Suratan atau Kebetulan
Assalamualaikum…
Pertama…
aku nak cakap.. apa kata kita takyah lagi bersori2 sekiranya salah sorang daripada kita membalas blog lambat. Sebabnya kau pun paham kan kalau aku balas lambat blog kau sebab aku bz.. camtu gak dengan aku.. aku kene laa paham sebab apa kau balas blog aku lambat.. sebab apa aku cakap camni.. sebab setiap kali kita mula blog mesti dengan perkataan sori.. … kau pasan tak? kalau kau tak pasan itu maknanya kau tak lama la tu………… kau jangan pk bukan2.. maksud aku ialah kau tak lama lagi akan rabun…. Hehehe.. aku bukannya sekejam Hitler nak mendoakan kawan aku ni pendek umur. Aku ni masih berhati bersih dan suci… bak kata anuar zain pun “sesucinya cinta muuuuuuu….”
Kedua…
Aku setuju dengan kenyataan kau tentang AZAM tu.. memang bagus laa penerangan kau.. pakar motivasi aku pun tak pernah terangkan pada aku apa maksud AZAM. Terima kasih laa kerana menerangkan dengan detail tentang itu… aku baru laa paham maksud AZAM yang sebenarnya… kalau tak selama ni. apa yang aku maksudkan dengan AZAM ialah CITA2 yang kita hendak buat. Itu ajer.. target untuk merealisasikan AZAM itu aku tak pernah letak.. sebabnya aku punya stail memang lembab dalam MELAKSANAKAN azam. So kau telah membuka mata hati aku tentang itu…
Ketiga…
Penerangan tentang adik angkat kau tu.. aku dah pun paham.. aku bukan apa.. sebenarnya aku tau kau ni bukan jenis yang mudah untuk terima perempuan.. lelebih lagi hati kau belum bersedia lagi untuk berpisah dengan orang yang amat kau sayangi dalam hidup kau tu.. sebenarnya aku sajer jer nak memerangkap kau dengan soklan itu., mungkin kau buleh terbuka hati dengan soklan aku itu… tapi sangkaan aku meleset.. kau tetap seperti jeff yang aku kenal.. iaitu orang yang setia pada CINTA.
Keempat…
Aku begitu terkejut bila dapat tau si CUTE kau akan bertunang.. kau pasti ker dengan berita itu.. atau sekadar kabar angin orang supaya kau akan berjauhan dengan si CUTE. Bukan apa.. aku bukan nak buruk sangka.. mana tau ada member2 kau yang tak sanggup melihat kau asik memikirkan tentang CUTE kau tu.. tapi aku tak nak komen lelebih..
Seandainya.. memang benar yang CUTE akan bertunang… kau camner jeff.. kau dah bersedia ker dengan kenyataan itu.. atau kau akan tetap menunggu sehingga apa yang kau inginkan itu akan kau miliki. Atau kau akan cari alternative lain? Mesti kau tension dengan soklan aku yang bertubi2 ni kan? hmm….. bukan apa.. aku sekadar ingin tahu.. apa tindakan kau selanjutnya…
Aku simpati dengan kau jeff.. sebagai kawan… aku betul2 simpati.. sebabnya aku tau kesetiaan dan kesungguhan kau untuk menangani hati cute tak pernah pudar.. kau sentiasa dalam keadaan mencuba…. Tapi.. Cuma aku nak cakap satu jer…
Kau dah tau kan penghujung cerita antara kau dengan cute dari awal lagi.. tapi kau still lagi nak cuba dan mencuba dan mencuba… dan kau sepatutnya dah pun bersedia untuk menghadapi kemungkinan2 yang akan datang. Kau sepatutnya berbangga dengan diri kau jeff… kerana… kau tak pernah berhenti mencuba.. sehinggalaa masa yang menghentikan kau… seperti kata hikmah yang aku pernah bagi kat kau tu .. “Kegagalan Dengan Usaha Satu Ketentuan” … maka kau kene laa terima bahawa semua itu satu “KETENTUAN”.
Berilaa ruang pada diri sendiri untuk menenangkan pikiran.. jangan laa kau terlalu pkkan perkara ini.. kau pi laa bercuti ker apa ker.. sekurangnya kau dapat menenangkan pikiran.. buat laa solat malam.. supaya hati lebih tenang..
Aku sebagai member senantiasa menyokong kau... huuhuh... bukan menyokong dengan memegang spanduk dan menjerit “JEF!! JEF! HIDUP JEFF!!!” itu bukan menyokong itu mengampu namanya... aku sekadar bagi kata2 semangat jer.. mana tau kau leh bersemangat balik.. bukannya badan yang ‘SEMANGAT!!!’ tapi hati yang semangat. Kang kalau badan kau semangat lain plak jadinya... Andai kau kata kau nak teruskan juga nak mengambil hati cute selagi dia tak kawen... aku sokong!! Andai kau kata kau nak stop dari memikirkan hal ni.. pun aku sokong!!.. sebab benda2 macam ni.. hanya tuan diri jerk tau kemampuan diri dia... dia sahaja yang tau apa yang dia buat untuk diri dia.. so kalau aku nak nasihat panjang lebar untuk teruskan usaha kau.. tapi kau taknak teruskan.. tak guna jugak!! Andai aku bagi nasihat suruh kau stop untuk mencuba.. tapi kau still jugak nak teruskan.. aku tak buleh buat apa juga.. betul tak??? So sebagai kawan aku hanya menyokong segala tindakan kau selagi tak melanggar syarat2nya... kalau kau kata kau nak pi bunuh tunang cute tu... itu dah kira melampau laa tu kan.. so itu aku taknak laa sokong.. tak tentu pasal aku jadi rakan subahat lak... tau2 glemer muka aku kat surat kabo ngan tv mengalahkan mawi lak nanti...
Kelima....
Aku rasa itu sahaja laa celoteh aku untuk kali ini.. tak larat plak aku nak menaip pepanjang.. kau bukan tak tau.. aku balas blog kau ni kat opis.... bos aku dok ushaa jerk aku dok menaip sambil tersenyum2 ni.. dia mesti target aku tgh chat ni keh keh keh... almaklumla... report dia aku belum siapkan lagi... keh keh.. kang dia meeting kelam kabut plak dia... sian lak bos aku.. ok laa jeff.. wa cow lu laa...
Kau ghajin bagi gambo2 kau ek.. yer laa kau mesti ada kamera digital kan? Tak pun HP berkamera.. aku mana ada... kamera digatal ada laaa... heheheheh...hp pun cap ayam jantan.. itu sebab aku suh kau bagi aku HP 3G tu... buleh laa ek.. kekekekekke.....
Kau nak alamat aku ker? Buleh jerk.. kalau rajin post laa hp tu.. ok tak ok tak....
Azaharah taib
459 kondo rakyat
pantai hillpark
59200 kuala lumpu
kawan kau pernah ker sampai kawasan aku ni... ni kawasan pantai dalam.. nama jer pantai hillpark.. tapi kawasan kampung2.. ini lagi satu.. kau tak tau lagi DOB aku ker.. hampehnya jeff... DOB aku ialah 06.02.83. lepas ni kalau kau tanya lagi.. bukan servis kuda jerk aku kasik... servis kinzir pun aku leh kasik.. tau tak???..
ok laa.. jeff.. udah2 laa ek aku menaip ni.. penat dah aku nak menaip... kau bukan nak kasik gegula pun kalau aku taip pepanjang.. ok laa...
wasalam
ceria2 selalu ek!!!




