Friday, September 14, 2007

Selamat Berpose...



Assalamualaikum…



Ko pa khabar? Aku khabar baik jer… terima kasih lah sebab still hantar blog kat dalam blog kita ni. Aku pulak yang dah lama tak sumbangkan cerita dalam blog kita ni ek? Macam biasa lah aku dah baca cerita ko ni tapi xada masa nak publish blog yang aku dah taip ni kat internet jer. Aku bukan macam ko, company sponsor..huhu. Sekarang ni aku beli laptop 2nd dengan harga half thousand jer (aku rasa aku dah bagitau kot), kawan aku bawak dari jepun lagi. Tu yang nak belagak ngan ko ni… haha… jangan jealous… Dia keje kapal boleh lah melancong sekali negara orang. Kekadang aku nak melancong negara orang macam dia tapi seronoknya time turun kapal jer, bila naik kapal tu yang bosan tu… kene keje beb. Anyway kalo ada duit aku gi Kota Mekah jer kot... hehehe... Tunaikan haji.



Dalam blog ko yang lepas, aku dapat tahu yang ko sedang bersedih. Style ko ni sama macam ex-gf aku. Takper ar… jangan lah bersedih sangat. Ko banyak berfikir tu aku rasa. Aku rasa banyak brehat oklah tu. Al-maklumlah anak buah kesayangan bos (kalo tak, no wonder la dapat penghargaan pekerja terbaik/jarang cuti)… hehehe. Lebihkan rehat tapi jangan lebihkan mengular macam aku…hehe.



Aku pun sedih gak bila ko kata pasal kesinambungan persahabatan kita ni. Aku harap ko jangan bersedih sebab ia pasti berlaku jika Tuhan berkehendak ia berlaku. So selagi Allah beri kita peluang dan ruang ni kita teruskan sahaja. Sekarang ni aku lebih suka redhakan apa yang telah berlaku pada diri aku sebab sesuatu perkara yang belum berlaku itu lah yang mesti aku concern kan terlebih dahulu. Bak kata orang, “Cerita hari ini belum tentu dapat mengubah semalamnya tapi esok mungkin dapat diubah dengan cerita hari ini”.



Aku ada tulis satu ayat kat dalam Forum budak kelas aku... “Walaupun kesedihan tidak boleh lari dari menghantui hidup kita, namun kita harus berterima kasih kepada kegembiraan kerana ia begitu bijak mengambil tempat di dalam hati kita. Oleh itu, bergembiralah kita sebagai tanda terima kasih kita kepada Pencipta kerana dapat kita merasa kesemua perasaan tersebut dengan percuma.” Hehehe... macam nukilan A.Samat Said tak.. hahaha.



Aku rasa banyak yang nak aku tulis dalam ni, ko dah tau... so aku tulis gak lah walaupun ko dah tau... bak kata ko, aku peduli apa... tekak aku... huhuu... 1st, Mak aku dah tunaikan umrah ngan Pak Ngah aku, maybe Isnin balik kot (16hb Sept 2007). 2nd, Sebelum mak aku nak gi tunaikan umrah... mak aku kene sakit mistik sebenarnya... penyakit lama dia datang semula... (kene buatan orang, jin dok menumpang badan mak aku dan banyak lagi lah dan macam2 lagi). Takpe nanti aku buat satu perenggan untuk cerita ni… 3rd, Bila tang bulan Ramadhan teringat bazar Ramadhan (sedih aku sekarang ni).. Maklumlah, sejak sekolah menengah lagi aku dah selalu tolong parent aku jual kuih. Actually, sedih teringat kat Arwah sebenarnya. So lepas ni maybe dah tak turun berniaga lagi kot dan ia akan terus jadi kenangan terindah buat aku. Aku akan rindu ia dalam diri aku. Tahun lepas lah yang terakhir. 4th, Best dapat no tel ko... tapi yang paling bestnya dapat bebual ngan ko secara live gitu… “Azah live in Phone Calling”… hahaha. Sorry bro.. saya tak bermaksud nak kacau tunang bro… (Kene stand by mana tau fiance ko baca blog ni ke kan).. Aku rasa tu lah tajuk2 yang aku nak bincangkan ngan ko sebenarnya tapi aku amik mana yang sepat je lah..



Pasal penyakit mak aku… Sejak arwah ada lagi, mak aku selalu sakit2. Sama ada sakit2 yang nampak dan sakit2 yang tak nampak(ghaib). Aku terus pada cerita yang suspen jer lah. Lepas Arwah pergi, mak aku macam tak selesa jer duduk rumah sorang2 dan selalu katanya sakit bisa ulu hati. Sibling aku ingat sakit biasa lah.. lepas kak long aku bawak lah mak aku tinggal ngan dia kat J.B,maklum lah tinggal sorang. Kak long aku ada cerita yang mak aku ada 2,3 kali nampak kelibat orang. So, kakak aku yang kat K.L bawak lah berubat kat K.L sana. Ada nampak lah perubahan sikit. Ustaz yang mngubat tu ada lah gak jual CDs ayat2 untuk menghalau jin dan syaitan (mak aku beli 2 CDs). Lepas tu balik la semula rumah kak long aku. Then, mak aku selalu pasang CDs tu. Mak aku selalu gak buat air penawar bacaan ayat Al-Quran just guna radio jer(lepas pasang CD tu). Kata Ustaz tu, CD tu boleh digunakan untuk tujuan itu (info dalam CD tu pun tulis macam tu gak).



Selang beberapa hari, mak aku dapat offer dari pak ngah aku yang nak ajak mak aku gi tunaikan umrah sama ngan dia. Tapi mak aku kata takde duit. So disebabkan pak ngah aku kata nak belanja... mak aku tak lah menolak. Just pembayaran tabung haji jer yang pakcik aku sponsor, bayaran2 lain untuk kelengkapan dan duit belanja... adik-beradik aku lah yang sumbang sikit2.



Mak aku pun excited lah nak buat persiapan dari segala segi. Tapi pada satu pagi selepas dengar CDs yang dibeli kat ustaz tu. Mak aku mula meracau sorang2. Dia cakap “Jangan kacau aku, pergi lah, aku tak suka, aku tak nak”. Kak long aku mula risau, maklumlah cuma dia ngan anak2 dia jer tinggal kat rumah (husband dia gi keje). So, pak ngah aku datang dan bawak plak mak aku tinggal ngan dia. Still tak ada perubahan. Kata mak aku, dia nampak arwah nyai aku kadang2 dia nampak orang tak ada muka. Pak ngah aku pun bawa brubat. 3 hari berubat tak berkurang (aku rasa silapnya bawa kat tmpat orang berubat guna cara menurun dengan istilah orang kayangan). Masuk hari keempat meracau lagi, nak berubat kat tempat biasa area B.Pahat tak buka plak. Kemudia call plak kat tempat lain dan dapat infomation terus gi Kota Tinggi. Berubat ngan Wak dari Tanah Seberang. Alhamdulillah sembuh sepenuhnya (cara berubatnya pun tak banyak mencurigakan sebab tak guna asap atau something sebagai parewang). Mak aku dah tak meracau sampai sekarang tapi still sakit bisa ulu hati.



Selang beberapa minggu kak long aku mintak tolong aku bawak gi jumpe ustaz kat B.Pahat (Ustaz ni dah lama tolong parent aku sejak arwah ada lagi). So dah kira tau lah jalan cerita sakit mak aku ni. Bawa ke sana pun sebab nak tau kat mana silapnyer lagi. Tapi Ustaz tu kata banyak sakit yang zahir berbanding sakit yang batin. Dia minta mak aku jangan banyak berfikir sebab boleh akibatkan hati mak aku bertambah bengkak. Berkenaan sakit batin plak, dia cakap dia akan bantu kemudian. Aku masa tu macam nak tahu lagi tentang sakit mak aku dan terus ajukan soalan kat ustaz tu. Aku kata sebelum ni, mak aku ada berubat kat tempat lain dan cara perubatannya dengan cara menurun.



Aku tanya lagi kat ustaz tu, betul ke perbualan dengan arwah ayah aku berlaku masa berubat ngan orang yang berubat secara menurun tu sebab perkara yang dibualkan seakan2 tepat walaupun dengan jasad yang berbeza. Tapi jawapan ustaz tu menyebabkan aku sedar semula, mungkin family aku terlalu rindu kat arwah menyebabkan perbualan yang ditiru oleh jin itu dianggap benar2 berlaku. Ustaz tu kata,



1st)dalam kalam Allah ada memberitahu bahawa jin boleh menyerupai pelbagai kecuali rupa Nabi Muhammad dan jin pada satu ketika pernah mengetahui rahsia Allah kita pintu langit tidak dikunci dan mujurlah Allah lebih mengetahui daripada apa yang akan berlaku sebab tu dengan alasan menyeru nama Arwah kononnya dia boleh memanggil roh Arwah,



2nd)roh orang yang sudah mati akan terpisah dari dunia dan dikunci yang mana tidak diizinkan kedunia tanpa izin Nya. Jangan mudah mempercayai yang berlaku tu tanpa syarat2 tertentu sebab kesesatan tu boleh datang dengan pelbagai cara,



3rd)cara berubat dalam keadaan yang tak sedar atau separuh sedar, tak diterima Allah dan keadaan ini sama seperti bersolat dalam keadaan mamai atau separuh sedar amat tidak digalakkan kerana boleh mengundang unsur2 jahat.



Disebabkan ruang yang terbatas hanya ini jer lah aku dapat berkongsi dengan ko. Aku rasa ini sudah cukup membuatkan kita insaf dan sedar akan kekuasaan Allah. Kalo nak diikutkan banyak gak aku bertanya kat ustaz ni.



Lepas tu, ustaz tu kata... orang yang menggunakan parewang memang lebih mentaksubkan so no wonder ramai orang datang berubat tapi perbezaan antara yang menggunakan parewang dan hanya menggunakan ayat Al-Quran adalah dari segi mustajab doanya kepada Allah. Kenapa perlu orang perantaraan sedangkan kita diberikan kelibahan yang tinggi daripada semua makhluk memohon pertolongan kepada Allah. Sebab tu orang2 yang alim pada pandangan Allah begitu tenang dan tiada rasa takut untuk membantu walaupun sanggup mengorbankan nyawa sendiri. Eh, apa ntah aku mengarut ni.. tapi harap ko paham apa yang nak aku sampaikan.
Keadaan itu menyebabkan aku lebih sedar dari dulu. Alhamdulillah. Then, mak aku sekarang just mengamalkan minum susu kambing dan banyak berehat dari memikirkan perkara yang merumitkan bagi hati dia tak bertambah rosak. Doakan lah sama agar kesihatan mak aku bertambah pulih. Aku percaya senjata orang mukmin adalah doa tapi ramai dikalangan manusia sekarang tidak yakin dengan kemampuan doa kepada Allah disebabkan amalan hidup diorang yang penuh dengan dosa menyebabkan doa mereka tidak setajam dulu.



Oklah berkenaan cerita ko plak. Aku tak suka ko bercerita dalam ruangan ini sebab sekarang ni blog kita dipaparkan dikhalayak umum. So mesti ada yang ko tak berani nak cerita kat dalam ni. Anyway kalo ko nak berkongsi prob ngan aku boleh tapi bila ko call aku jer aku nak ko anggap aku ni macam satu-satunya kawan yang ko ada kat dunia ni dan bukan macam makhluk asing dari planet marikh. Sampai kat sini je lah yang dapat aku kongsi cerita ngan ko. Untuk selanjutnya tunggu next issue... hehehe. Akhir kalam Selamat Menyambut Awal Ramadhan. Harap jangan berpuasa lapar jer, mesti berpuasa untuk semua perbuatan yang boleh mendatang dosa. IsyAllah... Assalamualaikum Wbt.



1. Gambar ni adalah ketika menyambut hari lahir mak aku yang ke-59th. Kelakar tengok anak sedara aku, siap pegang sudu lagi nak makan kek.



2. Ni adalah firman Allah yang aku mesej kat ko hari tu sebagai rujukan.
bye......

0 Comments:

Post a Comment

<< Home