Tuesday, September 28, 2004

Response 4 ur problem


Jeff…I have no response 4 ur problem, coz I will say the same thing, sabar, sabar, sabar, nothing else.( poyo giler aku cakap BI heheh) so apa yg aku mampu buat ialah hanya mendoakan kebahagian yang ko cari akan datang pada kau satu hari nanti. Insyaallah ….. kalau dia memang dah jodoh ko jeff, ko tak perlulah risau, satu hari nanti allah akan membuka pintu hati dia untuk menerima kau. Sebab bagi aku tak semestinya sekarang dia tak jadi milik kau, dia tetap tidak akan jadi milik kau untuk selamanya. Mungkin allah nak bagi ujian terhadap keihklasan kau dalam mencintai dia, dan bila kau memperolehinya kau akan lebih menghargainya, dan kau takkan mudah untuk melepaskannya dengan sewenang2nya. Sebab bukan aku jer cakap orang lain pun cakap “easy come easy go” so kalau ko dapat sesuatu yang ko suka dengan mudah, mungkin ko kurang menghargainya. So sekarang sahutla cabaran tu beb…aku tetap akan sokong kau. Kalau ko dah terlangkup ker terjatuh ker insyaallah aku akan tolong ko bangun dan aku tetap akan sokong kau. Tapi yang penting semangat kau ler. Kalau aku beria2 bersorak sakan sokong ko tapi ko sendiri tak da semangat, buek ponat den jolaa dok terpekik terlolong sokong kau. Buang boreh jo..( ada betul ker loghat nogori aku hheheheh) Ok jeff, kuatkan semangat. Aku taknak laa ko patah semangat. Aku jamin kau boleh dapatkan dia satu hari nanti. Mungkin berkat dari doa sahabat kau ni, ( poyo jer aku heheheh), kau pasti memperolehi apa yg kau mahu. Insyaallah…( aku ni cakap jer takder respon, tapi berjela jugaklaa respun aku hehehe) bukan apa aku nak bagi kau semangat. Mana ada kawan azaharah yang patah semangat, TAKDA..semua kawan aku jenis yang tak mudah putus asa, termasuk ko jeff. Kalau ko anggap kau kawan aku, ko kene kuatkan semangat…
( asal tetiba aku bersemangat bagi ko semangat ni heheheh) ….ok abis dah semangat.

Ni nak cakap ni, hati perempuan ni jeff, lagu kerak, kalau hang bijak, hang curah ayaq atas dia, pasti dia lembut. So hang kene laa jadi ayaq sepanjang masa. Biaq pi dia nak jadi kerak, hang tengok sampai bila dia nak jadi kerak. Yang penting hang jangan putuih asa curah ayaq kat atas dia. Paham kaa apa yang aku dok cakap ni. Kalau tak paham hang buat2 la paham no…aku ni bagi nasihat gitu2 buleh ler, tapi kalau nak lelebih hang tunggu laa aku pi amik krusus kaunseling dulu, masa tu, lagi berjela aku nasihatkan hang.

Cerita tentang ko accident..”ni apa kes ni” ( dipetik dari cerita “Cinta Luar Biasa” ) lain kali berhati-hati lah ketika memandu/menunggang, don’t drink and drive heheh… sebaik ko tak buat stunt lelebih, kalau tak mesti ko dah jadi superstar dah skang. Glemer giler… tak tentu pasal aku pun turut menumpang glemer ko hohoohohohho…..

Ni apa kene ngan anak melayu skang ni..PGL pun tak tahu, tengok ker tidak cita melayu ni hah!! Nak kena bedal. PGL tu adalah singkatan kepada perkataan PUTERI GUNUNG LEDANG. Hah ada paham. Ko tengok ke tidak cita dia….apo laa ko ni jeff, tak ikut langsung perkembangan terkini cerita melayu. Buat penat aku cita, rerupanya PGL pun ko tak tahu apa benda. Ces………………..

************************************************************************
Cerita pulau besar

Alkisah…ni aku nak cita ler pengalaman aku ketika aku pi team building di pulau besar hari tu. Best giler ler wa cakap lu. Gila pun tak cam ni..heheh. aku bukan nak cita kat ko sebenarnya tapi aku nak cita kat diari aku, so oleh kerana ko boleh baca benda ni, so kira aku cita kat ko laa yerk…

JUMAAT ( 17 september 2004) pukui 2.30 pm( lepas semayang jumaat ler)

Aku ngan poyonya menyorong beg bergabak aku masuk kedalam perut bas yang semestinya sentiasa terbuka tu. lebih kurang setengah jam aku dok terpatuk dalam bas tu, (sebab tunggu orang lain masuk bas). So bas pun bertolak ler ke malakau. Dalam perjalanan tu takda apa laa yang berlaku. Cuma tersesat sikit. Pemandu bas tu pi masuk lorong mana pun aku tak tahu, sebaik kebetulan ada kereta lain yang tolong guide. Kereta yang aku maksudkan ialah kereta yang dipandu oleh geng2 kitaorang gaklaa. So selamat ler aku tiba di pulau besar tu. Pastu yang sadisnya, diorang kata bot sampai pukul 5.30, so kira ok ler kitaorang sampai dalam kul 5.10 alih2 diorang kata bot baru jer pegi. Bot bertolak kul 5.00. punya laa hampeh . pastu orang tu kata, kene tunggu pukul 6.30 punya bot. Ya allah..ko bayangkan kene tunggu berapa jam? Aku dah hangiin dah. Tapi nak taknak terpaksa jugala aku menunggunya. Dalam pukul 6.25 tu bot pun sampai. Alhamdulillah sampai gak aku kat pulau besar tu.

Malam jumaat pukui 8.30 pm ( campfire night )

Dah abis semua orang dapat bilik tu, tak sempat buat apa2 ( sebab dah lambat, dah lari dari schedule) kitaorang mandi2, solat terus turun balik untuk berkumpul. Pergg penat tak hilang lagi, dah kene kumpul. Tapi tak kisah laa kan, nak buat camna.. so semua gi makan dulu, dah abis makan, kitaorang berkumpul ler kat tepi pantai untuk memulakan upacara campfire. Dalam upacara ni, kitaorang adaler main gamenya, penat plak aku nak cita kat sini. Tapi memang best ler game dia. Enjoy sangat. Pastu pukul 12.00 time to zzzzzzzzzzz… penat siot, memang tido kojol punyalaa aku.

SABTU 8.30 am ( 18 september 2004) ( game time)

Pepagi dah kene bangun, seperti biasa pi sarapan then berkumpul. Kitaorang main game treasurer hunt. Kene laa cari point2 ddia. Hempeh gas betuller. Perjalanan dia lebih kurang 3 km dari campsite. Penat jangan citer ler. Kitaorang dibahagikan kepada 6 group so aku group yang ke tiga ler..tapi dalam treasure hunt ni aku punya group dapat no 2. kira power gak lakan..kuikui…pastu abis jer game tu, ada geme lagi, game telematch . memacam game kitaorang main. Tapi dalam gem ni kitaorang dapat no 4 uhuhuhuh kalah suit betul ler. Satu hari suntuk kitaorang main. Archery lesson pun ada ko tahu. Aku ngan poyonya memanah ler ehehehehe. Kira susah jugak memanah ni yer…

Malam sabtu tu plak….8.30 pm..(group performance)

Kitaorang kene buat group performance.. kekek group aku buat sketsa miss universe. Tapi yang jadi miss universenya lelaki. Kekek memang kelakar gila laaa.. abis cita malam tu, aku ngan geng2 aku pun melayan ler kara’ok’ sampai kul 12.00. asalnya nak layan sampai kul 2.00 aleh2 brother kara’ok’ tu sound dia kata sampai kul 12.00 jer hangin giler aku.. tp ok gak laa janji boleh gak laa layan satu malam. Nak lelebih plak, kalau nyanyi sedap ok gak ni suara macam katak puru panggil ujan ada ati plak lelebih. Harap suara aku jer yang sedap ohoohohho dengan riak nya aku. So abis kene sound tu kitaorang pun decide tu balik bilik. So adalaa dalam 10 orang yang ada. Masa perjalanan ker bilik kitaorang, teng teng……….( suspen ni hehehehe) kitaorang jumpa ular. Memula dia relax jer. Masa tu kitaorang kat tangga, masa kitaorang langkah setampak jer lagi ular tu terus naik kepala dia. Cuak aku.. apa lagi kitaorang cabuuut laaa. Ikut jalan lain. Yang aku cuak tu benda tu berlaku bebetul kat belakang bilik aku. Takut siooot. Tapi aku cekalkan ati, baca apa yang patut, alhamdullillah takda apa yang berlaku malam tu. Aku tidor pun dengan nyenyaknya. Cuma itu laa, “benda” tu dok main2 lampu dalam bilik aku. Sat dia padam sat dia nyala balik. Tapi aku buat bodoh jerlaaa.

AHAD 19 september 8.30 am ( hari akhir)

Hari akhir ni kitaorang pi laa lawat benda2 yang menarik kat dalam pulau tu. Bermacam2 benda la aku nengok yang mesteri2. patutler orang kata pulau tu pulau keramat, sebab banyak sangat benda keramat dalam tu. Yang berunsur kurafat pun ada. Sedih aku nengok apolaaa diorang ni…..abis semua nya selesai kitaorang pun bertolak ler balik.

Selesai…………………………….


Aku sebenarnya nak letak gambar, tapi masalahnya hello tu buat hal ler, kebetulan server kat sini pun problem so tu yang tak leh masuk tu. Lain kali jer laaa aku letak gambar yerk…

**********************************************************************
Ok leh jef panjang lebo dah aku bercerita…. So dalam kes ko tu jeff I wish u good luck.. aku harap dalam masa kesemasa ada perkembangan positif dalam hubungan dia ngan ko ok. aku tetap akan setia mendengar masalah ko. sebab takda apa yang mustahil dalam dunia ni. Who knows, maybe one day u will get some miracle thing in ur live…. just don’t give up…. ok…
( perggg pembuka omputeh penutup pun omputeh hehehe)

DON'T CRY

If we could see tomorrow
What of your plans
No one can live in sorrow
Ask all your friends
Times that you took in stride
They're back in demand
I was the one who's washing
Blood off your hands

Don't you cry tonight
I still love you baby
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

I know the things you wanted
They're not what you have
With all the people talkin
'It's drivin' you madIf
I was standin' by you
How would you feel
Knowing your love's decided
And all love is real

An don't you cry tonight
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

I thought I could live in your world
As years all went byWith all the voices
I've heardSomething has died
And when you're in need of someone
My heart won't deny you
So many seem so lonely
With no one left to cry to baby

An don't you cry tonight
An don't you cry tonight
An don't you cry tonight

There's a heaven above you baby
And don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry tonight
Baby maybe someday
Don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry
Tonight.............


Saturday, September 25, 2004

kluangman_jef



Assalamualaikum....

Sorry sebab dah lama tak balas blog ko ni. Banyak sebab kenapa aku lambat balas. Aku sibuk ngan masalah kerja dan tak terlepas juga sibuk untuk masalah peribadi. Kalau ko nak tau akusekarang tengah tension pasal CUTE. Aku akan cuba masukkan cerita aku ngan CUTE mengikut tarikh dalam diari aku ke blog nanti. Iaitu minggu lepas sabtu minggu lepas. Aku rasa kau akan baca cerita aku ngan CUTE dulu tu baru terjumpa blog terbaru ni. Apa² aku balas dulu 2 blog ko ni.

===================

start membalas blog 31st Aug. ko tu....

Pasal gambo konvo tu sikit aku tak punyai perasaan riak mahu pun meninggi diri. Aku insan suci tak pernah punyai perasaan memerli sesama kite. Tapi kalau ko terasa that's not my fault. Hohohohoo... merry krismas. Panglima hitam... perkh sampai kesitu imaginasi ko. Tapi apa salah nyer sebab aku suka berpakaian macam tu walau kemana jua aku pergi termasuk ke up town sekalipun. Tak salah sangkaan ko yang aku ni "Pahlawan melayu terakhir" kire lebih kurang macam tom krus ler "the last samurai"... kwang... kwang... kwang.

Dalam gambar tempoh hari memang tak ada pun BOB (my best preeen). Erm terlupa nak scanning gambar dia sebab dalam kodak tu tak ada gambar dia sebab dia sekarang tak ada kat kampung kerana berhijrah kat j.b. Oooo.... lain kali aku tunjuk kat dia ek? Perkh skandal ko cakap banyak ler bagus punya penggunaan bahasa. Correction ... bukan skandal tapi terang²an dia my best preeeen. Eleh tak aa niat lain konon.Kawan aku no hal punyer kalau ko nak kenal sebab diorang ni mesra alam.

malam merdeka hari tu tak gi mana² pun cuma bawak member aku yang 2 orang dalam gambar tu gi j.b sambil tengok tempat aku keje kat pontian ni. Kire sebelum jam 12 tgh malam aku dah ada kat kluang sebab penduduk keluang memerlukan suara aku dan kawan² aku untuk berteriak Merdeka! Merdeka! Merdeka!.... ko tengok bertama fofuler nyer aku dan kengkawan. (muka bangga lagi bergayer).

Itu lah ko aku ajak datang kluang tak berani. Tapi aku pun lepas 12 malam tak pergi mana² sampai pukul 3 pagi mati kan kutu kat kepala yang subur membiak ni.Boleh pulak sejak dah lama tak jejak kaki kat warung karaoke pagi² buta macam ni boleh pulak malam ni pergi ngan kawan² aku ke sana. Layan ler kepala kawan aku yang nak sangat try bunyi lain kat tekak dia selain bunyer perkataan Merdeka! kata nyer. Tapi malam tu happy betul sebab kawan aku yang keje chef kapal tu nyanyi lagu "Rahim Maarof-Cinta Kristal ". Rasanyer aku dah tertarik betul dengan lagu ni sebab memori malam tu sungguh indah bila lagu ni didendangkan. (hati tengah slow rock masa ni). Pasal AF tu kan aku pun tak layan sangat sebab peserta dia tak masyuk kepala langsung. Tapi aku helan kenapa CUTE aku ni tak jemu² dok depan TV layan AF ni kalo aku call.

Simpati aku dengan masalah paklong ko tu. Bagus juga ko baca yassin kat rumah dari dok berasak² kat dataran semata² nak tengok bunga api. Sebenarnya Merdeka ni lah patut di sambut dengan bacaan yassin sebagai kesyukuran dan menandakan kita ni menyambut medeka cara orang Islam. "Laila ha il'la anta subaha naka ini kuntum minal zolimin = sesungguhnya aku di kalang orang² yang zalim". Aku suka baca ayat ni kalau aku dalam masalah sebab aku boleh terima redha segala dugaan + ujiaan Allah sebagai membalas kesalahan yang mungkin telah aku lakukan tanpa aku sedari. Ko nak ko pun boleh cuba kalau ada masalah.

Pak nagah, tok wan, mak cik and our people also ngiseng. ... But why azah ngiseng semrang tilem... (bagi membalas pantuk kajang ko yang mengarut tu...hehehe.)

habis membalas cerita pasal 31st punyer blog ok....

============================================
The lates punyer blog yang ko antar....

Eleh glamer sekejap pun nak bangga. Glemer aku ko tak pikir + tak amik kira² + tak amik tolak tambah berapa pinggan aku makan. Tapi tak pa sebab aku tak ada cerita pasal ke'glemer'an aku ni dalam masa sekarang. Tak apa lah aku bagi ko bangga puas² tapi tunggu ler point dah dapat... akan ku balas dendam kat ko.... Hahhhehhehhuuu waaaa. waaa.... sampai hati kau ek (hati sayu kerana dipandang rendah).

Fooo Yooo.... macam tak caya... bukan ko lah... bangunan ko tu cantik giler. Hahahaa. Apsal lah ko berlakon sebalah bangunan yang cun, dah pulk tu besar ler pulak. Aku nasihatkan ko jangan ler amik offer tu sebab orang takkan perasan ko punyer yang kecik lagi worst than ur bulding. Hehehe. Jangan amik offer tu ek. Please... sebagai kawan aku nasihat kat ko "jangan". Perkh.... boleh tahan juga duit yang dia bagi... boleh belanja pizza ni. So berapa hari dia buat shoot... ada setahun kontrak ko. Hehehe.... sajer melawok. ermmmm... sorry tumpang tanyer... hamba ni bukan nyer tahu pasal kerjaya saudari ni... apakah binatang yang cik maksudkan tu (PGL). (Seorang pahlawan melayu lama menanyakan soalan sambil tak perasaan ramai gadis² moden mentertawakanya).

Perk.... best pu dapat pegi pulau besar. Erm... apsal tak buat film sekali kat sana mengantikan cerita mistik. Best gak tu sebab ko boleh jadi pelakon utama yang mengharap perhatiaan sambil menjerit². Ok apa susah tau nak kasi tone suara macam tu. Tak apa keras lawan keras boleh mantul so ko keraskan hati sikit tapi kalau tengah bendera merah berhati² sikit sebab paham² lah banyak cerita kalau perempuan dalam keadaan uzur ni. Nasihat kawan kepada kawan jer. Apa² pun jaga kebersihan diri bila kat sana, jangan jd pengotor pulak. OK apapun balik nanti tolong cerita kat aku ek, apa jadi ko kat sana. Oklah aku doakan untuk ko. InsyAllah.

Habis balas cerita utk blog terbaru ko ni......

Terima lah lagu yang semakin top berkumandang dibibir aku ini.....


Rahim Maarof-Cinta Kristal

Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang ( 3X )


Sunday, September 19, 2004

Accident....

kluangman_jef


Hari ni aku masuk ot hari Ahad sebab dah janji dengan leader aku. Aku patutnya masuk pukul 8 pagi tapi aku sengaja masuk lamabat satu jam. Aku nak tunggu kawan aku masuk keje dulu sebab nak pasang soung speaker kuat² bagi lepaskan tension malam tadi. Biasa lah kekadang tension malam tadi boleh terbawa keesokkan harinya.

Aku ingat ot hari ni dapat ler lupakan tension prob malam tadi tapi makin tertekan dengan keadaan menyebabkan aku tak sabar nak tunggu masa balik ni. Aku ingat nak pergi UTm lepak ngan member kat hostel sana. harap² dapatlah kurangkan tension kat kepala ni.

Dalam perjalanan nak kesana aku tak pikir apa yang penting sampai kesana dan dalam separuh perjalan tanpa aku sedari kawasan j.b dah nampak cuaca gelap tapi apa nak buat alang² terus aku percepatkan perjalanan aku ni. Tapi bila tiba skudai hujan lebat mula turun menyebabkan aku memperderaskan pacuan ku ini. Aku bukan tak anak berhenti kat bus stop tapi kata orang Alang² basah. Tapi cuma kelajuan jer aku percepatkan bagi mengelakkan barang electronik aku macam hp model 6600 yang baru 3 minggu tukar... mana tak sayang beb bau kedai lagi tu. Tanpa aku sedari depan aku ada bonggol dan aku sempat brek tapi biasa lah jalan licin so motor aku ter'sliding' masa tu menyebabkan aku out of control. Aku terbabas ketepi. Nasib baik aku tak teruk sangat tapi dapat lah juga strike mahal kat badan.

Aku terpaksa lepak kat hostel kawan aku sampai ke pagi. Patutnya aku kena masuk keje malam isnin tapi terpaksa masuk sebelah paginya. Aku pinjam motor kawan aku ni. Masa lepak malam tu terasa juga sedih kat hati ni. Mana taknya dah lah terhimpin dengan perasaan motor pulak yang baru tukar cover set + tukar color bulan lepas terpaksa dibaiki lagi. Bila aku tenung balik motor aku ni. Adakah dia pun turut bermuram seperti taunnya. Dalam hati berkata kau lah Bini no.1 aku. Sayang aku kat kau (motor aku). Hehehe.

Masalah ni aku tak nak cerita kat orang dan tak semua orang tahu tentang cerita sedih aku ni sebab aku tak anak orang memandang simpati kerana ia boleh membuatkan aku putus harapan. Aku akan berusaha sehingga termampu. Doakanlah kejayaan buat sahabat mu ini. InsyAllah.

Aku doakan ko kat sana. Semoga bergembira dan selamat pergi balik ke pulau besar tu. Jaga diri baik². Happy nice day.

"Ya Allah jatuhkan hatiku pada orang yang jatuhnya hati nya kepada Mu sesungguhnya ia boleh mebuatkan aku lebih dekat kepada Mu Ya Allah" InsyAllah....

Ku Intai Cinta Dalam Rahsia - Jeslina Hashim

( 1 )Berbisik di dasar hati
Bertanyakan pada diri
Tentang kekasih
Tentang cinta

Haruskah aku menanti
Haruskah tangan ku ini
Menggapai hanya
Ilusi mimpi

( bridge )Putusnya di dalam hati
Tak mungkin bercantum lagi
Ku intai cinta dalam rahsia
Dan airmata

( korus )Mereka sering berkata
Cinta itu milik kita
Tapi mengapa kau enggan
Ucapkan cinta

( ulang 1, bridge, korus, korus, korus )

Saturday, September 18, 2004

Sedih....

kluangman_jef



Aku telefon cute pukul 8.45 mlm macam biasa dan mengharapkan perbualan yang meriang kan tetapi rupa²nya hujn ditengah hari. Sebenarnya Ahad lepas aku ada menghantar sebungkus makan kesihatan yang aku sendiri menjadi ejen nya. Tapi tak sangka pulak CUTE masih juga marah walaupun aku bagi benda tu kena pada masanya iaitu aku dapat tahu yang dia masih demam selsema lagi so aku garenti dia letih untuk ketempat kerja. Aku recommand kat dia makan kesihat tu pun sebab aku sendiri dah cuba benda tu memang bagus pun.Tambah tenaga. Tapi malam tu dia marah lagi kat aku. Aku macam tak boleh nak buat apa² sebab hati punya pasal. Aku nak marah tapi...... aku nak diam padahal aku pun ....... Memang betul kata kau, aku patut kene pulak cari orang yang menghargai cinta aku ni. Tapi hati aku ji tak pernah terdetik atau apa² ker untuk tinggalkan dia walaupu puas aku sembahyang sunat istiharah. Dalam perbualan yang hampir satu jam tu terasa betul menghimpit perasaan aku ni. Tak tau lah dia marah atau apa² ker... dia kata yang dia dah ada orang lain dan tahu sendiri tahu tentang itu. Tapi di akhir ayat dia yang dia pun tak pasti ada jodoh tak dia dengan yang baru ni. Walau apa pun macam tak caya kan yang aku macam tak rasa apa² pun dengan kata dia tu dan kata² tu makin membuatkan aku nak terus mencuba lagi. Lagipun aku tahu budak lelaki tu pun bukan kawan ngan CUTE sorang dan CUTE pulak tak suka lelaki yang banyak spare tyre. Tapi biar lah CUTE kenal sendiri siapa budak lelaki tu.

Lepas tu aku terus mengembangkan sayap mencari maklumat² CUTE dan juga maklumat tentang budak lelaki tu. Kalau kat Kluang jangan harap lah nak terlepas dari pemerhatian aku. Ramai aku punya infomer kat sana kat semua ceruk. Tapi tak apa lah aku tetap teruskan hidup aku dan usaha tetap terus aku pertingkatkan. Selagi dia tidak terikat denga tali pertunangan dengan orang lain so aku akan cuba lagi. Doakan lah sahabat mu ini menemuai cinta sejatinya. InsyAllah.




MAROON 5 LYRICS-"This Love"

I was so high I did not recognize
The fire burning in her eyes
The chaos that controlled my mind
Whispered goodbye and she got on a plane
Never to return again
But always in my heart

This love has taken its toll on me
She said Goodbye too many times before
And her heart is breaking in front of me
I have no choice cause I won't say goodbye anymore

I tried my best to feed her appetite
Keep her coming every night
So hard to keep her satisfied
Kept playing love like it was just a game
Pretending to feel the same
Then turn around and leave again

This love has taken its toll on me
She said Goodbye too many times before
And her heart is breaking in front of me
I have no choice cause I won't say goodbye anymore

I'll fix these broken things
Repair your broken wings
And make sure everything's alright
My pressure on your hips
Sinking my fingertips
Into every inch of you
Cause I know that's what you want me to do

This love has taken its toll on me
She said Goodbye too many times before
And her heart is breaking in front of me
I have no choice cause I won't say goodbye anymore

This love has taken its toll on me
She said Goodbye too many times before
And my heart is breaking in front of me
She said Goodbye too many times before

This love has taken its toll on me
She said Goodbye too many times before
And her heart is breaking in front of me
I have no choice cause I won't say goodbye anymore...

Thursday, September 09, 2004

aku jadi artis?????

Perggg!!! Mesti ko tak caya ngan citer aku yang aku mengatakan aku menjadi artis kan…muhahahahahahaha memang tak leh caya pung! Sapa suh ko percaya muhahaahaha.. tapi yang benar nya, aku ada gak masuk tv, daripada kau lansung tak terpilih mana2 siaran pun, maknanya aku lebih glemer dari kau laa kan? muhahahaha (dengan perasaan riak kadoknya aku menggelakkan kau).

Ceritanya sebenarnya begini, tersebutlah kisaaaaaaaaaaaaahhhhh………….
Kampeni gergasi aku ni, nak buatlaa satu slot yang berkaitan dengan Menara Telekom ni, jadi dia nak setiap sudut yang berkaitan dengan menara, semua sudut dia shoot. Jadi dia memerlukan perlakon tambahan untuk memeriahkan lagi pengambaraan tu. Jadi aku ni adalah perlakon tambahan tu. ( alamak kantoi laa plak, sepatutnya aku bagi tau dia aku perlakon utama, biar dia tertipu sikit muhahahaha tapi sebaik aku ni baik, taknak tipu2 ni.) ah!! Tak kira la aku pelakon tambahan sekalipun, janji mashuuuukkkk!!! Satu hari seratus, sapa yang nak bagi beb. Aku dengan rela hatinya menawarkan diri sebagai pelakon tambahan yang hanya nampak kepala dari atas tu muhahahahaha….tapi syok gak, aku tengok seisi pengambaraan tu dijalankan. Terus aku terbayang PGL. Aku dok calculate kalau laa cita bodoh ni yang hanya mahukan 3 minit sahaja dah macam ni punya seksa, inikan pula 2 jam setengah. Perggg mesti berbulan2 punya nak abis. Mana taknya nak siap kan set dia pun dah makan setengah hari, itu set bodoh jer tu, kalau filem PGL tu, dengan set gegilos babas dia tu, perggg poning nak buatnya. Tapi kepuasan tu yamg pentingkan. Letih gak laa aku nak berlakon, walaupun tanpa dialog, tapi nak kene buat senyum2 gelak2 tu ingat senang ker. Macam orang bodoh pun ada gak aku. Tapi oleh kerana terbayang kan duit tu terbang2 kat aku, aku pun dengan relanya membodohkan diri aku nihaaaaa…

Minggu depan, aku takdo…aku pi menyibukkan diri aku kat melaka. Aku ada team building kat sana selama tiga hari jer. Aku kene kat pulau besar. Ko tahu ker pulau besar?
Pernah pi tak. Aku dengar citer tempat tu keras. Keras kerana banyak batu bata tu satu, lagi satu keras “hihihihihihihihihihi” takut plak aku dengar citer. Bos aku laa ni. Nak memurah pastu last minute orang dah citer2 baru dia nak cuak. Pastu kelam kabut suruh cari tempat lain. Mana laa ada tempat nak amik last minute. Bongok giler laa dia tu. diaorang dah buat proposal dah, dah buat budget dah, sesenang dia nak tukar. Last2 terplaksa laa merelakan diri pegi sana. Lantak laa sapa yang kene nanti, muhahahahaha….. aku dokan dia yang kene padan muka dia. Nak sangat jimat budget hah amik kooo………tapi aku taknak laa kejam sangat. Kalau boleh biarlaa berjalan dengan lancar. Ko pun doakan lah aku yerk….

Ok laa jeff…..

Aku cow dulu laa…bye…


Wednesday, September 01, 2004

Bergambar sakan ko.....

assalamualaikum.....

aku pikirkan panglima hitam mana punya gambar rerupanya ko jeff. ceh² bangga laa tu menunjukkan gambo² konvo ko kat aku....banyak lak tu, cam perli aku pun ada gak tu kan? macam aku tak tahu. siap gambo keta abang ko pun ada. ini mesti kes nak menghabih kodak tapi tak tahu nak tangkap apa lagi. tapi serius sioot gambar pertama ko tu macam ko nak pi silat orang kawin jer. ohhohohoho ( bagus punya perli). ko geram ngan bangunan tu nak buat pa? bukan ko dapat bawak balik pun....muhahahahaahah.

lagi satu, gambar yang ke-4, ceh kata jerlaa yang ko memang bantut dari member ko tu, tak ngaku konon..tapi oleh kerana aku kesian ngan ko terpaksa laa aku percaya cakap ko...kang menangis plak kalau aku tak caya. sapa yang nak pujuk, BOB jugak yang kene muhahahahahaah.....(berdasarkan skandal ko ngan BOB ko tu) hah citer ttg BOB, ko takda bergambar ngan bob ker, ker aku yang tak tahu nama betul dia. sebab berdasarkan gambar² yang ko bagi tu, aku nengok macam takda ciri² BOB pun. tapi aku tak tahu laa koot mata aku yang kero. bukan apa saja jer aku nak nengok gambar² kawan ko. bukan ada niat apa pun. ( tanduk kat kepala aku dah keluar dah hohohohohohoho...)

bagus laa ko....semangat patriotisma ko memang tinggi...ko gi mana malam merdeka? aku tak pi mana pun, sebab aku gi nengok paklong aku sakit kat hospital putrajaya. sian paklong aku, orang sambut merdeka dia dalam keadaan tenat. sedih aku. hilang mood aku nak sambut merdeka. cuma dapat gak laa aku nengok bunga api kat putrajaya tu. pastu gi makan jer. itulaa malam merdeka aku. member aku bengang jer ngan aku sebab aku janji ngan dia nak tengok konsert kat KLCC last2 aku tak leh. kuikukuikui...sian gak kat dia. tapi nak buat caner, takkan paklong aku sakit aku dok terlonjak2 tengok konsert. tak patut laa kan? lantak laa kalau dia nak marah kat aku, aku pedulik hapa...JANJI ROCK! ( lagi satu aku malas nak layan dia, ada ker dia kata nak pi sana semata2 nak tengok ZAHID AF2 tu...eiiiiiii tak kuasa mak, nyaaaaaaaaaaaaaah). kalau dia kata nak tengok konsert coldplay ker semangat gak aku nak tengok. ini mamat tu..tak dapek nak nolong...

Masa hari 31 tu lagilaaa boring, tak pernah2 aku dok umah masa cuti merdeka, semalam 1st time aku dok umah..cam orang bodoh aku rasa. nak jer aku jerit2. tapi sebaik ada novel, layan novel aku satu hari tu. mmm.. nak ajak member semua nya nak pi tengok konsert AF tu, boring giler aku. diorang ni dah macam takda konsert lain agaknya nak pi nengok. dari aku layan konsert bodoh tu, baik aku layan novel, ada gak pekdahnya.

kalau dipk2kan bagus gak aku tak kuar semalam, sebab malam tu mak aku buat bacaan yassin untuk paklong aku. bacaan yassin tunggal orang panggil. pernah dengar tak? maknanya kita mohon kat allah supaya bagi yang terbaik pada paklong aku, sama ada nak sembuhkan dia atau nak tarik nyawa dia. sebab paklong aku dah koma lama dah. tak sanggup kitaorang tengok. baik pilih jalan yang terbaik untuk dia. daripada dia terseksa. ( sedih plak aku citer ttg paklong aku ) dah laa taknak citer laaa. kang tak tentu pasal aku teriak seseorang depan pc ni, haru biru plak opis aku nikang....


ok laa jeff, malas laa nak menaip pepanjang, sampai disini sahajalaa hamba dapat mengabarkan berita hamba kepada panglima hitam. hamba harap, panglima hitam berpuas hari dengan persembahan silat hamba. hamba ingin mengundur diri. "kajang pak malau kajang berlipat, kajang hamba sate kajang " muhahahahahahahaha ( ntah apa2 ntah aku buat lawak, cam malas nak gelak pun ada gak) lantak laaa...................

cowcincow......