau ko awal2 bahawasanya kawan kau yang bernama azaharah ini tidak pernah merajuk. Apa barang merajuk-rajuk ni. takder pekdahnya. Aku bukan kaki balas dendam pun..kaki manusia adalaaa….

Bab tsunami tu..aku memang hati mulia pun jeff…aku memang pi tolong pun..tapi…aku….tolong………TENGOK JER…heheh jahat aku kan…tapi aku derma tau..harapkan kau derma memang sampai bebila pun tak derma. Huh! Harapkan duit aku gak yang kuar. Ko banja awek leh aaa……ko tengok cam aku..walaupun derma singgit tapi aku tetap bangga sebab derma. Kuikuikuikuikui…..

Aku tahu jeff…bahana tsunami adalah peringatan allah kepada kita. Itu pun hanya sebilangan sahaja yang sedar. Aku harap aku adalah golongan yang sedar itu..insyaallah…

Bab countdown tu..mm dari awal2 lagi aku decide taknak gi memana..takder mood nak kuar..sebab kau paham laa kan aku nikan nak menuju menjadi baik..so kenalaa paham hehehe… las2 kuar pulak arahan dari PM..mm memang kenelaa tu. Tapi aku sedih gak..sebab kat BB ngan Bangsar..diorang still buat parti new year.. geram aku..tak hormat langsung.. bengang aku..tpi camner nak halang..sapalaa aku nak menghalang..so dok diam2 udah laa… lagipun yang meraikkannya pun kaum cina majoritinya..mana laa diorang tau bab2 camni..yang diorang tau enjoy jer 24 jam… aku doakan diorang mati kene bom jer..pueh hati sikit hehhee….astagafirullahalazim…apa aku cakap ni…

Nauzubillahmin zalik

Jeff..ko jangan risau..aku tak pernah lupa persahabatan kita..walaupun kau tak balas selama 10 tahun sekali pun..aku tetap takkan merajuk..( ini perli namanya hehehe) aku ni kan baik…

Ok laa jef… aku dah takda idea nak menaip ni…kang tetiba aku ada idea aku edit yerk….

Aku ada sajak best..sajak ini untuk peringatan kepada sahabat2 kita dan juga kepada diri kita sendiri….semoga jadi tauladan…


kawan akhir zaman


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka

Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanyaYang berkroni untuk mendapat projek
yang sedia ada Bersahabat untuk mendapat laba


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu

Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanyaYang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temuiY
ang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanyaArtis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanyaYang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh….
nauzubillah....

ps/ lagi satu aku nak ucap thanks kat kau sebab bagi lirik lagu AMPUNKAN AKU tu....aku suka sangat lagu tu..sayang kat kau...wei camner nak download lagu tu..aku nak download dalam pc aku...leh carikan tak..plzzzz..........aku cari ko pun tolong cari yerk.....nnti aku banja makan resaksa goreng special utk kau..ok... terima kasih jeff...

Sunday, January 02, 2005

Tsunami... Apa tu?

kluangman_jef



Assalamualaikum....

Erm...Terasa lama juga kau tak balas blog ni. Ni aku nak nyanyi ni... abang nyanyi ek? Mungkin kau mudah marah (Dato' M. Daud Kilau)..tidak (Ezlynn), Atau hanya melatah (Dato' M. Daud Kilau)..tidak(Ezlynn). Hehe... atau kau merajuk (Dato' Jef cermin mata berkilau) ... Tidak... eh.. ya... eh.. enntah? (Azah lynn)
Bridge:
(Azah Lynn/Dato')
Orang kata kita bagai tanduk bersendi daging
Namun... cinta masih bagai hempedu lekat dihati...

Tapi aku rasa kau garenti nak balas dendam kat aku sebab sebulan time raya aku tak tulis sepatah pun walau kata hai sekalipun. Ok relek ok. Perkara yang lepas bia berlalu , kita buat buat buku baru ok. amacam bleh tak? Er.. aku rasa tak pun kau sibuk menjadi duta Malaysia membekalkan bantuan kepada mangsa Tsunami. Kalo macam tu lah sebabnya lapang dada aku bila tahu kawan aku manjadi insan berhati mulia.

Pada mulanya terasa meluap² hati nak gi countdown kat dataran Kluang ni tapi disebabkan peritiwa 26 Dis 2004 ni berlaku aku terpaksa mengikut perintah Prime Minister kita yang menyarankan supaya semua acara countdown new year di'cencel ' serta merta tanpa talian hayat sekalipun.


So sama² lah kita berdoa agar semua muslimat mangsa tsunami berada ditempat hamba Allah yang beriman. Al-fatihah untuk diorang dan marilah kita sama² mendermakan RM1 seorang melalui sms dengan menaip 'AMP' dan hantar kepada '32366'. AMP adalah satu nama singkatan tabung amal dan derma kita melalui no. 32366 akan melalui kumpulan derma under goverment. Walau bagaimana pun kita berharap agar wang yang dikumpulkan jangan lah tunggu sampai dah penuh baru nak hantar sebab mangsa tu semua tak sanggup menunggu lama bantuan yang diperlukan. Sama² lah kita segerakan bantuan yang perlu disalurkan. InsyAllah.

Ok lah, sebenarnya blog aku kali ni pun tak ada lain adalah memujuk kau supaya jangan makan hati berulam jantung dengan kenakalan yang telah aku buat selama ini.(Rela ku Pujuk song pleazee..) So don't forget diz blog okay.

(Azah Lynn/Dato')
Pening kufahami dirimu
Pening ku mengikut rentakmu
Namun bilajarang bertemu
Rindu pula bermain dimindaku

Mungkin cara kita berbeza
Yang sama hanya rasa cinta
Berlawanan tingkah dan selera
Lebih mudah kuikutkan saja
Disitu pening kukan bermula

Sya la la la la...


Di akhir blog ni aku tatapkan ko and sape² jer yang terlawat laman blog kite ni sebagai ikhtibar. So sudah banyak tanda² Allah bagi kat kita yang menunjukkan dunia dah memang akhir zaman. Judmak Jud dah tak sabar nak kuar. Tatapan yang terakhir aku bagi kat ko ialah lirik lagu yang dapat mengingsafkan kita.

Berita yang kita sudah tahu :
1. Salji kat kutub dah mula mencairkan diri secara mendadak.
2. Keganjilan cuaca yang mana salji turun kat negara arab.
3. Yang terbaru pulak Ombak Tsunami mengorban sekaligus hampir 120,000 orang.
4. Yang ketiga diatas bukan yang terakhir dan mungkin salah satu dari perkara² yang menjadi permulaan untuk memberi pertanda agar umat manusia segera kembali ke pangkal jalan (Jalan yang menuju kepada yang Agung-Allah). Kita boleh merujuk perkara² yang akan berlaku lagi nanti didalam kitab Al-Quran & Hadith.Ingat!!! Apa yang dikatakan dalam kitab Allah itu bukan ramalan tapi kenyataan dan fakta. Asstghfirullah hal azim. Berzikir lah... sebab ia membuatkan kita lebih insaf terhadap musibah yang dihantar oleh Allah ini. Zikir dapat mendekatkan kita kepada Allah dan dapat menghidarkan kita dari iblis dan syaitan.

Berita yang kita belum tahu :
1. ?
2. ?
3. ?
(dan seterusnya, segalanya akan kita ketahui juga)




Masjid
Gambar menunjukan sebuah masjid yang kelihatan masih lagi kukuh di kawasan yang telah dilanda tsunami 26 Dis 2004 yang lalu di Meulaboh, Aceh, Indonesia yang mana kawasan sekitarnya habis musnah & rata. Itu lah kekuasaan Allah. SubhanAllah. Gambar ini telah diambil pada 1 Jan 2005 (sabtu).


Hotel/Resort
Gambar (atas-kiri)
Kakitangan Resort Chedi, Phuket membuat kerja seperti biasa pada ombak tsunami yang pertama,
Gambar (atas-kanan and bawah-kiri)
Apabila ombak tsunami kedua dan ketiga tiba menjadkan keadaan tak terkawal yang mana ombak bagaikan tidak mahu berundur semula kelaut dan terus mengalir ke darat.
Gambar (bawah-kanan)
Air laut telah membanjiri sekeliling restoran hotel dan disekitar taman hotel.


DAMAI YANG HILANG ~ NowSeeHeart

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan