Thursday, September 22, 2005

Ah-ha tak tau? (citer aku)

Asslamualaikum...

Aku akan cuba membalas blog ko tapi mungkin bila aku sempat. Aku akan juga mencari kesempatan untuk persahabatan ni terus kekal insyAllah. Boleh, aku boleh belanja ko kalo ko kita dapat berjumpa satu hari nanti. Pasal business aku ni InsyAllah diberi lalu oleh Allah sebab kawan bapa aku yang dah berjaya dalam Multi level ni telah bertemu aku semalam. Dia cuba mengajak aku agar untuk lebih serius dalam MLM ni. Isterinya minta aku cari (kumpulkan) berapa2 kawan perempuan aku untuk mencuba servis yang telah lama dilakukannya (rawatan muka atau orang putih kata facial). Servis cuma RM10 sorang. So aku nak mulakan pada kawan aku yang belajar kat UTM dulu sebab garenti diorang boleh cari ramai orang yang ingin mencuba servis yg aku cuba kembangkan ni. Bila aku berjumpa kawan bapa aku ni, semangat aku seakan membuak untuk lebih serius. Apa pun doakan aku berjaya.

Apa yang ko maksudkan pasal part time untuk mem'bz'kan diri ko ni. Apa tu Amsa? Bagus la kalo benda tu memberi kebaikan pada ko.

Pasal Mawi World tu sebenarnya aku pun kurang mengikuti sangat tapi memang ajaib lah sebab ramai orang membualkan tentang dia kat mane2. Tapi aku boleh terima dia sekarang pun sebab sifat dia skrg dan cerita sebelum dia melibatkan diri dalam dunia popular ni. Kalo kat Johor ni semua tahu latar belakang Mawi tapi aku tahu ramai yang kurang senang dengan dia sebab dia popular. Aku pelik, dari makcik2 aku... sedara yang beso sampai ke yang kecik semua sibuk dan ada plak citer dari kawan aku sampai nyonya cina jual surat khabar pun tau hal ni. Tak kesah lah tapi entah... aku pun tak minat lagu 'aduhai saliha' aku minat seroja jer. Apa aku ni... sekejap suka sekejap tak... aku suka kat lagu atau orang yang menyampaikannya. Apa pun Mawi biar dengan cara dia aku tetap dengan cara aku. Ah sorry apa pulak penting nya Mawi dengan diri aku plak. Aku perlu sasarkan pada target diri aku ni dulu...Berjaya dapatkan degree and kemudia cuma tawan hati my CUTE semula. Tapi semuanya perlu dengan doa bagi seiring dengan usaha yang dilakukan direstui Allah. Bila pasal belajar ni jeles betul aku bila kawan2 aku ada yang bru masuk belajar semula. Tapi aku tetap menanti saat itu berlaku pada aku juga satu hari nanti.

Lupa plak cita pasal aku accident hari tu. Dalam kes langgar lari tu aku ok tapi tenggiling yang aku dah anggap macam bini aku ni (motor aku) memerlukan rawatan serius di hospital yang pakar jer (tak boleh nak dihantar kat bengkel motivasi mahupun Amalan bengkel mesin kat sek. teknik dulu... oleh tu kena gak hantar kat bengkel membaiki motorsikal jer). Tentu tinggi bil kad kredit (banyak punye ko kad kredit... cash money dey) aku nanti bulan ni. Kos semua jejak rm700 sebab bahagian depan motor aku hampir 100% digilis tayar belakang lori kontena tu. Kos semua ditanggung aku sendiri sebab tak dapat klim insuran (aku tak dapat cam no.plat lori tu, tak masuk hospital dan tak ada saksi). Apa perasaan ko tapi aku masih lagi bersyukur kerana nasib baik aku selamat. Syukur alhamdullilah. Tidak aku mahu meninggal dalam accident jalan raya. Benda ni mesti dianggap biasa ke pada penunggang motor sebab tayar mereka dua bila disenggol sikit dah tentu jatuh.. lainlah yang bertayar empat mungkin ada sikit kemaafan untuk terjatuh. Betul tak? Nantilah aku cari empat tayar (kereta) bagi kemudahan untuk berulang-alik ke kampung nanti ek?

Okaylah akupun tak tau nak tulis apa lagi tentang diri ku sekarang. Nanti kalo ada citer aku tulis kat ko lagi sama ada dlm blog ni atau kat dalam friendster ko nanti ek? Stay cool with me. Wassalam.......

Renung2kan lah kata2 ini....

Jika cinta itu suci lepaskan lah ia dan,
Jika satu hari kelak ia kembali, ini bermakna cinta itu sejati tapi ,
Jika tidak ia kembali lagi untuk selamanya ini bermakna cinta itu tidak pernah wujud sejak awal lagi.
'~Fauziah Ahmad Daud dalam filem Balada~'

Friday, September 02, 2005

Aduh Saliha.......

Assalamualaikum jeff… huuhuhhu..

Hmm.. tak majuk rupanya kawan aku sorang ni.. aku pk kan merajuk sehingga takmo dah kawan ngan aku yang cantek lagi rupawan ni.. huuhuhuh…

Kau bz buek business ker sobonarnya.. isk isk nak jadi jutawan rupanya kawan aku sorang ni.. ini kalau dah jadi tokei besau nanti jangan laak lupa kengkawan.. lelebih kawan kau yang bernama AZAHARAH BINTI TAIB.. banja ler apa2 yang patut.. paling koman pun belanja aa kat hotel istana ker tak pun banyak apa restoran2 yang best dalam rancangan “Jalan- Jalan Cari Makan” kat TV3 tu.. aku tak kisah jeff.. mana2 laa restoran yang best yang agak2 leh abis dalam 500 hinggit dua orang kan.. alaa takkan nak berkira kot ngan aku.. kau kan jutawan setakat 500 hinggit tu gerenti murah bagi kau kan kan kan kan… buleh laa kan kan kan kan ( sambil buek muka paling manis dalam abad ker 8000)

Kenapa lak kau ada sifat ignorant ni ..kenapa kau perlu ada sifat ni.. isk isk budak ni.. ini dah ketegori “diri ikan “ alaa bak kata melayu “selfish “ .. kau jangan laa mengamalkan sifat ni jeff tak baik woo.. dalam dunia ni mana leh kita tak perdulik orang lain.. tipu ler tu kan… bak kata kau ada keburukkannya kan.. aku tau kau sedar tu.. sebaik kau sedar cepat aku baru jerk nak simbah ngan air panas tadi.. kasi sedar cepat sikit… uhuhuuh…. Tapi aku paham kenapa kau berkata begitu.. tapi sebenarnya bagi aku laa kan…bila kita dah nekad taknak amik tau hal orang lain tapi sebenarnya kita telah pun berfikir tentang orang lain.. kau paham tak maksud aku.. harap kau paham laa.. kalau kau tak paham pung kau buek2 paham jer laa.. huhuuhu… tapi apa yang aku ringkaskan ialah kita takleh lari dari memikirkan hal orang lain lelebih lagi orang tu ada kaitan dengan kita atau orangtu yang kita sayang….. ini pendapat aku yang tak best ler.. yang best2 nanti ler aku kuarkan.. skang maleh nak kuarkan dari kepala hotak aku ni…


Aku sendiri pung ada masalah gak.. tapi aku lebih suka masalah ni berlalu begitu sahaja,… biarlaa masa yang menentukan.. lagi aku pk lagi aku leh jadi gila..
Hanya ALLAH sahaja yang tau apa yang terbaik untuk hambanNYA ni.. kau doakan laa yang masalah aku ni akan selesai secepat mungkin AMIN…

Cerita tentang side income ni aku pun ada gak terpk nak buatnya.. tapi takler business cam kau buek tapi aku akan buat part time job kat mana2 yang aku serasi.. bukan apa.. saja membzkan diri yang sedia ada bz ni.. aku nak try dalam amsa sebulan jerk.. aku nak test power body aku yang dulunya aktif bagai resaksa…. Hhuuhuhuh.. dulu aku leh buat 2 keja dalam satu masa so skang ni aku nak parktikkan balik kaedah itu…
So ..tunggu ler resultnya samaada aku berjaya atau tidak… kau doakan aa aku berjaya yerk jeff.. huuuu

Kau ni jff.. belum apa2 dah pk pasal ghayoo.. lambat lagi ler beb.. kalau yer pun nak kasi aku kad ghayo sesabo laa yerk. Huuhuhuh…

Oklaa jeff gua cow lu laa.. dah letih nak menaip rasa maleh dah nak menaip.. kau bagi lagu seroja aku kasik lagu “ADUH SALIHA” artis sekampung kau.. huhu.. actually aku tak minat dia sangat… buleh laa kalau nak dengar gitu2 jerk.. uhhuhhuhu

"Aduh Saliha"


Mana rayuanku hendak kusampaikan
Rindu berakhir ku pada kasih yang jauhJ
auh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
Dendam asmara ku pada cinta yang dulu
Luruh bukan daun dan hujan
Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandar percaya
Tak mungkin padam cahaya
Cintamu bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan

Aduh mahkota terhempas,
barulah kusedar
Yang kusangkakan intan
Oh hanyalah kaca

Sesudah berdarah barulah ku sedar
Jiwaku tercalar
Oh sakitnya bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri
Menderita siksa racun hidupku,
Saliha........................

Kau biarkan aku sendir
iMelewati sepi dalam hidupku,
SalihaKau biarkan aku sendiri
Meratapi nasib dalam gelita,
Saliha.............