Monday, April 25, 2005

Tackle Dia Balik

Assalamualaikum Jeff....

Pergg!!!! sedar tak sedar kita dah pun menjalinkan 'hubungan' ( cewah cam ada skandal lak...kekeke) sebagai kawan cyber selama setahun....aku terlambat nak wish..masa hari rabu tu aku ingat nak tulis blog ni ...sekali lupa daaa lantaran sibuk dengan tugas-tugas seharian sebagai perdana menteri malaysia yang ke 100...so pepaham je laa kan..so sori ler..

Aku nak ucapkan semoga persahabatan kita akan tetap kekal sebagai kawan cyber sehingga kita ni dah tua dan kalau buleh aku nak panjangkan hubungan ni sampai anak2 aku dan kau nanti...kita suruh diorang sambung blog ni...kan jeff kan...best tak idea aku yang sememangnya best ni...ehehehhehe. buleh masuk world rekod iaitu blog terlama.....kekekeke.....

hmm..berkenaan dengan perkara yang kau ceritakan itu kan...hmm…bagi aku sebenarnya mungkin dia nak bagi peluang kat kau, tapi dia terasa malu dengan tindakan dia menolak kau dulu…so bila ada perasaan itu, bila dia kata dia minta maaf kemudian dia kata abaikan sahaja mesej dia tu, supaya tak nampak yang dia berharap sangat kau akan cuba terima dia semula..nampak seperti berharap dan juga tidak berharap…

kau cubalaa bagi diri kau dan dia peluang …kau cuba laa tackle dia balik. Cuba ambil hati dia. cara dia pulak jangan terlalu nampak kau tu kemaruk..be cool jer…kalau buleh kau bagi masa kat dia nak balut luka tu..tak pun kau balut ler luka dia… cuba amik tahu ttg dia…amik berat….jangan amik berat hal yang berat2 jer…hal kecik2 pun kau ambil ler berat gak….kau paham laa macam mana…tapi jangan terlalu menonjol yang kau tu terlalu amik berat…kau paham kaa apa aku tulih ni….aku harap kau pepaham jer laa ok. lagi satu…kalau dah bagi peluang kat dia tu..jangan laa terlalu lama lak..nnti kau mengigit jari kaki lagi….jangan terlalu lama dan jangan terlalu cepat…agak2 ler….. insyaALLAH aku rasa dia buleh terima kau sedikit demi sedikit…hati perempuan jeff…kau amik berat sikit pun dia terasa dihargai…

aku bukan nak ajar kau jadi jahat utk mencuri peluang ketika dia luka..tapi aku rasa ALLAH dan susun dah tu….mungkin dengan kekecewaan itu kau buleh amik peluang itu mengambil hati dia… ingat jeff…kau jangan sombong sangat dan jangan mengharap sangat….. bagi diri kau dan dia peluang….

Aku mengingatkan sahaja…bila aku tengok semua ni…aku nampak…kau dengan dia seolah2 ada harapan yang menggunung…( perh!!! Menggunung tu..)..tapi betul aa aku cakap kan?? kau pun mengharap camtu kan…. so aku harap2 sangat kau ngan dia akan BERJAYA kali ni…

Pastu kalau dah berjaya tu…ingat2 laa member kat sini…..jangan laaak sibuk dengan dating jer…( ceh macam terkena kat diri aku lak muhahahaha)…

Aku sokong dengan apa sahaja keputusan kau…dan aku harap keputusan kau tu tidak akan mengecewakan diri kau sendiri…be ur self…. Ok….

Sunday, April 17, 2005

Apa tu 'Maaf'?

kluangman_jef



Assalamalaikum...

Alamak sorry lah sangat. Aku bukan merajuk mahupun membalas dendam tahap dewa tapi just bagi kesedaran kepada hamba Allah yang lain agar mengetahui setiap perbuatannya pasti ada balas (baik mahupun jahat). Tak, aku betul2 sibuk ber'business' sejak dua menjak ni. Aku sekarang tengah cuba untuk menjual satu produk hebat (CELL FOOD) yang mempunyai teknologi lebih advance daripada abad ni. Chewah! promosi la pulak... hehehe. Oklah malas aku nak taip dalam ni. Ko boleh layari laman web Jualan langsung aku ni (ATM). http://www.atm2u.com/. Cuba lah bukak sebab kehebatan CELL FOOD ni meliputi banyak aspek. Ia dicipta dari 34 jenis sumber dari tanah dan 44 sumber dari laut/air. Ia boleh mengubati pelbagai penyakit (KANSER, AIDS etc) kecuali mati. Kawan aku yang belajar dalam bidang sosialogie kat Universiti bandung, Indonesia. Pernah memberitahu tentang kehebatan CELL FOOD ni kepada seorang Prof. kat UM@USM yang aku tak pasti. Ko nak tau apa yang Prof. tu kata. Dia kata... SubhanaAllah. Tapi ko nak percaya atau tak... ko boleh cuba dulu. Aku boleh supply kat ko kalo ko nak. Hehehe. Ni bukan nak cari untung tapi ni nak tolong orang. Oklah abis cerita pasal business.

Terima kasih lah kerana perihatin dengan aktiviti blog kita. Ooo... rupa2 nya ko menduakan aku dan blog kite yer. Orang ni perlu dihukum mandatori akta belanja makan sampai pengsan. Apsal ko tak bagi tau aku awal2 yang ko dah pasang banyak branch dalam dunia cyber ni. Tapi kan siapa pakwe baru ko ek... erm... budak baru ker lagi. Ni sure ko suka giler sebab ko sendiri meng'expose'kan hubungan ko dengan mamat ni. So sure dah declared ni. Kenal kan aku sikit... mari kita tanya pada tuan punya badan sendiri... Zasssss (wahid dalam melodi).

Pasal umur tu aku tahu umur ko muda satu tahun dari aku. Mungkin aku tersilap tekan atau ada hacker yang cuba mengodam niat sebenar aku ni. Chis... sapa yang berani tu. Oklah terpaksa wish balik la ni... Panjang umurnya (21x ulang) Azah setahun lagi. Selamat Hari Lahir yang ke 22 tahun. Eh... dah tua dah dia ek? Anak sedare dah berapa orang la ni?

Oklah kalo ko nak tengok gambar2 aku ko boleh tengok kat friendster aku. Sampai over limit aku taruk tau. Kalo boleh banyak lagi aku nak taruk. Abis tu apa boleh buat server director tu dah sound aku la... "kalo ko nak taruk lebih kena la bayar sikit (kena tukar pro-edition)". So kalo ada gambar best yang lain nanti terpasa lah aku delete gambar yang dah sedia ada tu nanti.

==============================

Oklah ko nak cerita barukan. Aku ada cerita terbaru tau. Pasal siapa lagi kalo tak pasal aku yang popular ni. Apa ko fikir ko sorang jer fofuler (sambil bibir dimuncungkan) ker. Zassss... (tak usah lah aku nak ulang 10 kali sape yang suka cakap perkataan ni yerk). Sebenarnya aku tengah ke'pening'an disebabkan orang yang aku dah lama tak contact datang balik memberi mesej pada aku (13/4/05-11pm). Ko boleh advice sikit tak kat aku tentang macam mana nak buat tindakan yang betul iaitu aku nampak tak terburu2 tapi tindakan aku berkesan untuk mengambil balik CUTE aku ni. Tapi memang macam tak percaya... dia contact aku balik. Yang menrunsingkan aku ni adalah tentang ayat dia dalam mesej dia tempoh hari. Dia minta maaf gila2 kat aku dan lepas tu plak dia harap aku abaikan je mesej dia sebab dia kata dia cuma rasa bersalah. Macam mana ni... aku sekarang tak paham apa yang dia fikirkan dan apa yang dia maksudkan. Ape pun aku dah call dia semalam tapi aku masih tak dapat kepastian sebab aku tak pandai mentafsir hati pompuan. Sebelum ni aku dapat tau yang dia dah clash ngan budak lelaki yang dia kawan selepas aku. Aku tahu perkara ni pun dari kawan pompuan dia sendiri. Apa yang patut aku buat ni. Ko tau kan aku suke gila kat dia... bila keadaan begini berlaku, aku takut aku lakukan sesuatu perkara bodoh lagi sehinggakan dia cuba balik menjauhkan diri dari aku ni nanti plak Entah????. Tolong lah kakak seri 'Azah'.

Yang benar,
Jay@Kluang...

Cerita diatas dikarang dengan ada kaitan dengan yang masih hidup tapi bukan pada orang yang
sudah mati.





Peterpan - Bintang di Syurga

Masih ku merasa angkuh
Terbang kenanganku jauh
Langit kan menangkapku
Walau kan terjatuh

Dan bila semua tercipta
Hanya untukku merasakan
Semua yang tercipta
Hampa hidup terasa

Lelah tatapku mencari
Arti untukku membagi
Menemani langkahku
Namun tak berarti

Dan bila semua tercipta
Tanpa harus ku merasakan
Cinta yang tersisa
Hampa hidup terasa

Reff:
Bagai bintang di surga
Dan seluruh warna
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata

Oh bintang di surga
Berikan cerita
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata

Wednesday, April 13, 2005

agak2 laa wei nak majuk

alamak jef...takkan majuk langsung tak tulis blog...mentang2 aku kasi 3 minggu tak tulis blog..ko pun nak amik sampai sebulan ker baru nak tulis blog..

alaa jangan aa majuk beb....aku tak reti pujuk maaa......

camner nak pujuk member aku sorang ni yer...hmmmmmmm...........nak kene nyanyi ker...

lagu rela kupujuk ko dah kasi kat aku.......

Artis : FerhadLagu : Pernah

Pengalaman mengajarku
Jangan mudah meluahkan isi hatiku
Tapi bila ia melamarku
Senyuman ayumu hatiku luas terbuka

Yang kuidamkan musnah
Yang kugenggam terpisah

( korus )Aku pernah, jatuh cinta
Kerana cinta diriku merana
Aku pernah bahagia
Kata manisnya buat ku terpedaya

Biarkan aku temankan pilu
Haruskah cinta oh kejam padaku
Uhh yeahh

Kini mula ku terasakan
Degupan hatiku mula rasa
oh gelisah

Kehadiranmu ku mengharapkan
Akan menghilangkan kegelapan di hidupku
Kau yang seharus yang pertama
Agar terakhir selamanya
( ulang korus )

Yang ku lupa, kisah yang lalu
Akan ku gubah oh hidup yang baru...
uh yeah...

Kerana aku pernah...
pernah yeah...
( ulang korus )

Kisah yang lama mengajar aku
Agar bahagia hidup bersamamu
Hey hey... Yang ku cinta...

eh ada kene mengena ker lagu ni..........ngan cara nak pujuk kau....kekekekekke..
ah janji ada...lagu....

jangan ler majuk k........