Tuesday, February 22, 2005

Happie Besday Azah...

kluangman_jef

Assalamualaikum...

Apo koba my preen... Sorry lah lambat balas, ini pun sebab pc kat umah aku rosak bat pertama kalinyer disebabkan masalah virus yang tak disettlekan segera. Kalo tak minggu lepas aku dah balas blog ko tu dan mungkin sempat untuk mengucapkan Happie Besday kat ko yang ker 21 thn,... Correct isn't it?

Sebenarnya aku dah settlekan masalah aku untuk tengok gambar ko tu. Email yang aku bagi tentang prob yang tak dapat aku settlekan tu harap ko abaikan becaus aku dah solved kan semuanya. Ko jangan risau jambul aku yang melecet memikirkan prob untuk verify email aku kat frenster ni dan semakin sembuh setelah aku letakkan minyak rambut bond cap hinkmat tangan berapai 8 petala langit. Hehehe. Memang power minyak tu sampai 8 petala langit katakan. apa aku mengarut ni. Tapi macam mana nak add lagi gambar aku ek... hehehe.

Ko garenti terperanjat kalo melihat ini..!!!!!
...Hehehe. Yes... Aku berjaya menjadi seorang penkaji yang berjaya.Yes... Yess... Tapi tak puas hati lah sebabko cuba berselindung di sebali tangan ko. So macam mana nak aku nilaikan rupa mu yang rupawan tu. Kalo nak interview pramugari pun sampai tang rambut pun kena selak tau. Hehehe.

Erm.. pasal kawan ko tu... tak apa lah mungkin ko nak lupa budak yang pernah menjadi pelengkap (one of actors) crita hidup ko sebelum ni. Oklah kalo itu jawapan yang sebaik² nyer ko beri untuk soalan aku ni tentang dia.

Aku dah agak dah ko garenti tangkap cintan kat dia (budak lelaki, ada hidung, ada mata etc) tu. Erm... tapi kenapa begitu cepat penghargaan yang ko berikan kat dia sehingga dia menjadi seseorang yang teristimewa dalam hati ko. Aku rasa memang ko suka kat dia tapi cuba lah jangan berselindung dalam topeng kehidupan ko. Ko terima dia tapi ko fikir adakah ko bersedia atau benarkah dia pilihan tepat ko. Tapi jangan bersalah pulak dengan kata² aku ni. Kalo nak cuba apa salah nyer, pendek kata kalo dah jodoh tak kemana. Kalo kedua²nya tak bertepuk sebelah tangan jangan tungu lama² sebab dibiar lama akan mengundang masalah lain pula nanti. So sekarang just attach one trusted of you all. Aku sebagai kawan cyber ko suke jer kalo ia betul² membahagiakan ko. Horrie....Horrie...!!! Azah dah dapat jumpa Mr. Right dia.. Happy nice day 4 u all.

Kalo ko nak tau pendapat aku tu pun aku tak paham sangat so kao ko tak paham, sorry lah aku pun tak paham dan lagi nak explain kan gegila kat ko. TApi satu hari nanti ko akan paham apa yang aku maksudkan (kalo ko tak ada keje, garenti ko ada masa untuk mengkajinyer)... Hehehe.

Yer ker dia ada adeq perempuan... alah aku bukan cari untuk aku tapi untuk anak sedara aku yang seorang ni baru umur 5 tahun. Hehehe. So tak berjayalah kita untuk menjadi biras ek... nguwah... hahaha. Ok kim salam kat budak perempuan yang baru 5 tahun jagung tu. Garenti ko akan terperanjat beruk atas pokok bila budak tu jawab salam aku nanti. Hehehe. Peraso ko nanti.

Aku tak ada cerita untuk apa² kat Pekan nenas ni. Tapi dalam kepala aku ni... gi mandi air gunung balik minggu ni. Aku nak ajak sape² sudi teman aku pergi mandi air gunung. Entah apsal aku macam kemaruk nak gi berendam. Mungkin terpengaruh dengan cerita tempoh hari tentang kata² orang red india kepada hero omputeh dalam filem tempoh hari tu... ko terjunlah kedalam air sungai yang berada depan mata (ada air terjun yang sejuk dalam filem tu) dan ko akan berasa seperti di lahirkan semula. Semoga segala masalah dan dosa ko akan hilang daripada pemikiran ko. Yup... aku rindukan ketenangan zaman kanak² aku. Sure aku pergi mandi minggu ni. Jom join kalo nak berkubang. Hehehe.

Wah sanggup ko menaip sajak tu kat aku ni ek. Sorry lah aku tak bawak bahan lah untuk ditaip bagi tatapan ko. HEhehe. Ape pon aku really² sorry sebab terlupa nak wish H.A.p.P.Y B.e.S.D.a.Y A.z.a.H. yang ke 21 thn. Oklah semacam biasa, aku akan bagi satu lagu ang almost hit, hot and new. Terima lah....





PETER PAN - Mungkin Nanti

Saatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri

Thursday, February 03, 2005

GONG XI FAT CHAI...............

Assalamualaikum….

Kehadapan sahabat pena ku jeff….yang jauh dimata..hati dan semuanya…kekekekke


Aku nak mula dari mana yer….ko nak tahu kes mamat tu ker? Kalau aku taknak kasi tahu leh tak…malas laa nak kasi tahu hal dia…takper laa…aku nak padamkan semua memori aku..so aku taknak ianya tertulis di blog ni.tak salah kan?

Komen ko ttg aku tu….mmm mungkin ada betulnya jugak…..

1. Ko aku tengok kepala ada sikit keras macam 'stainless steel' gak tapi kalo pandai dampingi ko garenti ada juga tang lembutnyer. Almaklumlah besi pun bersifat bolehbetuk.

Komen pertama kau ni…aku tak tau laa kan..sebab hanya orang yang mengenali aku sahaja yang buleh menilai aku..aku takleh menilai diri aku sendiri.

2. Ko macam aku gak sebab tak tahan diperli kawan. Orang macam ni susah untuk membuat sesuatu keputusan tanpa sokongan orang lain. So jangan bergerak secara solo nanti hangat² tahi cicak jer (sajer tukar tahi ayam, bagi kelainan skit).

Yang ini betul…mmg aku takleh buat keputusan tanpa ada sokongan. aku perlukan kekuatan orang lain untuk membina kekuatan aku sendiri…ini mmg aku pasti sangat. Ko kata jgn bergerak secara solo..tp cmner..sukar nak mencari kawan yang betul2 buleh membina semangat aku. mmg aku taknak jadi hangat2 taik resaksa ( ubah sikit peribahasa) aku mmg betul2 nak berubah. “Ya allah susahnya nak cari kawan yang betul2 buleh memberi sokongan kepada aku. “ya allah pemudahkanlah penghijrahan ku. Berikan aku kekuatan” amin.

3. Hati ko tak keras macam batu yang mana nak haluskan batu tu tak boleh cairkan tapi perlu ditumbuk lumat² baru dapat halusnyer. Tapi yang nyata ko tak keras macam batu yang aku katakan tu sebab ko mudah rasa bersalah. Ada bagus juga tak bersifat seperti batu tapi ada baik gak kalo ada sikit sifat batu tu bagi membuat orang menyesal dengan tindakan mereka terhadap ko.

mmm…..yer ker kene ada sifat keras macam tu? Keras yang ko maksudkan camner..aku tak paham…

4. Ko jenis yang suka memikirkan sesuatu yang menjadi masalah untuk ko walaupun sebesar kuman sekalipun. Macam mak aku, boleh buat penyakit tau. Tapi Almaklumlah perempuan, commit betul ngan anak². Sebab tu kekadang ko memikirkan tentang masa lalu. So aku rasa ko perlu kawan yang rapat membolehkan tiap² masalah ko ada juga orang tahu. Bukan dia itu sama² mendapat sama tempias masalah ko tapi dia untuk ko boleh menyimpan sama² kenangan cerita hidup kau dan mengatasi masalah ko yang mendatang dengan membandingkan masalah sebelum ni yang dah berjaya ko hadapi.

Ini pun betul gak. Mana aku nak cari kawan rapat jeff. setakat ni kau laa tempat aku luahkan segalanya jeff. mana ada lagi. Tapi tulaa….kita kawan hanya didalam blog. Tp aku tetap puas hati dengan cara ni. sebab aku tak segan2 nak cakap apa pun. Apa yang aku rasa nak tulis aku main tulis jer. Tp jeff kekadang kan, time gegila aku ada masalah..aku mmg teringin gila nak cakap ngan kau terus. Time2 tu jugak. Tp susah…aku bukan leh hubungi kau. so aku pendam jer. Aku simpan gegila…pastu time aku nak tulis kat sini..aku dah ilang mood. So aku biarkan jerlaa.. aku ingat aku nak cari mmber macam kau tapi utk aku luahkan secara direct. Nnti kalau aku jumpa akan aku ceritakan kepada ekau. Hehehehe


Terima kasih ler jeff kerana memberi komen ttg diri ku yang tak best ni. akan aku kinang jasa mu hingga bebila..

Jeff… aku nak cerita ni…dan seperti biasa aku nak ko bagi pendapat dengan penuh keikhlasan. Buleh kan? cam tak biasa lak ngan aku…

Problemnya ialah:-

adakah aku gila jika aku cakap aku bercinta dengan budak yang telah mengubah aku tu? Sebab apa aku cakap aku gila sebabnya dia tu muda dua tahun dari aku. kau bayangkan…aku baru jer mencecah ?? tahun ( belum lagi laa 6.2 nnti baru betul2…saja tulis tarikh tu..mengingatkan member pena aku ni muhahahaha) dan ko dapat teka laa kan umur dia bapa. Berkali2 aku cakap mungkin hubungan ni tak berjaya kerana perbezaan umur. Tp tulaa kalau dah kawan ngan ustad ni..mula laa dia buka kes rasulullah dengan khadijah. Dan dalam keluarganya sendiri ada berlaku iaitu paksu dia. aku dah mati akal nak tolak. Tp memang aku dah sayang dia jeff. sayang aku lebih dari seorang kakak kepada adik. padahal ini laa perasaan awal aku padanya. Tapi akhirnya jadi serius lak. Dia plak sanggup plak tu tunggu aku bersedia. Aku tak tahu laa dia memain ker betul2 tapi cara dia mmg serius laa. Aku binggung daa buat keputusan. Aku sebenarnya taknak buat keputusan hanya melandaskan nafsu sayang aku terhadap dia. macam ko cakap. Aku tak leh buat keputusan jika tiada yang menyokong aku. aku dah bertanyakan ramai orang tentang perkara ni. tapi aku taklah mengaku diri aku. just aku cakap benda ni berlaku dekat mmber baik aku. cover cantiiik punya… tapi jawapan diorang semuanya positif. Diorang kata umur tidak menjadi penghalang. Semuanya bergantung pada hati masing2. itu jawapan diorang. So aku nak jawapan dari kau lak. Sebelum aku pergi jauh aku perlukan sokongan dari sahabat pena aku iaitu ko. plzzz..jef..i really2 need your opinion.

Ttg frendster tu ko tengok laa sendiri..aku bagi kau link frenster aku..ko kaji ler sendiri..kalau aku cita ni kang ko makin pening lak. Buat letih aku taip jer. So cara terbaik..aku bagi then kau servey sendiri..amacam..ok tak/ ko kan tero bab kaji mengkaji ni.
Ok ler tu ko letak benda alah tu kat situ… tidak laa bersusah payah ko nak klik. Tak gitu. Apo2 jer. Lagipun ni blog kita bersama so tak kisah laa nak buat lagu mana pun. Janji bahagia.

Pesanan kau:

Aku tak tau... eh.. sapa yang dah ubah ko jadi baik ni. Oooo... lelaki... ehem (2x)... tak kan tak ada apa² feel touching somthing tang ko punyer hati mahupun jantung ko. Dah ada depan mata ko kebas jer ler. Ermmm... dia ada adik perempuan tak... kim salam kat adik dia jer lah ek... sure dia ada adik... paling koman pun adik terangkat. Hehehe. Suruh dia kim salam adik dia ek... nak ulang ker banyak kali. Rasa nyer tak payah lah kot... sekali cukup yer dok.

Memang dia ada adik..adik dia cun kau tau….sekali tengok mesti kau terpikat punyalaa… kalau kau nak tau beberapa bulan lagi besday dia. so ko amikler kesempatan ni mengucapkan HEPI BESDAY AWEK KU YNG KER 5 TAHUN. Muhahahhhaa………ok tak? ok ler tu kan daripada ko takder awek. Baik ko amik dia. comel…cun…..semua cukup la. Amacam…..nnti kita leh jadi beras….eh silap biras…..kiskiskiskiskiskis….


Ok aa jeff..ko nak tengok gambo aku yang tak cun tu ker.. klik sini..

http://www.friendster.com/home.php?statpos=headernav

ok laah jeff…sampai sini jer…bawah ni ada sajak best..baca laa yer.




Biarpun Kita Menjadi Tuan, Kita Tetap Bertuhan
Biarpun Kita Mereka-Reka, Kita Tetap Ciptaan,
Apalah Kita Menjadi Tuan, Sedangkan Kita Tetap Hamba
Apalah Guna Mengangkat Kepala, Sedangkan Sujud Ditempatnya

Lihatlah Didalam Diri, Peperangan Ada Di Sana
Tempat Kita Dimana?
Kalau Bukan Disitu….
Gelap Dan Sempit, Dan Fitnahnya Teramat Dasyat
Perjalanan Yang Jauh Terasa Perit
Berliku-Liku Dengan Wajah Yang Legam
Siapakan Yang Mampu Menolong?

Kalau Bukan Kamu Yang Berasa Kerdil
Lalu Memencilkan Jiwa Dalam Pandangannya
Lalu Tunduk Sujud Mewalangkan Diri
Lalu Pulang Ke Pangkuannya
Kerdillah Diri Apabila Pulang Kesana
Bergemulangnya Tanah Di Atas Suburnya Bunga-Bunga
Ya Allah Terimalah Kepulangan Ku Hambamu Yang Hina

(dipetik dari buku RANGGAU, RAMLEE
AWANG MURSHID)