Friday, February 09, 2007

Azah Di Mana ......Azah Disini..... ehhehehe

Asalamualaikum…

Hmm.. aku ni bukan taknak tulis kat blog.. skang aku ni bizi laaa jeff.. kekadang kalau aku buat keje.. aku asyik pk nak balik jer… sebab tak larat nak buat keje.. sebabnya.. skang ni aku dah tukar division.. aku skang bahagian HR.. di telekom. So banyak betul keje aku kene buat.. banyak interview yang aku kene handle menyebabkan aku tak sempat nak buat apa yang aku suka.. kekadang email pun aku tak sempat nak bukak…
Kalau kau nak cuba apply kat telekom.. buleh laa kau bagi resume kat aku.. kau ker kawan kau ker… insyaallah aku buleh tolong arrangekan..

Kau kata banyak cerita yang berlaku… tak banyak pun kau tulis.. aku raya haji ni tak best sangat.. sebab mak bapak aku dah pegi haji.. uhuhuhh.. aku ngan adik badik aku jer raya tahun ni.. tapi kau jangan tak tau.. aku masak ooo.. uhuhuh…. Selama raya mak aku yang masak.. tapi oleh kerana keadaan darurat raya kali ini.. so aku terpaksa laa menunjukkan skill aku memasak.. heheheh.. aku masak nasi impit.. masak lodeh ngan sambal tumis ikan bilis.. uhuuh.. sedap wooo ( terpaksa puji diri sendiri)… tapi ok laa.. boleh gak laa orang yang datang umah aku untuk beraya makan-makan… tak gitu.. kira aku past laa lepas ni kalau nak kawen pun.. kekeke…

Hmm.. apa lagi aku nak cerita yerk…. Hmm… aku kalau ikut perancangan aku nak buat ekspedisi memanjat gunung ni.. tapi tak tau gunung apa yang aku nak naik lagi.. dalam perancangan macam nak naik gunung datuk ataupun gunung nuang.. tapi insyaallah benda ni akan diadakan pada tahun baru cina ni… so kalau ada nanti.. aku letak laa gambar aku yang tak cun tu.. itu pun kalau aku leh masukkan ke dalam computer ni.. tapi itu laa.. harapkan camera hp jer laa… hehehe..

Mengenai persoalan kad raya kau tu.. mana ada sampai… takder satu kad pun aku dapat tau.. uwaa… sedih ni.. tapi aku rasa cam terharu gak laa kau ada gak ingat aku nak postkan kad raya untuk aku.. kira aku berterima kasih laa kat kau.. uhuhuh…. Terima kasih…

Hmm.. lagi aku nak cita ap yerk.. hmm.. kau tau .. aku skang ada sedikit terasa dengan bf aku.. kau tau dia ada pasang satu lagi.. dia terus terang ngan aku.. dan dia juga ada bagi gambar minah tu.. hmm.. not bad… kalau banding ngan aku yang tak lawa ni kan.. kalau kau tanya tentang perasaan aku skang.. aku sedih.. dia taknak lepaskan aku.. dia kata dia sayangkan aku.. perempuan tu cacat.. lumpuh separuh badan.. dari kaki kebawah.. aku kesian plak tengok.. dan perempuan tu tak tau pun yang bf aku ni ada aku.. dia cakap aku ni kawan seofis dia.hmmmmm…………….. aku pun pernah berbual ngan perempuan tu.. kekadang aku saja jer kutuk2 bf aku pada dia.. dia marah gila.. kau tau.. sampai dia tepon bf aku dia cakap aku kutuk2 dia.. bf aku gelak2 jer laa… perempuan ni jenis sensitive gila.. mungkin sebab dia cacat menyebabkan dia mudah terasa.. dia pantang kalau ada orang kutuk dia atau orang yang dia sayang... kekadang aku rasa cam aku lak yang orang kedua dalam perhubungan dia.. sampaikan aku ngan bf aku nak cakap ngan dia perkara sebenar pun tak tau camner.. takut dia kecik hati dan takut dia buat bebukan.. aku tak salahkan.. dan aku juga tak salahkan bf aku.. semua ni secara kebetulan dan mungkin juga ujian untuk aku.. hati aku tak marah tapi lebih kepada perasaan sedih… bagi kau.. camner jeff..

Bf aku ada cakap andainya jodoh dia dgn perempuan tu panjang… sanggup ker aku bermadu??/ hmm…….. dalam hati aku berdoa jer laa supaya berjalan lancar.. dan aku tak kisah andai aku nak hidup bermadu dengan perempuan tu dan aku rasa aku pun boleh Bantu dia sesikit kerana keadaannya yang begitu.. kau mungkin akan anggap aku bodoh dan bangang kan?? Kekonon cam baik sangat kan? Uhuhuh.. tapi entahlaa.. hati aku tak sedikit pun rasa kesal kalau keputusan ini yang akan membuahkan kebahagian pada aku.. bf aku dan perempuan tu…. Kau rasa2 bijak tak tindakan aku ni… kalau ikuy hati memang laa taknak.. tapi kalau ikut hati aku yang sedalam2nya.. aku tak kisah plak.. tapi aku tak tau perkara ni sampai serius ker tidak.. dan aku juga tak tau macam mana jodoh aku ngan bf aku.. mungkin panjang atau mungkin pendek… wallahualam.. moga2 akan berakhir dengan baik semuanya.. kau pun doakan laa sama yerk jeff.. tapi kalau kau taknak doakan pun takper laa.. aku tak marah pun..

Ok laa aku rasa sampai sini jer laa cerita aku setakat ini,… aku pun tak tau nak tulis apa lagi…. Ok laa jeff.. cau cin cau..

assalamualaikum