Tuesday, May 17, 2005

Itu Aku....

kluangman_jef



Walaikmussalam...

Erm... terlupa gak aku ek kita dah setahun kenal dalam dunia maya ni. Bukan ko sorang jer yang perlu minta maap tapi aku pun sama terlupa salah satu tarikh keramat dalam kalender hidup aku (pergh... garenti ko rasakan aku mempunyai banyak lagi tarikh2 keramat yang lain). Hehee. Aku terlupa sebab merajuk ngan ko lambat balas blog aku dan lagi satu kepala ni tengah mengeluh panjang memikirkan sesuatu. Aku rasa kepala aku mungkin akan penat balik setelah begitu lama mempunyai sifat ignorant terhadap keadaan luar daripada sistem badan aku ni. Tapi tak sangka pula ko terlupa sebab kemaruk ber'dating' rerupanya. Aku dah syak dari awal tentang berubahan sikap pelupa yang bertambah serius dan keronik ko ni. Iskh... iskh... Oklah cadangan ko tu untuk generasi kita menyambung tradisi ni, best gak tapi segala2nya terserah kepada Tuhan untuk menunaikan hajat kita ni. InsyAllah.

Pasal blog yang ko balas mengenai hubungan aku ngan CUTE memang dalam ramalan kepala otak aku. Kata2 ko ni sama juga macam kawan2 aku yang lain tapi sebenarnya aku teringin sangat nak kepastian daripada mulut dia sendiri. Lagi pun ko tau kan aku macam dah tak tau nak amik hati dia macam mana sebab aku ngan dia bukan baru kenal so apa yang aku nak tanya hampir kesemuanya aku dah tahu. Kekadang pernah aku call dia dalam masa terdekat ni, perbualan aku boleh terdiam seribu bahasa. Bila aku tanya balik kat dia, dia just kata tak tau nak cakap apa. Bila dia cakap macam tu... aku macam terasa sebab dulu budak lelaki yang terbaru dia kenal ni pernah kata kat aku yang CUTE aku pernah kata kat dia yang kekadang dia tak tau nak cakap apa ngan aku kalo aku cal dia. Sebenarnya rumusan dalam keseluruhan persoalan ni ialah "aku tak tau nak buat apa dan apa yang patut aku buat". Keadaan ni lah membuatkan aku binggung sampai sekarang. Kekadang aku rasakan dia masih tak boleh terima aku lagi.

Oklah macam mana kata ko yang aku perlu amik berat hal2 berat dan ringan yang ko katakan tu. Aku sekrang macam kawan2 aku yang lain. Mereka ada yang macam tak pandai amik hati pompuan setelah dikecewakan. Kekadang bukan tak pandai tapi takut kesilapan lama berulang sebenarnya. So disebabkan takut dengan perkara tu, aku lebih senang meminta keseluran idea untuk pikat hati pompuan dari kaum pompuan sendiri. Oleh sebab tu aku harap sangat ko ada idea yang bagus tentang memikat hati CUTE aku tu. Dari segi tempoh pulak.. apa kata kalo aku cuba dengan lebih serius akhir tahun ni atau awal tahun depan sebab dari segi ekonomi aku tengah cuba alirkan sepenuhnya kewangan aku pada business aku skarang.

Masa besday tu aku ada bagi CUTE something + card top up sebab aku ada minta no.hp dia masa aku call dulu tapi dia cakap dia tak ingat no.hp dia dan lagipun tak ada creadit masa tu katanye. So aku try tunggu msg atau miss call dr dia guna hp dia tapi tak sampai2 pun (dia tak janji nak bagi). Sebab tu aku buat keputusan hantar card top up kat dia. Bagi ko bagus tak idea aku tu? Lepas tu malam Ahad yang lepas ni dia bagi mesej pakai no.hp dia. Gembira tak terkata dibuatnya. Tapi cuba kau baca ayat mesej dia ni ..."akum.maap menggangu.sy XXXXX (CUTE).awk ada bg sy brg ke.nape awk susah2 bg.sy tak phm sbnrny kad top up tu utk apa."..... Ko rasa dia hargai tak apa yang aku bagi atau dia boleh ker terima aku lagi. Tapi bagi aku macam dia tak boleh terima aku lagi jer. Lagipun aku ada bagi bookmarking dan dalam tu ada pilihan untuk tick (/) pada ayat yang aku suka. Lepas tu last tick aku tulis sendiri dalam bahasa inggeris tentang aku nak sequel story aku ngan dia balik. Tapi tak tau lah dia paham ke tak? Aku ada silap ke kat sini. Pasal masej dia yang aku bagi kat ko tengok tu ada aku reply kat dia untuk explain sekali lagi tapi lepas tu hingga ke hari ni aku&dia masih belum buat apa2 lagi untuk berhubung.




Harapan menggunung? Hehehe. Kekadang bila dapat peluang macam ni kekadang aku rasa macam ada harapan. Tapi fikiran aku masih lagi keliru. Salah kah ku... salah kah diri mu (ajai la pulak). Terima Kasih kerana memberi kata2 indah atau kata2 pembakar semangat kat aku. Pandai ko amik hati aku ek. Harap2 tak ada udang disebalik mee. Ape2 pon cayuk2 untuk aku. Aku rasa kawen lama lagi untuk aku fikirkan tapi kalo ada peluang aku ngan dia kan... sanggup aku lupakan yang lain (iklan sabun cuci). Hehehe. Tapi ape2 pon hati mau ikhlas. Sampai adeq angkat aku (Anim yang aku sebut2kan dalam front hmpage aku) kate aku ni setia abis. Aku just tersenyum jer bila dia cakap macam tu. Sebenarnya bukan setia tapi hati ni tak terbuka kat orang lain. Aku harap dia yang pertama dan terakhir untuk aku (terakhir = hingga berada dalam cinta yang halal), insyallah. Oklah aku bagitau kat ko. Sebenar dah hampir 3 tahun aku berdoa dengan kata2 yang sama selepas setiap solat 5 waktu aku. Aku betul² yakin dalam ketika doa aku pohonkan. Kenapa aku terlalu yakin? Adalah sebab 1 perkara (biar aku dan Tuhan saje tau apa perkara tu) yang tak pernah aku duga dan pernah aku pohon kan dalam sembahyang aku diperkenankan tapi makan masa lah sikit untuk doa kita tu dimakbulkan. Sampai sekarang kalo aku berdoa, aku dapat rasakan doa aku tu akan dapat diterima Tuhan yang Esa. Aku harap jugak keputusan aku ni tak mengecewakan aku. Ko tu yang aku rasa dah macam nak kawen jer, apa lagi nanti kalo ada tempahan stage persandingan call akunanti aku hantar satu set stage siap karaoke kat atas stage tu nanti. Boleh la ko berduet ngan boy ko tu sambil nyanyi lagi Pening-Ezlyn&Daud kilau. Hehehe. Caya lah Azah.

Lagi satu pasal BESDAY aku tu Thank's. Yer-lah2 aku tau aku dah dewase tapi bukan dah tua ha. Ni hari jadi aku yang 89 tahun nak masuk 90 tahun. Sengaja aku perli minah yang sengaja letak umur dia berapa tahun ntah dalam friendster dia tue (harap2 dia terasa). Sebenarnya tak baik menipu tau.. oklah aku tak sanggup menipu orang dan sekarang aku isytiharkan umur aku dah masuk 23th bedasarkan kalender masihi. Terima kasih2 jemput tambah air.. nasi tak boleh tambah ek sebab tradisi kenduri rumah orang jawa jamah sikit lebihnya buat boncrot atau kata orang putih BERKAT. Pernah dengar tak. Tau tak per... Dari pada ko bagi periuk ajaib baik kau bagi aku poket serba guna Doremon lagi best aper... hek eleeeh...

Aku Besday tak celeberate kat mane2 just lepak2 ngan member. Alah malas nak kecoh2 ngan member2 aku tentang besday ni, silap hari takut nanti direjam ngan telur dan berbedak tepung plak nanti. Hehehe. Tak sanggup melihat pengalaman ngeri tu berulang lagi dalam hidup aku. Tapi aku terasa gembira juga dapat hadiah dari pihak kilang dan makan free kat kantin kilang pada 13hb Mei hari tu (kira oklah daripada takde. Kilang aku buat sekali harung pekerja2 dia yang lahir dalam bulan Mei yang mulia ni. Hehehe. Nanti aku amik gambar hadiah yang aku dapat time Besday kat kilang nanti ek. Tapi lambat sikit la sebab komputer lipat(apa ko pk pisau lipat sajer ke yang ada kat dunia ni) aku RAM problem dan dalam baik pulih.

Oklah one song untuk semua cerita aku dala blog aku ni. Lagu ni dinyanyikan oleh Dewajamrud untuk aku... fuhhhh.. aiyer, vokal dia sedap giler... sebijik macam VOKALIST GROUP DEWA... aahahhaa... beh beh beh... psttttt... kalau aku cakap aku date ngan vokalist kumpulan rock, percaya tak??? hua hua hua.. pokok pangkalnya.. aku pon tak percaya.... isk isk isk... (Lagu ni tengah top keluar kat radio era sebab salah satu Digi band Era ada nyanyi lagu ni)


*************************************************
PUPUS - DEWA

Aku tak mengerti
Apa yang ku rasa
Rindu yang tak pernah
Begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu

Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu
Diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara

Baru ku sadari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku

Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban
Hingga akhirnya kau pun mau


Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu


Monday, May 09, 2005

hepi besday to uuu........

Hepi besday…to youuuuuu………..hepi besday to uuuuuuuuu……..hepi beseday to jefriiii…hepi beseday to youuuuuuuuu…hehehehe..jef..dah tua..wekkk….wekk….dah tua buat cara tua..jangan perasan mudo lak ….kekekekeke………..

Ko apa cita…pi mana malam beseday….cute camner?? Ada celebrate beseday tak… celebrate kat ne? kalau sudi cita laaa kat aku ni….jangan laa bisu terus membisu….
Alaa..mementang bulan ni beseday dia…eksen lak ngan aku…lelebih lagi ada orang tersayang disampingnya…lupa laa kat aku…yer la..yer laa…aku ni sapo laaa…hanya menumpang disudut pc jer….kekekek…..( tah apa2 punya majuk daaa)

So..camner perkembangan diari hidup kau…ada yang terkembang possitif…ker nak kawen dah ker….hint2 ler kat aku…kalau nak kawen tu…bagi2 ler tau.. leh gak laa aku bawak peti ais besar utk hadiah perkahwinan kau…kekekek

Tak pun aku bagi laa periuk nasi ajaib..kau mintak jer apa2 gerenti ada dalam periuk tu…kiskiskis ( jeff kene tipu ngan aku hidup2)…..

Aku jus nak wish besday kau jer…tak der apa pun lagi dah…hepi friendship kita yang ker setahun aku dah wish..besday kau aku dah wish…so..apo lagi aku aku wish…dah takder dah..

Semoga kau dimurahkan rezeki…dan dikurniakan jodoh yang baik dan berkekalan…insyaALLAH………………….


Ini aku antar 9 hb daa..so kira esok aa beseday kau………….so…kira ok laa yerk…ekkeke