Selamat Hari Raya Aidiladha juga untuk ko..
Waalaikummusalam W.B.T..buat sahabat/i ku azah..
Alah aku no hal lah... aku pun tahu ko sajer cakap macam tu. Memang lah kalo nak cakap perlu dilepaskan kalo tak macam mana nak orang lain nak faham apa yang nak disampaikan. Erm.. dah lah jangan fikir² lagi tentang apa yang dikatakan ok. Benda dah lepas nanti buat penuh dalam kepala pulak... boleh jadi sakit tau.
Eh, betul ker ko doa untuk aku. Wah terima kasih ar... doa untuk aku. Itu aku tau diterima atau tak diterima, janji kita dah berdoa. Sebab lepas itu adalah kerja Tuhan untuk memperkenankannyer. Kalo kita mencampuri kerja Tuhan nanti kita sendiri boleh jadi gila dan kalo silap langkah kita sendiri akan berdosa sebab menyalahkan Nya yang tidak memperkenankan doa kita. Pasal mati pula, aku tahu itu juga kerja Tuhan yang nak tentukan dimana, bila dan sebagainya mati kita. Kat mana² boleh mati tapi berdoalah mati kita agar dalam keadaan yang sempurna... InsyAllah. Bagus ape jadi ustazah. Ko tak mahu jadi ker ustazah?
Pasal kahwin ni memang lah bukan mudah beli barang kat kedai atau kat pasar (pasar lambak, pasar malam mahupun pasar tani). Tapi ko jangan terikat pada kata² orang dulu² yang mana dari mata jatuh ke hati. Zaman sekarang ni pula dah lain tau. Sekarang ni pulak punya style, dari kata² terus ke jantung tau. Lagi bahaya tu. Hehehe. Amacam boleh jadi ker penjual ikan dipasar? Hehehe.
Eh... aku tak kesah la kalo ko nak jadi baik. Janji ko nak jadi baik dan jangan nak jadi jahat sudah. Tapi tak tau lah kalo ko boleh bertukar² macam sesumpah (sejenis binatang spesis cicak). Aku terpakasa explain kat ko sebab kekadang orang dok bandar tak pernah jumpa sesumpah. Tapi selogok orang yang terkena sumpah mungkin selalu (Penagih dadah = sesampah). Hehehe. Hmmmm... menyampah!
Pasal kawan ko tu ko belum cerita lagi kat aku. Cerita lah kat aku apsal. Ko tak rela dipujuk oleh nyer. Hehehe. Wah ko sekarang bergerak secara solo ker? Tapi sejak bila pulak ko bergerak secara berkumpulan.. ko tak pernah citer kat aku punnnn... Tapi garenti lagi menguntungkan kalo bergerak secara solo ni ek. Yer lah kalo artis bergerak berkumpulan kena bahagi keuntungan reramai tapi kalo bergerak secara solo boleh makan semuanya tanpa perlu pembahagian harta. Menguntungkan ker? Kalo ko sudi untuk membetuk kembali kumpulan ko tu aku sudi dan bersiap sedia menurut perintah untuk menganggotai kumpulan ko. Amacam ada macam pelatih Khidmat Negara tak? Hehehe.
Ko jangan risau lah... nanti kalo ada jodoh tu ada ler tu. Sekarang ni ko dok doa lepas solat dah mencukupi. Jangan pulak ko dok berdoa bawah jambatan sambil mandi bunga.. itu dah pandai sangat. Kata orang kekadang kita akan lebih bahagia dok hidup bersama dengan orang yang menyayangi kita dari dok bersama dengan orang yang dok kita sayang. Paham tak wat i mean. Sure not?
Pasal ko tunaikan solat tu memang ler kena perli sebab mereka ingat ko bergurau sebab satu kelainan yang telah ko lakukan dalam masa terdekat ni tapi nanti kalo dah menjadi kebiasan kepada diorang tentang tangunggjawab ko ni garenti takder nyer diorang nak menyindir ko lagi. Keadaan itu pun boleh berlaku pada kawan² aku. Tapi patutnyer ko jangan terus melenting tapi kalo dah darah keturunan macam tu nak buat macam mana ek. Hehehe. Patutnyer ko kenan tunjuk muka senyum sikit bagi seri sikit kat ko dan mana tau sifat releks ko tu boleh mengajak diorang sama join ko berjemaah nanti. InsyAllah. Tapi jangan terlalu memaksa diri untuk berubah secara mendadak nanti ko jadi feedup. Berdikit² lah ok. Allah tahu apa yang ingin ko lakukan tak payah rust² ok.
Erm... pasal kawan aku pulak memang aku fikirkan tentang apa yang ko fikirkan, kesian jugak dan tak adil bagi orang lain tapi bila aku fikir²kan mengalahkan group 'Ahli fikir' ni pulak, mungkin ada hikmah nyer kalo Allah sengaja tak menunjukan keAdilan kepada sesorang tu bagi menguji kesabaran mereka seperti apa yang ko katakan tadi. Kemana pergi... Erm!!!... segala janji (Ahli fikir).
Yup... Aku Proudddddddddd!! Eh sori ter'speaking London plak? Banggaaaaaaaaa... Arr!!! Ni aku dah listkan comment² aku yang ko memberi kepercayaan penuh 'priority to comment' kat aku yang sememang sepatutnya ko berikan ni dari awal² lagi. Bersiap sedialah untuk berasaplah kepala ko nanti aZah. Heheheh.
1. Ko aku tengok kepala ada sikit keras macam 'stainless steel' gak tapi kalo pandai dampingi ko garenti ada juga tang lembutnyer. Almaklumlah besi pun bersifat bolehbetuk.
2. Ko macam aku gak sebab tak tahan diperli kawan. Orang macam ni susah untuk membuat sesuatu keputusan tanpa sokongan orang lain. So jangan bergerak secara solo nanti hangat² tahi cicak jer (sajer tukar tahi ayam, bagi kelainan skit).
3. Hati ko tak keras macam batu yang mana nak haluskan batu tu tak boleh cairkan tapi perlu ditumbuk lumat² baru dapat halusnyer. Tapi yang nyata ko tak keras macam batu yang aku katakan tu sebab ko mudah rasa bersalah. Ada bagus juga tak bersifat seperti batu tapi ada baik gak kalo ada sikit sifat batu tu bagi membuat orang menyesal dengan tindakan mereka terhadap ko.
4. Ko jenis yang suka memikirkan sesuatu yang menjadi masalah untuk ko walaupun sebesar kuman sekalipun. Macam mak aku, boleh buat penyakit tau. Tapi Almaklumlah perempuan, commit betul ngan anak². Sebab tu kekadang ko memikirkan tentang masa lalu. So aku rasa ko perlu kawan yang rapat membolehkan tiap² masalah ko ada juga orang tahu. Bukan dia itu sama² mendapat sama tempias masalah ko tapi dia untuk ko boleh menyimpan sama² kenangan cerita hidup kau dan mengatasi masalah ko yang mendatang dengan membandingkan masalah sebelum ni yang dah berjaya ko hadapi.
5. Ikutkan banyak lagi tapi cukup lah berdikit² dulu nanti pressure pulak jadi nyer. Abis ko dah bagi jalan kat aku nak komen. Aku sapu abis tak bagi chance langsung kat orang lain. Itu aku... (SO7). Amacam ok tak?
Yup, aku nak sambung belajar tapi just part time jer. Aku ingat nak amik course yang senang² sikit jer lah janji grade in mechanical faculty. Bila pikir² balik bila gak nyer aku nanak grade, garenti dah berumur baru dapat degree. Ah! aku tak kesah sebab aku buat benda ni bukan nak dapat cepat² pun, cuma just buat pendorong untuk anak² aku satu hari nanti untuk belajar sampai keperingkat super saya tertinggi... ops... kepala aku ni kuat betul memikirkan tentang abestos'nyer cerita kartun kegemaran ramai tu. Menyirap betul aku tak dapat layan kartun tu sebab blackout satu kampung aku tadi. Nasib baik tak cukup tidur, aku sambung balik tidur yang tertunggak malam tadi. Hehehe.
Kalo ko nak doa, doalah janji kau ikhlas dan yakin itu dah mencukupi. Bukan nya semestinya kau wali atau ape² pun sebab Allah tak memilih doa hamba Nyer tapi cuma lambat atau cepat jer doa tu diperkenankan. InsyAllah. Besssssssssssssstt... Nyerrrrrrrr....itu lah kata² yang ko harap aku katan kan... kan...kan...
Tentang terharu ko terhadap pertolongan yang tak seberapa aku tu janganlah lelebih nantikan... nantikan aku pun... sedih gak tau... huwaaa... waaaa.. sayu hati aku tau. Alah aku bukan buat apa pun just bagi tau jer, saper² boleh buat tapi dapat ker tak aku tak boleh garenti lah. Tak apa lah jangan memikirkan kau course apa janji kau cuba. Itu dah memadai. Kata orang tak cuba tak tau sebab sekurang² nyer beri company tu peluang memilih. Kalo macam tu gaya nyer terpulang lah kat ko, aku just sampaikan amanah kakak aku untuk bertanyakan kepada kawan² jer.
Tang gambar tu terima kasih memberi satu peluang untuk mengenali ko iaitu dengan meng'invite' aku masuk ker frenster site.Tapi aku tak beberapa paham lah dengan site yang ko invited aku ni. Citer sikit... Ning (maksud nyer kakak). Lepas tu invite lah aku masuk sana ek nanti.
Aku tak tau... eh.. sapa yang dah ubah ko jadi baik ni. Oooo... lelaki... ehem (2x)... tak kan tak ada apa² feel touching somthing tang ko punyer hati mahupun jantung ko. Dah ada depan mata ko kebas jer ler. Ermmm... dia ada adik perempuan tak... kim salam kat adik dia jer lah ek... sure dia ada adik... paling koman pun adik terangkat. Hehehe. Suruh dia kim salam adik dia ek... nak ulang ker banyak kali. Rasa nyer tak payah lah kot... sekali cukup yer dok.
Pasal iklan tu, tak apa lah aku anggap ia untuk pasaran over sea. Mungkin dia orang nak promotion untuk orang seberang kot. No hal lah. Aku ni suka bertanya kalo orang yang aku berbual tu tak nak tanyer apa². Baguih tak aku.
Lagi satu sorry lah aku modifikasi sikit blog ko sebab malas aku nak klik kat adsress tu untuk nak tengok ecard yang ko antar kat aku, sebab tu aku telah menceroboh masuk blog ko dan mewujudkan nyer terus kat blog ko tu. Kalo ko nak tembak... tembak lah aku tapi... tapi bagi lah aku peluang untuk memilih bahagian mana boleh ko tambak. Minta tembak tembak tang betis kiri ni yer. Biar aku sengseng skit seluar aku ni supaya ko tak miss melakukan tembakkan tepat di tempat yang sepatutnya. Hehehe.
Artis : ADAM AF2
Lagu : Haruskah
MAESTRO:
Dikala dikau mencari cinta
Aku memberi tetapi beku kurasakan
Dikala aku dilamun cinta dengan dirimu
Mengapa kau jauh dariku
Tiada cinta di dalam dirimu
Biarpun kau kata cinta padaku
Tidak kau rasa getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cintaku
Korus:
Haruskah aku menanti cinta ini
Kerna kau masih tak mengerti hati ku
Tak perlu ku ucap
Baby I love you so
Kerna cinta darimu tak sehebat cintaku
Haruskah aku menahan perasaan
Tak sanggup kau bermain difikiranku
Tak perlu ku ucap apa diimpikan
Jadikan pengalaman cinta
Kita berdua
Setelah semuanya berlalu hatiku sepi
Tertusuklah cinta ku ini
Jikalau kau pergi dariku
Aku bersendiri
Mengapa kau begitu
Tiada cinta di dalam dirimu
Biarpun kau kata baby I love you
Tiada cinta getaran ini
Tiada cinta lain sehebat cinta ku
Ulang Korus



0 Comments:
Post a Comment
<< Home