Thursday, July 12, 2007

Doa aku sentiasa mengiri kau..

waalaikumussalam jef..

aku dah pun baca kisah sedih kau dan aku tau kau sekarang mungkin masih lagi dalam keadaan yang sedih.. aku tidak dapat bayangkan dan merasai perasaan kau.. dan aku rasa aku tidak layak nak nasihatkan kau lebih2 kerana aku belum pernah mengalami perasaan sedih ditinggal oleh orang yang disayangi untuk selamanya. Bukan bermaksud aku ni tak berperasaan plak.. tapi pendek kata.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.. dan aku hanya mata yang memandang itu dan bahu yang memikulnya ialah kau.. apa yang aku boleh lakukan hanya mampu doakan semoga kau tabah dalam ujian ALLAH kepada kau.. mengadulah padaNYA dan hanya ALLAH sahaja yang layak menenangkan perasaan kau dan hanya ALLAH jua yang paham perasaan kau ketika ini.. kalau kau sayangkan ayah kau maka ALLAH lebih menyanyagi ayah kau dan tidak mahu melihat ayah kau derita lama.

jeff….
Aku rasa arwah ayah kau cukup bangga dan bertuah dapat anak yang patuh dan sanggup bersamanya ketika dia memerlukannya. Kau melakukan tanggungjawab sebagai anak dengan baiknya.. aku sedih dan kagum dengan cerita kau yang menjaga ayah kau.. dan aku rasa kau memang seorang anak yang tabah, dan selalula sedekahkan doa kepada bapa kau semoga dia aman disana. Insyaallah doa anak yang soleh adalah harta paling berharga disana.

Aku nak kau kuatkan azam dan semangat.. dan kau masih ada tanggungjawab untuk menjaga ibu kau.. yang pergi tetap pergi yang ada ni laa yang perlu jaga,. Aku mengingatkan pada diri aku juga.. supaya menghargaila semasa ianya ada.

Dan sekiranya kau dalam keadaan tertekan atau sedih atau apa jua dan kau rasa malu untuk menceritakan kepada kengkawan ‘life” kau .. kau boleh cerita dengan aku.. kawan cyber kau dunia akhirat ni…

Maaf laa aku tak dapat beri support kau melalui cara lain. Hanya cara penulisan sahaja yang mampu aku berikan. Dan aku doakan kau tabah..

Salam…….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home