Wednesday, November 10, 2004

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Apa kata sempena nak raya ni..aku taknak sentuh bab2 yang menyakitkan hati kau dan hati aku..blog kali ni aku nak cerita benda yang happy jer kat ko..supaya di hari raya nanti ko dan aku piker happy jer..lantak laa orang nak kata aku gilos sekali pun janji aku happi.

Tentang gambar aku tu..nenanti laa aku nak pk caner..sebab sekarang ni ko jangan kaco mood aku..ni mood raya ni jangan memain. Sesapa kacau mood raya aku. aku bedal kepala dia. lantaklaa member tak member….(sambil buat muka macam the rock…alaa yang angkat kening tu “If you can smell what the Rock is cookin'”)….

Walaupun mood raya aku berkobar2 tapi persiapan raya aku ala kadar jer…baju raya? Jangan ko tanya tentang itu….mana taknya…aku pi hantaq kat makcik yang jahit tu dia boleh kata “ maaf dik, acik dah tak amik tempahan…” apa lagi aku pun tetiba menjadi keras seperti ais…waaaaa alamatnya aku takda baju ghaya laa tahun ni…tp aku boleh control lagi..sebab apa kejadahnya nak berbaju2 raya ni…alaa membaziaq jaaa ( ayat nak sedapkan hati aku sendiri hehehe) so skang ko pun tahu laa kedudukan kain baju raya aku..iaitu didalam lemari sambil dibalut dengan sekeping plastik….takpa laa baju tahun lepas ada..pakai jerlaa………( eh ni cita heppi ker sedih ni..confuse aku..apa daaaa……)

Raya ni aku balik perak jeff…..apa barang balik johor..tak best langsung…..( eh ko bukan orang johor kan??? hehehhehe)..tapi bagi bersikap adil..masa hari ahad lepas iaitu 7 haribulan tu..aku n famili aku balik johor..jumpa sedara2 blah sana..kira adillaa kan…kira jumpa gak laa sedar mara blah sana. Lagipun lepas raya dah tentu2 aku kene balik johor sebab abang aku kawin..oleh kerana dia dapat orang johor maka konsider aku balik kampung jugak laa kan..walaupun daerah lain2. lantak laa…..

mm…jef sempena nak ghayo no..aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kat ko…lepas aku bagi blog ni mungkin 10 hari kemudian baru aku bukak blog ni balik..so time raya tu memang aku abiskan waktu aku kat kampung jer. Tak satu hari pun aku raya kat kl…bila pk2 rugi plak aku. yelaaa member2 aku kebanyakkan kat kl..bukan kat kampung. Tpi oleh kerana sepupu aku kawin, terpaksa laa aku habiskan waktu aku kat sana. Tapi aku gumbira tahun ni..sebab ni laa kira hari yang paling best untuk aku dan famili aku..sebab dapat berkumpul balik ngan sedara mara yang selama ni tak pernah balik kampung..BETUL jeff…selama ni aku balik kampung jumpa nenek aku jer laa..yang lain2 tu tak balik so memang tak berapa meriah. Kira tahun ni meriah sikit laa umah nenek aku sebab ramai yang balik.. itu pun sebab sepupu aku kawin kalau tak..mmm….jangan harap depa nak balik. Aku sendiri pun tak tahu kenapa diorang ni…ah lantak laa janji tahun ni depa balik…

alamak tergendala laa plak nak sambung kat atas tu…sebenarnya aku nak cakap..SELAMAT HARI GHAYO kat ko…sepanjang persabahatan cyber kita ni..kalau aku ada terkutuk ker, terkuang ajaq kaaa…ter sumpah kaaa…ter…emm..ter..apa lagi yer…ter…eh aku tak tahu daaa ter apa lagi..pepandai laa ko tambah…aku minta maaf laa yerk…aku tak larat nak tanggung dosa aku ni haa..berat semacam jer..eh ko nak sikit? Hehehehe…. Dah jefff merepek jer ko nii….

Nanti time raya..kalau makan kuih tu ingat2 laa member..aku tahu ko kalau bab melantak bukan nak ingat member..makan jer tahu..aku tahu sebab aku pun cam tu hhahaahahahaha!!!
Pastu kalau balik raya nanti..”berhati-hati dijalan raya semoga anda selamat tiba..ucapan selamat hari raya dari eon untuk anda………….( sekali aku nyanyi daaa)…

mmm….apa lagi yer nak cakap…..hah! sampaikan salam raya aku kat semua yang mengenali diri ini..cewaaahhh……..macam laa ada orang kenal aku..hahahahaha….

oklaa jeff aku dah takda idea nak tulis..nanti balik raya aku tulis perpanjang yer..pastu kita bincang balik seisi luahan rasa kita…aku harap ko tabah menghadapi dugaan hidup sepanjang syawal ini.. ok

assalamualaikum

Sunday, November 07, 2004

Deepavali manekem...

kluangman_jef



Walaikumussalam (dah lama aku tak jawab salam dari ko)

PasaL gambar ko tu kenapa nak mengalah pada software HELLO tu. Mesti lah ada cara untuk men'settle'kan masalah tu sebab kita yang buat dia. Aku bukan pandai sangat kalo pasal comp. ni tapi alah tak kan tak ada comp lain nak pakai. Ni aku tau garenti comp. ofis ko guna. Member² apa salahnyer lebur kan duit sikit semperna hari dan bulan baik macam ni. Bukan aku yang popular tapi ko gak yang popular. Nanti bukan aku yang kene puji tapi ko juga kan. Kira macam zakat ler, ko lebur sikit harta.. kebaikan ko dapat sebab nak kata saham keuntungannyer ko tak nampak (harap² minah ni termakan lah pujuk rayu aku ni... hehehe). Oklah kalo ko nak alternatif punk rock untuk letakkan gambar ko tu. Ko send kat aku biar aku uruskan saja deh tapi kos nyer kene ler ko manage kan. Itu jer peluang terakhir antara hidup dan mati ko selain menjerit, merintih dsbgnyer untuk menyebut perkataan.. "tolong!!!".

Pasal relationship aku ngan CUTE dah malas nak cakap lagi sebab lepas ko bagi blog ni pun datang lagi masalahnyer. Boy dia tu memang nak CUTE tak suka kat aku. Ada ke patut cerita aku nak jumpa dia dalam 1st puasa dia cerita balik kat CUTE dalam seminggu kemudian sampai CUTE bagi massage kat aku jangan susah² call dia atau jumpa dia lagi. Mulanyer aku tanyer CUTE apsal dia antar masej macam tu tapi of course dia cakap 'memang dia nak antar' tapi dalam seminggu tu tak pula aku call atau sebagainya (kalo niat dia memang nak hantar). Nada aku memang marah tapi marah kat budak lelaki tu. Aku cakap ok, kalo awak tak nak bagitau tau lah saya nak dapat jawapannyer (chewah macam susah jer nak cari jawapannyer). Ko mesti boleh agak aku cari sape lepas tu. Dah tentu budak lelaki tu sebab dia 2 orang jer respek..ops correction... suspek dalam case ni. Apa lagi aku terus le by calling by that boy number in my wallet.

Mula nyer aku cakap baik tapi ada sikit nada tinggi sebab marah aku memang tak boleh hilang. Aku tanyer bebaik kat dia apa yang dia cakap kat CUTE aku tu sampai malam-malam bagi masej macam tu. Padahal dalam 2, 3 hari ni aku tak call dia pun. Tapi dia cakap memang CUTE aku nak bagi n dia kata dia tak paksa dan dia tengok sendiri ayat yang CUTE taip sendiri pakai hp dia(budak lelaki tu).Lepas tu dia kata kat CUTE aku yang CUTE aku tak menyesal ker tulis macam tu of course CUTE aku cakap tak tapi sapa tau dalam hati masing². Dalam hati budak lelaki tu garenti 'melompat dengan lebih tinggi-SO7', dalam hati CUTE pulak 'dipersimpangan dilema-Nora' n dalam hati aku plak 'pria kesepian-SO7'.

Tapi point aku bukan nak cerita pasal hati orang tapi aku nak bgtau macam mana aku gertak budak laki tu tentang apa yang dia cakap kat CUTE aku pada malam masej kurang asam tak tambah belacan tu sampai. Sebab orang tanyer bebaik dia tolak ketepi tolak ketengah.. orang tengah bengang kan. Aku tau cara aku salah tapi aku guna juga sebab nak tau jawapannyer. Akhirnya aku dapat tau yang dia ceritakan kat CUTE yang aku nak jumpa dia masa 1st pose tu. Macam mana aku gertak dia itu tak penting sebab ni urusan lelaki... (tersembunyi sebuah misteri disini... jeng jeng...). Tapi malam tu puas giler aku sound dia sebab dia ni kelam kabut sikit kalo bertegang urat dengan orang aku rasa. Mana tak kena hamun dengan aku, masa aku nak cakap dia nak cakap... ok aku suruh dia cakap, aku pun senyap lah. Disebabkan aku senyap tahap cipan macam dia cakap dengan tunggul gak nyer... tiap² kali dia nak start cakap dia ulang perkataan "ko dengar ni-ko dengar ni". Sekali cakap dua kali dia ulang. So ko boleh bayangkan berapa menyampahnyer aku asyik mendengar perkataan tu. Macam aku tak dengar apa yang dia cakap. That why aku sound dia.. aku nak cakap dia nak cakap... aku bagi dia cakap dia buat macam aku ni pekak tak dengar apa yang dia cakap. So terkeluar lah perkataan 'aku klepet ko karang' (terbocor juga misteri untuk orang lelaki ni). Bengang betul aku kat dia. Aku boleh slow n steady sebab aku ni kalo gaduh mulut memang kalah (aku kurang berbual) tapi kalo bengang tak boleh tahan cepat jer tangan aku ni. Tuhan maha kuasa gak nyer sebab tu Dia halang aku berjumpa dengan budak tu walaupun niat dihati meluwap².

Pasal 'klepet' tu aku tak ada niat sebenarnya tapi dah terkeluar dari mulut aku maka menjadi satu agenda malam tu. Ko tau apa dia cakap.. selepas dia ketawa tak ikhlas sikit dia pun kata.. "aku tau ko kaum banyak (aku tak citer pun kaum aku banyak tapi kalo dia dah tau it's okay).. aku malas nak gaduh² n kalo ko pukul aku, aku tak lawan (Perkh, simpatinyer aku sangat.. baik ler konon.. dia tak pikir sapa yang cari pasal)".. apa lagi aku gertak ler lagi.. "ko tak lawan ko bodoh (lepas tu aku ter fikir dari mana aku dapat ayat power ni)" tapi caya lah dalam hati ni cuma just nak gertak jer n langsung tak ada niat nak buat benda tu semua sebab kalo aku buat tentu peluang aku ngan CUTE terpadam macam tu sajer. Peluang yang aku maksudkan sebagai kawan jer sebab hati aku betul² tawar + payau untuk bercinta dalam masa terdekat ni.Aku berkawan pun just nak kurangkan tension yang datang bagaikan air laut pasang surut ni. Kekadang aku benci kekadang rindu, so bila air pasang rindu ni datang so aku kena dengar suara atau buat sesuatu untuk dia agar dia tahu aku teringat kat dia. Memang lah kata orang jangan buat sampai dia tahu ko teringat kat dia nanti dia lagi ego. Tapi aku tak mengharap.. so kalo dia ego pun lantak dia lah.

Ko mesti tertanya² kenapa dia(budak lelaki tu) aku katakan memang cari pasal.
1)masa 1st pose aku call time dia balik keje n aku ada kat situ tapi dok dalam kereta ngan kawan aku... aku cakap baik sebagi seorang kawan nak jumpa dia. Tapi apa yang aku dapat.. dia sound aku balik.. kata tak kenal lah... apa² lah... padahal aku dah cakap nama aku semua n guna nombor hp aku lagi.. tapi kalo dia tak kenal macam mana dia boleh cite kat cute aku nak jumpa dia... tul tak? Menambahkan bengang aku lagi 2 kali aku call dia sound aku macam tu... macam aku ni call salah nombor pulak. Bengang betul aku tapi aku sentiasa think positive.. dia penat lah n salah aku juga call masa tu lah. Ko fikir lah macam mana aku boleh think positive macam tu sekali untuk cool kan sakit hati aku masa tu.
2)dia boleh cite pasalah cerita yang dah seminggu ni berlalu kat CUTE aku. Lagipun dia tau CUTE mesti tak suka aku buat macam tu sebab CUTE tak bagi dia jumpa aku. So point dia lah nak buat CUTE benci kat aku. Sudah lah! taktik kotor.. menyampah aku tengok lelaki mengadu kat orang pompuan dengan buruk²kan orang lain untuk buat peluang dia cerah agar pompuan tu terima kat dia.

Aku cerita 2 point ni kat dia, memang dia cari pasal kat aku. Point pertama dia kata sebab dia baru lepas bergaduh ngan cute... entah pasal apa entah.. aku kata itu masalah ko lah! Point kedua dia tak cite tapi aku agak mungkin dah tak ada cite masa berbual aku pula jadi tajuknyer.

Oklah pertikaman lidah aku tu tak berhenti kalau CUTE tak called in budak lelaki tu. Aku rasa CUTE dapat agak aku call budak lelaki tu. Apa lagi aku warning kat budak lelaki tu.. kalau ko cite aku call ko malam ni.. ia menjadi point ketiga ko cari pasal kat aku. Dia kata kat aku "ko gertak aku ker ni (sambil dia ketawa tak ikhlas n sikit gigil)"... kononnyer nak tunjuk cool la. Aku pulak kata kat dia "Aku tak gertak n tak paksa, terpulang kat ko lah nak citer kat dia ker tak". Berbualan berhenti selepas membuat beberapa ayat sebagai kata² penutup. Wabilaihi waltaufiq walhidayah wasalamualaikum w.b.t.

Esoknyer hari Ahad.. aku dapat mesej dia nak settle masalah dia ngan aku, lepas ni dia buat hal dia aku buat hal aku (dalam perjanjian dia lah ni).. . Tiap² ayat dalam mesej dia mesti ada perkataan sorry sama ada mula ayat ataupun diakhir ayat (baru ko tau penangan Jef.. slow² aku ada kerasnyer juga). Aku ikutkan jer tapi nak simpati dari aku lepas ni sorry sebab kalo aku dah tak suka sampai bila aku beringat² perasaan tak suka aku sekarang walaupun dia akan berbaik ngan aku satu hari nanti. Aku kata aku tetap akan call CUTE sebab hati aku masih kat dia n aku tak kesah CUTE nak kawan ngan sesiapa janji jangan ada unsur² lain menghalang aku nak call CUTE bila aku nak dengar suara CUTE. Dia ni sensitif juga orangnyer n terasa bila perkataan 'unsur²' wujud daripada aku.. dia kata dalam mesej nyer, CUTE tak pernah halang aku nak call sesiapa n dia pun tak pernah halang CUTE nak call sesiapa tapi dia berjanji dan CUTE juga dah berjanji tak akan cakap ngan budak lelaki lain selain daripada dia selepas ni. Kalo berjanji mereka berdua jer tak apa tapi siap berjanji ngan family tu.. perkh, entah betul ke tidak cakap dia ni. Kalo betul pun berjanji.. untung kalo sampai kahwin.. entah²... . Macam budak² percaya pada janji manusia. Lepas tu dalam mesej dia siap kata "aku akan buktikan janji² aku tu"... mementang dok kat kg.rahmat jangan lah tunjuk macam orang kg. Akupun orang kg. gak kg.kolam air tapi tak lah kekampungan sangat. Meluat aku.. menunjuk sangat perkataan jiwang dia tu. Tapi aku layan jer mesej dia.. mulanyer slow tapi dia balas nak bengangkan aku. Lepas tu aku balas ler giler² punya ayat tapi just makan dalam. Satu mesej yang aku rasa mantap n aku bagi ko baca tiap ayat mesej aku ni. "Perkataan 'akan' dat mean tak pasti, 'janji' untuk dimungkiri, 'bukti' boleh diwujudkan kalo kita mampu, 'Jodoh' Tuhan saje yang tahu. Kite berdoa selepas berusaha n seterusnya tawakal."... "Yang diatas bukan setabil selamanyer sebab yang dibawah akan terus berusaha untuk keatas. So jangan yakin dengan kedudukan kita sekarang. Janji manis tak bagus untuk dijadikan sebagai sandaran... (n seterunya aku lupa)". Puas hati aku sebab dia tak dapat balas coz dia kata kredit dia abis. Padannnnnn... (kat dia).

“Aku sentiasa mengharapkan kebaikkan aku mengubah dia menjadi perempuan yang baik agar aku pun sama mendapat perempuan² yang baik satu hari nanti”

Aku rasa ko miss understand dengan ayat aku diatas. Aku mengubah dia untuk menjadikan dia sebagai orang baik. Aku mengharap bukan kat dia tapi kat Allah sebab Allah menjanjikan satu balasan yang baik dan kita akan terima kalo kita berbuat baik pada makhluk lain. So dari perkataan 'perempuan²' iaitu ia bukan ditujukan pada seseorang tapi kepada sesiapa sahaja. That mean aku tak mengharap pada CUTE tapi kepada sesiapa sahaja yang menjadi jodoh aku. Tak salahkan kita mengharapkan balasan daripada Allah sebab kita tak tahu balasan sebagai mana Allah akan berikan. Ikhlas ke aku? So sudah tentu kita nak yang terbaik untuk menjadi pasangan kita bagi mengharapkan zuriat kita lahir menjadi semulia² keturunan. Sejuk hidup kita dikubur nanti. InsyAllah.

“kita akan merasa perasaan sayang kita terhadap insan lain adalah biasa jika sayang kita itu diberikan banyak terhadap yang lebih penting (besar) iaitu Allah dan begitu juga berikutnya seperti sedih, gembira, kelakar dsbgnyer.”

Pasal ayat di atas bukan orang jer kata betul, cicak pun kata betul... dan sekarang ni pun ayam asyik berkokok.. mungkin betul juga kata dia.

Pasal prinsip aku ni mungkin ko confused tapi aku terlebih dahulu confused dari ko. Tapi ke'confused'an aku terjawab setelah aku sendiri menkajinyer. No wonder lah aku boleh tulis n bagitau prinsip aku ni kepada semua orang. “ORANG LAIN PUN JANGAN BUAT CAMTU KAT AKU”.. perkataan ni lah yang pada mulanyer agak meng'confused'kan aku. Tapi mulanyer memang susah nak buat tapi sekarang small matter sebab member² aku tau dengan perangai aku sekarang. So tak susah bagi aku sekarang untuk menggunakan prinsip aku tu. Ni prinsip aku so sudah tentu aku senang melakukannyer tapi tak tahu lah untuk orang lain. Cuma kalo orang baru kenal ngan aku jer mungkin akan buat aku menyampah, marah dsbgnyer. Lama² diorang pun akan paham ngan perangai aku. Pendek kata (panjang tak kata) maksud prinsip aku tu "ko buat hal ko, aku buat hal aku tapi jangan sampai hal ko tu ada kaitan ngan aku". Tak paham... buat² paham.. jangan buat² bodoh lak (hehehe... aku mengarut dipagi Ahad).

Pasal kes ko tu... jangan lah ko paksa² lupakan dia sebab kalo ko pakse ko kata rindu makin datang kan? So ko jadi macam aku... macam² dia buat aku.. marah pun ada, menyampah, meluat pun ada tapi selamber dog aku katakan aku masih saya lagi kat dia. Buat apa kita nak tipu² buat jer apa nak kita buat.. dia marah biar lah dia marah sebab dia mungkin dia ingat kita tak jaga hati dia tapi peduli la dia sebab dia pun bukan nyer jaga hati kita pun selama ni. Kalo aku... lagi keras hati dia... lagi keras lah hati aku. Aku sekarang dah malas nak jaga hati orang sebab kita akan peningkan kepala sendiri untuk nak jaga hati orang tapi hati kita selalu sangat disakiti. Jangan lah dengan cara terang² kita tunjuk keras hati kita tapi kita buat cool jer macam lalang... ditiup kekiri kita ke kiri... ditiup kekanan kita kekanan. Kita ikut jer keadaan selagi boleh. Ni panjang pulak kata (pendek tak kata), jangan paksa² nak lupakan dia.. keje gila namanyer. Buat sakit kepala sendiri jer. Layan selagi boleh layan. Hehehe... jahat tak aku?

“Boleh ke aku kata macam ni, kalau aku rasa perasaan macam ni lagi aku akan bagi tau dia. Dengan lain maksud aku tak akan berkata aku bercinta lagi walaupun dia tahu yang aku dah berkawan dengan orang lain satu hari nanti.”

Pasal kata² aku diatas, sudah banyak kali aku katakan hati aku masih lagi kat dia (aku masih sayang kat dia) tapi untuk bercinta aku dah tawar hati. Kalo dulu mungkin dikatakan cinta sebab dua² ada perasaan yang sama tapi sekarang tak. So dengan kata lain (kata pendek dan kata panjang) aku tak mengharap tapi masih menghargai relationship aku ngan dia sampai sekarang. Ko tak paham? Memang patut pun tak paham sebab ni semua kerja² orang seni + sestera macam aku jer. So aku pun tak paham apa yang aku telah, sedang dan nak aku buat ni. Hehehe. (mesti minah ni bengang sebab bingung dengan ayat yang mengalahkan simpul mati tulis tamil ni). Dah lah forget it, saje jer nak hilang bosan ko menunggu time berbuka jap lagi. Itu pun kalo ko pose. Pose tak... yer ker ni... abis tu lada kat gigi ko nak sorok mane.. so telan saje ler... abis cite. Hehehe. Gurau jer. Apa? sarapan pagi tadi ko tak ada makan lada... apa sarapan..sarapnnnnn... so i know what u did last moning, just now.. heeeee.

Mementang lah bulan baik ni. Macam sekarang ni aku tengah berkawan ngan budah yang study kat Jordan plak. Macam² firman Allah ko bagitau.. insaf aku dibuatnyer. Dari mana ko study firman² ni semua, please xplain to me. Ooo macam... syukran jazilan ya ust'azah' azah (kebetulan plak sama perkataan ustazah dengan perkatan azah). Aku bukan nyer study macam ko tapi aku tahu juga lah semua cerita sampai hujung² kitab tu (Al-Quran). So terima kasih bagi macam² firman tu kat aku dan kalo boleh taruk ayat nyer sekali lagi best. Bukan lah nak kata tak cukup betis nak peha tapi kalo dapat dua² lagi best. Betul tak? Hehehe.

Raya dah dekat.. budak perempuan kat kilang aku siap tunjuk baju kurung diorang yang baru diorang ambil kat kedai. Buat apa tunjuk² kat aku.. lain lah aku boleh pakai baju diorang tu. Menyampah.. nanti aku tempah baju melayu modern baru ko tau (confused macam mana rupe baju melayu modern). Aku tanya sorang budak perempuan satu line aku. Dah siap baju raya ke blum.. dibalas apa... dah siap dah 2 pasang dalam proses dan 2 pasang lagi dah antar kat kampung. So 4 pasang lah namenyer. Itu baru gurau² jer tanyer.. kalo sungguh² tak tau lah macam mana. Aku plak beli dah siap jer sebab malas nak tempah baju melayu.... konvo hari tu baru jer tempah baju melayu.. tempah juga namanyer. So aku just oder kat kakak aku kat K.L sane... ko bayang kan baju sendiri suruh orang belikan.. tapi aku dah biasa sebab tak biasa lah nak mencari baju² melayu.. nak² untuk digunakan time rayer. Segan kat orang.. tapi kalo beli baju barat moden boleh pulak tak segan. Entah macam mana nak ubah tabiat aku ni.

Baru teringat... minggu lepas hari Ahad aku ngan kawan² aku pergi bershoping kat J.B n dalam masa yang sama nak hantar barang kat hostel tempat aku keje sana. Masa malam nyer nak hatar lah barang yang dikatakan tu tapi bukan nak cerita pasal barang tu. Masa dalam perjalanan nak ke sana ada sekatan jalan raya yang lagi beberapa kilo jer nak sampai hostel aku. Aku kata kalo polis aku redah jer sebab aku complete tapi kawan aku yang duduk sebelah ni kata JPJ lah Jep... Apa JPJ... Aku ni macam fobia kalo dengar nama JPJ sebab kereta orang ni aku pakai... aku fikir dalam kereta ni semua budak muda so garenti dia tahan kereta aku n mesti nak cari salah kereta aku punyer.. biasa sangat aku kene.. fikiran diorang ni kalo bebudak mesti nak merempit atau nak enjoy... Ah! malas nak banyak cerita aku patah balik n ikut jalan jauh tapi lalu jalan kampung lah. Jalan lagi satu ni pun sama, macam tau² jer orang akan ikut jalan yang lagi satu ni. Tapi aku redah gak sebab aku nampak itu sekatan polis. Tapi anggapan aku tepat sekali yang kereta aku kena tahan sebab budak lelaki semua dalam kereta.. member² aku pun agak macm tu. So kereta aku kene geladah sampai ke tempat tayar² spare pun dia selak. Lepas tu tarik kitorang gi tempat land rover polis. Entah apsal dia belek kat pengenalan kitorang (handsome sangat kot) n kawan aku yang dah karat rambut nyer confirm kene tanya sebab dalam ic rambut dia color hitam (original color). Aku pulak risau sebab dia buka buku saman. Last² member aku tanyer apsal bang (terus dapat pangkat abang padahal polis tu pangkat pakcik.. konon nyer nak goda ler ni...tak kuase aku.. hehehe). Ada kes apa ni bang.. nasib baik dia cuma acah jer buka buku saman n dia kata semalam ada kes samun + rogol seorang budak perempuan naik kereta sorang diri lalu kat taman yang berdekatan ni. Lima orang lelaki n semua melayu yang buat kerja. Itu yang dia kata lah tapi tak tahu lahbetul ke tak. Nasib baik aku 4 orang, so lepas lah kitorang. Awal nyer kitorang fikir mesti kene test urine tapi nak test² lah kitorang clear.. padahal aku dah tanye sorang² kawan aku... yang diorang mengaku clear. Apapun aku sedih sebab fikirkan kes ni dilakukan orang melayu n dah tentu sinonim melayu dengan agama islam. Bukan kah ni bulan baik kenapa kita pulak nak jadi setan.. nampak sangat tak dapat kawan nafsu.. tak hormat langsung bulan Ramadhan. Nasib lah labu... malas nak fikirkan masalah manusia ni yang pelik² ni. Apapun value kat sini aku nak nasihatkan gadis² kat luar sana belajar menjaga keselamatan diri sebab kalo kita betiga diorang berenam, setakat berani membuta tak guna kalo dada tak berisi (tak ada belajar lethal weapon) so belajar lah jika perlu. Oklah itu jer cerita untuk blog kali ni. Akhir sekali ni aku nak bagi tau ko yang raya ni aku nak cari kuih bercoklan n ada kacang. Saje jer bagi tau. Tak boleh?

Oklah apa pun selamat hari raya kat ko...Deepavali manekem. Marah le tu. Nanti raya aku mintak maaf. Boleh ker? Oklah selamatkanlah puasa ko untuk satu hari ni dibulan Ramadhan. Lupa²kan lah cara² untuk membuat magie segera diwaktu tengah hari ni. Ingatkan balik lepas abis bulan. Boleh? Ok Selamat berpose.


www.liriklagu.com



Shiela On 7-Pria Kesepian

Kami adalah pria-pria kesepian
Jauh dari rumah dan ditinggalkan cinta
Cuba dengar keluhan kami...pria kesepian

Ku telah berjanji akan selalu menjagamu
Tapi kau selalu pergi bersama kekasih barumu
Na...na...na...

Ku telah berjanji dapat cinta malam ini
Tapi hujan badai telah datang menemaniku

Menikmati pedihnya cinta... pria kesepian
Menikmati dinginnya hati.... pria kesepian
Na...na...na

Apakah diriku terlalu wibawa dan tampan
Untuk selalu kau miliki
Pastilah...