Orang muda menanggung rindu, orang lama menanggung ragam
Nampak macam dah putus asa jer kak. Tapi itu tetap keputusan kau. Sebenarnya apa jua keputusan yang kita buat, mesti kita teruskan sebab setiap keputusan garenti ada risiko yang perlu kita ambil. Cuba kau tengok macam mana suami isteri yang hidup susah dan itu bukan kehendak mereka. Tapi kau perlu ingat, kesusahan yang mereka hadapi sekarang adalah satu daripada risiko yang mereka ambil masa membuat keputusan. Bukan aku katakan mereka salah memilih keputusan tapi point yang aku nak kata kat sini adalah mereka sanggup menghadapi risiko terhadap keputusan yang mereka ambil. Syabas kepada yang tabah menghadapi tapi takziah kepada mereka yang berpatah balik daripada menjayakan keputusan yang mereka ambil sendiri. Kita tak perlu berpatah balik untuk mencuba keputusan yang satu lagi tapi kita perlu mencari jalan pintas dari jalan yang kita lalui ke jalan lain yang lebih baik agar kita sentiasa kelihatan kedepan. Tak perlu untuk berpaling kebelakang bak kata orang "Yang dah lepas biar lah lepas; buang yang keruh ambil yang jernih". So sebab tu orang kata susah untuk membuat keputusan sebab semuanya mempunyai risiko. Tapi apa pun kita harus bersyukur terhadap apa yang kita dapat walaupun tak sebanyak mana yang kita harapkan sebab semuanya tu dari sifat Maha Pemurah Allah yang memberi. Susah dan senang semuanya adalah ujian Allah di dunia yang sementara ini. Sebenarnya kalau kau nak tau orang yang hidup senang lebih susah ia untuk mendekat diri kepada Allah. Bukan senang orang nak hadapi ujian hidup senang ni. Al-maklumlah manusia ni memang dilahirkan mempunyai sifat pelupa sebab tu dia memerlukan orang lain untuk mengingatkannya. Betul ker kau tak hingin atau kau kepingin. Hehehe. Kalau tau, tak per.
Masalah bercinta memang ler macam tu. Ada yang mintak, ada yang menolak, ada yang hendak dan ada yang tak nampak. Orang yang bercinta akan mengatakan cinta itu buta, cinta tak kenal siapa, ada apa pada nama (confuse) dan banyak lagi keindahan kata cinta itu bagi mengungkap perasaan cinta itu sendiri. Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk bercinta dan kepada siapa yang harus memiliki cintanya. Cinta makhluk kepada makhluk lain dan cinta makhluk kepada Pencitanya. Betul juga kata orang yang telah mendapat phD dalam course bercinta ni iaitu terdapat 2 prinsip untuk bercinta. Pertama : Cinta tak boleh dipaksa dan kedua : berundurlah untuk kebahagian semua.
Pasal gambar tu memang lawak macam cerita P.Ramlee. Walaupun diulang banyak kali depan mata garenti boleh ketawa sekali lagi. Gelak tu gelak lah tapi jangan lebih² sangat sebab ada buruknya. Katanya orang banyak ketawa ni mudah dihinggap penyakit lupa dan masa kau ketawa tu pun aku garenti kau langsung tak ingat apa² kan termasuklah masalah kau betul tak. Lagipun tak manis sangat kalau kau ketawa luas² sebab nampak gigi bertampal kau tu. Hehehe. Jangan marah... nanti perut boncit. Hahaha.
Kau jangan lah malas nak berfikir sebab berfikir sebenarnya bagus untuk menjalan darah keotak. Mungkin aku faham kata kau, malas nak fikir masalah yang lepas tapi aku sarankan agar kau fikir untuk mencari keputusan hidup dan bila dah banyak keputusan kau hasilkan barulah kau ambil masalah yang lepas kau tu untuk kau compare agar tak mengulangi masalah yang sama. Kekadang sifat ignorant ada baik nya tapi jangan berlebihan sebab bukan semua orang dilahirkan boleh hidup sendiri. Setiap orang lain bakanya. Kalau nak bertapa pun kena tengok tuntutannya dan kalau tiada asas sesat jadinya.
Aku mungkin boleh buat macam keputusan kau tu tapi aku masih boleh terima lagi cerita aku ni. Aku tak boleh nak salahnya walaupun aku mempunyai sifat egoestic dan panas baran ni. Pada permulaan krisis memang aku tak nampak apa maksud katanya ni (Saya perempuan, awak kena paham). Aku juga kata dalam hati pada masa tu (Aku lelaki tapi boleh tak ada kawan perempuan). Tapi lama-kelamaan aku faham. Begitu juga kata Dr. Fadzilah Kamsah, lelaki tak boleh menilai perempuan dari persepsi lelaki dan begitu juga perempuan tak boleh menilai lelaki dari persepsi perempuan. Aku tak boleh salahkannya sebab bukan dia yang mencari. Sifat yang aku suka pada dia juga membuatkan orang lain suka berkawan dengan nya. Kalau dia tak layan takut pula orang berdendam. Kalau dia tak layan aku tak mungkin aku kenal dia sampai sekarang. Aku tak boleh buat apa² sebab abang aku bertunang pun boleh putus tunang, inikan pulak aku yang just deal dengan kata-kata dan perasaan. Aku tau cinta tu tak boleh dipaksa. Walaupun waktu sekolah aku sanggup tak bercinta sebab puas mengintai dan mahukan mendapat cinta tanpa dipaksa.
Tapi lain pula jadinya sekarang, aku seakan memaksa dia untuk menerima aku. Aku tak tau nak salahkan siapa sebab dulu aku puas menolak perasaan ini untuk menyintainya tapi kenapa dia memaksa diri atau berpura² menyintai aku. Aku tak pernah mengharapkan dia menyintai aku dalam keadaan terpaksa. Apsal dia tak berterus terang pada awal perkenalan aku dengan dia, yang hati dia pernah terpaut pada orang lain. Aku terima dia pun sebab puas aku kajian latar hidupnya, aku menyangkakan dia lasak dan tiada masa memikirkan soal cinta sama seperti aku. Tapi tiada siapa nak jadi macam ni, betul tak? Hehehe. Aku bersyukur mempunyai pengalaman hidup macam ni. Kalau tak, tak mungkin aku dapat jadi kaunselor tak berbayar kau kan. Hehehe. Nak bayar boleh tapi aku yang tetapkan harga. Jangan ada terniat kat hati kau untuk menginaya hati orang yang tak bersalah sebab doa orang terinaya dimakbulkan Allah tau kecuali doa untuk keburukan orang lain tak akan dimakbulkan. Sebab tu aku sentiasa pengang pada prinsip aku sendiri (Kalau kita tak nak orang buat kita, kita jangan buat kat orang; Tapi kalau orang buat kita, kita balas jer pada yang bersalah dan orang lain tak ada kena mengena dengan ini cerita). Tak perlu menabur cinta terlalu banyak dalam satu masa sebab kalau kita nak keikhlas bercinta, kita sendiri yang perlu tunjukkan keikhlasan itu.
Aku dah katakan. Kat sini, sendiri boss sendiri kuli. So ko cadang kau sendiri ler sokong. Tak kuasa aku. Eleh... merajuk ler tu. Jangan ler merajuk sebab dah tak ada sape lagi nak pujuk. Hahaha. Apa pun tentang keputusan kau tu macam komen aku kat perenggan pertama.
Aku ada cerita tapi bukan berlaku hari ini, sebenarnya semalam kejadiannya. Aku lari dari sekatan jalan JPJ. Sebenarnya semalam aku pergi ke Pontian sebab ada hal kat Pekan Nenas. Masa pergi Alhamdullilah selamat tapi masa balik kejadian ini berlaku. Perkara ini pun masih bermain dikepala sebab macam perompak melarikan diri dari polis dan macam aku ni penjenayah. Memang betul kata orang "berani kerana benar, takut kerana salah". So, aku ni kat belah mana kau rasa. Ah! biar apa jua jawapan kau simpan sorang.
Ceritanya macam ni. Sebenarnya masa aku melepasi Parit Sikom nak ke Ayer Baloi, aku memang dah dapat high beam dari pemandu bertentangan jalan. Aku tak kesah sangat kalau polis yang buat sekatan sebab aku rasa pada diri aku complete sebab lesen hidup + 3 tahun menjadi pemandu tanpa perlu melekatkan tanda 'P' + aku tak buat sebarang jenayah (insan suci katakan). Tapi perasaan tu makin kuat berdebar sebab langsung kelibat warna putih tak ada dan yang nampak biru semua. Jarang sekali polis buat sekatan tanpa polis trafik. Aku perlahan kereta yang aku pinjam dari abang aku. Dalam kepala nak redah tapi hati ni asyik suruh patah balik. Abang aku ada pesan kat aku kalau pakai kereta dia ni cuba elakkan dari JPJ. Memang ler tiap kali kalau bapak aku bawak alway pass mana² sekatan tapi itu orang tua bawa dah garenti diorang consider sikit. Payah juga aku rasa pakai kereta yang tak ikut standard ni. Disebabkan kereta aku terlalu perlahan menyebabkan aku menjarakkan kereta aku dengan kereta depan sampai 3 bijik kereta . Aku semakin dekat dan bila aku belek betul² logo kat *lampu gula-gula pajero yang parking kat tepi tu, memang sah JPJ dan aku masa tu lebih kurang pada jarang 10 biji kereta dari sekatan dan kalau aku patah balik garenti dia nampak no. plate aku. So, datang idea jahat aku time² kalut ni. Baik aku tunggu kereta bertentangan dekat ngan aku dan lepas tu terus buat 'U-turn'. Aku nekad membuat 'U-turn' masa kereta depan mulai dekat. Dalam kelam kabut tu boleh pulak tak boleh turn sekali terus kereta ni dan perlu reverse sikit dan pusing stereng sekali lagi. Kau bayangkan lah macam mana kelam-kabutnya aku dalam kereta. Aku masih sempat menjeling anggota JPJ kat sekatan sana. Rupa-rupanya mereka perasan keadaan yang berlaku di tempat aku. Aku terus memecut mengharapkan dia tak nampak no. plate aku. Kalau tak silap JPJ tak akan kejar orang kalau dia buat sekatan dan janji jangan kau langgar sekatan dia sudah. Aku selamat untuk hari ini.
Akhirnya aku balik akut jalan dalam melalui Jalan Parit Sikom (Kg. Arwah Atuk aku sebelah Ayah) dan tembus hingga ke jalan besar Parit Makasar. Mungkin ada hikmah aku berpatah balik semalam. Bila lalu depan perkuburan Melayu Kg. Kayu Ara Pasong, aku terus sedekahkan Al-Fatihah kat arwah atuk aku. Mungkin hampir setahun lebih aku tak menjenguk kubur arwah atuk aku. Sedih sendiri bila aku melihat rumah arwah atuk aku yang masih kukuh berdiri + nasi goreng kampung kegemaran masih teringat di kepala yang dijadikan sarapan tiap-tiap pagi kalau aku balik kampung dulu. Bila aku teringat masa kecik-kecik dulu, terasa tenang + happy sebab tak punyai banyak masalah seperti sekarang. "Orang muda menanggung rindu, orang lama menanggung ragam".
OKlah sekian untuk hari ini. Assalamualaikum. Think Positive.
*lampu gula-gula = lampu isyarat kat atas bumbung kenderaan polis atau sewaktu dengannya yang kadang-kala diikuti bunyi siren.
Sudirman-Salam Terakhir
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
( ulang korus1, korus2 )
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir



0 Comments:
Post a Comment
<< Home