Tuesday, September 26, 2006

Meriah...Meriah...

wah wah wah.. meriah sungguh majlis perkahwinan abang kau.. kira rugi laa aku kerna tak pergi kan kan kan...uhhuhu,... terima kasih laa kerna sudi mengkungsi gambar2 perkahwinan abang kau tu.... hijau lagi... hehehehe.....

dari massage yang kau tinggalkan kat bawah tu.. kenapa? kau gaduh ngan abang kau ker? ish ish ish.. kau.. orang nak jadi pengantin kau sound2.. nanti menangis dia kang .. camner tu? huuhuhuhhu...

ok laa... sebenarnya di Kesempatan ini.. ( cewah cam nak raya jerk)... Aku nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kau, keluarga kau dan juga kengkawan kau... semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada tahun2 lepas... yelaa dah ada kakak ipar baru.. kira bermakna la kan kan kan....

Harap2 puasa kali ni ada datang keberkatan kepada kau dan famili kau.. dan tak lupa juga ucapan itu untuk aku dan famili aku juga.. mana aci famili kau jer .. keh keh keh ......

Tahun ni camner tarawih.. tahun lepas kau buat wheely (betul ke ejaan aku tu) ngan motor2 kau... skang apa cita.. hehehehee...

ok laa..aku pun tak tau nak tulis apa lgi.. Semoga Puasa ni kita bermaaf2an laa ek.. supaya puasa kali ni dapat banyak pahala... amin...

ok laa cow.. assalamualaikum......

Tuesday, September 12, 2006

Walimatul'urus (Jamian&Zainab)

Assalamualaikum...

Azzah aku tak kesah kalo ko tak datang majlis kawin abang aku tu. Aku tau ko tak akan datang punyer. Tapi aku sebagai kawan aku wajib menjemput kawan2 yang lain datang rumah aku.Almaklumlah niat keluarga aku sedekah setakat mana yang termampu jer. Hehehe. Benda2 baik ni tak baik sorok kan... kan...

Tapi kalo datang sure gempak punyer almaklumlah... semua kawan2 masa study dulu semua tak datang. Tapi nasib baik ada kawan2 kampung yang ramai, terbalas gak kerinduan kat kawan2 lama. Oleh sebab ko tak datang dan atas permintaan ko nak tengok gambar family aku bergambar, aku buat apa saja untuk kawan aku yang sorang ni. Baru dia tau kawan dia ni boleh merangkul award bagi kategori "Kawan Lelaki popular + terbaik" bagi tahun 2007 nanti. Hehehe.

Pasal awek tu rasanyer... aku tak mampu nak beli lah (ko tau maksud aku kan). Tapi tiap kali selisish ngan aku dia akan tersenyum dan angkat muka kat aku. Tu yang membuatkan aku untuk terus mencuba. Aku niat kawan2 jer sebab tu aku still cool lagi. Bila aku nak berperasaan lebih teringat kat ex aku tu. Sob..sob...

Kat bawah ni gambar bersanding abang aku kat rumah aku. Aku biasa lah yang tengah cntrl keseimbangan badan tu. Aku tak berminat lah bergambar bila ramai yang tengok. So ini jer lah gambar aku yang rasa2 ok walaupun bila aku tengok balik badan aku oleh senget plak (nampak buruk). Hehehe. Lantak jep janji ko bahagia. Lagipun aku lebih suka kerja dibelakang tabir.

Aku sibuk gila sebab aku je yang kena cukupkan mana2 yang memerlukan. ayah aku tak beberapa sihat, abang ipar aku tak beberapa cekap kalo nak beli2 barang kat mana2 kedai yang bedekatan dan tercepat. So aku berterima kasih kepada kawan2 aku macam Bob(my best friends), Wak (siap tolong kemas meja+sapu sampah rumah aku lagi), maiz, along, angah dll lagi lah kerana membantu aku termasuk berkompang kat rumah aku.. I Love U my friends.

1. Yang berdiri Aku, Kak Long (Milah) yang tengah dukung anak bungsu dia (Qilah), yang duduk plak Kak Aju dan Adik aku (Jehan).


2. Berbaju melayu merah ayah aku (Like father like son).. Mak aku yang baju hijau (Zainab Onn), dan yang kecik berbaju pink duduk kat tengah2 tu anak kakak aku yang no.2 (Afiqah).












Aku harap ko suka dengan gambar yang aku attach kan dalam blog kali ini. Satu lagu untuk abang aku.

"Renjis2 dipilih.. Ditepungi lah tawar.. Hai beras kunyit ditabur.. Di sirami air mawar..."

Selamat pengantin baru untuk abang aku dan kak ipar aku (Jamalullail & Balqis).. Sorry lah brader kalo sound lu datang lambat sangat time nak berarak ngan paluan kompang hari tu. Bukan apa memang lewat gila ko sampai (nak dekat pukul 3ptg). Aku kesian kat kawan2 aku yang nak masuk keje lepas break tengah hari tu (kawan2 tolong berkompang.. sebab tu aku hargai sangat kat diorang hari ni).. Tuhan saja yang balas budi baik korang... Assalamulaikum...

Friday, September 08, 2006

Thank you

assalamualaikum....

wah!!! terima kasih laa sebab sudi menjemput aku ke kenduri abang kau tu.. tak sangka lak aku kau masih ingat nak jemput aku.. huuhhu.... tapi aku minta maaf laa sebab aku tak dapat pegi kenduri abang kau tu.. bukan tak sudi tapi aku ni susah skit.. aku ni mana ada transport sendiri.. nak harapkan orang ni susah sikit laaa... so aku minta maaf laa bebanyak laa sebab tak dapat datang ke kenduri abang kau tu.... terima kasih laa sekali lagi...

hmm.. nasi kenduri abang kau takper lagi aku tak makan... sebabnya aku bukan kenal pun dengan abang kau tu.. aku tunggu nasi kenduri dari kau jerk.. uhuhuh.. agak2 bilaa aku nak rasa nasi kenduri dari kau yerk... sebabnya dari cerita dari blog kau tu.. yang kau ada nak menackle awek satu tempa t keje aku kan? so apa berita? takkan sonyap jrk.. uhuhuhuh...

ker kau sibuk sangat dengan kenduri abang kau sampai kau takder masa nak ngorat dia... huuh.. takper laa jef slowly laa yerk.. kalau jodoh tak kemana.. uhhuuhuh...

hmm.. kau baru2 ni tak pergi ke kl ker? yelaa tengok akak kau kawen.. grand gila kawen.. aku ni maklumlaa bukan peminat kakak kau tu.. so aku rasa aku tak terjebak untuk pegi kenduri kawen dia.. keh keh khe … ker kau tengok budak kg kau nga tunang dia kat TV 1 atau astro.. huhuh..

heh!! Kalau ada gambar2 abang kau kawen tu kau letak laa kat sini.. leh gak laa aku merasai kemeriahan majlis itu walaupun aku tak pegi secara langsung… itu pun kalau kau sudi untuk berkungsi kegembiraan kau dengan aku..

berita baik untuk aku pada bulan ini ialah aku dah pun lulus ujian parmenent tu.. skang aku kene ada seisi temuduga plak.. huuhuh.. kau doakan laa aku berjaya yerk….. kalau aku berjaya parmenent insyaallah aku belanja kau.. mesti kau nak kan.. aku belanja gamber makanan jer laa dengan kau.. keh keh khek…. Ok laa kan dari takder.. janji aku ada gak mengingti kau .. kan kan kan…..


ok laa. Aku rasa takder apa lagi yang aku nak taip.. sampai sini jer ,aaa.. pepahal berita yang best cerita laa kat aku .. ok