Tuesday, May 08, 2007

Azah... Aku sedih sangat...

Assalamualaikum Azah....

Sebagai pengetahuan ko…aku terpaksa padam dan edit balik ayat berkenaan sakit ayah aku untuk apa yang telah aku tulis dalam blog kita ni… sebenarnya aku tulis cerita aku sikit2 dan aku simpan dalam draf blog kita tapi aku tau ko tak perasan…. Oklah aku rasa ko pun tau kan sepanjang kesibukkan aku sehingga tak penah2 aku tak sempat nak tulis dalam blog kita ni dalam beberapa bulan ni adalah disebabkan kesihatan ayah aku tak berapa baik. Sampai kekadang aku tak dapat nak fikir benda lain sebab bagi aku kesihatan orang tua aku adalah lebih penting daripada yang lain. Aku kalo boleh nak tolong ayah aku yang sakit ni bukan dengan sebab dah giliran aku menolong ayah aku tapi memang memasang niat bahawa membantu ayah aku ni adalah tanggung jawab aku sebagai seorang anak.


Nak dipendekkan citer.. ayah aku telah pergi ke Rahmatullah pada 26 April 2007 (Khamis) pada waktu tengah hari… Dalam usia ayah aku 59 tahun, aku rasa agak terlalu awal untuk mempercayai yang ayah aku telah pergi mengadap Tuhan yang menciptanya. Kekadang aku rasa macam baru semalam aku duduk berbual dengan arwah. Memang betul kata orang, bila ada depan mata mestilah tak rasa rindu tapi sekarang dah tak ada barulah perasaan rindu itu menghantui.. kekadang terbayang arwah dok sebelah seat driver kereta aku sambil tersandar menanti kereta aku sampai ke tempat rawatan. Mak aku ada bagitau, rawatan yang selalu dilakukan sekadar memuaskan hati ayah aku sahaja sebab kawan ayah aku (Dr. Ahmad) ada kata yang penyakit barah ayah aku dah ketahap kritikal. Apa yang boleh dilakukan cuma memberi ubat tahan sakit dan cucuk air glukos jer… Sedih aku memikirkan kembali.


Kekadang terngiang suara ayah aku dicuping telinga aku ni meminta aku memicit kepalanye yang sakit akibat barah otak yang menolak2 akar otak nyer. Nasib baik lah aku tak pernah menghampakan setiap permintaan ayah aku walau pada masa tu aku ada kerja lain untuk dilakukan, kalau tak mesti aku akan terkilan sampai sekarang. Pernah satu ketika aku nampak ayah aku cuba mengikat kepala nyer dengan tali pinggang tapi nasib baik aku terjaga dari tidur terus aku bertanya sama ada dia nak aku urut kepalanya tak. Sudah tentu dia tak menolak pelawaan aku sambil memberitahu nikmatnyer terasa walaupun kepala masih lagi sakit ketika diurut. Aku tak dapat nak gambarkan kesakitan yang dia alami walau pun arwah tersenyum sambil kening berkerut2 (tak aku sangka kerut keningnya mengambarkan kesakitan yang amat sangat… MasyaAllah…).

Dulu masa arwah terlantar sakit, mata dia selalu berair macam air mata dan bila ditanya kepada arwah kata nyer dia sedih tapi bila dirujuk pada doctor. Doktor cuma membisu jer. Tapi mengikut renungan aku ketika aku sendirian selepas arwah menghembus nafas terakhirnyer, ada betul apa yang dikatakan arwah ketika air mata nyer mengalir dahulu. Arwah ada kata dia baru berumur 59 tahun tapi dah tak kuat. Aku rasa sebab itu datang kesedihan dalam diri arwah ketika dia terlantar sakit. Kadang2 aku sedih sorang2 memikirkan hajat arwah untuk mengerjakan haji. Sedih sangat bila dikenang2 semula kisah arwah yang penuh kepayahan. Oleh sebab tu aku harap sangat agar aku boleh menjadi anak yang soleh sebagai harta yang boleh digunakan arwah disana.. mampukah aku? Perkataan itulah yang selalu diselangi dengan hasrat aku itu terhadap arwah. Dengan berkat doa orang yang berada disekeliling aku, InsyaAllah … Kau doa2lah semoga kawan kau ni menemui Makna sebenar dalam hidup ini…

Pada hari Rabu malam Khamis itu juga aku dihinggapi demam yang memaksa aku separuh hari jer keje malam. Semuanye macam memberi penanda yang kuat tapi aku boleh tak sedar dan menganggap demam aku ni sekadar demam2 biasa. Tapi pada tengah hari Khamis (sedang aku berselubung kesejukkan)… dengan 1 panggilan dan 2 mesej telah cukup memberi impact yang besar sekali lagi dalam hidup aku. 1 panggilan dari adik aku yang menyampaikan pesan mak aku supaya segera pulang sebab ayah dah nazak, dalam bersiap2 untuk pulang ke kampung.. mesej pertama mengatakan yang ayah tak bernafas tapi mesin degupan jantung still berfungsi tapi selang 15minit kemudian aku mendapat mesej terakhir yang “Ayah dah tiada”… Aku macam caya dengan tak percaya pada tika tu still buat macam tak ada apa2, mungkin juga disebabkan badan aku still lagi lemah akibat demam. Keadaan aku masa menerima mesej yang terakhir seperti macam menerima berita kematian orang yang aku tak kenali.. aku tak tau kenapa aku begitu tenang tanpa rasa sedih walau sikit pun. Walaupun aku tiba awal daripada kakak aku yang bertolak balik dari K.L, aku sengaja tak pergi tengok jenazah arwah di ruang tamu.. aku takut aku tak sanggup menerima kenyataan. Perasaan aku yang tenang tak kekal lama hinggalah tetiba jer air mata aku keluar dengan sendirinye bila melihat jenazah arwah di depan mata dan tangisan itu macam tidak tertahan bila aku memberi kucupan penghormatan untuk kali yang terakhir.. pipi bertemu pipi.. sesungguhnyer hati aku sedih sangat macam tak boleh ditahan dan macam tak menghiraukan pada orang sekeliling yang melihat… sedih sangat… Disebabkan ego sebagai lelaki, ego selaku pakcik kepada anak2 sedara aku.. aku paksa untuk tidak terus dihantui dengan kesedihan sambil mengesat air mata sendiri.. aku tahu ramai mata yang memandang..

Dengan semangat yang kuat aku pegang, aku angkat dan aku pikul jenazah arwah bersama2 sedara2 yang lain untuk dibawa arwah untuk dikebumikan. Dan sekuat mana kuderat yang aku keluarkan ketika mengusung arwah begitu kuat juga kata2 arwah aku pegang hingga hari ini, bak kata orang masa ada di depan mata katanye dianggap nasihat biasa tapi arwah sudah berada dipusara barulah kata nasihat menjadi amanat yang menjadi kenang-kenangan..

Aku rasa cukup lah sampai kat sini untuk aku tamat cerita sedih aku sebagai tatapan ko sebagai kawan aku.. aku tak sanggup nak cerita dan kenang arwah lama2.. Nampak sangat aku tak rela kan pemergian arwah… sebab tu tiap kali aku teringat kat arwah, aku sentiasa sedekahkan arwah al-fatihah sebagai hidangannye di sana. Kekadang aku terfikir.. arwah makan cukup ke kat sana membuatkan aku sedih dan terus sedekahkan seberapa banyak pahala untuk arwah. Aku lagi rela arwah pergi daripada melihat arwah hidup dengan menanggung kasakitan melawan penyakit..Marilah kita sama2 doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama2 roh orang yang soleh… Al-fatihah… Sekian… Wassalam…


Gambar arawah pada 1hb April 2007.. Aku sendiri yang jadi photographer... Tak sangka ini yang terakhir menjadi kenangan aku..










0 Comments:

Post a Comment

<< Home