SELAMAT HARI RAYA ????opppsssss...
Assalamualaikum ( dah lama aku tak berbuka bicara dengan mengucapkan salam kepada kau)
Tentang gambar tu, yela2 aku akan cuba sedaya upaya aku untuk letak. Tapi aku tetap takda idea camna gayanya aku nak tunjukkan gambar2 aku tu. Kalau aku main bagi camtu tu tak best aaa. Aku nak letakkan dalam blog. Ish bangang betul ler aku ni. BLURR. Eh jeff selain daripada HELLO tu kan, ada tak alternatif lain yang boleh aku buat supaya aku boleh letak gambar aku kat dalam blog ni. Sebab dengan menatang HELLO tu dah naik menyampah aku try, tapi tetap tak jadi. Jealous jer aku tengok ko letak gambar memacam. Geram plak aku. Aku pun nak jugak letak gambar yang best2 setiap kali aku tulis blog. Ini asyik kau jer tak adil langsung…
Pasal CUTE taknak jumpa kau tu..laaa itu ajerlaa alasanya, rahsia apa lagi yang aku nak cakap sebab tak der rahsia nya. Tapi kalau kau nak aku cakap selain daripada tu ada..meh aku cakap ngan kau. Senang camni laa jeff. Bagi pendapat aku laaa..pendapat aku jer ok jangan marah plak. Aku rasa camni, si CUTE kau tu taknak jumpa kau sebab apa tau, sebab dia memang tak mahu jumpa kau ( apadaaa aku cakap) Paham tak maksud aku. Macam ni, kalau dia jumpa kau, then kau cakaplaa apa2 tentang relationship korang nilaa. Kau kata kau sanggup tunggu dia laa apalaaa kan, so aku pasti lelama dia akan termakan pujuk kau tu, sedangkan dia hendak mempertahankan ego dia supaya tidak menerima kau. can you see what I’m try to tell you….tu sebab dia cuba create pelbagai agenda supaya tidak mahu berjumpa kau. Aku rasa CUTE kau ni, ego dia tinggi laa jeff. Aku rasa laa berdasarkan apa yang kau cerita, dia ada cerita kat kau bahawa dia memerlukan 7 tahun untuk menerima pakwe lamanya, so kenapa dengan kau dia perlukan masa yang singkat untuk declare. Why not dia pun boleh buat kau juga tunggu dia dalam masa 7 tahun ataupun lebih untuk declare dengannya. Aku tak tahu laa relationship korang ni dah berapa lama..tapi aku percaya tak sampai 5 tahun kan…oleh sebab kau tak pernah cerita sejarah kau ngan dia sebelum ni so aku buat kesimpulan bahawa relationship korang masih mentah lagi . Tapi kalau aku silap sorry laa ok.
lagi satu apa yang aku boleh teka ialah tentang diri dia. alamak caner nak xplain hah!! sebelum ni dia free hair ker? dan setelah dia berkawan dengan kau, dia mula memakai tudungkan? ini apa yang aku paham tentang perubahan yang kau kata tulaa...kalau betul bagai dikata. berdasarkan kajian prof azaharah selama 100 tahun, kesimpulan yang boleh dibuat ialah perasaan segan yang melampau telah wujud dialam dirinya. macam ni...mendidik orang yang dari baik kepda orang yang lebih baik amat disegani oleh orang sekeliling. kau telah mendidik dia menjadi orang yang lebih baik, maka perasaan tidak sepadan akan wujud dalam diri dia, dan menyebabkan dia decide dan mengatakan dia tidak sesuai dengan kau. ini kes sering berlaku terhadap member2 baik aku yang pernah direject. alasan yang sering dibuat oleh perempuan tu ialah " Aku tak padan dengan dia, dia baik sangat, dan aku rasa dia boleh cari yang lebih baik dari aku". Hah! dialog macam ni sering aku dengar dari mulut diorang
"pelik tapi benar" . sedangkan dalam agama sendiri menyuruh perempuan mencari suami yang lebih bijak daripada isteri dalam bidang agama supaya suami dapat membimbing isteri serta keluarga. tapi diaorang boleh reject plak bila dapat lelaki2 baik. ya allah bertapa ruginya mereka. ( kata ustazah azaharah pendakwah bebas dari plenet marikh.....poyos jer)
Ini spekulasi yang aku buleh buat, aku taknak lelebih sebab aku tak tahu hati si CUTE kau. Dan aku tak tau sebab utama kenapa dia buat kau camtu. Ini hanya laa tekaan aku sahaja.
“Aku sentiasa mengharapkan kebaikkan aku mengubah dia menjadi perempuan yang baik agar aku pun sama mendapat perempuan² yang baik satu hari nanti”
kau kenal dengan ayat diatas..ni ayat yang aku petik daripada blog kau. Jangan marah laa kalau aku nak tegur sikit apa yang kau katakan tu.. kau mengharapkan balasan terhadap apa yang kau buat kat dia..maknanya kau mengubah dia kerana apa, kerana inginkan balasan daripada kebaikkan kau, bukan kerana kau benar2 ikhlas menolongnya. Jangan sampai kau kene cap “ Baik…..baik ada makna tu” ( dipetik daripda cerita madu tiga)..sorry laa jeff seandainya aku teremosional plak nasihat kan kau kali ni. Tapi cara kau tu tak betul beb. Buat keje biar ikhlas bukan nakkan balasan. Aku tau memang naluri manusia ni macam tu, setiap kebaikkan dia nakkan balasan yang baik, bila datang balasan yang tak baik, manusia mula menyalahkan takdir dan mengatakan allah itu tidak adil. aku taknak kau jadi tahap camtu. Tapi aku tahu, kau dikalangan orang yang beriman, takkan ada sifat yang camtu.. aku ingatkan sahaja. Kau ingatkan aku aku ingatkan kau.
Ada betul jugak kata orang dan kau…kita takkan rasa goyah dengan rintangan yang mendatang sekiranya kita berjaya mengharungi halangan yang lebih besar dah lebih berat.
“kita akan merasa perasaan sayang kita terhadap insan lain adalah biasa jika sayang kita itu diberikan banyak terhadap yang lebih penting (besar) iaitu Allah dan begitu juga berikutnya seperti sedih, gembira, kelakar dsbgnyer.”
YA aku setuju sesangat, hanya ALLAH sahaja yang kekal abadi. Dan ALLAH tidak mungkin menghampakan hambanya. Lagi kita tanamkan kasih sayang kita padaNYA lagi banyaklah kasih sayang yang kita terima. Seperti didalam firman allah
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari”
bertapa allah menyayangi hambanya…
“aku tak suka orang lain buat aku macam tu, so aku pun tak buat kat orang macam tu dan kalau aku tak buat orang lain macam tu, orang lain pun jangan buat aku macam tu".”
Prinsip kau yang satu, aku setuju tapi satu jer aku nak komen, “ORANG LAIN PUN JANGAN BUAT CAMTU KAT AKU”. Aku bukan nak kondem ko punya prinsip tu, memang bagus, Cuma bab tu jer laa aku rasa susah sikit, kita memang boleh tak buat orang, tapi kita nak halang orang supaya tidak buat kat kita tu susah sikit koot. Tapi aku tak tau laa kalau kau boleh buat.memang best aaa…
mmm…(kes aku plak )
memang aku tak patut mendoakan dia camtu, sepatutnya aku buat apa yang kau kata. Mendoakan kebahagiaan dia. Aku akan cuba mendoakan kebahagian dia. Dan aku cuba maafkan dia. Dan paling aku cuba nak buat sekarang yelaaah, aku nak lupakan dia. Walaupun susah tapi aku tetap akan cuba…srot..srot sedih plak aku mengenang masa lalu aku…
seperti yang kau kata, perempuan mudah untuk melupakan orang yang pernah dia sayang bila dia berjumpa dengan orang yang betul2 menyanyanginya mmmmmmm…..entahlaa..bergantung kepada individu tu sendiri..mungkin setengah orang boleh..tapi bagi aku…susah…….tapi entah laa aku sendiri tak pasti. Ah!! Persetankan perasaan ni..malas aku nak kenang.
“Boleh ke aku kata macam ni, kalau aku rasa perasaan macam ni lagi aku akan bagi tau dia. Dengan lain maksud aku tak akan berkata aku bercinta lagi walaupun dia tahu yang aku dah berkawan dengan orang lain satu hari nanti.”
Boleh ker tak..semuanya bergantung kepada kau, terpulang laa pada kau. Tapi Cuma satu jer aku nak Tanya, apa tujuan kau berkata begitu..kau masih mengharapkan dia walaupun kau dah ada orang lain…begitu? Kalau itu maksud kau, aku sarankan tak perlulaa kau cari yang lain jeff. Sepertimana yang pernah aku cakap kat kau…didalam blog aku ttu.. kalau niat kau mencari lain hanya untuk mengisi kedukaan kau, dan kemudian bile kau mempunyai peluang kau tinggalkan yang baru…itu kejam namanya jeff. Tapi kalau kau tak bermaksud baguslaa. Aku tak tahu laa tujuan utama ayat kau tu..aku bagi pendapat berdasarkan apa yang aku paham jer….
Sebaik kau paham tentang citer kopi tu, takder laa aku nak xplain panjang lebar kat kau lagi. Mmm…ada saiz sudu laa plak. Saiz sudu tu aku anggap adalah besar atau kecik ujian tu..maka Besar atau kecik saiz sudu tu bukanlah tugas manusia untuk menentukannya. Hanya allah sahaja yang tahu.dan hanya allah sahaja yang berhak menentukan berapa sudu kopi yang perlu diberi. Kita manusia hanya boleh menerima sahaja dan kita hanya boleh mengolahkan sahaja semua tu, tetapi yang memberi dan yang menentukannya adalah ALLAH. Macam kau kata keakdang kita perlu letak beberapa sudu kopi baru bertambah kaw..itu ler pasal kita perlukan semua ujian tu. Seandainya takda ujian maka takkan jadi air kopi tetapi hanyalaa air kosong yang tidak mempunyai perisa.takkan kita nak jadi air kosong tu….. Mmmm…bertapa bijaksananya allah dalam hal ini…
Tentang kes kau pergi tengok orang merempit plak….
Apolaa kau..tulaah bulan2 baik2 ni abis terawih pilaa tadarus, dapat gak barang seketul. Ini pergi tengok orang merempit..bukan dapat pekdahnya pun. Tah apa2 tah bebudak zaman sekarang ni..zaman aku muda2 dulu takder plak camni..mmm..apa laa nak jadi..(dialog orang tua yang sering aku dengar)..
Oklah jeff, dah abis dah aku nak story kat kau. Jadi sempena bulan puasa ni, aku nak mintak sorry laa sekiranya ada ayat2 aku yang menyentuh dan merobek perasaan kau. Ewaaahh…aku taknak laaa sakitkan hati orang lelebih ngan member2 aku..kang sia2 plak puasa aku..hehehehhe…
Aku bulan bebaik ni aku nak menutup blog aku dengan sebuah firman allah:
“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas manusia sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa kepada allah“ ( surah al-baqarah 2:183)





