Relationship in Memories...

Assalamualaikum…
Betul kata cicak eh... silap... betul kata ko walaupun ber'sorry2 ni baik dalam agama tapi kalau dah selalu sangat boleh membosan betul tak? Jangan lah pulak kita nak menghilangkan bosan... kita kutuk-mengutuk sesama sendiri, memang lah ia nampak satu benda yang lain daripada yang lain tapi tu dah teruk sangat tabiat nye. Kekadang sampai tak sedar yang keadaan kita dah serupa macam mak bapak kita 20 tahun yang lepas asyik sibuk memanjang mungkin keadaan ni akan dialami oleh semua insan yang sihat walafiat macam kita agaknya. Ini barulah namanya karma betul tak (teringat tajuk ko yang lepas). Wah... Anak Pak Zain juga ko sebut... apa ada menaruh hati dan perasaan ker? Hehehe.Gurau jer. Tapi kalo anak Pak Ani aku tak kesah ko nak sebut.
Terima kasih kerana memuji. Aku tak mengharap pujiaan sesama insan tapi aku mengharap pujiaan dari yang Esa. Chewah! Rendah diri nampak... hehehe... Insaf2.Diatas pujiaan ko tentang azam tu menyebabkan aku terpaksa menukar seluar jean aku ni kepada kain gombang sebab secara tetibanya kulit punggung aku menebal beberapa inci.Tapi yang peliknya kulit badan aku tak pulak bertukar color hijau muda.Grrrrrgh! Grrrrrgh!... don't make me angry!
Cinta ko cakap? mana ada cinta lagi sebelum atau akan datang dalam diri aku. Bak kata ~Fauziah Ahmad Daud dalam filem Balada~ "Jika cinta itu suci lepaskan lah ia dan,Jika satu hari kelak ia kembali, ini bermakna cinta itu sejati tapi,Jika tidak ia kembali lagi untuk selamanya ini bermakna cinta itu tidak pernah wujud sejak awal lagi". Entah lah... mungkin kalo ada yang sudi dan pintu hati dah terbuka untuk seseorang pada masa tu mungkin barulah maknanya jodoh. Tapi itu semua kemudian kita persoalkan nya lagi.
Pasal Si Cute aku akan bertunang itu betul. Aku sendiri yang minta kepastian daripada dia kat tempat kerja dia. Tapi kepastian tak terungkap ketika aku berbual dengan nya sebab aku takut untuk bertanya dan hanya mengharapkan dia dapat beritahu aku tanpa perlu aku bertanyakan hal itu. Apapun kepastian hanya terjawab selepas pertemuan aku yang sekejap tadi melalui mesej yang dihantar pada keesokan paginya. Memang betul dia nak bertunang awal bulan Mac ni tapi persiapan masih belum dibeli. Walaupun bengang tapi aku masih still membisu macam tak ada apa2 yang berlaku sebab sejak dari masa pertemuan aku yang sekejap kat tempat kerjanya hingga lah aku menerima mesej selepas itu pada esok pagi perasaan dalam hati ni macam tak tau nak dilepas atau diluahkan macam mana dan kepada siapa. Sebab semua kengkawan yang mengenali aku dah tahu dari awal lagi yang hubungan aku dengan nya is nothing. Aku nak marah tapi buat apa, aku nak bersedih tapi untuk siapa... untuk aku.. aku rasa aku dah puas merintih sebelum ni sehingga aku boleh tenang membisu seperti sekarang ni, aku nak ketawa tapi ia akan mengundang kesedihan pulak nanti. Akhirnya aku menyanyi kuat2 bersama alunan lagu 'Ruffedge feat. Mohar - Bila Rindu' yang berkumandang pagi itu menyebabkan aku tak sedar yang tetiba jer aku rasa kelopak mata aku macam penuh air bertakung seterusnya baru lah perasaan yang aku cari selama ini untuk diluahkan muncul juga. Aku... Oklah... gentleman aku cerita kat ko aku sedih seketika. Tapi kepuasan memang tak dapat terungkap di sini. Apa yang terasa terbuku, sebu dan seumpamanya dalam hati ni... terbuka, terungkai dan bertukar sebak. Apalah aku ni ek...muka ganas... bunuh nyamuk bukan main kejam lagi tapi hati..... segan nak cerita (ada tak macam bob a.k.a awie dalam citer 'Baik punye Cilok'). Hehehe.
Seandainya orang yang aku rasakan sebahagian dalam diri aku akan bertunang... Aku dah bersedia menerimanya sejak awal lagi. Masin betul mulut aku sebab sebelum ni (dua bulan sebelum cerita CUTE nak bertunang) informer aku dan sebagai kawan CUTE masa belajar dulu pernah kata aku yang dia risau yang hubungan aku ngan dia dikuatiri dapat dihidu oleh Si Cute. Maksudnya informer aku ni takut plak dia akan kehilangan kawan (CUTE). Dari situ aku mula sedar apa itu amanah seorang kawan agar segala cerita hanya disimpan untuk dirinya sendiri tapi aku ni plak yang merosakkan sifat amanah informer aku tu untuk kepentingan diri aku. SubhanaAllah. So aku pun minta maaf kat informer aku tu yang aku tak akan minta lagi cerita berkaitan dengan CUTE lagi secara berlebihan. Cuma aku mintak kat dia tolong lah bagitau lokasi terkini tempat CUTE bekerja (CUTE selalu bertukar2 kerja dan yang terbaru ni di keje kat McD Drive Thru Skudai J.B) dan beritahu lah aku kalau2 CUTE nak bertunang atau pun nak berkahwin kepada aku secepat mungkin.Oleh sebab tu lah aku katakan masin betul mulut aku. Selang beberapa bulan begini pula jadinya. Tapi takpe aku cuba buat pemeriksaan doktor gigi sama ada kemasinan mulut aku boleh menyebabkan darah tinggi menghinggapi diri aku.Namunku punya hati... Gerak langkah ku tak selincah, Wajahku tak seayu... kicau burung pun tak semerdu... terus masuk korus... hehehe... Bukan ku pinta lahir ke dunia (bukan mempertikaikan kekuasan Tuhan ek)... Bukan ku mahu cacat begini (bukan nak salahkan ketentuan Tuhan)... Hanya ku mahu kasih dan manja... bukan ku mahu bantu 'SIMPATI'... seperti apa yang ko katakan... Memang aku dah tau, memang dah lama aku teka dan memang aku terus mencuba tapi apa nak buat kalo tangan tak sampai.. aku pun tak berdaya. Kekadang baku ter fikir juga adakah aku mencuba dan mencuba ni tanda aku berusaha atau ia tanda aku orang yang degil tak reti bahasa. Aku cuma harap sebelum dan selepas ni aku tak dilebelkan sebagai suka pengkhianat orang.
Aku saje2 mintak alamat rumah ko. Tak sangka pulak ko bagi ek.Ni buat aku segan ngan ko ni. Ko nak tau tak addres aku? Nanti kalo ko nak bagitau aku sebab aku takut nanti bila orang tak mintak aku ngada2 bagi plak. Sorry bukan sengaja aku lupa d.o.b ko... jangan mare... nanti kena jual. hehehe.
wasalam

Ni mungkin pemberian terakhir aku kat dia yang dalam nya ada macam2 aku taruk (kire macam pakej la ni)... Cd lagu yang aku buat sendiri untuk dia ada dalam pakej ni. Nanti aku send kat alamat rumah ko tapi mungkin aku ada edit2 sikit macam ucapan terakhir aku kat dia. Sebab benda tu terlalu peribadi. Hehehe. Kirenya Cd ni second edition la aku copywrite.
Ratu - Teman Tapi Mesra
aku punya teman
teman sepermainan
kemana ada dia selalu ada aku
dia amat manis
dan juga baik hati
dia selalu ada
waktu untuk membantuku
namun aku bingung
ketika dia bilang cinta
dan dia juga katakan
tuk ingin jadi kekasihku
reff: cukuplah saja berteman denganku
janganlah kau meminta lebih
ku tak mungkin mencintaimu
kita berteman saja
teman tapi mesra
aku memang suka pada dirimu
namun aku ada yg punya
lebih baik kita berteman
kita berteman saja
teman tapi mesra


