Monday, May 31, 2004

diary aku (bosaaan giler babes)

31 mei 2004

ari ni aku bebetul bosan. aku ni tak abis2 ngan bosan aku. apala aku ni. ish caner nak ilangkan bosan ngan keje yerk. pueh aku pujuk ati supaya buat keje ngan ikhlas. tapi tak leh gak. camner ni.kang kalau tak buat keje makan duit haram lak. peniiiing la.
kekadang aku pk allah menyuruh kita solat memang la utk menyembahnya tapi kekadang utk release kan kepala hambanya daripada memikirkan hal dunia. mmm....... tapi lepaih jer solat pening kepala balik.

bosan............ tul la. tapi tu la masalah aku. kalau renung lelama pc ni kepala aku akan mengalami denyutan yang melampau. sakit kepala aku. tu agaknya sebab aku cepat bosan. mungkin gak laa. kekadang aku pk baik laa aku keje kedai makan ker,kedai basikal ker supaya aku tak nagdap komputer ni lelama. tapi pk2 bosan gak asyik ngandap makanan ngan basikal. "apa laa azaharah ni. baik ko duduk umah" aik suara sapa tu. ooo mungkin suara otak aku. sebaik si jef adakan blog ni kalau tak mesti aku bertambah bosan. "sapa jef?" laaa tak kenal ker. member cyber aku laaa. dia yang bagi idea nak buat cam ni "oooo" so aku amik kesempatan tulis apa yang bersarang kat otak aku ni.

ari ni bos takda. walaupun aku rasa syook sikit tapi dia tepon aku bagi keje kat aku. hampeh tul dia cuti pun boleh bagi keje kat aku. apaalaaa. dah gi cuti tu pegi jelaaa takyah nak amik tau ttg keje. hangin aku.

ok lah nak rehatkan mata lah. pening aku menaip lelama.
bye diariii kuuuuu

entah laaaa

assalamualaikum..

entahlah jeff aku pun tak tau.aku rasa itu cara aku lepaskan geram aku. aku nak tanya ko sebagai lelaki. adakah lelaki ini cepat bosan dengan seseorang? kekadang aku selalu pk cam tu. time belum dapat kita memacam dia buat tapi time dah dapat dia buat kita cam sampah. kekadang aku rasa macam aku jer terhegeh² ( maksudnya harap aku jer nak tepon dia) dia hampeh. kekadang dia kata dia takder kreadit. itu aku paham laa tapi takleh ker dia bagi miss kol kat aku. jadi aku tahu la dia ingat kat aku. ni tidak. kalau aku tak bagi msg tanya kaba dia pun diaaaammm jer. bengang giler aku. dahla kitaorang ni susah nak jumpa. pernah sekali tu aku tak call tak bagi msg kat dia, dalam seminggu aku buat camtu pastu dia miss call kat aku. pastu dia kata kenapa dah lama tak call dia. aku bengang jer. takkan aku jer nak call dia. tapi aku tak sampai ati lak nak cakap camtu. kalau cakap cam tu mesti dia kata aku tak paham dia. abiss asyik aku jer nak paham dia. dia tak paham aku. geram laaa jef.

macam ko cita ko tak pernah mis talipon dia. kekadang ko buat cam tu ko rasa ko macam orang bodoh tak jef.kekadang aku pk camtu jef. adakah aku terlalu banyak memberi kat dia sehingga di tidak menghargainya. adakah kita dipihak yang rugi kerana terlalu memberi.

aku ada gak backup lain ( hehehe jangan marah) tapi yang tu aku tak pernah luahkan pada dia yang aku sayang kat dia. tapi dia banyak amik berat ttg aku. kekadang tak sampai ati lak aku pk. aku takut kalau aku kata aku sayang kat dia dia mula akan berubah macam simangkuk tu. aku takut.

dah la malas nak cita ttg benda yang membosankan ni. lagi aku cita kat ko aku yang bertambah pening. tapikan kalau tak pk dia tetap datang kat kita. ish2 susah tul nak lupa.


Saturday, May 29, 2004

Pendirian Aku...

kluangman_jef

Memang biasa lah kita akan nampak bodoh kalau kita buat sesuatu yang tak patut kita buat. Lebih² lagi kalau tak ada orang yang support kita dari belakang (respond positive). Cuma orang yang tabah jer akan lebih mampu hadapi semua ni seorang diri. Kekadang kita bukan kalangan yang tabah tapi kita mampu jadi begitu dengan sokongan kawan². Sebab tu aku perlukan orang lain untuk mengharap sokongan diorang walaupun dengan satu nasihat yang sekadar melepaskan batuk ditangga. Pendirian aku memang tak tetap tapi keputsan aku tetap. Kalau tau, tak apa. hehehe.

Sebenarnya bukan nak atau tak nak menjadi masalah. Kita sebenarnya akan hargai sesuatu yang payah nak dapat tapi akan amik mudah bila sesuatu tu garenti boleh dapat pada bila² masa. Begitulah yang "kedua" kau ni, dia akan tetap berusaha sehingga dapat dan bila dia pasti dah dapat tawan hati kau garenti dia mula meneutralkan rentak kerana percaya posisinya tetap stabil. Sebab dia pun tengah mencari sedikit kepercayaan terhadap kau. Selagi dia masih ragu² dia akan gelabah, ia akan berhenti sendiri sama ada hatinya pasrah atau cintanya datang menyerah. Tapi kalau kau nak tau, sejak hubungan aku ada krisis... dia jarang balas mesej aku dan kekadang semua mesej yang aku bagi kebanyakkannyer mesej kata² indah sebagai renungan. Sebab mesej tu tak ada tanda soal. Hehehe.

Lelaki memang dilahirkan mempunyai ego. Kalau wanita memilih lelaki , sudah tentu pada lelaki yang mempunyai lebih kelebihannya. So dari mana datang lebihnya tu, dah tentu dari sifat tak berputus asa nya dia mencuba sesuatu. Habis tu sifat tak putus asa bukan datangnya dari sifat ego (tak mengalah) ke? Tapi lebih atau kurang pada sifat tu jer membezakan pilihan seorang wanita. Entah ek... aku kat kat sebelah kurang ker atau sebelah lebih atau kat tengah² kot. So undilah saya sebab undian anda amat bermakna buat saya.

Kau marah aku ker ni. Abis tu bukan main panjang geram kau. Kau jangan nanti kita lawan geram karang. Baru kau tau sape paling power.
Normal lah... perasaan geram tu bila kita tak suka + menyampah dan sewaktu dengannya. Buat masa ni paling dahsyat aku lepaskan geram adalah pada ex-boss tempat keje lama aku. Aku takut sendiri pada diri aku yang first time berlaku dalam hidup aku masa tu (bila aku fikir balik dlm bilik air). Aku pun tak cerita kat dia "kawan" aku tentang perkara ni sebab takut dia menilai aku macam² padahal semuanya sebab tekanan dari pikiran yang bukan² tentang hubugan aku dengan dia. Aku tak salahkan dia sebab masalah tu boleh settle jika aku tinggalkan dia tapi....... (aku rasa kau tahu jawapannyer).

Jangan marah² nanti perut boncit...


Hari ni tak ada apa nak aku cerita kat kau sebab aku duduk satu hari kat rumah. Bosan² mengadap komputer. Amacam ok tak perubahan yang aku buat sikit² dalam blog kite ni. Kalau ada ape² yang kau nak tukar jangan segan² nak buat sebab kita sama² ada syer 50% 50% dalam ini syarikat. Hehehe. Tapi sendiri bos, sendiri kuli ler. Peraso dek ko.

Ape² pun aku tak lupa untuk ucapkan Assalmualaikum kek ko dan semua yang hidup menyembah Allah.

diari aku

aku tak taulaa...
29 may 2004

kenapa yerk ari ni. aku bosan. aku tau kenapa aku bosan. sebabnya aku teringat kat sidia. macam mane nak ilangkan rindu yerk. entah lah. merindu pada orang yang tak tahu dimana dia bersembunyi. adakah aku bodoh.

yang kedua ni pulak. time aku nak biasakan diri ngan dia, macam2 plak yang berlaku. kekadang aku tak tahu samada dia nak aku kerana apa. eeeeeeeeee geram aku.
ni aku kat ofice lagi ni. entah la. malas nak pk.kenapa yerk kalau orang yang kita nak susah sangat nak dapat tapi orang yang kita taknak sentiasa amik berat ttg kita. ish tak sampai ati laa. dia baik sangat. tapi dialah yang selalu bagi msg kat aku. tanya ttg kesihatan aku. tak sampai ati rasanya kalau tak balas msg dia.

agaknya lelaki ni kan. ego dia tinggi gila kan.
entah lah. eiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

jeff kalau ko nak tahu ini adalah diari aku yang pertama yang aku tulis. jadi ko bagilah komen ataupun ko tulisler diari ko gak yerk

Friday, May 28, 2004

Seisi luahan rasa...

kluangman_jef

Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh (dan salam sejahtera jua ke atas kamu)
Asalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh (salam sejahtera ke atas kamu)
 
haiiii... tak sengaja lambat balas. marah ler tu. Relax beb, gua ada depan lu sekarang. Apa-apa yang lu nak luahkan, lu luahkan ler kat gua. Mane tau ide mat jenin gua boleh setle problem lu. Lu tak caya gua? Lu jangan macam-macam beb. Sebab gua memang macam ni beb. Lu bengang ngan gua ek. Kalau lu tengah marah malas ler gua nak kacau. Takut beb sebab gua tak pernah fight ngan perempuan beb. Lu tau tak, dayus pada lelaki beb (skrip yang dipercayai digunakan dalam filem mimpi diana 2).

Erm, baru hari kau tau aku ni bagus. Malas nak ulang-ulang perkataan lima huruf ni, nanti orang kata riak plak. Sape kata aku tak ada sifat putus asa sebab kekadang aku terpaksa mengalah dengan anak sedara aku kerana sebijik gula². Putus kesasaan aku depan anak sedara aku yang baru 4 tahun umurnya. Argh!!! malunyer....!!! Tapi sekarang kau nak tau tak, orang zaman ni dah pandai tau diorang tak biarkan air hujan turun macam tu jer. Diorang tadah air yang turun sepanjang² bumbung tu. Orang tu aku ler. Bagus tak aku? Ape! orang giler jer buat macam tu. Malas nak layan. Tapi apa pun kau tak perlu hangiiiin satu badan sebab biar tugas alam untuk menghasilkan angin dan kalau² badan kau masih kuat menghasilkan angin, apa kat aku cadangkan satu minuman kesihatan "Teh Sarbbat". Kalau berani cuba lah.

Apsal kau tak paham ngan idea aku ni lagi. Aku sanggup buat paham² idea kau tau. Sedih tau. Kalau kau dah tak paham idea aku, kau rasa aku paham tak idea kau. Tak paham ler tu. heeeeeeee. Oklah aku explain dari apa yang aku paham dengan cara pemahaman aku. Sebenarnya aku nak buat blog/diary/journal etc. Aku nak kita balas cerita kita dalam blog ni sama seperti macam kita tulis kat dalam email. So tak payah ler kita hantar email dan cuma kita edit jer kat dalam blog ni. Maka dengan itu boleh ler kita jadi blog ini sebagai tempat .: seisi luhan rasa :. yang kau nak buat tu. Paham tak. Nanti aku bagi password untuk kau boleh tulis apa yang kau nak nanti. Amacam paham tak. Kau belek ler gambar kat bawah ni sejelas²nyer, tapi tak tau ler mata kau kabur ke tak. Aku harap kau faham. Aku lambat balas email kau ni pun sebab fikirkan macam mana nak kasi kau faham ler ni. Kau patut hargai sahabat mu ini. hehehe. Kata kat aku bagus satu kali... Tak berani la.


~'Kalau boleh aku nak kau terima buah fikiran aku, bleh tak?'~



Pasal gaduh tu memang macam cerita hindustan dan dah ada pengarah dari bollywood turun malaysia sebab nak filemkan cerita ni. Tapi aku tak dapat nak tolong pengarah tu sebab cerita tu bukan cerita aku. So sekarang ni tinggal kau seorang jer tak percaya cerita kawan baik aku sebab satu benua Asia dan hampir ke benua Australia percaya cerita aku ni. Kau nak caya tak ni. Tapi aper pun aku tak kelentong kau sebab aku ni insan suci. InsyAllah. Walau apa pun kawan aku selamat hingga sekarang sebab mereka semua membawa  diri jauh daripada lepak kat kampung dia. Si Abang stay rumah atuk dia dan kawan aku (adik) memang keje kat batu pahat.

Pasal cerita kau ni memang best tapi bukan cerita keling kan ("bising mengalah keling"). hehehe. Tapi biasalah kalau marah atau kata hati tak dikawal dengan berfikiran masa depan garenti begini jadinyer (macam orang bodoh). Aku kekedang pun ada gak sifat macam ni dan sebab tu aku doa² kan dijauhkan dari menjadi lebih teruk penyakit ni. Sekarang aku try guna cadangan Dr. Fadzila Kamsah agar banyakkan makan daging putih. Sebab tu aku rajin²kan makan ikan, nak makan daging ayam aku alah kalau makan banyak. Makan daging lembu dan sejenis nya perlu aku kurangkan kerana dagingnya hitam/gelap. Sebab tu orang laut baik² belaka. Betul ker? hehehe just kidding.

Hehehe doa yang aku bagi ni memang nampak jelas berpihak pada aku tapi aku minta pada Allah dan bukan selain darinya. So lagi baik dari kita pakai ubat dagu dan dah ler berdosa + menginaya orang plak tu. Kau jangan risau pasal doa ni sebab kalau ia nampak menginaya orang sudah tentu Allah tak perkenankan sebab setiap doa untuk balas dendam kat orang tak pernah Allah makbulkan. Tapi aku ikhlas pada doa aku ni dan tak ada sikit perasaan dendam kat sape². Kira aku ni tak suka backstab orang. Kalau marah sangat kat seseorang, aku akan terus bagi kat orang yang aku marah tu. Orang putih kata Sound direct.

Untuk email kali ni aku tak tau nak cerita apa dan cukuplah untuk meberitahu kau tentang idea mat jenin aku ni(buah fikiran utk relationship kite). Balas jagan tak balas, esspecially about my opinion okey.
bye... Asslamualakum...

Tuesday, May 25, 2004

aku hidup dalam blues........

From: "azah arah"

Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh ( tak tau nak kata apa dah)
Asalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ( jawab je la banyak songeh lak)


mmmm.... baguslah ko jenis yang tak mudah putus asa.aku kalau bagi idea kat orang yang tak mudah putus asa ni atau orang kata ada pendirian yang kuat ni memang best. aku susah hati kalau aku bagi idea atau nasihat kat orang yang tak kuat semangat pastu mudah putus asa. sebabnya apa yang aku bagi nasihat atau idea pasti macam curah air kat bumbung ( bumbung zinkla) jatuh cam tu je, tak satu pun dia nak tadah. ko jangan tak tau aku ada member cam tu. dia jenis yang nak mintak pendapat orang tapi time aku bagi pendapat dia buat muka "pandai" dier. aku hangiiiiiiin jer macam tu. pastu time ada masalah mula gelabah nak cerita kat aku. awek dia macam tu lah, macam nilah. aku kalau time tu memang aku nak tengok muka dia jer dah menyampah. ko janganlah jadi macam tu.

tentang idea ko tu, aku paham tapi tak berapa paham ( apa yang aku merapu ni) ko terangkan lah yerk. maksud aku bagi contoh. aku seolah2 macam dah nampak tapi masih kabur2 lagi.

tentang cerita ko datang seru tu, pasal apa lak ko nak gelak sengsorang, aku pun nak gelakkan ko gak. ( hahahahahahahampeh)
ala jef, dah betul la tu. dah sampai serunya ko nak berdua. takkan ko nak bujang sampai tua. tak gitu. gitu2 ler.

tentang pergaduhan yang ko cita tu. betul ker. cam cerita hindustan pun ada gak. sebaik ko tak termasuk sekali. kalau tak, tak tentu pasal ko masuk surat kaba. glamour siooooooottttt. aku pun nak selit gak lah babak gaduh tempat aku. akunya tempat lagilah. semua kalau nak cita semua kaki gaduh. yang terbaru gaduh sebab perempuan. cerita dia cam ni. perempuan ni jenis suka pakai seksi2 tau pastu selamba abah dia jer menghisap rokok depan orang. pastu seorang mamat yang prihatin sound la minah ni. ayat dia lebih kurang macam ni laa " wei ........minah ( bukan nama sebenar) nampak perut la baju ko, ko tak malu ker" pastu minah ni tak tau pasal apa dia hangin, dia pegi tamparnya mamat tu. apa lagi mamat ni secara spontan tampar balik minah ni. apa lagi balak minah ni pun masuk campur, pastu geng2 mamat ni pun masuk campur. ya allah aku tak tau dia punya bising mengalah keling.( sory bahasa kasar). tapi diorang taknak report polis takut berpanjangan. pastu penduduk kat siti relaikan lah. sebaik takda cedera parah. ish kalau difikir2 takut aku. kekadang hal kecik pun leh gaduh. pelik aku. hal bodoh pun diorang nak gaduh. mmmmmmm....manusia2. ala2 cerita komik pun ada. tah apa2 tah diorang nikan.

apadaaa doa ko tu. macam berpihak pada ko jer. hahahahha. sukala ko nak doa cam mana. itu antara ko dengan allah. aku taknak masuk campur. apa yang aku boleh katakan semoga allah perkenankan doa ko tu. ok.

ttg idea ko tu, macam aku cakap laa. masih kabur2.

Bersamerr... Jeff... Selamernyerr..

kluangman_jef

Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh (idamkan apa saja untuk dapatkan kesejahteraan dari Allah)
Asalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh (Pasti org yang menerima ayat ini rasa dihormati dan dihargai )

Best perumpamaan kau ni ek "cari baju askar dalam hutan". Memang susah nak bezakan semua tu tapi pandangan hati tak mungkin menipu.

Aku mintak beberapa perenggan jer nak abiskan jiwang aku ni. Sebenarnya nasihat kau adalah nasihat pertama aku dapat dari orang lain yang mengatakan jangan putus asa (bg orang baru dengar cerita aku ni). Aku dah banyak sebenarnya cerita kat orang tentang keadaan aku dengan kawan aku ni tapi nasihat pertama yang diorang bagi kat aku semuanya mengharapkan aku tinggalkan dia. Aku cuba nafikan, seboleh-boleh aku katakan aku masih ada peluang tapi padahal benda tu masih ragu-ragu dalam hati aku. Oleh sebab aku masih contact dia lagi, nasihat kedua dan seterusnya yang diberikan diorang macam kau ni (sabar je lah, ada peluang kau tu). Tapi aku tau diorang nak sedapkan hati aku jer. Apa pun aku pakai nasihat kedua diorang sebab aku cuba berfikiran positif. Sekarang ni keputusan hanya pada dia sebab aku pernah kata kat dia (kalau awak tak suka kat saya, awak carilah orang lain). Kalau aku yang nak cari lain dan tinggalkan dia, aku tak sampai hati dan aku tak nak aku dipersalahkan dalam hubugan ini. Gaya memang macam ego tapi ia perlu untuk diri ini dihargai. Sebenarnya aku boleh hidup tanpa kawan perempuan dan aku tak risau kekurangan kawan perempuan sebab sejak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah dan sampai ke IPT baru 3 tahun lepas aku baru cuba mengumpul kawan perempuan. Kau garenti tak percaya, sejak aku mula jejak kaki ke sekolah istilah kawan perempuan terus aku tinggalkan sebab dalam kelas pernah tak mempunyai perempuan dan kalau ada pun cuma 3 tahun jer sebelum masuk ke S.M.T.J.B dan selain tu hanya kat sekolah agama jer (sebab tu aku diistilah kan pendiam oleh kawan² perempuan). Aku juga kurang bertegur ngan sedara perempuan aku, jiran perempuan aku kecuali adik-beradik perempuan aku sejak aku ke sekolah (Pelik tapi benar). Tapi tak sangka macam mana perasaan tu mula wujud bila dia bagi peluang kat aku. Sejak dari itu... kawan dia adalah kawan aku sebab kelas aku memang tak mempunyai perempuan ketika aku mengenalinya. Sebenarnya aku tak mahu bercinta masa sekolah sebab memeningkan bila tengok kawan² aku kecewa sebab perasaan dikecewakan. Oleh sebab aku tak mengalaminya, aku rasakan bodoh jer kecewa sebab bercinta tapi baru sekarang aku dapat rasakannya. Dulu aku ingat lagi, bila "lone ranger" semua dekat ngan aku (kata jadi macam aku lagi best) tapi dah couple entah mana hilangnya setiap minggu. Aku tak boleh menyalahkan takdir sebab aku sendiri ingin mencuba perasaan ini. Pernah aku mengambil masa untuk berfikir untuk membuat keputusan bagi mengubah hidup aku yang "lone ranger" dulu. Akhirnya aku katakan mungkin dah sampai SERUnya. Ketawa sorang² aku bila difikirkan balik sebab keputusan yang aku ambil. Kau kelakar tak buat keputusan sebab mungkin dah sampai SERU. Bagi aku keputusan tu kelakar beb. Apa nak buat ini lah cerita hidup aku. ....~habis untuk berjiwang. Sekarang aku nak jadi undergrounder pulak.

Cadangan kau ni memang best untuk relationship kita ni tapi aku takut tak dapat memberi pendapat kalau hal tu tak pernah atau pertama kali aku alami cth nya sekarang. Kalau kau nak tau, pernah aku tak bagi buah fikiran dari masalah 'kawan' aku ni pasal cinta pertama dia sebab takut segala cadang yang aku bagi nanti terkena kat muka aku ni. Kekadang menyesal pulak tak bagi buah fikiran sebab kata sebuah majalah, kita perlu berkongsi buah fikiran bagi mengeratkan sesuatu hubungan. Mungkin sebab tu dia tak cerita kat aku sebab tak sportting nya aku dalam perbincangan. Betul ker cara aku macam tu? Kalau aku salah sekalipun benda tu dah lama berlaku. So masa seterusnya untuk kita ubah kesilapan kita. Kata sebuah comic "Untuk mengatasi masalah, jangan dilihat macam mana masalah itu terjadi tapi lihat lah macam mana masalah itu dapat diatasi". So kalau semalam aku buat kesilapan aku cuba baiki untuk esok nya. Dan aku tak mahu fikir walaupun semalam orang marah betul kat aku. Bila hendak memilih keputusan sahaja perlu melihat apa yang berlaku semalam agar perkara yang sama tak berulang.

Cadangan ini memang bagus sebab belum pernah terfikir kat kepala aku. Apa kat aku tambah lagi cadang kau ni. Kita buat satu diari tapi macam kita menulis email saling balas membalas cerita. Kita paparkan perbualan kita yang mana kita berdua tahu id & password untuk update cerita dan cadangan kita berdua. Jadinya kita tak payah hantar email dan terus je balas kat diary kita ni. Ruangan komen pula hanya untuk feedback dari pembaca sahaja yang baca diari kita ni dan buka untuk kita. So kira nya segala apa-apa yang kita nak tulis dalam diari tu kita terus paparkan dalamnya. Aku rasa kau faham apa yang aku nak sampaikan. Kalau kau tak nampak lagi. Aku try buat satu sample kalau kau nak lebih jelas.

Aku tak nafikan aku ni gila² sikit tapi aku masih ada fikiran & perasaan untuk buat baik pada orang. Sebenarnya aku ni lahir dari orang yang berjiwa sastera walaupun cabang kerjaya aku lebih kepada mekanikal. Aku kata macam tu sebab bapa aku mempunyai bakat melukisnya walaupun kerjayanya seorang tentera. Mak aku pulak pernah popular membuat sajak disurat khabar satu ketika dulu (surat khabar sebelum wujudnya keluarga aku). Mak aku menerima tempias dari arwah atuk lelaki aku yang seorang pembuat skrip dan pengarah pentas(teater). Tapi semua tu luput bersawang selepas berkahwin dengan ayah aku yang terpaksa berpindah randah kerana tugas sebagai tentera. So walaupun aku tak dapat mengasah bakat dalam cabang tu tapi jiwa aku masih sastera (today people call blues or 'jiwang'). Blues untuk aku selamanya. hehehehe.

Oooo... kau tak faham maksud "Aku masih memerlukan orang lain untuk menilai keputusan". Tekaan kau menghampiri maksud sebenar yang aku nak sampaikan ni tapi yang lebih hampir sebenarnya adalah aku nak buah fikiran orang lain supaya keputusan yang aku ambil tepat dan betul (bkn slogan polis CEPAT, TEPAT dan BETUL).hehehe. Tapi bukan orang lain membuat keputusan untuk aku.

Untuk hari ni aku ada cerita. Semalam kawan aku (sedara kawan baik aku) pukul orang sampai jadi kes polis depan rumah dia pulak tu. Dia pukul orang tu dengan abang dia. So kire dua beradik pukul sorang ler ni. Kawan aku ni baik sebenarnya walaupun dia kuat beradu masa remaja dulu berbanding abang dia yang agak lebih (kuat cerita bohong) dan gila² sikit. Memang perangai dia dengan abang dia lain sikit sebab mereka berdua anak angkat, so darah daging lain-lain lah.

Berdasarkan cerita kawan baik aku. Mulanya yang bergaduh cuma abang dia dengan mamat yang kena pukul ni. Dua² yang start masalah ni sebenarnya yang lebih. Kire dua-dua ni zeng (gila) sikit mungkin kepala dah mantul kot. Tapi yang jadi sebab kawan aku campur tangan dalam hal abang dia ni pun mungkin perkara tu berlaku depan rumah dia, kalau kita pun pergi keluar tengok. Dari shortcut cerita kawan baik aku, mamat yang kena pukul ni sound kawan aku yang tak bersalah ni macam gini "Cuba kau bayangkan kalau penumbuk aku ni kena kat muka kau". Kawan aku yang bengang dan masih slamber pun sound "memang ler sakit tapi aku ni bukannye tunggul kayu". Mungkin mamat yang kena pukul ni gempak sangat, so 2 orang lawan satu ler. Memang tak gentlement tapi dah dua-dua beradik ni tak puas hati so, dua-dua ler masuk. Katanya parah juga kepala mamat tu. Sebab tu semalam aku nampak abang dia kat rumah kawan baik aku ni tapi adik dia aku tak jumpa ler. Mungkin dua-dua lari dari polis kot yang masuk kampung dia semalam. Semua ni dari cerita kawan baik aku tanpa tokok tambah.
Aku harap kau tak bosan untuk email kali ni. Aku dah cuba habiskan jiwang aku untuk hari ni. Aku try untuk kembali yang asal agar namapak aku ni slamber sikit. Memang membosan kalau asyik menceritakan masalah kita kat orang. Silap² orang kata kita ni pembawa masalah. Hhehehe. aku tak nak gelaran tu.

Cuba fikirkan tentang tambahan cadangan kau tu dari aku Jef Jerret.

bismillahirahmanirrahim........


~'Sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang yang zalim...'~




amin ya rabbil alamin........
(ada kah kau rasa ia sesuai untuk aku dan 'kawan' aku)


byeeeeee
assalamualaikum....


Monday, May 24, 2004

Yup... boleh ker aku nak jadi baik

From: "azah arah"

Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh ( tak tau nak idam apa)
Asalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ( tanda mula berbicara)

ye aku tau ko cakap berdasarkan pengalaman. pengalaman yang mengajar kita untuk mengenali manusia. yer aku percaya tu.

setiap orang ada pengalaman hidup yang berbeza2. ko ada pengalaman ko dan aku ada pengalaman aku sendiri.

sajer jer aku nak terperanjat tak leh ker. ( itu baru aku kata aku terperanjat, kalau aku kata aku terkezut beruks agaknya apa la reaksi dia. bertambah kembang la tu.) maknanya ko gunakan pengalaman ko utk mengenali orang, baguslah. ini memang perlu supaya kita tak mudah ditipu dan tertipu. memang tul la kata ko kawan nak gelak berlambak2 kat luar tapi kawan untuk menangis bersama memang susahlah. bak macam perumpamaan yang aku reka " cari baju askar dalam hutan" sama jer susah nak bezakan.

ttg "kawan" ko tu. sebenarnya aku paham situasi dia sebab apa yang dialami "kawan" ko tu jugak kebetulan sama ngan apa yang dialami oleh aku. "kawan" aku gak tengah dalam proses mengenali aku. memang jef orang kata orang pertama memang susah nak lupa. kekadang aku suka gak bandingkan "kawan" aku tu ngan yang pertama. memang adatlah jef kekadang perbandingan itu untuk mencari keistimewaan antara yang pertama dan kedua. ko sabar jela. dari aku dengar cerita ko yang dia mula berubah sesikit tu, itu menunjukkan dia mula boleh menerima ko dan mula melakukan perubahan demi ko. itu tanda2 positif la tu.girls pun ada ego dia gak jef. dia sayang tapi tak nak tunjuk. kalau ko pandai amik ati dia. gerenti dia cair gak. ini aku nya pendapat lah. tapi niat kene ikhlas jef, kalau niat kita ikhlas nak kawan ngan orang insyaallah allah akan membantu kita dalam mencari jalan penyelesaian. sekarang ni aku dah mula nak sayang ngan "kawan" aku tu dan mula menerima diri dia sendiri bukan kerana dia sama dengan yang pertama.aku harap cerita aku ni bagi ko semangat supaya tak mudah putus asa. aku harap ko berjaya la yerk.

jef apa kata kita nya relationship kita ni kita jadikan seisi luahan rasa. ko tak kenal aku dan aku tak kenal ko, maka apa kata kita kongsikan masalah kita dan kita cuba beri pendapat memasing. ko cerita pengalaman ko dan aku cerita pengalaman aku. kalau ko setuju ok laaa. tapi kalau ko rasa cam tak best takperlaa.

sebenarnya memang aku suka cakap orang baik, sebab bagi aku, kita kene sentiasa berfikiran positif dengan orang supaya gelombang positif tu boleh mendatangkan kebaikan dengan orang sekeliling. supaya syak wasangka dan dengki mendengki tu takda dalam diri. tak salah kan kita berfikiran positif.

aku tengok ko ni dalam gegila ko ada gak jiwangnya kan. itulah orang kata sekeras2 hati manusia pasti ada kelembutan disebaliknya.dan selemburt2 hati manusia pasti ada kekerasannya, tidak kiralah dia laki ker perempuan. tul tak.

"Aku masih memerlukan orang lain untuk menilai keputusan" aku tak paham la maksud ko. boleh ko terangkan dengan lebih detail. kalau ko nak aku tafsirkan ialah ko memerlukan pendapat orang lain sebelum ko memulakan persahabatan dengan seseorang. (aku agak jer). pelik tapi benar ( dipetik dalam rancangan "you asked for it").

sorrylah kalau email aku kali ni macam hampeh. ko akhirkan ko nya email dengan baris lagu. aku habiskan dengan satu doa.

bismillahirahmanirrahim........



Ya Allah..

Seandainya telah engkau catatkan dia milikku,tercipta buatku....

titipkanlah kebahgian antara kami, agar kemesraan ini abadi..

dan Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihi,

seiringkanlah kami melayari kehidupan ini,

ketepian sejahtera dan abadi.



tetapi Ya Allah...

Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku,

bawalah ia jauh dari pandanganku,

luputkanlah ia dari pandanganku,

dan peliharalah aku daripada kekecewaan,

serta ya allah,tuhan yang maha mengerti,

berikanlah keuatan melontar bayangannya jauh kedada langit

hilang bersama senja nan merah, agar bisa bahgia..

walaupun tanpa bersama dengannya





Ya Allah yg tercinta

Gantilah yg telah patah,

walau tak sama dengan dirinya.



Ya Allah Ya tuhanku..

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,

sesungguhnya apa yang engkau takdirkan,

adalah yg terbaik untuk hambamu ini,

cukuplah engkau sahaja yang menjadi peliharaku,

didunia dan akhirat.



dengarkanlah rintihan daripada hambamu yang daif ini,

jangan engkau biarkan aku sendirian,

menjurus aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran,

maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman,

supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup

ke jalan yang engkau redhai,

dan kurniakanlah aku zuriat yang soleh dan solehah...



amin ya rabbil alamin........



( ia sesuai dengan ko dan awek ko)

Sunday, May 23, 2004

Yup... boleh ker aku nak jadi baik

kluangman_jef

Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh ("jika dia tahu dia diidamkan orang, tapi adakah orang tahu dia mengidam sesuatu"~ jejaka idaman )
Asalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ( memberi dan menerima masing² tetap menerima keikhlasannya)


Lega aku sebab kau tak makan hati berulam jantung(ayat yang top untuk aku buat masa ni) dengan apa yang pernah aku tulis kat ko.

Alah itu sekadar tekaan bukan tilikan. Tak usahlah terperanjat dengan tekaan aku tu tentang diri kau(kata merendah diri seorang mutan X). Aku memang baru kenal kau tapi aku dah lama kenal manusia dalam dunia aku ni. Macam² perangai manusia pernah aku kenal. kalau perangai lelaki jangan heran lah penuh dalam buku kajian aku. Kalau kau kenal aku, aku memang mempunyai ramai kawan dan kebanyakkan nya dari sekaum aku. Aku lebih senang berkawan dengan budak lelaki bagi mengelakkan fitnah dan aku boleh ajak diorang keluar sesuka aku nak bila dan kemana. Tapi tak semua boleh bertukar senang² dari menjadi seorang kawan kepada seorang sahabat. Cuma yang benar² ikhlas berkawan jer boleh menjadi sahabat yang diingati aku. Sahabat waktu susah dan senang. Sebab aku mudah mengingati setiap apa yang orang lakukan terhadap aku. Diorang yang niat jahat tak mudah memperbodoh²kan aku. Silap haribulan diorang yang kena sound impact dari aku. Bukan aku katakan mereka takut kat aku tapi ada sikit hormat. Kehormatan adalah segala²nya tapi bukan seperti raja yang duduk disinggahsananya untuk menerima daulat & bukan seperti janeral dengan orang bawahannya yang menerima tabik hormat tapi seseorang yang menerima hormat keatas haknya. Setiap orang ada hak untuk dihormati. Semuanya ini adalah cetusan intuisi aku. Erm...amacam ok tak?Hehehe. macam ni lah perangai aku yang kekadang sesuka aku jer nak tulis apa yang aku nak. Kau kesah tak? Aku rasa aku boleh layan kepala kau. So sebab tu aku katakan aku ada fexible tapi masih ada batasnya.

Bagus lah engkau mempunyai pendirian kau sendiri. Terkedik...kedik. Aku ingat ayat tu hanya popular kat tempat aku jer. Rupanya sampai ke sana gak ek. Semuanya memang perlu berlandaskan agama sebab memang Allah dah janjikan selagi hidup kita berpandukan Al-Quran dan Hadith kita tergolong dalam orang yang bertamadun. Tapi apsal manusia sekarang masih terkejar-kejar dengan undang² civil yang direka oleh manusia sendiri. Bukan ker undang² Allah lebih sejagat dan sesuai untuk sepanjang zaman. Tapi inilah dikatakan dunia akhir zaman.
"dan telah datang kebenaran dan telah lenyap yang kebatilan. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap"~ surah isra: 81.

Kau terlalu banyak puji aku. Baik sangat ke aku ni... (pertanya seorang insan yang merendah diri). Kalau kau nak tunjukkan aku baik rasanya sudah memadai bagi aku kalau kau sentiasa senang dengan kehadiran aku (Cewah! tapi ini bukan baik ada makna tau). Cukup!! cukup!! aku takut pujian kau menjadi aku lupa asal hidup ku(dengan suara dan gaya nordin ahmad). Terima kasih atas pujian kau. Kalau orang dah bagi, aku pun nak balas gak.

Dari ayat kau yang lepas ~"yela2 memang best la cerita ko nak lemas tu. aku suka.itu pun satu pengalaman gak kan." Dari situ aku nampak kau rasa bersalah pada kata-kata kau yang lalu. Alah... aku boleh terima semua ayat kau sebab kekadang aku perlu kritikan untuk lebih berjaya. Tapi mana ada ayat kau meyakitkan hati sebab apa yang aku faham semuanya ayat kau sekadar usikan anak kucing yang manja.... Meow.... meow... hehehehe. Sebenarnya aku pun tak suka orang cuba sembunyikan sifat sebenarnya. Tapi kalau dia cuba berubah dengan ikhlas.. aku suka. Sebab aku masih mengharapkan kawan baik aku juga berubah dengan kesedaran sendiri.

Kalo kau TAK BOSAN kawan ngan aku, why not me. Aku pun suka kawan ngan kau. Sebab kau boleh terima semua lawak bo0doh aku ni.ko best! leh masuk kepala. Sebab setiap kali aku cuba bangkitkan satu tajuk kau boleh cerita balik apa yang berlaku kat kau pada aku. TQ, feedbeck kau setiap tajuk aku. Sebenarnya aku belum pernah dapat email orang yang boleh menceritakan pengalam masing-masing dalam satu tajuk yang sama. Pasal kena fitnah pun kau ada cerita gak ek.

Kau fikir aku ni pun jenis berkepit ker. Jangan silap mentafsir aku. Sebenarnya aku pun tak tau sekarang ni kedudukan aku macam mana kat dalam hati kawan aku sekarang ni(aku suka guna istilah kawan). Dan mungkin tak seperti anggapan aku dulu. Kawan aku ni jenis yang tak suka berkepit. Sebab dia dulu pun lebih kurang macam kau gak cuma dress up dia macam lelaki sikit. Tapi aku happy bila dia sudah berubah sikit². Aku sekarang dah lama tak ajak dia keluar sebab dia pernah kecik hati dengan sikap aku yang terlalu control kehendak dia tapi sekarang dah ok cuma sekarang ni aku cuba lebih memahami sifat² dia lagi. Walaupun dah lama tak berbual secara face to face tapi aku tak miss untuk call dia every week. Kirenya aku ni orang kedua sebelum dia putus dengan yang pertama. Sebab tu sampai sekarang aku tak faham dan tak mampu tau perangai dia. Aku tak mampu tau kalau dia tak ceritakan sama ada mungkin sibuk dengan keseronokan atau mungkin tersepit dengan perasaan. Betul ker sifat perempuan ni merumitkan. Kekadang aku rasa dia ok.. kekadang rasa dia macam nak lupakan aku dalam kenangan dia. Tapi aku surrender awal² kalau kawan pertamanya nak bersaing dengan aku atau dia cuba membandingkan aku dengan yang pertama. Sebab lagi lama aku kenal kawan aku ni maka lagi lama lah yang pertama ni dalam kenangannya. Tapi think positive i always made. Sebab tu aku still kawan ngan dia sampai sekarang. Opss...tak sengaja terbangkit hal ni. kalau kau tak masuk kepala just ignore it. Sebenarnya ini sifat aku yang sebenar kalau aku melayan perasaan. Tapi kalau kepala aku dah gila, memang gila². Harap kau tak kesah sebab niat aku ikhlas berkawan dengan kau.

Sebenarnya aku masih tak ada idea pasal nak kasi best kita punya relationship kita ni. Tapi rasanya harap kita still berkawan macam ni ok. Aku masih memerlukan orang lain untuk menilai keputusan. Kalau email aku hari ni membosankan memang aku akui. Tapi percayalah ia cuma kadang² berlaku dalam belasan email aku. Tapi aku masih janjikan sesuatu yang best untuk email yang akan datang. Email kali ni memang agak slow rock sikit. Tapi aku masih jawa. Jawa pun jawa lah janji rock!!! yeah...yeah!!!

(Dian Sastro):
Disaat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

(Yassin):
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

(Malique):
Merenungi luar jendela, mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!!!

(Joe Flizzow):
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
Entah apabila persimpangan tiba, hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira, dan cuma mula mencari kau disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda, dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi, nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan, menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, moga tidak terleka dalam perjalanan ini

(Ahli Fiqir):
Aku yang memandang di dalam lubuk hati, mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki, aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini, aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku, semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi, moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7, 8, 6 Alhamdulillah Syukur...

(Dian Sastro):
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

byeeeeee
assalamualaikum....