Tuesday, August 31, 2004

Gambar yang dijanjikan di hari Kemerdekaan!!!

kluangman_jef



Aku depan sekali (no.3 dari kanan) masih kelihatan macho membelakangkan bangunan baru bina kat tempat aku study. Bangunan tu dah macham plaza dah aku tengok. Geram betul sebab time aku study bangunan semua buruk.

~'Please clik the picture 4 be clear display'~




Aku tengah² bergambar ramai² depan koperasi.

~'Please clik the picture 4 be clear display'~




Aku no.3 berdiri dari kiri.

~'Please clik the picture 4 be clear display'~




Ramai yang bertanya kenapa aku nampak bantut dalam gambar ni. Sebenarnya aku tak bersedia lagi masa ni untuk bergambar. Saja aku rendahkan badan aku ni sebab tak nak tunjuk kat kawan aku yang aku dah besar dah... hehehe.

~'Please clik the picture 4 be clear display'~




Tengah beratur nak masuk dewan.

~'Please clik the picture 4 be clear display'~




Aku tak ada dalam gambar ni. Ni lah kedudukan dari depat tempat kami beratur sebelum masuk ke Dewan.

~'Please clik the picture 4 be clear display'~




Ni semua gambar aku dengan kawan² aku.

~'Please clik the picture 4 be clear display'~




~'Please clik the picture 4 be clear display'~




~'Please clik the picture 4 be clear display'~




Ni adalah gambar ex-lecturer aku yang tengah duduk menjadi urusetia ketika hari pendaftaran konvo.

~'Please clik the picture 4 be clear display'~




Gambar aku ngan kawan aku kat UTM (kolej 10). Saja nak abiskan kodak masa ni.

~'Please clik the picture 4 be clear display'~




~'Please clik the picture 4 be clear display'~




Ni ler kereta abang aku yang aku ceritakan tu.

~'Please clik the picture 4 be clear display'~




Aku ngan kawan aku budak kampung. Gambar pertama 'shah' chef kapal dan yang kedua pulak 'zaki'.

~'Please clik the picture 4 be clear display'~




~'Please clik the picture 4 be clear display'~




Ini adalah gambar solo aku.

~'Please clik the picture 4 be clear display'~




Aku rasa belum terlambat untuk sampaikan salam merdeka kat semua esspecially untuk ko...

1...


2....


3.....



Merdeka!

Merdeka!


Merdeka!



p/s : terharu aku dengar pendapat ko tentang relationship aku ngan CUTE aku. Aku pun ada fikirkan tentang idea ko tu "lepaskan laa dia dengan rela jeff, bagi peluang pada diri ko untuk rasa disayangi dan dicintai pulak" tapi dah aku katakan hati aku pun macam hati abang aku gak (lepas putus tunang dia tak kahwin lagi sampai skrang). Buat masa ni aku tak dapat nak teruskan rentak untuk pasang lain. Aku boleh lupakan masalah aku ni dengan lawak giler² kawan aku. Hehehe. Oklah.. happy national day.... Thank's...

Monday, August 30, 2004

BERSERAH PADA YANG ESA

Assalamualaikum....

Cerita Gambar: Pergg panjang lebar ko cerita tentang masalah gambar ko yerkk..takper aku percaya cerita ko, dan aku terharu sungguh sebab ko bersungguh² nak antar gambo ko yang tak ensem tu kat aku.ohohhohohoohoh....ok aku akan tunggu ko tunaikan janji ko tu kat aku ok...

Cerita Ko Terkepit Jari: Yang ko tunjuk terror repair mesin tak tutup suiz tu kenapa. kan dah kene, sebaik sikit jer, kalau tak cacat dah kawan aku. lain kali ko repair lee mesin tu time dia berjalan, lagi brutal. hohohoho. tensen laa tu aku perli. ok..sebaik ko takda apa2 skrang, alhamdulillah....

Cerita Si Cute Ko: Sedih gak dengar ko nya cita yer jef...bermacam2 dugaan plak aku tengok. ok aku akan pecahkan masalah² ko ni ok.

1) Masalah bagi hadiah:
Kenapa dia nak marah ko bagi hadiah kat dia? kalau dia marah lagi, ko kata laa, "apa salahnya saya bagi hadiah kepada seorang yang saya rasa special. saya tak kisah kalau awak tak anggap saya special tapi awak takleh halang saya untuk mengatakan awak ni special di hati saya. ( cewah dialog mengayat). kekadang jeff dia bukan apa, dia serba salah ko asyik bagi hadiah kat dia, tapi dia takleh nak bagi apa yang ko mahu. tu yang dia marah2 tu..rasa serba salah laa tu..takper yang penting ko ikhlas ngan dia. Perempuan biasalaa jeff, pun ada gak ego dia. Tak pun time tu dia “cuti” koot. Biasalaa perempuan time tu memang mudah temper.

2) Masalah ada orang ngorat CUTE ko:
Benda ni ko takleh nak elak jeff, walaupun CUTE tu dah jadi awek ko yang sah sekali pun, benda ni akan tetap terjadi. Tak leh nak lari. Bagi aku, ko amik benda ni sebagai positif. Mungkin dengan adanya persaingan ni, mungkin baru dia nampak keikhlasan ko. Tapi ko bersaing laa secara sihat, jangan main gaduh2. tak gentle laa kan.. ko buat secara halus. Jangan terlalu memaksa tetapi jangan Berputus asa. Buat perlahan². Tapi kesan dia tetap nampak. Jangan terlalu menunjuk yang ko terlalu sayang kan dia. Bak kata orang kalau sayang tinggal-tinggal kan. Bagi dia ruang. Jangan sampai dia bosan dengan cara ko. Ko paham tak maksud aku kat sini. Maksudnya ko buat laa satu cara bagi dia plak jeles kat ko. Sebab perempuan ni kalau dia tahu lelaki ni terlalu sayang kat dia, dia suka amik kesempatan. Aku tahu sebab aku cam tu hohohohoho
cara nak nampakkan tu, ko pepandai laa. Ko lebih paham diri ko dan cara ko.

3) Dia punya banyak pilihan
Dia terlalu banyak pilhan jef, dengan ajakan ex-bf dia lagi,dengan ko lagi dengan laki yang nak ngorat dia lagi.. tu yang dia pening tu. Dia taknak terima ko sebab dia sayangkan lagi x dia, tapi kalau dia terima x dia, dia akan terkenang kisah x dia buat hal, pastu tau2 skang ada plak laki lain lagi yang cuba amik hati dia. Aku rasa si CUTE tu memang banyak tekanan. Tekanan demi tekanan tu laa yang bikin dia naik hangiiiinnn. So kene laa bebanyak bersabar.

Aku tak tahu nak nasihat kan ko sebenarnya jeff. Sebab situasi aku sama ngan si CUTE ko, skang aku dah bye² dah ngan BF aku, sebab aku memang takleh terima dia. Memang dia kecewa tapi aku takleh lagi nak tipu hati aku jeff yang aku tak sayang kan dia. Aku cuba tapi tak tetap tak leh gak. So dalam situasi ni aku lebih memahami si cute tu berbanding situasi ko. aku bukan nak belahkan kepada kaum aku, Cuma aku cerita apa yang aku sedang alami sama juga sicute alami. Kalau dipkkan memang bodoh jeff, tapi hati perempuan ni sebenarnya susah sangat nak ramal. Kalau hati dah kata takmoo sampai bebila pun dia tetap takmo, tapi bila dia mula dah boleh menerima time tu orang tu dah berhenti mencuba. Akhirnya terlepas peluang begitu jer. Jadi ko kene usaha lebih keras laaa. Jangan mudah putus asa. Ko jangan sesekali berhenti dari mencuba kelak ko akan terlepas peluang. Kalau ko bebetul sayangkan dia cuba cari peluang untuk dekati dia. TAPI sekiranya cubaan demi cubaan tetap gagal, ko berserah jer pada allah, jodoh perpisahan semua ditangannya, hanya ALLAH yang memahami hambanya. Minta pertolongan darinya. Mintakkan dia tunjukkan jalan kepda ko. Insyaallah kalau ko ikhlas pasti ada jalannya. Dan sekiranya memang takdir dah menentukan dia bukan milik ko, ko lepaskan laa dia dengan rela jeff, bagi peluang pada diri ko untuk rasa disayangi dan dicintai pulak. Ini pendapat aku lerr. Terpulang pada ko. kekdang CINTA memerlukan pengorabanan dan tak semestinya bila kita mencintainya kita mesti memilikinya.

Cara terbaik untuk tenangkan perasaan kan jeff, ko dekatkan diri ko kepada yang esa. Aku pernah mengalaminya jeff, dengan cara tu aku dapat ketenangan.
Lain orang lain cara dia. Tapi bagi aku itu adalah cara terbaik laaa…..

Ok laah jef itu jer aku nak bagi tahu. Aku tak tahu pendapat aku ni melegakan ko atau tak. Aku Cuma bagi pendapat aku jer laaa…terpulanglaa cara penerimaan ko…

ALLAH pernah berfirman “ JANGANLAH KAMU TERLALU BERSEDIH DENGAN APA YANG KAMU TIADA DAN JANGANLAA KAMU TERLALU GEMBIRA DENGAN APA YANG KAMU ADA, SESUNGGUHNYA AKU TIDAK SUKA KEPADA HAMBAKU YANG RIAK DAN TAKBUR”

Assalamualaikum….

Thursday, August 26, 2004

Ermmm... sorry ek?

kluangman_jef


Aku betul² minta sorry bebanyak kat ko kerana sebab tak tunjuk gambar aku kat ko dalam masa terdekat. Banyak sebab kenapa aku tak tunjukkan lagi gambar kat ko ni.

Pertama aku kat pekan nenas ni bukan main payah nak cari scanner kat CC. Memandangkan kat sini cuma ada satu jer CC so tak dapat lah nak cari scanner untuk nak tunjuk kat ko sebelum mesej ko yang pertama sampai.

Yang kedua, minggu ni aku cuba deal dengan member aku kat UTM skudai utk pinjam scanner dia. Disebabkan tansion tak dapat tunaikan janji kat ko dalam masa terdekat so habis satu album gambar aku scanner dan menyebabkan aku saved gambar yang aku dah scan tu kat dalam cd writter (sebab bit dia tak muat dalam satu diket). Tapi aku rasa aku pandai dan ingat nak buat keje menghantar gambar aku tu kat CC yang tak ada scanner tu. Tapi sangkaan aku meleset, rupanya aku bodoh sebab boleh ler pulak tempat cd drive pulak tak ada kat CC tu. Perkh menyirap siotttt.... aku harap ko tak berfikiran macam² tentang aku ni. Aku cuba buat yang terbaik untuk kawan cyber aku ni. Percayalahhhh... (Ct Nurhalizah). Hehehehe. Ah... lain kali malas nak mengharap kat CC kat Pekan Nenas ni. Dah ler satu² kat Pekan Nenas ni, patutnya buat ler complete sikit baru lah orang kat sini tak complicated (Arvil Lavigne).

Sebab tu aku terpaksa menghantar telegram ni SEBERAPA PANTAS (SO7) yang boleh. Nanti aku cuba pergi balik skudai atau bandar pontian untuk hantar gambar ni kat ko seberapa segera yang boleh. Erm dah masuk sebulan tertangguh janji aku ni ek. Aku sebenarnya takut ko dah tak jenguk kat blog kita ni. Sorry seem to be the hardest words (Elton John feat Blue). Tungguh lah janji aku ni sebab aku akan approve kan janji aku ni kat ko. Sure.........

=============
Habis reason aku pasal gambar tu. Oklah dalam blog aku kali ni banyak aku nak cerita something yang berlaku kat Pekan Nenas ni terhadap diri aku. Pertama sekali aku telah mengalami kemalangan kat kilang kerana kecuaian sendiri. Tangan aku tersepit kat mesin. Perkh tak boleh nak kata apa lagi nasib baik tak ada kecacatan seumur hidup. Bila aku bagitau kat abang aku yang dah lama berkeerja dalam bidang mesin² ni, dia bagi advice kat aku. Lain kali jangan sekali² ngada² nak cuit sana sini kat mesin kalau mesin tengah operation. Sebab kawan dia dah 12thn keje dan baru tahu ni jari dia putus. Maka dipendekkan kata matikan mesin dulu sebelum kerja membetul sesuatu yang kita mahu bagi memudahkan kerja dan keselamatan kita. Aku insaf sebab masih fobia lagi dengan tragedi august hari tu.

Yang seterusnya aku rasa agak peribadi tapi aku perlu bertanya juga kat ko yang mungkin sudah arif terhadap diri perempuan itu sendiri. Sebenarnya dah lama aku pendam kan perkara ni dalam diri aku ni tapi aku masih percaya jika berusaha dan doa pasti akan direstui oleh Allah dengan alasan niat yang ikhlas. Dengan intro ni aku rasa kau garenti sudah faham akan point aku dalam perenggan kali ni. Sebenarnya sebelum aku pergi konvo yang lepas kat poli, aku ada bagi CUTE hadiah yang mengandungi barang hobi membacanye. Sebenarnya dia jarang marah kat aku bila dapat something dari aku dan kalau rasa berat hati dia cuma kata buat susah jer dan seterusnya mengucapkan terima kasih kat aku. Itu bagi aku sudah mencukupi tanpa mengharap balasan sekalipun. Tapi dia betul² marah kat aku sampai aku sendiri macam tak boleh nak handle hati aku ni. Tapi nasib baik aku ni masih ada ego lelaki kalau tak bederai lah lagi perasaan aku kat dalam handphone hari tu. Aku sangkakan dia tak boleh lupa yang pertama so aku cuba explainkan yang aku faham hati dia sebab hati aku pun sama macam dia.

Hinggalah lepas konvo aku balik ke rumah dan esoknya adalah besday kawan baik aku BOB. Aku dapati hari celebration besday bob aku ternampak kawan bob atau kawan aku juga yang satu tempat keje ngan CUTE pun datang ke rumah bob menyebabkan aku ngada² nak tau apa cerita CUTE aku tu kat tempat keje. Lagipun aku ni dah lama tak tau perkembangan CUTE kat tempat keje sejak tak ada spy (kawan²) yang boleh memberi info kat aku ni. Maka keadaan makin mendesak hinggakan aku bertanya secukup²nya dan di akhir kisah CUTE dalam perbualan aku dengan kawan aku tu aku tetiba jer mengeluh tercungap² macam jantung ni laju berdegup seperti baru lepas berlari seratus meter. Kata kawan aku tu CUTE aku ni dah ada orang masuk jarum dan mereka pernah makan time lunch sekali dan pernah keluar naik kereta CUTE time cuti keje. Aku macam tak tau nak kata apa pada ketika tu dan sampai sekarang ni, aku masih lagi contact CUTE dan masih berbual macam biasa tapi padahal hati dan perasaan ni macam nak memberontak untuk mengajak CUTE keluar pada bila² masa jer. Tapi aku tahu CUTE ni memang banyak peminat dan aku tak nak tunjuk lagi sifat cemburu aku yang aku rasa kurang menyenangkan perhubungan aku ngan CUTE (yang mungkin sifat cemburu aku ni menjadikan hubungan ni mula longgar). Entah lah dia selalu kata yang dia masih tak boleh nak lupakan exboy friends dia tapi aku pula memang begini tak boleh nak lupakan dia walaupun dia suruh aku menganggapnya sebagai kawan jer. Tapi dia pernah beri harapan kat aku yang sebelum ni belum pernah mempunyai perasaan kat mana² perempuan sebelum ni. Aku pernah kata kat dia yang aku xxxxxx sangat kat dia. Tapi adakah aku perlu memberi masa kat dia dan macam mana nak ambil hati dia balik. Oleh sebab tu aku cuba sifat cemburu aku ni sebab kawan² sekolah dia dulu pun pernah juga tahu yang dia ni memang suka berkawan tapi susah untuk jatuh cinta kat orang dan kalau ko nak tau exboyfriends dia yang aku dapat tahu dari mulut dia sendiri pun dia yang tolak sebab ex dia dah ada yang lain tapi ex dia pun merayu nak balik kat dia. Aku rasa boy dia cari lain pun sebab begitu sukarnya dia untuk melafazkan perasaan dia kat seseorang. Mengikut tafsiran aku, dia ni ego dan keras hati+ degil. Kau rasa macam mana. Lagipun aku boleh hidup tanpa perempuan buat masa ni dan ditambahkan pula hati aku masih kat dia dan adakah aku boleh mencuba sekali lagi dan bagaimana nak aku ambil hati dia semula berdasarkan sifat² dia yang aku sebutkan tadi. Bagaimana dengan idea aku ni, aku rasa habis tahun ni aku nak ajak dia keluar balik(time besday dia) setelah setahun lama nya tak ajak dia keluar sejak dia tolak untuk berjumpa dengan aku. Pendek kata aku memang masih mengharap tapi masih boleh terima kehendak takdir. Sebenarnya aku mungkin salah satu insan yang masih mencari² cinta sejati selepas tamatnya alam persekolahan (aku tak pernah berjanji dengan mana² perempuan masa sekolah sebab tak mahu pentingkan diri sendiri). Aku terima dia sebab aku yakin yang aku sudah bersedia menghadapi sebarang perubahan dalam diri aku. Tapi sampai sekarang rasa menyesal sebab tak berjanji masa sekolah. Menyesal sebab tak tahu pula ada juga orang menyanjungi cinta zaman sekolah seperti CUTE. Masa perkenalan aku dengan CUTE keadaan bagaikan mencanak-canak perasaan ni. Aku bagai tak percaya keupayaan diri ni boleh untuk bercinta dengan mana-mana gadis kerana respond yang diberikan bagaikan tak putus². Semuanya indah berbanding sekarang. Banyak kajian telah aku buat dan kenapa aku boleh jumpa CUTE kat kota bahru padahal rumah aku bukan main dekat jer dengan rumahnya kat kluang ni dan aku pernah nak masuk sekolah menengah yang pernah CUTE study dulu tapi aku tolak sebab mengikuti kawan² masuk sekolah lain. Aku tak percaya ada juga CUTE (gelar aku kepadanya) wujud ditempat aku dan aku pun tak percaya kenapa cute pula terpilih menjadi pelakon dalam cerita hidupku. Kedatangan aku macam tahu² jer yang dia baru clash dengan exboyfriends dia. Kau rasa boleh ke aku teruskan usaha aku ni sebab usaha seorang lelaki selalu nya menjadi. Semuanya masih berkemungkinan tapi jangan risau sebab aku sudah makin matang mengawal perasaan ni. Alhamdulilah kerana diberi pengalaman ini kepada aku. Macam biasa lah kalau boleh bagilah lah pengalaman ko kat aku. Tapi kalau sibuk pun sikit pun jadilah. Aku tak tahu nak tenagkan perasaan aku ni.



~ You Took My Heart Away..~ Micheal Learns To Rock



Staring at the moon so blue
Turning all my thoughts to you I was without hopes or dreams I tried to dull an inner scream but you Saw me through

Walking on a path of air
See your faces everywhere As you melt this heart of stone
You take my hand to guide me home and now I'm in love

Chorus : You took my heart away
When my whole world was gray
You gave me everything and a little bit more
And when it's cold at night And you sleep by my side
You become the meaning of my life

Living in a world so cold
You are there to warm my soul
You came to mend a broken heart
You gave my life a brand new start and now I'm in love

[Chorus]
Holding your hand I won't fear tomorrow
Here were we stand We'll never be alone

[Chorus]
You become the meaning of my life
You become the meaning You become the meaning of my life ..

Saturday, August 14, 2004

mana-mana???

assalamualaikum.........

weii jeff mana gambar ko? ko kata nak bagi gambar tapi hampeh jer..
tak bagi puun... tipu aar ko..

aku saja tak bukak lama sebab nak tunggu ko bagi gambar ko.tapi aku bukak2 tengok takda. geram sungguh aku...tapi takper2. ko utang aku...
sebenarnya aku ni tension arr skang.. mana taknya aku kene ganti seketeri bos aku punya tempa skang ni. sebab dia sakit so aku kenelaa ganti tempat dia. tu yang aku boring tuu...tensen laaa aku. geram sungguh!!!

tetiba aku teringat blog ni dah lama aku tak membukanya, so aku terpanggil utk buka hari ni... punyalaa bz cam hampeh..

wei cuti skolah ko tak bawak anak2 ko jalan ker, takkan dok umah jer apa barang beb. tengok aku, bawak anak aku jejalan tapi anak kucing laaa ohhohohhohohohho.....( tapi dah hilang sioot punya kucing dia melarikan diri dari aku..tension aku)

hari2 aku ni kan takda cita menarik, keje aku asyik2 pegi keje balik umah tu jer, pastu dok umah boring betullah. nak dating pakwe lak jauh nk mampus.. tensen laak aku.

ko buat apa hah jef time boring, kira bulu kambing ker? hohohohohohoho aku ni bukan setakat bulu kambing bulu harimau puun aku dah kira tapi tetap tak leh mengisi kekosongan aku nihah. waaaaaaaaaaaaa

ok laa jef boring plak lepak lelama kat sini. wei kalau ada masa lepak laa kan CARI FORUM. ko taip jer CARI FORUM nanti kuar laa MALAYSIA CARI kat situ kat klik laaa. pastu ko daftar laa sebagai ahli..seronok woooo

aku selalu lepak situ jer kalau aku boring..macam2 cita menarik ada kat situ,, kawan2 baru pun ada. klu ko dah daftar ko bagilaa tau aku.. leh aku perkenalkan kat member2 aku, sebab aku dah cukup glemer kat situ dah..ohohhohohohoho ( aku menunjukkan riak muka yang sungguh riak)

ok lah aku blah laaa..ngantuk laa hari sabtu ni, rasa nak tido pun ada gak ni...

Sunday, August 01, 2004

Hari Konvo aku... Jangan jaki...

kluangman_jef



Mak aku bukan sahaja kata tahniah kat aku sebab aku dah konvo hari tu malah tahniah dia juga sebab aku juga dapat pakai pingat kebesaran raja² (Pingat ketua jabatan sebab dapat pointer ok). Sape tak seronok dapat naik stage amik pingat dan lepas tu dapat masuk muka dalam screen besar 3 kaki dalam dewan tu. Selain tu kalau ko nak tau muka aku ni boleh kate asyik masuk kamera tapi tak tau ler kalau diorg teramik muka aku sebab aku barisan pertama dibelakang kerusi VIP. So terpakse ler control macho depan kamera. Hahaha.

Bunga ngan teddy bear jangan ler kau harapkan. Aku bukannya pegi amik trofi pelakun lelaki popular atau amik trofi pelakun pembantu kategori lelaki hensome ker. Aku pegi sana just amik certificate jer. So aku cuma mengharapkan dapat reunion dengan member aku satu batch ngan aku jer. Best giler siottttt.

Pergh... tahniah jer , tak kan tak ada apa² kot. Alah setakat hadiah jerrrrr. Ooo... kedekut ler ko ngan aku nanti time kau kahwin nanti tunggu anak lima baru aku hantar hadiah kat ko.Amacam ada gaya macam the punisher tak? Balas tetap balas beb. Semua keadaan yang kau bayangkan memang terpapar dalam kornea mata aku tapi satu jer tak akan berlaku dalam fakta hidup aku iaitu member² pregnent sebab dalam 2 kelas aku ni perempuan tak ada langsung kau tau tak. Lain kali tanya dulu baru cerita ok. Jangan buat malu aku.

Cute memang sekali amik konvo saing aku dan memang tak aku lepas untuk bergambar dengan dia. Kalau ko nak tau bukan takat dia jer aku bergambar tapi mak dia pun join aku sekali. Terpasa ler aku slamber gaban muka yang hensem ni. Pergh... idea ko tu buat malu aku jer. Kalau dia yang mintak nak buat kenangan gambar aku tu boleh ler aku bagi siap frame kat dia. Tapi kalau aku yang mengada² nak bagi sorry ha lain kali. Boleh jatuh saham aku secara mendadak. Tapi masa gambar tu tak sangka plak mak dia suruh aku pos gambar kat rumah dia (tapi gaya melawak ler). Hehehe.

Ooo... ko nak tau apa yang seronok masa konvo tu. Kalau ko nak tau yang best nya dihempap kerusi beramai² sebab nak buat kelainan sikit masa bergambar, kalau orang lain baling songkok atau sijil tapi kitorang baling kerusi plak kali ni. Amacam meriah tak idea budak aku.

Gambar tu memang kena tunjuk punya kat kau sebab bagi kau jaki tengok ke henseman aku bersama pingat dan sijil² yang aku dapat. Tapi tolong nanti jangan jual kat orang takut nanti tak ada masa nak balas surat peminat plak nanti.

Hek eleh... nak tipu pun beragak ler sikit. Kalau ko boleh curi duit kat bank aku tak payah ler lagi nak mintak yuran pengajian kat aku lagi. Kau dah kaya, so buat apa nak kutip yuran lagi. Tapi aku rasa tak payah ler mengajar aku mencuri. Aku tak hingin. Aku ni di kalangan org² yang beriman tau. Hehehe. Katakan ler aku pandai mencuri, tak mau ler ajak kau jadi bussines partner aku. Sebab nak belajer pun kau nak guna duit aku.

Oooo... otak kau pun tau mengatuk ek. Oklah dari pesanan penaja "Rajin² ler makan ubat". Aku pun kesian gak kat ko kalau keadaan kau ni beterusan. Oleh itu jangan mengatuk ketika menaip takut penyakit merapu kau ketahap kritikal plak nanti. Hehehe.

ok Chow Sin Chee...........

Terimalah lagu kebangsaan aku..... Bunga raya... opsss... correction... Bunga Angkasa dari

Terra Rossa-Bunga Angkasa

Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suara mu

Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut belaianmu
Tiada semerdu kau berlagu

Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku

Bertambah cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda kan bersama

Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di jiwaku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu bunga angkasa