Tsunami... Apa tu?
Assalamualaikum....
Erm...Terasa lama juga kau tak balas blog ni. Ni aku nak nyanyi ni... abang nyanyi ek? Mungkin kau mudah marah (Dato' M. Daud Kilau)..tidak (Ezlynn), Atau hanya melatah (Dato' M. Daud Kilau)..tidak(Ezlynn). Hehe... atau kau merajuk (Dato' Jef cermin mata berkilau) ... Tidak... eh.. ya... eh.. enntah? (Azah lynn)
Bridge:
(Azah Lynn/Dato')
Orang kata kita bagai tanduk bersendi daging
Namun... cinta masih bagai hempedu lekat dihati...
Tapi aku rasa kau garenti nak balas dendam kat aku sebab sebulan time raya aku tak tulis sepatah pun walau kata hai sekalipun. Ok relek ok. Perkara yang lepas bia berlalu , kita buat buat buku baru ok. amacam bleh tak? Er.. aku rasa tak pun kau sibuk menjadi duta Malaysia membekalkan bantuan kepada mangsa Tsunami. Kalo macam tu lah sebabnya lapang dada aku bila tahu kawan aku manjadi insan berhati mulia.
Pada mulanya terasa meluap² hati nak gi countdown kat dataran Kluang ni tapi disebabkan peritiwa 26 Dis 2004 ni berlaku aku terpaksa mengikut perintah Prime Minister kita yang menyarankan supaya semua acara countdown new year di'cencel ' serta merta tanpa talian hayat sekalipun.

So sama² lah kita berdoa agar semua muslimat mangsa tsunami berada ditempat hamba Allah yang beriman. Al-fatihah untuk diorang dan marilah kita sama² mendermakan RM1 seorang melalui sms dengan menaip 'AMP' dan hantar kepada '32366'. AMP adalah satu nama singkatan tabung amal dan derma kita melalui no. 32366 akan melalui kumpulan derma under goverment. Walau bagaimana pun kita berharap agar wang yang dikumpulkan jangan lah tunggu sampai dah penuh baru nak hantar sebab mangsa tu semua tak sanggup menunggu lama bantuan yang diperlukan. Sama² lah kita segerakan bantuan yang perlu disalurkan. InsyAllah.
Ok lah, sebenarnya blog aku kali ni pun tak ada lain adalah memujuk kau supaya jangan makan hati berulam jantung dengan kenakalan yang telah aku buat selama ini.(Rela ku Pujuk song pleazee..) So don't forget diz blog okay.
(Azah Lynn/Dato')
Pening kufahami dirimu
Pening ku mengikut rentakmu
Namun bilajarang bertemu
Rindu pula bermain dimindaku
Mungkin cara kita berbeza
Yang sama hanya rasa cinta
Berlawanan tingkah dan selera
Lebih mudah kuikutkan saja
Disitu pening kukan bermula
Sya la la la la...
Di akhir blog ni aku tatapkan ko and sape² jer yang terlawat laman blog kite ni sebagai ikhtibar. So sudah banyak tanda² Allah bagi kat kita yang menunjukkan dunia dah memang akhir zaman. Judmak Jud dah tak sabar nak kuar. Tatapan yang terakhir aku bagi kat ko ialah lirik lagu yang dapat mengingsafkan kita.
Berita yang kita sudah tahu :
1. Salji kat kutub dah mula mencairkan diri secara mendadak.
2. Keganjilan cuaca yang mana salji turun kat negara arab.
3. Yang terbaru pulak Ombak Tsunami mengorban sekaligus hampir 120,000 orang.
4. Yang ketiga diatas bukan yang terakhir dan mungkin salah satu dari perkara² yang menjadi permulaan untuk memberi pertanda agar umat manusia segera kembali ke pangkal jalan (Jalan yang menuju kepada yang Agung-Allah). Kita boleh merujuk perkara² yang akan berlaku lagi nanti didalam kitab Al-Quran & Hadith.Ingat!!! Apa yang dikatakan dalam kitab Allah itu bukan ramalan tapi kenyataan dan fakta. Asstghfirullah hal azim. Berzikir lah... sebab ia membuatkan kita lebih insaf terhadap musibah yang dihantar oleh Allah ini. Zikir dapat mendekatkan kita kepada Allah dan dapat menghidarkan kita dari iblis dan syaitan.
Berita yang kita belum tahu :
1. ?
2. ?
3. ?
(dan seterusnya, segalanya akan kita ketahui juga)
![]()

Masjid
Gambar menunjukan sebuah masjid yang kelihatan masih lagi kukuh di kawasan yang telah dilanda tsunami 26 Dis 2004 yang lalu di Meulaboh, Aceh, Indonesia yang mana kawasan sekitarnya habis musnah & rata. Itu lah kekuasaan Allah. SubhanAllah. Gambar ini telah diambil pada 1 Jan 2005 (sabtu).

Hotel/Resort
Gambar (atas-kiri)
Kakitangan Resort Chedi, Phuket membuat kerja seperti biasa pada ombak tsunami yang pertama,
Gambar (atas-kanan and bawah-kiri)
Apabila ombak tsunami kedua dan ketiga tiba menjadkan keadaan tak terkawal yang mana ombak bagaikan tidak mahu berundur semula kelaut dan terus mengalir ke darat.
Gambar (bawah-kanan)
Air laut telah membanjiri sekeliling restoran hotel dan disekitar taman hotel.

DAMAI YANG HILANG ~ NowSeeHeart
Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan



0 Comments:
Post a Comment
<< Home