Thursday, January 13, 2005

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum..buat sahabat penaku jeff.. ( intro kata2 baik ni kekeke)

Sebelum tu aku nak minta maaf laa..kalau kau ada berkecil hati dengan blog yang aku balas minggu lepas.. aku minta maaf kalau aku ada terlepas cakap yang kau ni mudah lupa kawan..bukan apa..niat aku hanyalaa gurauan semata-mata.. jangan simpan dalam hati..lelama buleh mati… kekadang aku ada gak terfikir…gurauan aku ni melampau..tak terpk langsung perasaan orang. Minta maaf ok…

Berdoa? Insyaallah..tp ko jgn salahkan aku kalau doa aku ni tidak diperkenankan..sebab aku bukannya wali..yang doanya sentiasa diperkenankan allah… aku nikan manusia biasa…yang dosa dan pahala sama seimbangnya..entah2 dosa lebih berat… semua orang nak mati dalam sempurna jeff..tp ko kene ingat..kalau allah nak matikan kita dalam keadaan yang mengaibkan..mungkin allah nak hapuskan dosa2 kita….so caranya dengan meletakkan kita dalam keadaan tu…semua perkara ada seribu hikmah yang tersembunyi…jgn berburuk sangka dengan takdir allah..sentiasa bersangka baik…barulaa hidup aman sempurna…( dah ..dah start dah ustazah azah).

Betul gak kata kau kan ttg bab kawen tu…ringan sikit beban parents aku nak menangung dosa2 anak dara yang sorang ni… tp mana laa aku nk cari dalam masa terdekat ni..kalau buleh beli kat pasar..ok gak…ini kene mencari…pastu kene pilih plak yang mana yang sesuai..dan memacam lagi la…tp takper insyaallah..benda yang susah nak cari tu laa yang akan kekal.

ALLAH answers PRAYER in three ways…ALLAH says YES n GIVES u what u want…ALLAH says No n GIVES u something Better…ALLAH says WAIT n GIVES u the best in HIS own…”

so mungkin allah suruh kita bersabar supaya dia buleh memberi yang terbaik untuk hambanya… so kene laa banyak sabar..mana tau aku dpat suami yang mithali. Yang buleh membimbing aku dunia dan akhirat…sapa tau untung nasib seseorang..betul tak?

wei..takper ker..aku jadi baik sikit ni…aku takut aa ko bosan baca…tp biar laa kalau kau bosan kau abaikan jerlaa apa aku tulis..sebab manusia mengambil masa yang lama untuk menerima perubahan….aku harap kau tak laa bosan.


Tentang kawan aku tu? Mm..antara kami dah tiada apa2..ada banyak sebab aku meninggalkan dia…tp ada laa satu benda yang menguatkan aku supaya lupakan dia..walaupun dia kecewa tp aku terpaksa laa kecewakan dia…tp aku rasa cam dah cita jer..ker aku cita ngan member lain? Entah aku tak ingat daaaa…

sekarang ni aku bergerak dalam ketogeri solo tidak lagi ketegeri duo atau berkumpulan…hehehe……..aku lebih selesa macam ni..sekarang ni jeff..kalau orang tanya..wei ko bila nak kawen…aku jawab senang jer sapa masuk minang aku..aku terima terus..kalau mak bapak aku setuju..lagi aku takyah pk panjang…aku terima pastu kenal laki aku lepas kawen.abis cita…dengar cam aku ni dah putus harapan kan..tapi lebih kurang jugaklaa ceritanya. Memang itu jer yang aku harapkan jeff…aku dah malas nak bercinta2 ni..biar laa semua tu berlaku lepas kawen…tpi ini semua rancangan aku jer…yang menentukan allah….aku hanya buleh merancang dan berdoa jodoh aku macam tu. Biarlaaah kalau aku tak jumpa jodoh aku didunia ni..mungkin allah nak jumpakan jodoh kat akhirat sana.. itujer doa aku hari2………

tp apa yang ko pk kan tentang kaum pompuan tu betul laa tu..perasaan cemburu, risau semua adalah kalau dengar member rapat kita dah kawen…dah tunang …dan apa2 laah…tp alhamdulillah aku leh control akhirnya perasaan tu.. aku pk..jodoh orang lain2 kan..mungkin esok2 jodoh aku pulak..mana laa tau…

membuat pernghijrahan ni memang kene korbankan banyak benda..yang paling utama KAWAN-KAWAN aku… mm..dari seorang gadis yang gegila babes..nak menjadi seorang gadis yang sopan..pergg!!! amik masa diorang nak terima.. aku hanya test sikit jer kat member aku…. bila aku kuar..perkara yang aku utamakan bab solat…bila aku bukak jer aku nak pi solat..diorang punya perli punya laa best..ayat pertama “ ala ko pergi aaa…ko alim….kitaorang tak alim” aduiii sakit ati tul aku dengar..nak jer aku hempuk kepala dia…tp kekadang aku jawab gak balik “ abis..sampai bila ko nak jadi camni…nk tunggu mati baru nak berubah ker?” amik kau..merah padam muka diorang..tapi aku pk2 plak…tak baik aku buat camtu…tp pk2 balik..bengang gak aku.. tak abis2 dialog tu jer yang kuar..lagi satu dialog ni “ alaa ko tolongkan jer laa doakanlah kesejahteraan aku..doa ko kan mudah dimakbulkan” aduii..lagi sekali aku hangin..tp mmg banyak dugaan betul laa penghijraan ni…tu laa aku..dulu solat on of ..sekarang padan muka aku..tapi alhamdulillah laa jugak..ada gak mmber aku yang menerima perubahan aku ni.

ttg kata2 member ko tu..lain kali jawab camni…”ALLAH tak menjadikan manusia tu cantik dengan hendsome, kaya dengan kaya…TAPI ALLAH jadikan manusia tu baik dengan baik dan jahat dengan jahat….kalau korang nak dapat bini baik..korang kenelaa baik..takpun korang nak kearah tu..bukannya dia jahat dia buleh dapat bini baik supaya lepas kawen leh bimbing dia..tak adil laa bagi pompuan tu..apo laa…..alaa jeff…mungkin sekarng diorang buleh gelakkan kau…mana tau satu hari..doa kau dimakbulkan..dapat isteri baik..hah! masa tu laa diorang buleh melopong jer…

kita semua sama jeff…nakkan orang disekeliling kita ni buleh membimbing kita kearah kebaikkan..bukan menuju kemaksiatan.. aku juga rindukan zaman itu. Tapi aku kene jugak melalui zaman dewasa..zaman mengenali dosa dan pahala..zaman mengenali batasan pergaulan..aku..engkau…dan semua orang kene laluinya…kekadang aku takut untuk menjadi seorang dewasa..kerana dengan peningkatan itulaa aku kene banyak berhati2..bermacam2 perkara buleh berlaku..bak kata orang seolah2 kita berjalan dia atas jambatan gantung…dimana kita kene jugaklaa melintas hingga kehujung walaupun dibawahnya ada pelbagai rintangan..kalau kita jatuh….peluang untuk naik semula amatlah susah… aku takut nak hadapinya..aku takut sangat….astghafirullahhal’azim
( aku mula menunjukkan tahap keseriusan aku..itulaa aku malas nak serius ni..tengok tu mula menguap..sat lagi mesti dia amik bantal busuk dia..pastu…mulalaa dia…..nak kene budak jeff ni… nanti kau…)

itu baru test jer..aku nk jadi serius camtu…apa pendapat kau…boring tak..aku nak ko terus terang jer ngan aku..taknak bertapis2..komen jer apa ko nak komen..kalau ko mmber aku..aku nak ko komen dengan seikhlasnya…baru best…orang kalau nak berubah dia kene tahan dikomen..so aku nak ko orang pertama yang komen ttg aku..camner.. aku bagi priority to comment…bangga tak? cakap laa BANGGAAAAAAAA!!!!

Eh.eh..jef ko nak sambung belajar..alamak jeles aku..aku pun nak gak sambung belajar..takkan aku nak dok di takuk yang lama jer..tp aku takda peluang tu..aku nak tunggu aku confirm kat sini..pastu baru aku pk nak sambung belajar..sebab kalau aku confirm aku apply scholar utk sambung belajar…insyaallah buleh dapat koot. So tk yah aku pening2 nak pk ttg duit..belajaaar jer aku buat…bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….
Tpi aku akan doakan ( walaupun doa aku ni bukanlah doa dikalangan wali2) tp insyaallah akan dimakbulkan….supaya ko dan aku dapat sambung belajar….amacam best tak, cakap laa besssssssssssttttttttt……………………



Aku terharu kau bagi tau ttg kerja tu..untuk pengetahuan kau..major aku adalah IT daaa…
Manalaa aku tau ttg electrician ni.. tp aku ttp nak ucap terima kasih sebab kau bagi tau aku ttg kerja tu..kira ni usaha kau nak menolong aku..terharu sioot… eh bukan sioot..kene sopan lagi….saya sungguh terharu dengan pertolongan saudara..hikhik……..

Wei ttg gambaq tu kan..ala..hai..hang masuk jer laa frenster..hang ada tak frenster..klu tak da habaq kat aku biaq aku invite hang masuk sana..kat sana ada gambaq aku…tp sekepin jer laa…aku tgh dok update nak letak ganbaq berkepin-kepin.. tp tulaa dok tunggu scanner…nnti laa..sebab aku buntu laa nak letak gambaq tang sini..aku tak tau nak buat lagu mana…ok dak idea aku ni jeff..buleh laa noo…kasi buleh jugak laa noo…


Ha…apa lagi nak cakap yer…. Ooo ko nak tahu ker sapa yang dah ubah aku menjadi baik ni.. dia lelaki daaa…takkan ko nak ngorat plak..isk!isk.. agak2 laa..ko ni…nak cari pengganti pun biarlah lihat jantinanya.. ini main bedal jer…kihkihkihkihkhihi…
Iklan yang aku cakap tu…dah siap dah..aku dah tengok..tapi aku tak tahu apa jadi.. malas aku nak amik tahu..dah laa duitnya pun lambat dapat..mm..ah! lantak laa..malas aku nak amik tau…

aku nak cari ekad aidiladha buleh plak takder..hangin aku.....takper laa...lain kali aku letak...ni aku letak kad yang takder kene mengena dengan aidiladha..kekeke

http://oikuu.url.cjb.net/

ni ada lagu RABBANI ( cewaahh mementang aza nak jadi baik...letak lagi nasyid jer ..kekekke)


Kerlipan Cinta

Hidayah,

kerlipan cipta cintaku
Harum rembulan mawar
Dingin dihakis cita keseorangan
Aku masih menghitung diri
Kesiangan yang panjangIngin mengisi hati

PadaMu kasih,
satukan akuDengan RahmatMu,
dengan kalimah
Malam siangku berliku-liku

Duri dugaan siratan cinta
Biar di jembala mentari
Dan di bahu gunung berapi
Pasrah ku abadi untukMu...

Ku kembara setia disisiNya
Ku inginkan bahagia abadi
Ku impikan sentosa naunganNya
Selamanya...


0 Comments:

Post a Comment

<< Home