Thursday, June 24, 2004

Karma

assalamualaikum...

wah2 jef seronok keje nampak. nampak gumbira jer keje kat situ. ele cam best sangat keje kat situ. hehehehehhe!!!! akceli memang aku nak tanya kat ko tentang keje ko tapi setiap kali aku masuk blog jer aku terus lupa nak tanya ko. hah! oleh kerana ko dah ingatkan aku . maka aku dah ingat, maka aku pun nak la tanya "En. Jeff apakahh sebenarnya pekerjaan en. jeff? adakah korek longkang ataupun sekadar buat air untk bos.heheh jangan marah jeff gegurau jer tu ( sambil buat muka kesian macam pussy in boot cerita shrek)
kesian jeff rindu kat CUTE dia. apala ko tak caya dia ko pasang spy2 ni. Tapi takper oleh kerana ko terlalu sayang kat dia, kira tindakan ko tu betul laa kan. orang kata kita sanggup buat apa sahaja untuk orang tersayang. ala sesusah sangat jeff kumpul duit dari skang cukup tahun ko masuk meminang dia. hah abis cita. walau apa pun terpulang la kat ko. ko pun bukan budak kecik lagi nak kene ngajar2. mak dah bagi makan, minum dah membesarkan ko, ini balasan ko pada mak..... waaaaaaaa
(CUT!!!!alamak tersalah dialog daaa, itu dialog utk drama yg akan datang) dah la aku ni merepek jer. Tentang kengkawan ko tu kan, sian kat ko kan tinggal sengsorang. tu la kau lain kali carila keje sesama tempat. hah baru boleh melekat 24 jam. sesilap haribulan orang akan ingat korang ni kembar siam. tapi tak logik laa pulak sebab berdasarkan cita ko kawan ko BOB tu mesti badan besarkan. biasanyalaaaa. sebab aku pun ada kawan nama bob gak dan badan dia besar. tapi tak tau la pulak bob kawan ko tu badan kurus kering plak. tapi bagi aku persahabatan ni memang patut kene jauh2, bukan cinta jer kene jejauh. persahabatan pun sama. jadi.. kalau dah jauh tu baru kita dapat hargai dia, rindu ngan telatah dia, macam2 lagilaa. jangan ko terover sayang dah laa sebab ko ngan dia sesama jenis, nanti elok2 nama dia BOB jadi BOBY lak. ish geli aku.tak sanggup aku nak bayangkan. otomatik aku tak ngaku ko member aku. heheheheheh..........

aku ada cita yang aku anggap cam bodoh pun ada jeff. saja mintak pendapat ko laa kan. ko kan terror bagi motivasi tak berbayar ni kan. cerita bab pinang meminang ni kan. ko tau "KAWAN" baru aku tu ada ker dia nak masuk minang aku jeff. dia serius lak tu kalau boleh dia nak masuk minang tahun depan. dia tinggal tunggu keputusan aku jer. kalau aku kata YESS memang dia pinang terus laa. ish ko rasa dia buat keputusan terburu2 ker jeff. aku rasa aku baru jer kenal dia. baru nak kenal ati budi dia, tapi dia dah buat keputusan cam tu. tapi dia tak paksa laa. dia kata kalau aku bebetul sayang dia jadi dia nak ikat terus. dia tengah bagi aku tempoh la ni. ya allah jeff camner yerk. aku rasa cam tak bersedia jer nak terima dia. memang la sayang beb tapi ish terlalu awal la kaan. dia bagi alasan yang dia dah tua, umur dia 25 tahun. aku rasa muda lagi kan?apa pendapat ko? kalau ko takleh bagi pendapat takyah bagi. buat pening kepala ko jer pk masalah aku.aku just nak luahkan perasaan jer...


ok la jeff aku takda cita dah. dah abis modal nak cita. jadi aku akhiri ngan lagu cokelat. aku suka lagu ni. tak kira laa walaupun ko dah ada lirik dia. aku bagi jugak....

Cokelat - Karma

Sekian lama kita bersama
Ternyata kau juga
Sama saja
Kau kira kupercaya semua
S'gala tipu daya
Oh percuma
Kau buat sempurna awalnya
Berakhir bencana
Selamat tinggal sayang...
Bila umurku panjang
Kelak ku 'kan datang
'Tuk buktikan satu balas 'kan kau jelang
Jangan menangis sayang
Ku ingin kau rasakan pahitnya terbuang
Sia-sia, memang kau pantas dapatkan
Akhirnya, usai sudah semua
Kudapat tertawa
Bahagia
S'lalu tampak indah awalnya
Berakhir bencana....


Monday, June 21, 2004

Pulangkan....

kluangman_jef


Assalamualaikum.....

TQ kerana menjaga blog kita ni. Aku ingat aku sorang jer rindu tapi ko pun sama ek. Tapi tak tau lah sejak dah ada kawan baru garenti sibuk mengambil hati si dia kan. What ever lah janji ko happy ngan pilihan kau. Aku pulak sekrang ni semakin rindu kat CUTE sebab semua spy aku sudah tak ada untuk memerhati pergerakkan Cute lagi. kawan baik aku dah pergi mencari hujan emas kat J.B. I miss U always my Best friend (BOB). Spy no.2 aku plak sama tempat keje ngan CUTE sambung belajar pulak. Kalau tak aku boleh tau keadaan CUTE kat tempat keje bila² aku nak. Jahatnyer jef ni ek. Biasalah, inspector Jef the gedget... hehehehe.

Sejak aku keje kat tempat orang ni, perasaan rindu kat orang yang penting dalam diri aku ni betul² mendalam. Aku ingat kalau ada duit lebih nak suuh member aku belikan Leptop kat Jepun sana. Wow! jepun tu. hehehe sajer nak bukak cerita + bangga. Riak aku sekejap. Bukan apa kalau ada binatang tu boleh ler aku buat keje update aku macam dulu.

Berjinak² tak apa tapi jangan sampai...... Ooo... perangai hampir serupa, bagus lah tu. Alah muka no hal boleh tampal poster... hehehe. marah ler tu, aku usik pakwe dia. Sorry, fine TQ. Oklah kim salam kat kawan baru kau. Kau punya ayat tak betul lah. memang ler kalau kita jawab soalan garenti akan dapat keputusan, so bezanya adalah keputusan tu ok dan tak ok jer. Tapi aku masih paham, keputusan yng kau dapat ok sokmo. yer dok (sambil melihat kau tersipu malu). Kwang... kwang... kwang. Kira tak menyesal lah ni tinggalkan mamat seekor opsss... correction .... seorang tu. Wah... wah... wah... mementang dah dapat yang baru, yang lama dikutukfkan jer ek. Raya minta maap. Insyallah. Hehehhe.

Ooo, kau nak tau cerita aku ek? Aku kat sini ok sesajer dan cuba membuat duit seberapa banyak yang boleh sebab basic besar dan kalau buat ot gaenti lgi besar. Tapi aku enjoy keje kat sini sebab waktu sembahyang boleh pergi sesuka hati aku.
Tapi aku terkena alergic kulit sikit sebab selalu bemain dengan minyak kat mesin kilang. Biasalah buat masa ni aku kena berlajar semua mesin kat kilang ni. Wei... kau tak nak tau ker aku keje kat mana? sampai hati kau. Tak apalah nanti kalau kau tergerak nak tau boleh ler ajukan soalan. Chewah... macam mengharap kau tanya plak. Hehehe. Tak adalah gurau jer. Jangan merajuk pulak... alamak sekarang ni kalau dia merajuk garenti dah ada orang pujuk lah pulak ni. Hehehhe.

Alah kau ni, mana tau dia berjimat cermat nak simpan duit. tak baik kau kata kawan cyber baru kau ni boring. Lain lah kau ni sebab keje depan mesin taip moden ni. Hehehe. Aku slah sorang yang simpati nasibnya. Because I still think positive.

Kalau kau nak tau aku tinggal kat hostel, serumah dengan pekerja senior. 7 tahun tu kat tempat aku ni. Tapi dia ni ada sikit lembut lah, seram aku. Apa pun dia baik,tapi jangan baik ada makana sudah. Hehehe. Kau nak tau tak 1st time aku masuk bilik dia...terkejut aku sebab macam bilik perempuan... siap tampal poster bsar satu dinding kat bilik + poster kecil artis². Aku rasa kau dapat bayangkan kan. Yang meng"happy" aku ialah aku dapat tengok tv dan layan VCD sesuka hati aku klat bilik dia. Kira nyer aku datang tak yah bawak apa lah. Bertuahnya aku ni. Hehehehe. Aku pun tak tau nakcerita apa sebab baru balik O.T pukul sembilan malam tadi. Kau patut hargai usaha aku ni. Penat tak hilang lagi ni. Hehehe. Ingat tak nak O.T tapi dikerah tenaga juga oleh leader aku ni. Orang baru katakan kene alah ikut. kata orang Selagi tak Confirm jangan buat taik. Hehhee. Belakon kena pandai beb. Nak jadi pelakon boleh praktis ngan aku. hehehe.

Aku bagi kau satu lagu sebab kau telah dipulang semula apa yang mengembirakan satu ketika dulu. Terimalah.....


Pulangkan [Misha Omar feat. Ezad]


Seharum bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dipuja
Kau pasti tak percaya
Kasih ku bukan,
Untuk mu, sayang

Tiada ku sangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupan mu
Bila bunyi bersatu
Kau milik ku

(Korus)
M : Pulangkan cinta hati ku
E : Oh hentikan lah menghantui ku
M : Pulangkan oh pulangkanlah pada ku
E : Ku pulangkan kesan hidup mu
M : Yang dikau musnah tanpa relaku
E : Bebaskanlah maafkan daku, oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hati ku ini
Akan ku jejakimu, kemana jua
Hingga akhir masa, sayang...



~'Pontianak Harum Sundal Malam...'~




friendship 4ever....

lama tak jengah bolog ni

ish2 dah lama aku tak jengah blog ni. windunyaaaaaaaaaaaaa. rasa. sibuk mengejar aku dan aku takleh lari darinya. so skang aku kene ot maka aku ambil kesempatan utk melepas rindu pada diari aku ni.

diari....
aku skang dah ada kawan baru. hehehhehee... baru nak berjinak2la kata orang. baru nak kenal mengenal. perangai dia sebijik cam "kawan" aku dulu. sesikit ler. nama pun lebih kurang. muka jer lain. hehehehe.

tak sia2 aku tinggalkan mamat sekor tu, mmm..... betul apa yg aku jangka pasti ada pengganti yang lebih baik darinya. tapi tak tau lah berkekalan atau tidak. biar allah yang tentunkan.

jeff. keputusan aku menyelebelahi aku. tak salah aku mengambil keputusan tu kan.
tula orang kata setiap sesuatu yang terjadi pasti ada kebaikannya. so apa cita ko skang. takde berita terbaru ker nak tulis. caner kisah ko lak

aku takda cita yang menarik sangat nak cita. cuma aku nak bagi tau yang aku ada sorang lagi member email cam ko ngan aku laa. tapi dia tak sekreatif ko. macam hampeh boring jer aku nak jawab email dia. tak macam kita lu la rancak giler berbalas email. dia slow sangat ah lantak dia lahh.
ko jangan menyepi plak. boring plak aku kat sini. kita sesama sibok tapi sesekali kenela lawat blog kita cita laa apa yang patut.

ok lah takda cita dah. nanti ada masa aku masuk lagi laaaa.

Thursday, June 10, 2004

Kerinduan pada blog aku

kluangman_jef


Assalamualaikum....

Aku kat tempat orang, sihat jer. Pergh...semenjak aku dah lama tak jengok kita punya blog ni, banyak betul cerita kau ek. Naik gunung beb dia. Nasib baik tak jadi puteri gunung kat sana tu kalau tak terpaksa ler aku sediakan jambatan emas untuk bawak kau balik. Hehehe. Alamak sorry la kalau tulisan aku kau tak paham sebab keyboard dia ni tak best ler. Kena tekan kuat-kuat baru boleh tulis. Orang tengok macam baru belajar menaip lak. Padan muka aku.

Wah terima kasih ler bebanyak sebab sudi ceritakan balik cerita yang aku tak dapat tengok tu. TQ so much. Aku kat sini boleh ler sikit ngam ngan kepala bebudak kat sini termasuk sorang budak Napel. Hehehe. Aku jadi budak Napel ler pulak.

Buat masa ni kejer aku relax tapi malas betul jadi mcam ni. Yer lah aku belum confirm lagi so aku terpaksa mencari kerja untuk menjadi bahan lakonan aku. Heheheh. Aku kat sini buat gear fishing reel. Nampak gaya nyer silap hari bulan aku boleh jadi kaki pancing pulak kali ni. Semua budak cerita pasal aktiviti memancing diorang. Mementang buat fishing reel. Tapi apa pun aku bahagia kat sini sebb.... entah.

Kau tau tak tadi adik aku msg aku. Terasa sedih sebab jarang sangat adik aku tanya kabar aku pakai msg. Dia kata lepas ni mungkin jarang dapat jumpa. Aku terasa sedih sebab tak sangka adik aku boleh kata macam tu. Nak pulak lepas tengok "Snow Angel" episode akhir ni. Sampai sekarang aku tak sangka adik aku boleh bagi msg macam tu kat aku. Ni yang nak buat aku balik kejap sebab nak amik barang tertinggal dan tengok apa yang penting (surat dari politek). Almaklumlah bulan tujuh ni aku nak konvo. Kau nak ikut. Hehehe.

Aku harap kau jaga elok² blog kita ni dan kalau senang macam hari ni aku tulis lagi. You are my preeen. Kalau kau dapat dengar lagu tema cerita snow angel, itu adalah lagu aku untuk kau dan blog kita ni. rasanyer hari ni last, sorry sebab kau tak dapat dengar lagu tu. Hehehe.
Terima kasih kerana sudi update blog kita ni. Wish me luck on my path. Friendship 4ever.....

Lagu tema "Snow Angel"........

-HuaZe £ei = Hanazawa Rui-

Dan shi wo cun zai zhe Wo yi zhi cun zai zhe
He ni yi qi de zhao pian ren zai wo de shou ji shang tie zhe
Ai hui yong yuan yong yuan Ni shuo de
Li kai wo de shi hou Que mei she bu de
Wo zhen de cun zai zhe Wo yi zhi cun zai zhe
Bu guan shi feng de qi de wo shou zhe wo jin jin shou wo zhe
Sha sha pei zhe shou zhe zheng ming ni zhi de
Dan wo hui xiao zhe ying wei yi qie dou zhi de

Hero dan Heroin



Sinopsis cerita

Pelakon
cerita



Staring : Toro, Yan Xing Shu, Wang Yu Jie, Yang Jin Hua, Tang Jia Hao, Zhang Jian Fu & Gou Feng.



Adik dan Abang
Snow Angel


Snow Angel
Snow Angel




:: Wo ai ni - Wo shiang ni - Wo yau ni ::


Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih Tuhan tiada bertepi
Sayang Tuhan janji-Nya pasti..


Aku bukanlah lelaki yang sempurna..

Wednesday, June 09, 2004

aku nak cerita kat ko

ok skang aku nak cerita apa berlaku kat dua cerita yang kau suruh aku tengok tu ok

1) maya mira

skang 2 orang dah tau yag dia kembar. si maya dan mira pegi umah laki 2 orang tu. terperanjat beruk la 2 ekor tu tengok. barulah 2 orang tau yg dia kembar. pastu skang diorang proses nak mintak maaf. si bob tu jelous ngan johan, masa johan bagi bunga kat maya dia buang kat tong sampah.tapi maya jumpa balik. pastu abisss..


2) sephia plak

anak kepada pekerja diorang mati sebab kemalangan. pastu pekerja buat mogok kat company tu. si jaafar on jahat dia dalang semua tu. dia nak hancuskan global amity. si sephia baru nak join jadi member kat GA ganti tempat mazlan. pastu abis. banyak iklan sangat. menyampah aku.


ok setakat ni jer yg aku tengok. nnti aku tengok lagi aku bagi tau

Tuesday, June 08, 2004

tawan puncak gunung

hari ni aku happy jer. sebabnya aku sendiri tak tau. tapi memang happy gegiler nya. entah laaa. ele jef gi keluar lak. takper akan aku jaga kitanya blog ni dengan sebaiknya. nnati ko citer la apa kejadahnya ko pegi sana.

ni nak citer ni. best jeff aku gi naik gunung pada 5 dan 6 jun ari tu. tapi naik gunung tak tinggi sangat laa.naik gunung angsi jer. ko tau ker kat ner. kat N9. dekat ngan ulu bendul. best.... tapi aku bengang sikit laa sebab aku sampai ari sabtu tapi kitaorang takleh daki ari tu jugak sebab renjer tak kasi khemah atas puncak jadi kitaorang kene khemah bawah esoknya baru naik. perggg bengang giler aku. jadi ari sabtu tu aku khemah kat bawah laa. esoknya baru naik. ko bayang kan. dah naik tu, duduk dalam masa sejam kat puncak kene turun balik sebab nak kejar masa utk balik kl lak. penat giler. tapi pueh ati laa dapat naik puncak. aku daki amik masa 2 setengah jam. tapi jangan jelous kerana aku adalah orang pertama yang jejak puncak daripada member2 aku. aku pegi 13 orang aku ngan member aku jer pompuan yg lain laki. maka aku terror laa sebab aku dah la perempuan tapi berjaya sampai puncak dulu. heheheh mesti ko jelous ngan aku. tu la ko kalau ko ikut aku mesti ko tak leh lawan akunya sebab sememangnya aku lebih tero dari lelaki.hahahahahahahahahaha

ni ttg cita yang ko kata tu kan. citer sephia dengan maya mira aku tengok laa yang lagi satu tu aku tak tengok laa. nnti aku cita kat ko yer jalan citer dia.


ni ada lagu best ni dari hazrul nisal-

kaulah segalanya...

Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinari mekar semula hatiku,
Kau lukis hidupku,
Kau hias hatiku
Kau sambut cintaku,
Tulus ikhlas suci hatimu kasih…

Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati

Hulur tanganmu kasih,
sambut cintaku,
jangan tinggalkan aku seorang diri
tak sanggup lagi dilukai

Maafkan aku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu, betapa pahit mu,
menerima sejarah hidupku

Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai


Cintaku padamu, ikhlas sejati

perg jiwangnya

Friday, June 04, 2004

Berhenti Berharap

kluangman_jef


Oklah kalau keputusan kau macam tu. Aku tak kesah keputusan kau macam mana sekalipun janji Rock. Hehehe. Aku pun harap segala yang kita lakukan mendapat balasan yang sebaik²nya. So kirenya kita tak perlu merasa rugi untuk membuat sesuatu kebaikkan, betul tak. InsyAllah.

"Life on two leg, like something is began and like something is ending"

"Even know the that leg always make a different position but that still follow in same path."

Aku kan dah kata, ada 2 prinsip yang kita perlu ikut :
1. Cinta tak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk.
2. Berundurlah untuk kebahagian semua.

Tapi aku tau bukan senang nak buat keputusan untuk lupakan seseorangkan. Sebab tu aku sentiasa memikirkan tentang "kawan" aku tu. Kalau aku tak sanggup nak lupakan dia ini dia nak lupakan budak tu ek? Dia pernah kata kat aku, kita tak ada jodoh.. saya jumpa dia dulu. Tapi apa pun dia pernah juga kata kat aku, kalau ada jodoh adalah nanti. Walaupun nampak mengharap, aku still think positive. Kalau kita nak settle kan problem, jangan dilihat macam mana prob. itu terjadi tapi lihatlah macam mana nak prob. tu boleh diatasi.

Ewah² kire ok ape stunt aku tu. Ko boleh buat ker. Kalau berani amik kereta cabuk kau, kejar aku tengok. Aku kasi show free jer tau. Kalau nak lagi ganas tengok ler aku punyer aksi kat "Fear Factor" bawak telur tembelang pakai sudu. Hehehe. Bukan sebarang orang sanggup beb.

Aku nak bagitau kat kau ni. 7 hb. aku kena merantau ke tempat orang. So kalau aku lambat sikit balas cerita harap kau faham. Ni aku bagi tau awal², takut kau abaikan site kita ni. Aku akan usaha untuk update cerita aku kat mana² CC kat sana nanti. Sekarang ni aku keje kat area rumah aku, boleh lah aku update kat rumah jer. Tapi sekarang dapat hujan emas kat tempat orang... aku try dulu lah. Kalau kau nak update diary kau hari² pun boleh kalau kau nak. Aku harapkan kau tak biarkan site kita ni terabai. Nanti aku curi masa lah nak update nanti ok. Pergh... berapa kali ulang ek. Friendship 4ever...Lepas ni alamat melepas lah aku nak layan 3 cerita bersiri aku setia isnin hingga jumaat. Pertama cerita pukul 7ptg TV3, kedua cerita "Snow angle" pukul 8.30mlm Channel 8 dan yang terakhir cerita "Sephia-samarinda" pukul 10.30 mlm TV3. Gua sanggup balik rumah semata² tak nak miss cerita tu semua beb. Ehem... erm... kalau kau tak kisah, kau tengokkan untuk aku bleh. Kau cerita kat aku bleh. Itu pun kalau you are my preennnnn....

Oklah satu lagu untuk keputusan yang kau buat(lagu tema cerita "Shepia")

Berhenti Berharap
by
Sheila on 7

aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar disini
tersudut menunggu mati
aku tak percaya lagi
akan guna matahari
yang dulu mampu terangi
sudut gelap hati ini

aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta kudapat
kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan

aku pulang tanpa dendam
kuterima kekalahanku
aku pulang tanpa dendam
kusalutkan kemenanganmu

kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
kau berikan aku derita

nice to meet u... smile always... jangan bad mood sebab dia tak rugi apa². Assalmualaikum....

Thursday, June 03, 2004

mm... tak salah rasanya

apa yang ko cakap tu ada betulnyer.setiap keputusan ada risikonya. jef.. aku dah pk benda ni dah. jadi aku yakin dengan keputusan aku. sebab aku rasa nak buat apa aku terhegeh2 pada orang yang tak sudi menerima aku.biarlah dia dengan caranya dan aku dengan cara aku. aku letih dah jeff. orang kata kekadang benda yang akan datang lebih baik dari dahulu. aku percaya satu ari nnti pasti aku akan dapat orang yang boleh menghargai aku. dalam islam pun perlukan keseimbangan inikan pula dalam percintaan. keseimbangan perlu, sama-sama memberi dan menerima. sebab dah naluri manusia, apabila memberi sesuatu mesti mahukan balasannya. dan aku adalah manusia jef. takleh lari dari kenyataan tu.

biarlahh.. sebab aku rasa mengalah bukan ertinya kalah. mugkin jalan terbaik bagi diri aku adalah dengan melupakannya.betul tak?

tentang cita ko tu asal lak ko nak lari dari jpj. apa ke hal nya kereta abang ko tu.
yang sampai ko lari dari jpj. aku bagi nasihat ( ari ni ko lepas esok lusa sapa tahu ko kene tahan terus masuk jail) lain kali jangan buat u turn masa tu, tapi tunggu dah depan ngan jpj baru ko buat u turn baru gempakkkkk!!!!!!!hehehehehe

apa2 la ko ni.

apa2 pun terima kasih la bagi nasiihat tak berbayar tu.

oklah malas nak tulis pepanjang sebab nak balik laa. hehehe

Orang muda menanggung rindu, orang lama menanggung ragam

kluangman_jef

Nampak macam dah putus asa jer kak. Tapi itu tetap keputusan kau. Sebenarnya apa jua keputusan yang kita buat, mesti kita teruskan sebab setiap keputusan garenti ada risiko yang perlu kita ambil. Cuba kau tengok macam mana suami isteri yang hidup susah dan itu bukan kehendak mereka. Tapi kau perlu ingat, kesusahan yang mereka hadapi sekarang adalah satu daripada risiko yang mereka ambil masa membuat keputusan. Bukan aku katakan mereka salah memilih keputusan tapi point yang aku nak kata kat sini adalah mereka sanggup menghadapi risiko terhadap keputusan yang mereka ambil. Syabas kepada yang tabah menghadapi tapi takziah kepada mereka yang berpatah balik daripada menjayakan keputusan yang mereka ambil sendiri. Kita tak perlu berpatah balik untuk mencuba keputusan yang satu lagi tapi kita perlu mencari jalan pintas dari jalan yang kita lalui ke jalan lain yang lebih baik agar kita sentiasa kelihatan kedepan. Tak perlu untuk berpaling kebelakang bak kata orang "Yang dah lepas biar lah lepas; buang yang keruh ambil yang jernih". So sebab tu orang kata susah untuk membuat keputusan sebab semuanya mempunyai risiko. Tapi apa pun kita harus bersyukur terhadap apa yang kita dapat walaupun tak sebanyak mana yang kita harapkan sebab semuanya tu dari sifat Maha Pemurah Allah yang memberi. Susah dan senang semuanya adalah ujian Allah di dunia yang sementara ini. Sebenarnya kalau kau nak tau orang yang hidup senang lebih susah ia untuk mendekat diri kepada Allah. Bukan senang orang nak hadapi ujian hidup senang ni. Al-maklumlah manusia ni memang dilahirkan mempunyai sifat pelupa sebab tu dia memerlukan orang lain untuk mengingatkannya. Betul ker kau tak hingin atau kau kepingin. Hehehe. Kalau tau, tak per.

Masalah bercinta memang ler macam tu. Ada yang mintak, ada yang menolak, ada yang hendak dan ada yang tak nampak. Orang yang bercinta akan mengatakan cinta itu buta, cinta tak kenal siapa, ada apa pada nama (confuse) dan banyak lagi keindahan kata cinta itu bagi mengungkap perasaan cinta itu sendiri. Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk bercinta dan kepada siapa yang harus memiliki cintanya. Cinta makhluk kepada makhluk lain dan cinta makhluk kepada Pencitanya. Betul juga kata orang yang telah mendapat phD dalam course bercinta ni iaitu terdapat 2 prinsip untuk bercinta. Pertama : Cinta tak boleh dipaksa dan kedua : berundurlah untuk kebahagian semua.

Pasal gambar tu memang lawak macam cerita P.Ramlee. Walaupun diulang banyak kali depan mata garenti boleh ketawa sekali lagi. Gelak tu gelak lah tapi jangan lebih² sangat sebab ada buruknya. Katanya orang banyak ketawa ni mudah dihinggap penyakit lupa dan masa kau ketawa tu pun aku garenti kau langsung tak ingat apa² kan termasuklah masalah kau betul tak. Lagipun tak manis sangat kalau kau ketawa luas² sebab nampak gigi bertampal kau tu. Hehehe. Jangan marah... nanti perut boncit. Hahaha.

Kau jangan lah malas nak berfikir sebab berfikir sebenarnya bagus untuk menjalan darah keotak. Mungkin aku faham kata kau, malas nak fikir masalah yang lepas tapi aku sarankan agar kau fikir untuk mencari keputusan hidup dan bila dah banyak keputusan kau hasilkan barulah kau ambil masalah yang lepas kau tu untuk kau compare agar tak mengulangi masalah yang sama. Kekadang sifat ignorant ada baik nya tapi jangan berlebihan sebab bukan semua orang dilahirkan boleh hidup sendiri. Setiap orang lain bakanya. Kalau nak bertapa pun kena tengok tuntutannya dan kalau tiada asas sesat jadinya.

Aku mungkin boleh buat macam keputusan kau tu tapi aku masih boleh terima lagi cerita aku ni. Aku tak boleh nak salahnya walaupun aku mempunyai sifat egoestic dan panas baran ni. Pada permulaan krisis memang aku tak nampak apa maksud katanya ni (Saya perempuan, awak kena paham). Aku juga kata dalam hati pada masa tu (Aku lelaki tapi boleh tak ada kawan perempuan). Tapi lama-kelamaan aku faham. Begitu juga kata Dr. Fadzilah Kamsah, lelaki tak boleh menilai perempuan dari persepsi lelaki dan begitu juga perempuan tak boleh menilai lelaki dari persepsi perempuan. Aku tak boleh salahkannya sebab bukan dia yang mencari. Sifat yang aku suka pada dia juga membuatkan orang lain suka berkawan dengan nya. Kalau dia tak layan takut pula orang berdendam. Kalau dia tak layan aku tak mungkin aku kenal dia sampai sekarang. Aku tak boleh buat apa² sebab abang aku bertunang pun boleh putus tunang, inikan pulak aku yang just deal dengan kata-kata dan perasaan. Aku tau cinta tu tak boleh dipaksa. Walaupun waktu sekolah aku sanggup tak bercinta sebab puas mengintai dan mahukan mendapat cinta tanpa dipaksa.

Tapi lain pula jadinya sekarang, aku seakan memaksa dia untuk menerima aku. Aku tak tau nak salahkan siapa sebab dulu aku puas menolak perasaan ini untuk menyintainya tapi kenapa dia memaksa diri atau berpura² menyintai aku. Aku tak pernah mengharapkan dia menyintai aku dalam keadaan terpaksa. Apsal dia tak berterus terang pada awal perkenalan aku dengan dia, yang hati dia pernah terpaut pada orang lain. Aku terima dia pun sebab puas aku kajian latar hidupnya, aku menyangkakan dia lasak dan tiada masa memikirkan soal cinta sama seperti aku. Tapi tiada siapa nak jadi macam ni, betul tak? Hehehe. Aku bersyukur mempunyai pengalaman hidup macam ni. Kalau tak, tak mungkin aku dapat jadi kaunselor tak berbayar kau kan. Hehehe. Nak bayar boleh tapi aku yang tetapkan harga. Jangan ada terniat kat hati kau untuk menginaya hati orang yang tak bersalah sebab doa orang terinaya dimakbulkan Allah tau kecuali doa untuk keburukan orang lain tak akan dimakbulkan. Sebab tu aku sentiasa pengang pada prinsip aku sendiri (Kalau kita tak nak orang buat kita, kita jangan buat kat orang; Tapi kalau orang buat kita, kita balas jer pada yang bersalah dan orang lain tak ada kena mengena dengan ini cerita). Tak perlu menabur cinta terlalu banyak dalam satu masa sebab kalau kita nak keikhlas bercinta, kita sendiri yang perlu tunjukkan keikhlasan itu.

Aku dah katakan. Kat sini, sendiri boss sendiri kuli. So ko cadang kau sendiri ler sokong. Tak kuasa aku. Eleh... merajuk ler tu. Jangan ler merajuk sebab dah tak ada sape lagi nak pujuk. Hahaha. Apa pun tentang keputusan kau tu macam komen aku kat perenggan pertama.

Aku ada cerita tapi bukan berlaku hari ini, sebenarnya semalam kejadiannya. Aku lari dari sekatan jalan JPJ. Sebenarnya semalam aku pergi ke Pontian sebab ada hal kat Pekan Nenas. Masa pergi Alhamdullilah selamat tapi masa balik kejadian ini berlaku. Perkara ini pun masih bermain dikepala sebab macam perompak melarikan diri dari polis dan macam aku ni penjenayah. Memang betul kata orang "berani kerana benar, takut kerana salah". So, aku ni kat belah mana kau rasa. Ah! biar apa jua jawapan kau simpan sorang.

Ceritanya macam ni. Sebenarnya masa aku melepasi Parit Sikom nak ke Ayer Baloi, aku memang dah dapat high beam dari pemandu bertentangan jalan. Aku tak kesah sangat kalau polis yang buat sekatan sebab aku rasa pada diri aku complete sebab lesen hidup + 3 tahun menjadi pemandu tanpa perlu melekatkan tanda 'P' + aku tak buat sebarang jenayah (insan suci katakan). Tapi perasaan tu makin kuat berdebar sebab langsung kelibat warna putih tak ada dan yang nampak biru semua. Jarang sekali polis buat sekatan tanpa polis trafik. Aku perlahan kereta yang aku pinjam dari abang aku. Dalam kepala nak redah tapi hati ni asyik suruh patah balik. Abang aku ada pesan kat aku kalau pakai kereta dia ni cuba elakkan dari JPJ. Memang ler tiap kali kalau bapak aku bawak alway pass mana² sekatan tapi itu orang tua bawa dah garenti diorang consider sikit. Payah juga aku rasa pakai kereta yang tak ikut standard ni. Disebabkan kereta aku terlalu perlahan menyebabkan aku menjarakkan kereta aku dengan kereta depan sampai 3 bijik kereta . Aku semakin dekat dan bila aku belek betul² logo kat *lampu gula-gula pajero yang parking kat tepi tu, memang sah JPJ dan aku masa tu lebih kurang pada jarang 10 biji kereta dari sekatan dan kalau aku patah balik garenti dia nampak no. plate aku. So, datang idea jahat aku time² kalut ni. Baik aku tunggu kereta bertentangan dekat ngan aku dan lepas tu terus buat 'U-turn'. Aku nekad membuat 'U-turn' masa kereta depan mulai dekat. Dalam kelam kabut tu boleh pulak tak boleh turn sekali terus kereta ni dan perlu reverse sikit dan pusing stereng sekali lagi. Kau bayangkan lah macam mana kelam-kabutnya aku dalam kereta. Aku masih sempat menjeling anggota JPJ kat sekatan sana. Rupa-rupanya mereka perasan keadaan yang berlaku di tempat aku. Aku terus memecut mengharapkan dia tak nampak no. plate aku. Kalau tak silap JPJ tak akan kejar orang kalau dia buat sekatan dan janji jangan kau langgar sekatan dia sudah. Aku selamat untuk hari ini.

Akhirnya aku balik akut jalan dalam melalui Jalan Parit Sikom (Kg. Arwah Atuk aku sebelah Ayah) dan tembus hingga ke jalan besar Parit Makasar. Mungkin ada hikmah aku berpatah balik semalam. Bila lalu depan perkuburan Melayu Kg. Kayu Ara Pasong, aku terus sedekahkan Al-Fatihah kat arwah atuk aku. Mungkin hampir setahun lebih aku tak menjenguk kubur arwah atuk aku. Sedih sendiri bila aku melihat rumah arwah atuk aku yang masih kukuh berdiri + nasi goreng kampung kegemaran masih teringat di kepala yang dijadikan sarapan tiap-tiap pagi kalau aku balik kampung dulu. Bila aku teringat masa kecik-kecik dulu, terasa tenang + happy sebab tak punyai banyak masalah seperti sekarang. "Orang muda menanggung rindu, orang lama menanggung ragam".

OKlah sekian untuk hari ini. Assalamualaikum. Think Positive.

*lampu gula-gula = lampu isyarat kat atas bumbung kenderaan polis atau sewaktu dengannya yang kadang-kala diikuti bunyi siren.


Sudirman-Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Wednesday, June 02, 2004

lantaklaaaa

boleh ker buat bodoh hah.

sekarang kan jef. aku mals nak jaga ati dia lagi. buat sakit ati aku jer. skang ni aku cari kawan reramai. biar padan muka dia. ah pedulik hapa aku kalau dia ada perempuan lain. sebab aku dah bosan menunggu. aku memang seluuut ko sebab tak bosan dalam menunggu. ko sanggup buat apa sahaja untuk menawan ati dia. tapi aku takleh nak buat macam ko buat. sebab aku ni spesis cepat bosan. skang ni kalau orang tanya ada pakwe dengan bangga aku jawab takda. mampos la nak jadi apa. oleh kerana aku tak setabah ko maka aku serender awal2. lantak laa.

gambar yang ko bagi tu la yang menyebabkan aku berfikiran macam ni. aku tergelak2 pastu aku terdiam. tetiba tergerak dalam ati aku " eh! dah lama aku tak gelak cam ni" soo aku amik keputusan untuk gelak. taknak pening kepala lagi nak pk ttg dia. kalau dia nak aku dia patut tahu apa yang perlu dia lakukan. kalau dia taknak aku pun tak hingin.

jangan ko tengok citer ni ko pun turut serender macam aku. aku nak teruskan apa yang ko dah buat. biar aku mengalah sengsorang tapi ko jangan mengalah. aku tetap sokong ko. skang ni aku nak idup sensorang. malas nak dikerumi oleh masalah yang aku sendiri tak paham ngan masalah aku. aku bosan nak pk.

dalam masa ni aku mula rasa heppi sebab kepala aku dah takda beban dia. aku tak mampos kalau dia takda. kekadang aku pk nak jer aku mainkan ati lelaki balik. tapi aku taknak laa. biar allah jer yang balas. aku takda hak untuk menghukum orang. apa yang aku boleh buat redha dengan apa yang terjadi.

mm... apa pendapat ko dengan keputusan aku ni. tapi aku harap ko sokong akunya keputusan. kalau ko tak sokong pun takper. biar aku sokong diri aku sendiri. sebab aku nak berdiri dengan kaki sendiri. aku malas nak harapkan sokongan orang dah.

ok lah jef.

Tuesday, June 01, 2004

The Reason...

kluangman_jef

Kata kebanyakkan orang lelaki ni sama jer macam perempuan sebab mereka tu human being. Ada perasaan dan fikiran. Aku pun tak pasti tapi manusia ni sebenarnya mempunyai macam² jenis hati sebab kata wings rambut sama hitam tapi hati lain². So kalau tak, tak akan ada orang gembira berkeluarga dan ada juga sebaliknya. Bosan tu memang ler. Manusia ada perasaan so bosan tu ada pada semua orang tapi keseronokkan/gembira membuatkan manusia lupa pada erti bosan sebenarnya. Tapi aku pun bosan juga sebab menunggu bulan jatuh keriba. hehehe. Padannnn. Tapi aku cuba mencari ubat untuk membuatkan hati aku senang dengan mencari kegembiraan atau berfikiran positif. Aku pasang matlamat untuk melupakan bosan aku macam cuba untuk beli smthing yang memakan masa untuk memilikinya atau target benda yang boleh bagi masa depan kita. Yelah macam mana masa sekolah dulu. Kita nak belajar, nak berjaya dll tapi jangan pulak kau tak ada target nak ada family.

Sebenarnya memang betul kata orang. Kita jangan selalu beriya² sangat dan perlu jual mahal sikit. Begitu juga perempuan. Ada jiran aku ni bercouple dah macam org dah kahwin tapi yang family perempuan ni sampai sekarang tak dapat keputusan budak lelaki tu untuk bertunang. Bagi aku ini semuanya mungkin sebab lelaki tu dah dapat merasai keseronokkan sebelum berkahwin. Kau jangan fikir kotor plak. Ni kepala ingat lain. Hehehe. Maksud aku, budak lelaki tu boleh ajak keluar anytime budak perempuan tu, boleh bawa naik motor suka² perasaan dia jer so apa dia nak lagi sebab gembira hati dia boleh dapat walaupun dia tak kahwin lagi. Kau tengok sebelah western sana, kalau kahwin lewat bagi diorang tak ada masalah sebab apa benda yang ada sebelum dan selepas kahwin sama jer bagi diorang. Maka jangan lah agama jadi satu budaya pulak nanti.

Wah! best nyer dapat awek macam kau ni sebab betul² suka kat dia tapi bagi "kawan" aku ni dia yang tolak budak lelaki yang pertama sebab yang pertama ingat "kawan" aku ni dah tak ada respond lagi. Apa yang aku dapat tau darinya, budak lelaki yang pertama tu asyik pujuk dia. Aku tak boleh buat apa ler sebab aku datang masa hati dia tengah kosong dan bila ramai yang cuba masuk benang kat jarum + pujukan pakwe dia, maka dia jadi pening dan tolak aku balik macam aku ni dulu deal ngan dia untuk jadi kawan biasa. Kalau nak kawan biasa tak ada lah nak ajak keluar dua², bagi hadiah. Padahal erti suka bagi aku adalah sayang dan pada masa tu aku baru lagi dalam bab ni so segan nak kata jiwang karat sangat. Dia paham maksud aku sebab aku deal ngan dia masa aku marahkan dia tak tunggu aku dan keluar ngan orang lain tapi mungkin tak tau nak bagi alasan kot. Banyak kali aku cuba declare balik dengan dia tapi dia asyik kata kalau dia suka kat aku dia akan cakap sendiri dan bila didesak dia kata pulak dia dah cuba tapi tak boleh. Sebab tu budak² lain suruh aku blah jer. Susah aku nak jelasnyer kat orang lain sebab kalau korang kat sebelah aku garenti korang nampak respond dia. Lagipun dia memang tak ada budak lelaki lain skrg. Rugi kalau aku tinggalkan dia masa dia tengah solo ni. So aku still kawan ngan dia. Aku tau dia buat keputusan dalam desakkan aku dan mungkin perlu makan masa. Aku skarang tinggal tunggu jawapan dia dan tak pun tunggu dia buat dajai kat aku.

Bagi aku kau punyer situasi sama macam aku sebab dia asyik kata aku tak paham dia. Habis macam mana masa dia ayat aku bila aku nak tarik diri dulu sebab dia tak tunggu aku masa nak amik dia dulu. Aku kelam-kabut kejar masa tapi aku boleh paham pulak sebab apa dia tak tunggu aku. Entah ler... aku pun bengang apasal susah sangat nak dapat sefahaman ni. Alasan dia yang terakhir dia bagi kat aku yang hati dia masih kat orang lain. Bengang memang bengang ler tapi sayang punya pasal aku pujuk balik hati aku dan juga dia. Istilah terhegeh² + malu + dungu dah lama hilang. Kalau aku putus juga dengan dia satu hari nanti, aku nak tengok siapa yang salah dan apa penyebabnya (penyebab nyer kecik atau besar). Aku nak dia cakap siapa budak lelaki yang dia suka depan aku dan depan budak lelaki yang dia suka tu nanti. Aku nak tengok reaksi muka dia macam mana. Gerammmm aku. Sekarang tinggal perasaan sayang jer dan kalau perasaan tu dah hilang... selamat jalan juliet.

Sebelum dan selepas hubungan aku ada krisis dengan dia. Aku tak fikir soal duit dan apa² yang boleh buat hati dia gembira sebab pemberian aku, aku bagi sepenunya. Sebab tu datang perasaan sayang kat dia dan boleh frust menungging aku rasa kalau hubungan aku ni tak jadi. Tapi aku tak adalah bagi giler² punye hadiah cuma setakat kalau dia merajuk dengan perangai aku dan time besday dia jer. Selain tu belanja mkn dan sampai kekawan² dia aku support kekadang. Aku call dia pun tak akan tak akan tak guna duit kot tapi no problem asal dia happy. Bila aku buat semua ni dia nasihatkan supaya berjimat cth nyer macam suruh aku pakai public phone jer tapi aku tak biasa bergayut kat public phone lama² dan bila dia tegur aku tu yang buat aku tau dia faham apa yang aku buat dan dia tak mengexploitasikan aku.

Selama ni kalau aku silap dan perkara tu dah berlaku, aku cuba baiki untuk membetulkan kesilapan yang dah berlaku tu. Kalau musibah menimpa aku anggap sahaja sebagai balasan perbuatan salah aku. Aku cuba sehabis mungkin berfikiran positif. Aku tak nak anggap kecewa tu sebagai masalah dan cuba menganggapnye sebagai pengalaman. Tapi apa² pun cuba kau ketawa, tak kira lah solo ke atau berkumpulan. Garenti kau puas daripada kau cerit kuat². Aku garenti ketawa lebih bagi kepuasan dari menjerit dalam keadaan marah. So kalau payah nak imaging something joke biar aku bagi kau tengok gambar ni. Masa ni komponen hand free tak ada lagi tapi dah dikuat kuasakan oleh kerajaan untuk guna hand free. Kira jualan komponen yang dibuat daripada getah pada masa tu melonjak naik.

Hand Free... cuba kau praktikan dirumah




Aku tambahkan satu lagu yang terbaru aku suka it so meaning.

Hoobastank
Title: The Reason
Album: The Reason

I'm not a perfect person
As many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You [x4]

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you