Friday, July 30, 2004

congartulation

wah2 kembang laa tu orang ucap tahniah. mesti mak ko bangga ngan percapaian ko kan. "Taksangka anak aku dah berjaya...uhukuhuk" antara dialog mak ko. kekkeke. jangan marah aku, aku gurau jer tu. so caner ko nya convo, ada seronok. mestilah seronok kan? apa laa aku ni, lagi mau tanya.kekekekekek.........mesti ko dapat banyak bunga. biasalah convo benda apa lagi yang dapat selain dari kertas yang bernilai tu. paling best pun dapat teddy bear besar, itupun dioarang belikat kedai2 situ gak. aku dah masak sangat dah. kekekekekek...........walau apa pun aku memang nak ucapkan tahniah kat ko. tapi adiah tu lapan tahun lagi aku bagi laa. mungkin time ko amik master ker, PHD ker mana nak tau rezeki kau. kalau kau sudi tunjuk2 laa gambar konvo kau, kalau ko malu nak tunjuk muka kau kat aku, kau itamkanlah mata kau tu. alaaaaaa macam kat suratkabar tu. paham ker apa aku cakap ni. time konvo bukan saja seronok dapat sijil tapi dapat jumpa kengkawan balik. time tu laa kita tengok pelbagai rupa kengkawan kita. ada yang dah kawin, pregnentlaa,gemuklaa,kuruslaa macam2 laaa. time tu memang sonok giler sebab nostalgia lama terimbas kembali. betul tak? aku tau mesti ko sonoooot giler punya. tapi taklah sampai giler meroyan plak. lain plak jadi dia. kekekeke....................

ko citer laa apa yang seronok masa ko konvo tu. aku nak tau gak, selain dari dapat bunga dan teddy bear tu. si CUTE ko tu datang tak? ker dia turut skali convo ngan ko. perggggggg!!!!!!! mesti mak bapak dia datang kalau dia konvo skali. apa lagi jeff tunjuk macho laa depan bakal mak ngan bapak mentua ko. jangan kasi saham jatuh. kekek kalau boleh muka tu sentiasa tunjuk macho baru ada kelas....( kelas yang aku maksdukan takda kene mengena dengan kelas2 yang kau sebutkan. ini hanyalaa rekaan semata2). kalau dia tak sama konvo ngan ko, kau bagi laa gambar konvo ko kat dia, tak pun dengan selamber ko post kat bapak dia terus pastu ko tulis surat, ko kata "Gambar-gambar konvo bakal menantu pakcik" kekekekek best tak idea aku. gerenti bapak dia masuk minang ko terus. jangan main2 aku punya idea, bernas lagi hampeh. kiskiskisksis

hah! tentang belanja tu, ko kata ko nak belanja tapi guna duit aku? aku tak kisah..sebab duit tu pun aku dah siap2 amik dari bank ko. cara aku mendapatkannya adalah rahsia. amacam ada berani. sebelum ko belanja guna duit aku tu, baik ko cek dulu duit dalam bank ko. kot2 kang ko nangis tak berlagu plak tengok duit ko dah elek.. ko jangan main2 ngan aku. aku bab begini memang terror giler. tak payah tunggu orang ajar aku dah pakar dah. kalau ko nak belajar dari aku, ko kene sediakan 8 juta dolar, baru aku boleh ajar ko. kekekeke ( ko perasan tak aku dah mula merepek).

aku sekarang sebenarnya tengah ngantuk gilerr ni. jadi otak aku tak berap betul nak bagi idea. tu yang merapu jer. so secara rasminya aku menutup perbicaaraan ni. dan kes ni AKU MENANG. kekeke ( lagi skali aku dah tak betul) ok laa, kang makin aku taip makin aku tak betul nanti ko baca pun jadi tak betul gak.

ok cowcincau...........

Saturday, July 24, 2004

konvokesyen....

kluangman_jef

Assalamualaikummm...............

Baru ko tau lama tu sebenarnyer giler. Tapi bagi aku lama tu tak giler cuma perasaan orang jer seakan macam nak giler. Eh... apa yang aku mengarut ni. Aku waras, mangan yer wes.

Oooo... kau tak tau lagi aku keje kat mane ek. Erm, aku keje kat johor jer sebab tak sanggup nak berpisah ngan mak jauh-jauh sangat nanti rindu plak bau ketiak mak. Hehehe. Tak adalah aku sengaja cari area kat johor ni jer sebab senang nak balik kampung. Kalau belajar dulu tak boleh memilih sebab peluang tu dtg sekali. Aku keje kat Pekan Nenas, Pontian. Ko tau ker. Pontian bukan kat terengganu atau kat sabah serawak sana.Ia kat negeri johor dan bukan kat perak. Sapa kata bandar jb tak ada kelas. Kalo berani turun sini la. Tak berani la tu. Ok lah aku bagi tau kau yang kat jb ni macam² kelas ada tau. Antara nyer kelas memandu, kelas mempertahankan diri, kelas fardu ain (jemaah haji) dan bukan setakat kelas buta huruf pada sangkaan kau tu yang mungkin melambak kat tempat kau sana. Macam biasa la kata orang kan... aku belanja boleh tapi kau bayar. Amacam lagi best tak idea aku dari kau. Hehehe. Tak adalah, kalau nak belanja makan mungkin ler boleh tapi kalau nak shopping pekakas solek kau... sorry ek, lain kali.

Kalau ko nak tau dulu aku keje memang pakai kontrak masa real madrid jadikan aku football player club dia. Tapi tu ler kan, kau pun tau kalau keje kontrak ni susah kan. So sekarang aku keje tanpa kontrak kat kilang SHIMA'No (Buat basikal n fishing reel). Memang semua kilang akan menggunakan istilah confirm ni bagi pekerja baru macam aku ni dan masa confirm ni lah untuk menilai prestasi kita kat kilang. Kalau tak ok dalam masa itu kita cuma akan ditambah 1 bulan atau seberapa yang diorang mahu tapi tak ler dibuangnyer terus sebab salah dari segi undang² kalau memberhentikan pekerja tanpa sebab. Tak apalah ko keje ler dulu kat sana cari pengalaman. Kalau tak ada kawan cari lah aku. Hehehe. Senang jer ko nak bagi signal utk mendapat bantuan dari aku, cuma jerit perkataan 'TOLONG' kuat² nanti aku hantar orang. Senang tanpa memayahkan diri belajar isyarat S.O.S.

Berlagak apa pulak. Dah memang ko tak tengok lagikan. So apa salah nyer membanggakan diri kat ko. Selamat aku sebab aku over advance dari kau dalam soalan ni. (sambil muka bangga dan tangan mengopek luka jerawat).Hehehe. Oklah bagus ler tu tengok dua cerita dalam satu hari tapi jangan tengok kat luar sodah ler (tiket habis daaaa). Tapi aku macam tak cayer jer ko mampu tengok 2 cerita tu dalam satu hari sebab tempat berhawa dingin + macam lampu tidur, maka rasanyer boleh membuatkan wayang yang tengok kite. Harap² nyer tak ler ek. Best ker cerita "BEAUTIFUL BOXER" ko tolong buat kan vcd pirate untuk aku kat wayang tu ek. Aku nak rasa gak dia punyer "sioooot" tu sebab best dah banyak kali feel. Wah jadi pengulas filem kat malaysia ler pulak kau kali ni. Harap jangan nak jadi pengadil 'Malaysia idol' sudah ler. Mementang aku tak tengok lagi cerita KELIBAT boleh ler ko nak bangga ngan aku. So nampaknyer tak boleh ler aku nak bagi bintang lagi sebab semua cerita kau dah bagi bintang. Ko dah tengok ker cerita PHSM tu. Entah² tengok separuh dah tak berani. So sebab tu jer kau bagi sikit jer bintang.

Wooow... wooow... wooow... sedap nyer mulut kau kata aku gatal tahap kronik. Lain ler kau ada klinik haiwan lapan bijik. Doktor klinik gigi kata kat aku cuma kena miang ulat bulu jer sikit. Lama-lama baik ler sendiri. Aku tak kata aku ni anak soleh tapi aku cuba berubah kearah itu dan cuba melupakan hiburan yang boleh manambahkan dosa aku sebelum ni. Kalau ko nak tau, aku ni sekarang balik kerja terus tidur dan tak pk² nak jalan² ke mana². Kalau cuti dok habiskan kat hostel jer sampai member aku yang masa belajar dulu kata kat aku yang aku sekarang ni keje nak kumpul duit. Tapi entah ler, aku sekarang banyak ubah target aku sebelum ni. Biasalah kite merancang dan tuhan yang menentukannya.Tapi bangga dan bahagianya aku kalau impian aku ni untuk bersama CUTE selamanya terkabul. Doa²kan lah niat aku ni diperkenankan Allah. InsyAllah.

Bagus ler kalau dia dah tau dan biasalah garenti repond macam tu. Baru normal namanyer nanti kalau dia dok diam jer ko pk dia tak suka kat ko. Ko boleh bagi url dia ni tapi untuk pass. n id rasa² nyer boleh masa nyer lagi kot. Ko bagitau ler kalau dia nak feedback boleh kat ruangan comment setiap blog kite ni. Kim Salam kat dia untuk aku. PAtut lah kau dah miss nak jenguk blog ni tapi aku faham kita saling sibuk dengan tugas masing². Sapa tak tau kau ni pandai memujuk, try kat aku sekali bleh. Hehehehe. Aku gurau jer lah!... kau giler ker nanti ada yang kena penangan tangan berbulu 'Ehem' (kawan kau). Fuhhhh... line clear (sambil tang ligat memusingkan arial TV).

Sebagai pengetahuan kau malam ni aku akan bertolak ke klantan utk pegi konvokesyen aku yang berlangsung hari selasa dan raptai hari isnin. Doa kan aku selamat pegi balik. Nanti kalau aku kalau senang aku letakkan macam² gambar aku kat blog kita ni nanti ek. Tak sabar rasanyer nak reunion balik ngan bebudak aku kat poli tu. I miss u all.

Want joke just click this url at bottom : http://dietpepsi.20megsfree.com/constipation.swf
and waiting at moment for loading.... I hope u can smile and please hearing with ur sound speaker. That is great song.

Wednesday, July 21, 2004

Tak Menjawab Soalan Potong 100 Markah

Assalamualaikummm...............
alamak!! lama gila aku tak bukak blog ni.. rasa macam dah setahun plak.kekke.. ko cakap bahasa nepal apa kelas. meh aku cakap bahasa jawa..kabare? wes mangan? ( apdaa aku cakap hentam sajalaahh. kekonon ko paham laaa)
 
wah bz giler ko sekarang yer. sampai tido pun leh mengigau. ele mimpikan si CUTE dia latu. cam aku tak tau.  ko ni keje apa? ko takjawab soklan aku pun. ( selain dari sambung ekor beruang laa). pastu aku nak tanya ko ni keje kat mana? johor ker? bukan apa sajalaah aku tanya. mana tau aku dapat transfer kat memana2 ker.. kang kebetulan sama ngan tempat ko ker, boleh laa ko bawak aku gi jejalan. ko boleh belanja aku ...pastu nanti ko datang KL kerr....ko plak blanja aku. baru best.( aku tak cakap aku belanja ko kan? kekek). Tapi kalau ko kat johor gak takyah laaa. sebab kampung aku kat johor gak. setakat bandar JB tu apa kelas ngan aku kekekekek. tapi kalau ko kat sabah ker sarawak ker,terengganu ker memana laa selain johor ngan perak kan (perak kg aku gak) ko cakap laa kat aku. mana tau aku nak menggatal jejalan kat salah satu tempat yang aku sebut tu, aku leh contact ko. pastu seperti yang aku cakap tu laa ko belanja laa aku apa yang patut kat situ. amacam best tak idea aku...
 
ko keje guna kontrak ker? kontrak setahun ker apa ker. sebab berdasarkan apa yang ko cita kat aku ko kata ko lum confrim (ko yang mula dulu.aku ikut jer) lagi kan. so skang ko kontrak ker apa ker?  aku bukan nak nyebok menanya tapi menggatal jer. kekeke. kalau ko tak mo cita pun aku pedulik hapa. kiskiskiskisksiskiss :p. kalau ko kntrak sama ngan aku laa kiranya.  boring laa keje kontrak tak banyak benefit dapat berbanding ngan pormenen. geram aku. keje sama gak. ni diorang sambung lagik kontrak aku setahun. sedih tul laa aku. bila nak confrim aku pun tak tau. yela macam buang tenaga pun ada. waaaaaaaaaaaaaaa. tak mo kawan ngan kampeni. nanti bila diorang nak pakai aku lagi diorang sambung nanti bila diorang taknak sesenang jer kata
 " GOODBYE!!  we not  continue your contract, coz you not good enough"..waaaaaaaaaaa.... kalau betul diorang buat cam tu aku bakar kampeni ni...tak kiraaaaaaaaa. ( Gilos ker aku ni)..tapi betul apa kan. cam takda masa depan jer kan? ko caner lak. kampeni ko memang akan confrim kan ko ker... maksud aku ada tak dia kata kalau ko keje sekian2 bulan ko akan dipomenenkan. pastu gaji akan dinaikkan.. ada tak. kalau ada bagus laa. tak macam aku nya kempeni. harap kempeni jer gabak. hampeh tuuull!!!.
 
berkaitan ngan spiderman tu.. .. ko jangan laa berlagak gilos lak nak cita kat aku. mementang aku tak tengok lagi. tapi takper aku akan tengok gak sabtu  ni. kekeke. aku nak tengok dua cita dalam satu masa. kuar jer panggung terus masuk panggung lagi satu. aku nak tengok "BEAUTIFUL BOXER ngan SPIDERMAN II " jangan jeles. kekekkeee. ko tau ker beautiful boxer tu cita apa? ala cita thailand. dia terrer boxing tapi dia nyah. dia kumpul duit melalui perlawanan boxing tu untuk buat pembedahan tukar jantina. kisah benar siooot. tu yang aku nak tengok tu. kalau ko takdapat tengok takper aku tengokkan kan kau. nanti aku cita kat ko. pastu berkaitan ngan cita SEPHIA ko tengok tak. minggu ni minggu akhir, rugi kalau ko tak tengok. aku rasa cita tu macam semua nya mati. yang tinggal hanya sephia jer. kesian sephia.  apalaaa. lepas ni kalau sephia habis dah tah takda cita best nak tengok kat TV. hah!! lagi satu ko dah tengok dah KELIBAT (cita vcd arahan afdlin) best gak cita dia. ttg mesteri pembunuhan, tapi taklaaa seraam sangat. BOLEH LAA dari cita PHSM yang bodoh tu. aku bagi 3/5 bintang utk cita KELIBAT tu. dari PHSM aku bagi 1/2 bintang dari sepuluh. kekekekeke. kejam tak aku. tapi memang tak best pun cita dia nak buat camner kan....

ttg yang aku suh ko masuk minang si CUTE tu.. aku dah dapat agak dah apa yang ko nak tulis balik. mesti kaitan ngan mak ko punya laa.  kekekek.. sapa tak takut kene sound ngan mak. terasa macam menderhaka lak. kira ko ni anak soleh gak laa. walupun ko dah tahap gatal yang kronik tapi ko tetap ingat kan kat mak ko. kekekek. bagus2. aku bagi cadangan jer. keputusan kat tangan ko. tapi ingat kalau ko dah ada hint2 nak masuk minang si CUTE ko tu, bagilah tau kat aku, bleh gak aku ucapkan TAHNIAH kat ko. ( bertapa baiknya kawan ko ni). tapi aku rasa perjalanan ko jauh lagikan. mesti ko nak stabil dulu baru nak masuk minang anak orang. takkan ko pun terkial2 nak idup nak sara anak orang. itu aku memang tak galakkan lah. kekekek.
 
oklah aku pun tak tau nak cita apa dah. nak cita ttg aku, rasanya takda yang menarik berlaku pada aku. aku rasa cam biasa jer hidup aku. so boleh lah aku stop kat sini.
 
hah!! lagi satu lupa nak bagi tau. pakwe aku dah tau ttg r/ship kita ni. aku terus-terang ngan dia. yang ko ni kawan baik cyber aku. tapi dia tak puas hati lak. dia kata kita ada fair. dia nak tau blog ni punya id ngan password. banyak songeh muka dia. tapi ko jangan bimbang ini rahsia kita takkan aku nak bagi tau dia lak. aku skang tgh proses pujuk dia supaya dia tak mintak. kekke. aku tengok skang dia dah kureng skit tya ttg benda ni. kiranya aku berjaya la kan? kekekeke...
 
aku takda lirik lagu nak bagi laaa. takyah laa kan. aku sudahi dengan wasalamualaukumwarahmatullahiwabarakatuh...

Sunday, July 04, 2004

3 R tapi aku pilih satu jer untuk kali ni (RESPOND)....

kluangman_jef

Assalamualaikum Wbt...

Kehadapan, kebelakang dan kemana jua ikut suka bapak tiri belah ayah kawan kau lah. Wah! tajuk macam garang (Karma). Mana dapat, sape bagi... Oooo.. kau curi yer ini tajuk. Tajuk ni sebenarnya aku nak guna buat filem tau. Nampak gaya nyer aku terpaksa guna tajuk lain "Kurma" untuk filem edisi siasat raya aku. Hehehe. Apalah aku mengarut ni.

Akceli... I'm allso wan 2 appologise 2 u abot late 2 respon ur stori. Ah, leceh ler pakai loghat Nepal ni. Sebenarnya aku sibuk banyak memandangkan aku ni orang baru dan tak confrim... corecction... tak confirm lagi, so aku kena ler berlakun rajin² sikit. Lagi pun port tido kalau shift malam tak tau lagi kat mane... dan nama pun tak register lagi kat senior untuk tido lebih masa. Tengoklah lepas confirm nanti. Harap senior luluskan dan boleh ler aku mengularrrr. Hehehe. Kalau kau nak tau balik keje, mandi² badan terus plate atas katil. Kekadang kalau bangun pagi member sound impact kat aku, "Wah.... mesti mimpi best sampai mengingau malam tadi. Dahsyat beb sebab dah lama tak mengingau tapi kalau "angau" acap kali jugak. Hehehe.

Wooo...Kalau nak tau keje saya bahaya cik!? "Sambung ekor beruang" dan kalau naik pangkat nanti lagi rumit sampai tak boleh tido cik... kire bulu kambing. Dahsyat kan cik. Erm boleh tanya, interview ni kuar kat majalah mane. Hehehe.

Aku bukan tak caya kat CUTE dan diorang tu semua bukan spy berbayar. Kitorang ni just tolong kawan². Baru boleh bersatu padu keakhir hayat. Betul tak? Ops... meminang... alamat kena sue ler ngan mak aku. Katanyer nanti... "omak tak pueh lagi makan duit gaji ekau, jangan nak ngado² nak minang anak orang. Ekonomi ekau tak stabil lagi nak bagi makan anak orang apo". Mungkin itu yang akan dikate kan oleh mak aku dalam loghat Nogori Sombilan. Hampeh!

Wooow... wooow! nanti dulu, kalau nak satu table, satu department, satu kilang dengan alasan nak 24 hour melekat. Sorry that not my style. Aku tak suka keje berkepit tapi kalau itu yang dia nak aku just tunaikan jer. Tapi follow the islamic rule ler! Amacam mengarut tak. Hehehe. Aku tinggal reramai so aku tak kesorangan seperti sangkaan kau. But I still miss you.

Erm pasal kawan aku yang namanyer Bob pada tekaan kau tu adalah melesit sama sekali. Kawan baik aku ni paras bahu aku jer tapi badan dia ada sikit berketak macam 'wrestler" sebab masa zaman r.k.k (remaja-istilah orang kampung aku) nenek dia rajin bagi sarapan telur setengah masak dan dia pun kuat sengayut kat pintu pagi² time nak pegi sekolah atau pegi kerja. Hehehe, dia rajin jaga badan tak macam aku yang sekeping ni. Hehehe.

Tentang kawan kau tu yang nak meminang kau tu bergantung pada kau sendiri ler sebab kalau kau terima pun ada baik nyer juga. Alah tahun depan, so panjang lagi... kau boleh daki gunung 6,7,8 kali lagi. Lama tau setahun. Tapi kalu kau nak lambat-lambat sikit, kau jagan terus kat "Yess". Kalau ikut buah pinggang aku, cuba kau eja perkataan "Yess" sambil tersilap² bila dia tanya keputusan kau. Mungkin ini dapat melambat-lambatkan masa daripada kau menyebut perkataan "Yess" yang betul. Kau buat lah sampai kau betul² ready untuk berkata 'Yess'. Boleh tahan tak idea aku. Heeeeeee (sambil senyum bangga). Aku rasa dia mungkin pernah putus tunang dan tak pun pernah nak bertunang kot dulu. So mungkin dia dah malas nak bercinta lama-lama. OKlah, umur kau berapa tahun. Cuba Lepas tu kau kira pulak peracangan keluarga kau akan datang. Fahamkan ayat aku (akan Datang). Macam ni, kau fikir pulak nak anak berapa. Lepas tu kau amik umur anak bongsu kau untuk compare ngan umur kau untuk rest bagi menamatkan penambahan ahli keluarga. So bila kau dah dapat umur tu, dah tentu kau ada target nak berkahwin pada umur berapa. Tapi aku rasa kalau dah jodoh sambarkan jer. Perempuan jangan lambat² sangat memilih nanti dapat gelaran pulak. Kalau lelaki tak ada muda tua nyer tapi kalau dia dah buat planning serupa macam aku cadangkan tadi mungkin dia rasa tak dapat nak target ikut jadual planning dia kalau target umur dia lewat kot. Hehehe. Wah! hati budi tak kenal lagi dah sayang bangat dong. Tapi aku katakan kat kau, mungkin kau rasa perangai dia sama macam ex-boyfriend kau dulu tapi mungkin persamaan dia part yang kau suka jer. Abis macam mana ngan yang lain, kau kena siasat juga. Sebenarnya aku nak cadangkan, cuba kau minta NTV7 untuk buat siasatan untuk kau. Hehehe. Baru kau tahu yang rakyat Malaysia ni adalah rakyat perihatin.

Aku kat rumah sekarang ni, sempat layan spiderman 2. Tapi aku suka betul cerita dia kali ni. Walaupun cerita animasi tapi dia dapat membuatkan aku feel touching dalam soal cinta hidupnya. Aku dapat akui cerita cintanya. Lelaki akan buat apa sahaja bagi melindungi diri, perasaan dan hati orang yang dicintai dari di sakiti oleh orang lain walaupun cinta tu cuma datang dari sebelah pihak jer. Kalau per 5 bintang untuk buat penilaian, aku bagi 4 1/2 bintang kat filem ni sebab lagi 1/2 lagi aku tolak kerana dia bohong aku banyak sangat. Dia tak fikir ker tali sengayut dia tu mengotorkan bandarnyer sendiri. Tembak sana, tembak sini... habis bersipah. Sape nak kutip. Lain kali kalau dia tak bohong aku, aku bagi 5 bintang.

Pasal tunang tu, kalau kau tak bersedia jangan bohong diri kau sendiri. Tapi kalau kau dah tau dia dari keturunan yang baik, adik-beradik dia pun ok-ok dan kaan-kawan dia pun bercerita tentang kebaikannya... so apa yang nak ditunggu²kan lagi. Aku tau sangat, perempuan mesti akan membuat pilihan pada lelaki yang dapat memberi jaminan masa depannyer. So fikirlah masak-masak sebab soal jodoh bukan main-main. Dari perkahwinan lah akan meramaikan komuniti muslim dan baka yang baik juga menentukan krabiliti anak-anak yang akan dilahirkan. So pilih lah orang yang betul² boleh membawa kita untuk lebih dekat kepada Allah dan bukannya dipilih berdasarkan kehendak nafsu dan hati kita yang suka melihat kepada keseronokan dan keindahan luaran sahaja. Insyallah. Kalau kau tak tau nak buat keputusan, kau sembahyang istiharah... tapi ingat bukan mimpi sahaja yang dapat menentukan pertunjung selepas solat ni tapi jika kita tak bermimpi cukuplah sekadar mengikut gerakan hati sebab pertunjuk Allah ni bermacam-macam bentuk. Cuba lah, InsyAllah ia berkesan untuk membuat pilihan dalam sesuatu keputusan. Biar tak tetap pendirian tapi keputusan biarlah tetap.

Oklah sampai kat sini jer respond aku. Harap kau tak bosan berada dalam blog kita ni walaupun aku ni sekejap ada dan sekejap tak ada. Aku cuba untuk update seberapa kerap yang boleh.

Terima lah lagu untuk cerita yang baru aku tengok ni.... Tapi ia tak ada kena mengena dengan respond aku untuk kau kali ni.



Veruca Salt - Spiderman
From the album "American Thighs"


you're so nice, you tie me in a web
and cradle me till dawn.
you're so deadly that I can see your breath
beneath me when you're gone.
you're so windy, I'd like to pon you down
and tack you to my wall

spiderman, spiderman

spider sunday, you blaze up from the south
with oil on your hands
I'm streaked in grease and grime and idle mouths

spiderman, spiderman, spiderman

I can't take more of that
I can't take more of the
I can't take more of that
I can't take mroe of that
whoa, ho-oh whoa oh-ho whoa, ho-oh, whoa, ho-oh
whoa, ho-oh whoa, oh-ho whoa, ho-oh whoa, ho-oh

Tiny truckstop, you lay me in a towel
and savor me like a lamb
you smell of corduroy and lemon drops
and reds pulled from a can
I dream in black and white
I long forgot, exactly, who I am, I am

a spiderman, spiderman, spiderman

~'Spiderman 2'~