Yang lepas Biar berlalu dan Yang mendatang Biar bertamu..
Assalamualaikum...
Lama gak tak jenguk blog ni. Wah... wah... awal2 dah buat ketupat. Yer lah aku tau yang aku ni banyak salah kat ko tu sebab tu banyak betul musibah kene kat aku. eksidennyer lain, barang rosak nyer lain... duit plak bukan main banyak perlu di zakatkan (duit keluar).Ko dah bayar zakat? Aku rasa nak suruh bapa aku settlekan lah (padahal satu kali pun tak pernah buat sendiri). Aku pun sama lah kalo ada salah pun nak minta maap kat ko. Walaupun jahat nyer aku tahap petaka langit sekalipun janganlah ko pedulikan tapi pandang lah pada kebaikan aku yang dah aku buat selama ni ek?Bukan maksud pandang ke tak pandang tapi apa yang aku maksudkan ialah... "Kalo tertido nyer aku, ko kejut2 kejutkan lah... jika terjatuh nyer aku, ko bangkitkan lah aku dan jika matinyer aku ko kuburkan lah". Ok lah aku sentiasa memerlukan orang disekeliling aku untuk menempoh hidup ini (sedih tak sedih lah ayat aku ni...sob...sob)
Sebut pasal mati bertambah sedih lah hati aku sekrang sebab baru tadi aku dapat masej dari semua ex-class mate aku kat Politeknik dulu seorang kawan aku telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pagi tadi masa on the way balik kampung.Arwah akan dikebumikan tengah hari ni kat Sungai Petani. Sedekahkan lah Al-fatihah kat beliau (Mohd Nadri b. Abd Rashid=Abot). Hemmm... sedih gak bila terbayang balik muka dia masa study dulu. Tapi pemergian seseorang bukanlah untuk diratapi tapi ia perlu menjadikan diri kita lebih tabah dan insaf dengan segala yang terjadi. Kalo dulu boleh lah sedih bila sesuatu yang berada disamping kita pergi jauh meninggalkan kita tapi bila dah besar ni kena trainee gak diri ni untuk bersedia kemungkinan tersebut. Masuk ni dah lebih 4 orang kawan aku mati muda (kemalangan jalan raya). Oklah pengajaran sekali lagi untuk aku kali ni.
Oklah itu untuk hari ni. Biar lah hari ni berlalu pergi dengan cerita nyer tersendiri tapi Esok jangan lupa persiapkan diri menghadapi hari kejayaan umat Islam setelah menempuh sebulan menahan lapar,nafsu dan sebagainya. Marilah kita sama-sama merayainya. Tapi jangan sampai lupa diri plak sebab Malaysia ni dikurniakan rezeki makanan yang melimpah ruah... so aku tak nak ada perkara sedih plak berlaku esok macam mati tercek.. ops... tak baik sebut.
Sebelum aku bertanya berilah aku untuk meneka berapa pasang baju raya ko untuk sambut raya tahun ni. Aku rasa ko ada paling sikit 2 pasang tapi paling banyak sure 4 pasang. Ko tak payah ler nak menfikan apa yang aku teka kan ni. Sure betul punyer. Ni statement yang aku ambil dari majority pompuan yang aku tanyer(yang ekonominyer agak kukuh la). Nanti jangan lupa attach kan sekali gambor baju raya ko ek kat dalam blog ni ek? Aku tau kalo gambo ko sendiri jangan harap lah nak bagi aku tengok kan? Oklah kalo aku rajin aku attachkan gambar motor aku yang eksiden hari tu.
Pasal Cute rasa nyer belum masa nyer lagi kot untuk aku datang bertandang ke rumah dia kot. Selagi dia tak terima ajakan aku untuk keluar bersama. Selagi tu sku ter paksa melepaskan peluang yang ada ni kot. Walaupun hati ni selalu sangat memberontak tapi aku kene cuba belajar untuk mengawalnyer. Ko mcm mana plak sure dah prepare nak datang rumah bakal mertua kan? Banyak perkara nak aku ingatkan kat ko kat sini. Nanti kalo datang rumah orang tu biar sopan sikit duduknyer, beradab sikit makannyer dan jangan lah selagi ada selera ko bedal sehabis2nyer melantak kat rumah orang tu nanti. Memang lah orang rumah tu tersenyum melihat ko makan tapi dalam hati nyer garenti pelbagai pertanyaan yang ko tak dengar dalam hatinyer... lebih2 lagi semua kerabat syaitan dah diikat jamin dari direman dalam neraka jahanam lepas bulan Ramadhan nanti. Aku sajer sampaikan pesan Arwah nenek aku kepada aku dan seterusnya aku sampaikan pesanan kat ko pulak supaya ko boleh sampaikan pesanan ni kat cucu ko pulak nanti.
Akhir kata...
KETUPAT PULUT ATAS PARA, HENDAK DIREBUS DI TEPI PERIGI,
BLOG NI DI HANTAR SEBAGAI PENGGANTI KAD RAYA, TANDA INGATAN DI AIDIL FITRI.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin....
Saya Jefri Singh Waliyah Melaporkan dari Warta Exists.blogspot.com....
Apa kak tak kene bayar ke nak buat tempahan lagu...
Oklah lah bagi satu lagu raya... dan 2 lagu ni sebagai pilihan... pilih la mana2 satu lagu ni yer kakak DJ. 1. Lagu "Langit ke Tujuh-Kris Dayanti" tapi kalo tak ada Lagu kedua ni sebagai pilihan 2. Lagu "Langit ke Sepuloh-Ayah Pin". Ok bye As'kum....

Fork (sepet udang) motor aku kiri kanan patah teruk.






