Demi Waktu..
Assalamuaikum
Tak kiralah sama ada ko terasa atau terpaksa aku ucapkan terima kasih bebanyak still memberi kepercayaan mendengar cerita diri ko ni. Aku hargai semua itu. Maaf kalo la ko bengang ngan aku. Hehehe. Ko tak marahkan.
Bila dengar cerita family ko esspacially pasal mak ko.. rasa2ny lebih kurang macam mak aku gak la tu tapi semua tu dah settle 3 thn yang lalu. Kalo mak ko tak pulih2 lagi dan ko buntu nak dapat penawarnyer.. aku boleh bagitau ko tempat mak aku berubat. Sebagai pengetahuan ko gak mak aku dibuat orang dengan niat orang itu mahu mak aku meninggal dengan tempoh masa tertentu lah (macam bom jangka la tu) hehehe. Tapi semua tu dah selesai sebab ustaz tu a.k.a kawan ayah aku a.k.a yang membantu mak aku telah pun menamatkan riwayat si bomoh yang menerima tempahan orang yang nak kenakan family aku. Ni bukan kes bunuh tapi ini pertunjuk daripada Allah agar perbuatan keji bomoh tu perlu dihentikan sebab dia telah banyak melakukan kematian kepada orang lain (banyak giler). Allhamdulillah hingga sekarang tiada apa yang perlu dirisaukan selain sakit tua ayah aku pulak.
Biasalah bila dah besar ni confirm ramai yang nak ada family sendiri. Lagi2 kalo dah berkerja plak sekarang ni kan semua member yang ada awek macam confident jer nak berkeluarga mana tak nyer asyik gi kursus kawen jer. Sampai aku pun diracunnya. Bila aku interview dan kekadang tak interview pun (orang yang dah berkahwin), diorang kata rugi aku tak kahwin awal. Apa betul ker? Tapi aku tak berani kata benda ni betul ker tak? Biar jawapan tu ko tunggu 10 thn dari sekarang jawapan ini dari aku. Kalo ko macam mana? Memang aku tunggu beb puteri Brunei yang cun bak macam puteri bunian. Aku pernah ape dulu nak tackle awek brunei tapi jauh sangat lah sebab bila tengok pusat aku kat perut ni.. (petua orang lama kalo pusat ke dalam dapat orang jauh).. so tak payah la aku nak citer pasal pusat aku.. segan lah.. hehehe. Tak senonoh aku ni ek? Tapi awek tu cun memang cun beb. Rupa dia lah tapi hati budi tak tau lagi. Eh.. ko apsal plak lama sangat tunggu nak berkahwin. Kalo dah jumpa yang berkenan tu bawah lah berbincang jangan tunggu lama2 macam aku nanti melopeh.. frust menungging karang ko nanti.
Aku ni sekarang tengah.. sorry correction... bukan aku tapi parent aku sekarang tengah sibuk nak menyambut menantu untuk abang aku bulan lapan ni. So keadaan taraf rumah aku sekarang sedang dalam proses 'make over' la gitu. adik-beradik sibuk macam masing2 punya majlis la plak. Tapi biasa satu family kena lah saling bantu-membantu sebab time aku nanti senang lah skit aku kan2. Hehehe. Lupa la aku nak ajak ko. Kalo sudi datang rumah aku bagitau boleh lah aku sent kad jemputan tapi kesian pulak kat ko terhakis lah duit gaji bulan 7 nanti. Hehehe. Ko tengoklah berapa mahal kad jemputan abang aku ni.
Disebabkan sekarang musim 'dunia cawan' ko minat team bola mana? Atau ko rasa aku salah masuk channel. Ko tak minat tak apa lah tapi aku minat kat team korea selatan.. malang nye diorang tewas 2 hari lepas. Hampeh. Melepas ko sebab aku ingat nak ajak ko tengok final match kat Berlin, Jerman (Korea Selatan lwn Jerman). Apa nak buat tak ada rezeki ko kan so apa kata ko tengok kat TV plasma rumah aku. Besar beb tapi sorry lah tak kira2 pula berapa inci sebab bila aku tarik kebelakang sikit projektor nyer makin besar plak skrin dia. Apa2 hal boleh lah datang rumah tengok.
Oklah ko sure sibuk kan sekarang ni ek? Lain kali kalo ada apa2 yang best aku ajak ko lagi ek. kalo kat atas tu cuma 1 ajakan jer ajak2 ayam.. tapi yang lain sure tak ada masalah cuma ko jer sudi nak datang sini ker tak? Hehehe. Bulan ni ngan bulan depan kawan2 aku yang keje kapal dagang nak turun tanah (cuti panjang) so happy giler nah jumpe diorang ni.
Oklah sebagai pengetahuan ko sekarang ni aku suke dengar lagu kumpulan ungu - demi waktu. Ko penah dengarnye lagu tu kan. Best tak? Anyway ini lah cerita untuk aku.



