Sunday, January 09, 2005

Alhamdulillah enkau tak merajuk... ("_,)

kluangman_jef



Assalamualaikum...w.b.t

Eh.. gembira aku kerana ko sudi balas blog ni. Apsal la ko delete blog ko tu, aku kan dah kata tak kesah kalo ko nak tulis apa² pun sebab ni blog demokasi dan bukan mengamalkan pemerintahan yang anarki yang berkuku besi. Wei... sedih aku sampai ati walaupun tangan ko tak sampai kata aku tak ingat member. Aku ni seorang yang menghargai kawan tau tapi kawan² je kekadang terasa ngan perangai aku ni yang kekadang macam tak amik kesah padahal aku still menghormati kawan yang ada sifat menghormati kawan.

Betul ek ko tak marah... pelik? Ala.. ko kene paham le sikit sebab keje aku tak mengadap depan komputer macam ko, so ada lambat sikit la nak balas blog ni. Kekadang kalo kat rumah ni pun nak connect asyik server down jer almaklumlah kalo aku tak balik... kakak atau adek aku yang tau main komputer ni alamat tak hidup la komputer ni. Wei.. aku tak kesah kalo ko tak doa aku panjang umur tapi doa la aku agar mati dalam keadaan sempurna (bukan mati kemalangan jalan raya atau sbg nyer). Aku tau bukan semua orang mati accident sempurna fizikalnyer. Insaf aku bila dengar keadaan kawan² aku yang mati accident. Nauzubillah minzali. Al-fatihah untuk diorang. Kata² ko menyebabkan aku rasa bersalah jer ek buat ko macam tu. OK la lain kali aku tau buat lagi... janji aku tak mau la... tapi aku usahakan juga agar benda ni tak berulang lagi.

Kahwin punya hal memang perlu difikirkan segera oleh kaum wanita sebab kesian kat mak ayah yang terpaksa susahkan diri untuk menjaga keselamatan anak gadis mereka. Kalo dah kahwin mungkin lapang sikit bebanan mereka. Tapi jangan terlalu memaksa ko membuat pilihan asal boleh jer... biar lah pilihan dibuat dengan pemikiran yang profesional dan keadaan yang bersedia takut nanti perasaan kasih itu ada sekerat jalan jer. Aku doakan ko cepat bertemu Mr. Right ko. Eh... aku baru teringat, mana kawan lelaki yang ko kawan kat tempat kerja tu. Cite sikit. Tapi kalo tahap gatal ko dah mencapai tahap super sayar 4 maksimum..hehehe... ko jangan lah ngorat bangla sebab sekarang semua bangla dah balik negeri... so sekarang aku yang ambil alih tugas diorang untuk menyemai, menjual, dan mempromosikan kangkung² di kedai. So aku ni pun kacak juga.. dan akhir² ni makin bergaya sebab pendapatan hasil jualan semakin meningkat. Eh... apa yang aku mengarut ni.

Aku tau kalau perempuan berkawan dengan kawan² perempuan yang akan atau sudah berkahwin... perasaan risau itu akan timbul dalam masa tersebut. Ini kajian aku terhadap kawan² lelaki aku yang ditinggalkan makwe mereka sebab mereka menangguhkan soal kahwin. Bila aku tanya apsal awek ko bolah tinggalkan ko sebab nak kahwin dengan orang lain. Kawan aku kata sebab awek dia ni semua kawan² dia dah kahwin so awek dia ni pun risau kalo kahwin terlambat dari kawan² dia yang lain. Betul ker? (Aku tanyer kat ko).

Bagus lah kalo ko dah mula berubah jadi baik. Aku sokong ko sejak dari dulu lagi sampai bila² pun. Tak perlu tengok atau pandang kata orang kalo kita berhijrah kepada sesuatu yang baik. Apa ko ingat aku tak biasa nak berbual ngan orang yang menggunakan bahasa sopan ker dalam dunia penulisan ni.Perkh... dunia penulisa tu... Wakah..Kah.. Aku kan study kat Kelantan so ramai lah classmate aku yang agak warak sikit dan kalau antar SMS dah tak guna saya, awak, aku dan engkau dah... semua guna ana dan anta jer. Tapi diorang ni bagus la sebab dah bertunang pun dalam usia muda sebaya aku dan mungkin aku rasa diorang betul² dah bersedia. Betul.. kawan memainkan peranan dalam menjadikan diri kita dari kalangan yang baik. Tapi aku risau la sebab kawan² aku kat kampung semakin menjadi² diorang punyer perangai buruk. Malu aku nak cerita kat ko tapi kalo diorang dah berubah nanti aku cerita gak kat ko. Aku nak buat macam mana mereka semua kawan sepermainan aku sejak kecil lagi. Kekadang² aku sindir² gak ngan tabiat buruk diorang. Pernah satu kali aku kata kat diorang yang aku nak cari awek yang beriman... tapi diorang ketawa beramai² segan aku nasib baik aku ni pandai buat muka slamber. Diorang kata awek macam tu sesuai kat diorang sebab diorang kene berubah kalo ada pendorong dan untuk aku plak kata diorang kene cari awek yang perlu dibantu dari segi moralnyer. Ah! lemak la macam tu... (aku just kata dalam hati jer).

Engkau ni... buat sesuatu yang baik jangan takut. Takut sebab kita belum penuhkan lagi hujah² yang mantap untuk mengukuh pendirian kita untuk berubah menjadi baik. So kukuhkan dulu dada kita baru boleh patahkan hujah² yang memper'down'kan perubahan yang kita lakukan untuk kebaikan. Percayalah, betul kata cicak. Kalo boleh aku nak semua kawan² aku yang ada sekarang berubah macam kau. Sebab tu aku kekadang terlalu rindukan zaman kanak² dulu sebab semua happy dan bersih. Tapi aku tahu kita pasti akan menempuh zaman dewasa dan meninggalkan zaman kanak² yang kita sayang nak tinggalkan sebenarnya.

Eh... mana kau tau kaki aku macam kapal air kertas. Comel kan... kaki aku. Hehehee. Bukan macam tu aku ni spesis special sikit so kasut aku ni memang kene tempah tau. Bukan apa aku tak biasa lah kalo pakai kasut yang dah siap jual tu. Gatal kaki ni kalo pakai kasut macam tu... Hehehe.

Aku tau kenapa kau tak tu nak taip apa² lawak sebab kau punyer kepala asyik nak fikir kahwin jer kan? Kan jenab kan? Kan? Kan? Atau kau memang dah berubah Zah. Kau dah lain lah Azah... kau tak macam fist date kita dulu. Kalo tak ko jer yang asyik buat lawak sarkar cap Royal London tu. Aku rindukan badut yang dulu. Warh.. warkh... jangan marah², ni ujian tau. Senyum sikit. Itu just dialog orang yang aku guna pakai. Merajuk lah tu.

Ni aku geram ni... Asal aku over time ada jer nak sabotaj aku. Pantang o.t hari², alasan nyer nak kahwin. Tak ada pikir benda lain... kahwin... Kahwin... kahwin. Kalo ko nak tau aku sibuk nak kumpul duit sebab nak buat part time study kat UTM semester depan ni kalo diterima. Malas nak tunggu² member² yang dah leka niat mereka nak buat part time study dulu² sebelum keje. Walaupun kata² diorang boleh mematahkan semangat aku.. aku tetap mengharap dan dapat buktikan aku boleh mendapatkan segulung ijazah. Lagi satu sebab aku kejarkan hasrat aku untuk beli barang² aksesori aku, macam nak beli kereta bagi memudahkan kerja berulang-alik dari kluang ker pontian dan beli komputer mudah alih bagi memudahkan hasrat pertama aku untuk part time study.

Bagus lah ko ada kesedaran terhadap orang yang masih tak tau erti berkabung masa New Year hari tu. Bagus lah macam tu. Nasib baik ko beristighfar, kan aku dah bagitau jangan mendoakan orang supaya mendapat keburukan tapi doakan lah agar diorang sedar-sesedarnya dengan kesilapan mereka. Kalo engko tolong tengok aku tolong nangis macam mazlan pet-pet tau. Waaaa... Waaaa.. sedih beb. Tapi ada ker nangis tak keluar air mata. Ape aku tanyer ni. Ah! forget it. Eh betul ker kau tak akan lupa persahabatan kita walaupun aku tak balas 10 tahun lama nyer tapi nasib baik kau kata perli. Aku ni lurus bendul tau kekadang aku terbuat apa yang orang cakap tau. Tapi tak lah dapat mengalahkan Mr. Bean + Mr. Bedul.

Best betul lah sajak kau bagi ni cuma kurang pedas jer skit tapi okalah sebab masih suam² kuku kata ko. Ala ko apsal nak belanja raksaksa goreng. Aku tak makan raksaksa goreng tapi makan raksaksa kukus. Ko boleh ke belanja raksaksa kukus nanti kalo aku carikan lagu yang ko minat tu. Kalo boleh letak madu sikit biar rasa... biar rasa... rasa apa ek? Biar rasa madu lah.. yerk. Tapi ape² pun kau memang baik... (sajer bodek tapi siapa yang telah membuka pintu hati dia ni untuk menjadi baik ni). Erm... ape² pun kim salam kat kawan baru ko yang baik giler's tue yerk. Dia single lagi ker. Bukan apa kawan aku minta aku tanyerkan, kalo boleh siap nama penuh macam dalam i/c dan kate member aku.. alang² tu biar sampai dapat no. tel dia sekali lah. Bukan apa... bosan² boleh main bedil²(tembak²) ngan kawan ko tu. Aku tau ko baik Azah. Ko memang baik lah. Tiada insan zaman sekarang sebaik ko. Tapi aku nak ingatkan kan, buat baik berpada² jangan tertipu pulak nanti.

Wei aku nak tengoklah gambar yang ko janjikan tu plzzzzzzz. Tak kan dah lupa kot. Aku bukan apa nak kenal juga kawan cyber aku sorang ni dan kalo boleh tumpang sekaki atau se'meter' ngan kawan ko sekali. Wei mana iklan yang ko bangga² kan dulu tu. Tak kan puas² ber'posse' tak tunjuk kawan. Atau ko berlakon iklan untuk siaran radio kot.

Erm... wei aku ada satu berita yang baik untuk ko. Tapi itu pun kalo ko nak cuba lah. Hari tu kakak aku yang keje kat K.L kata ada satu company Korea nak buka branch kat K.L ni tapi opis dia belum tahu lagi sebab tengah mencari. Ko jangan risau, aku tak tipu kau lah. Positin yang company tu cari engineer major in electrical & electrician. Memang ada kosong sekarang. Nama campany ni kat Korea dipanggil Gastron tapi kat Malaysia dia guna nama Gastronics. Ko nak lebih yakin, ko boleh buka website dia... gastron.com. Kakak aku kata sape² nak try boleh hantar email kat manager kakak aku guna email ini untuk hantar resume ko : (chiterarajah@yahoo.com). Kalo boleh diploma atau degree. Nanti kalo application ko diterima diorang call untuk interview. Cuba lah jangan tak cuba. Ni aku tolong member² ni tau. Oklah gud luck. Kalo tak paham ko boleh tanyer aku lagi.

Sorry sebab tak ada apa² nak taruk. Aku tak sempat nak pikir bahan apa nak taruk buat tatapan ko. Apapun selamat menyambut hari raya Aidiladha (raya Qurban) yang bakal tiba nanti.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home