Monday, August 06, 2007

aku tengah meroyan

jeff...

apa kaba? kau ok ker sekarang? aku risau jugak dengan sahabat aku ni.. dengan keadaan yang macam ni.. macam-macam boleh berlaku.. aku taknak laa kehilangan kawan baik aku.. aku sayangkan kau.... mana aku nak cari kawan sebaik kau ni lagi.. uhuhuh... ( ini puji betul ni bukan ada makna.. hehehe)..

actually sebelum ni aku ada post yang aku tengah meroyan.. dan aku tak tau laa kau sempat baca ker tak.. huuhu.. aku betul2 sakit hati time tu.. aku siap letak no phone aku lagi untuk kau call aku.. sebab aku nak bercerita dengan seseorang pasal masalah aku ni.. tapi entahlaa segan pun ada nak suruh kau call.. hehhe.. hampir 4 tahun kita berkawan di cyber.. aku takut aku menglabah plak nak bercerita dengan kau melalui phone.. tapi aku still akan letak no phone aku pada last cerita ni nanti.. itu pun kalau kau sudi nak cakap ngan aku.. kekeke....

masalah aku bukan apa pun.. mungkin aku terlampau emosional kot atau pun aku ni bodoh kot.. aku pun tak tau laa jef.. mungkin ini hanya laa masalah yang bagi orang adat dalam bercinta.. tapi jauh disudut hati aku.. aku sedih dengan apa yang berlaku.. terlalu sedih... tapi tidak laa sesedih kau yang kehilangan orang paling kita sayangi dalam dunia ni.. iaitu parents kita..

itu laa kekadang aku nak cerita time2 camni.. aku pk2 kau lebih sedih dari aku.. apa sangat laa masalah aku ni berbanding dengan masalah kau.. aku paham.. itu pasal laa bila aku pk2 balik .. aku takmo menyesakkan masalah aku ni dekat kau.. tapi itu laa.. namakan manusia.. aku ni.... selagi tak cerita masalah aku atau berkongsi masalah dengan kau.. maka tak lengkap pula title bord kita ni.. " Seisi Luahan Rasa" hehehe.. takper laa aku nak cerita jugakk. tapi aku taknak laa kau anggap masalah aku ni serius untuk kau.. aku sekadar nak meluahkan apa yang aku luahkan...

apa yang aku ceritakan pada kau ni.. tak lain dan tak bukan masalah aku dengan bf aku ler.. entahlaa.. aku cukup sedih dan amat terkilan dengan apa yang dia buat pada aku.. apa lagi kalau bukan dia main kayu lapan dengan aku.. kekadang aku pk.. apa sebenarnya dia hendak dalam perhubungan aku dengan dia.. adakah aku ni masih ada kekurangan dimana ada pada perempuan lain? entahlaa... mungkin dari segi rupa.. aku mengaku aku ni tak lawo.. huduh plak tu.. tapi cumel tu ada laa.. kekekek.. tapi itu ker yang dia hendak selama ini.. hanya kecantikan.. kalau aku pk.. dia nak lawa.. macam laa dia hensem sangat.. macam brad pit ker. sapa2 laa yang kau pk hensem dalam holywood tu.. kalau dia hensem aku takda hal punya kalau dia nak cari yang lebih cumel dari aku.. (cumel laa sangat.. ehhhe)..

semua ni berlaku masa 30 Julai 2007 ( aku akan ingat tarikh ni ) masa tu aku amik cuti.. dari keje aku yang mentensenkan aku.. aku amik cuti semata2 aku nak spendkan masa aku ngan dia.. aku nak release tensen aku.. aku nak bergumbira bersama dia.. aku ni lepak laa kat kedai dia ( dia sekarang bukak cc.. aku pernah cita kot).. aku bukak laa satu forum ni.. forum ni dia yang buat.. dia invite orang dan post laa kat situ.. aku jarang masuk situ.. si aku ni bukak laa.. dia ada cita.. dia kata dia ada kakak angkat dan kawan baik ( perempuan) dalam forum tu.. so aku nak laa berkenalan dengan dua orang yang dimaksudkan tu.. dia mati2 taknak aku kenal dengan diorang.. macam2 alasan dia bagi kat aku.. itu laa ini laa.. ok laa fine aku kata.. aku kata bukak laa YM aku nak tengok di berborak ngan dua orang yang dimaksudkan itu dalam YM .. dia pun bukak laa.. tapi entah laa ALLAH itu nak aku tau kot.. masa dia masuk YM tu.. dia nak masukkan pasword.. tapi dia tertaip passworkan kat user name.. so aku sudah nampak laa. pasword dia gabungan nama dia dengan "kawan baik" dia tu... aku diam lagi.. aku boleh sabar lagi.. dia kata budak perempuan tu ada bagi lagu kat dia.. so aku nak bluetooth laa lagu tu dalam hp aku.. dia macam menggelabah.. dia nak buatkan.. aku kata aku nak buat sendiri.. aku amik hp dia.. aku pun bluetooth.. time aku bluetooth tu.. secara spontan dia suruh aku tengok msg dia.. kekonon macam jujurlaa tu... dia takut aku tengok msg dia sebelum dia suruh tengok.. dia kata budak perempuan tu ada bagi msg.. aku diam jer.. tak cakap apa.. aku baca... hati aku jadi panas sesangat...

pastu aku geram aku cakap ngan dia.. kenapa budak perempuan ni bagi msg camni.. dia tak tau nak cakap apa... masa tu hati aku membara yang amat sangat.. aku cakap ngan dia.. yang kakak angkat dia tau tak pasal aku.. dia cakap tak tau.. aku dengan tenang lagi.. aku cakap kenapa tak bagi tau.. dia diam jerk.. aku cakap ngan dia.. samaada aku yang nak bagi tau "kakak" dia tu atau dia bagi tau.. dia diam jerk.. aku sakit hati gila.. bila aku tanya kenapa selama ni tak cerita kat kakak angkat dia pasal aku.. kau tau dia jawab apa.. dia takut "kakak" dia bg tau budak perempuan tu.. dan dia akan terlepas budak tu.. dia dah sayang kat perempuan tu.. aku dengar laa jawapan dia tu.. aku rasa.. ya allah .. memang aku dah tak leh nak terima sesangat.. aku rasa aku nak jer tampar dia kuat2.. tapi aku tak laa buat camtu.. aku nangis jer laa.. gila babi punya nangis.. tak hengat punya.. kekeke.. entahlaa kalau nak cerita kat sini macam2 cerita laa.. tapi semuanya menyedihkan aku.. aku tak kisah dia nak ada hubungan pun dia budak tu,.. tapi aku pantang ditipu.. kalau dia cakap awal2.. aku leh terima.. kalau itu yang dia hendak.. kalau itu yang membahagiakan dia.. tapi dia tipu aku.. dan paling aku terkilan.. dia cakap dia pernah jumpa pompuan tu di kuantan.. dan tarikh dia jumpa itu ialah tarikh aku ajak dia pegi beli barang tunang kitaorang.. ya allah aku sedih sangat.. dia bagi alasan ada kenduri kat umah sedara dia.. rerupanya dia jumpa pompuan tu.. aku terkilan sesangat.. dia tipu aku banyak benda... banyak sangat.. aku tak tau laa.. patut ker aku maafkan dia..

sekarang ni aku dah berbaik.. tapi jauh disudut hati aku.. aku sedih yang amat sangat.. dah hilang kepercayaan aku pada dia.. hancur hati aku.. aku baik ngan dia pun aku pk tentang mak aku.. aku taknak mak aku sedih dengan apa yang berlaku dengan kitaorang.. sebab mak aku laa paling gumbira dengan pertunangan ni.. aku taknak sesekali kecewakan hati mak aku.. aku tanggung benda ni sorang2..

sekarang ni aku cuba pupuk balik sayang aku kat dia.. tak tau laa.. kalau dia ulang balik.. maybe aku tak leh terima.. entahlaa.. sekarang aku berserah saja pada allah.. apa saja nak jadi.. jadi laa..

ok laa jeff.. aku nak bagi no phone kat aku.. pepahal kau call aku laa.. ada cita lagi.. tak sempat aku nak cita.. uhuhuh

0132809272 - aza

0 Comments:

Post a Comment

<< Home