Tuesday, June 01, 2004

The Reason...

kluangman_jef

Kata kebanyakkan orang lelaki ni sama jer macam perempuan sebab mereka tu human being. Ada perasaan dan fikiran. Aku pun tak pasti tapi manusia ni sebenarnya mempunyai macam² jenis hati sebab kata wings rambut sama hitam tapi hati lain². So kalau tak, tak akan ada orang gembira berkeluarga dan ada juga sebaliknya. Bosan tu memang ler. Manusia ada perasaan so bosan tu ada pada semua orang tapi keseronokkan/gembira membuatkan manusia lupa pada erti bosan sebenarnya. Tapi aku pun bosan juga sebab menunggu bulan jatuh keriba. hehehe. Padannnn. Tapi aku cuba mencari ubat untuk membuatkan hati aku senang dengan mencari kegembiraan atau berfikiran positif. Aku pasang matlamat untuk melupakan bosan aku macam cuba untuk beli smthing yang memakan masa untuk memilikinya atau target benda yang boleh bagi masa depan kita. Yelah macam mana masa sekolah dulu. Kita nak belajar, nak berjaya dll tapi jangan pulak kau tak ada target nak ada family.

Sebenarnya memang betul kata orang. Kita jangan selalu beriya² sangat dan perlu jual mahal sikit. Begitu juga perempuan. Ada jiran aku ni bercouple dah macam org dah kahwin tapi yang family perempuan ni sampai sekarang tak dapat keputusan budak lelaki tu untuk bertunang. Bagi aku ini semuanya mungkin sebab lelaki tu dah dapat merasai keseronokkan sebelum berkahwin. Kau jangan fikir kotor plak. Ni kepala ingat lain. Hehehe. Maksud aku, budak lelaki tu boleh ajak keluar anytime budak perempuan tu, boleh bawa naik motor suka² perasaan dia jer so apa dia nak lagi sebab gembira hati dia boleh dapat walaupun dia tak kahwin lagi. Kau tengok sebelah western sana, kalau kahwin lewat bagi diorang tak ada masalah sebab apa benda yang ada sebelum dan selepas kahwin sama jer bagi diorang. Maka jangan lah agama jadi satu budaya pulak nanti.

Wah! best nyer dapat awek macam kau ni sebab betul² suka kat dia tapi bagi "kawan" aku ni dia yang tolak budak lelaki yang pertama sebab yang pertama ingat "kawan" aku ni dah tak ada respond lagi. Apa yang aku dapat tau darinya, budak lelaki yang pertama tu asyik pujuk dia. Aku tak boleh buat apa ler sebab aku datang masa hati dia tengah kosong dan bila ramai yang cuba masuk benang kat jarum + pujukan pakwe dia, maka dia jadi pening dan tolak aku balik macam aku ni dulu deal ngan dia untuk jadi kawan biasa. Kalau nak kawan biasa tak ada lah nak ajak keluar dua², bagi hadiah. Padahal erti suka bagi aku adalah sayang dan pada masa tu aku baru lagi dalam bab ni so segan nak kata jiwang karat sangat. Dia paham maksud aku sebab aku deal ngan dia masa aku marahkan dia tak tunggu aku dan keluar ngan orang lain tapi mungkin tak tau nak bagi alasan kot. Banyak kali aku cuba declare balik dengan dia tapi dia asyik kata kalau dia suka kat aku dia akan cakap sendiri dan bila didesak dia kata pulak dia dah cuba tapi tak boleh. Sebab tu budak² lain suruh aku blah jer. Susah aku nak jelasnyer kat orang lain sebab kalau korang kat sebelah aku garenti korang nampak respond dia. Lagipun dia memang tak ada budak lelaki lain skrg. Rugi kalau aku tinggalkan dia masa dia tengah solo ni. So aku still kawan ngan dia. Aku tau dia buat keputusan dalam desakkan aku dan mungkin perlu makan masa. Aku skarang tinggal tunggu jawapan dia dan tak pun tunggu dia buat dajai kat aku.

Bagi aku kau punyer situasi sama macam aku sebab dia asyik kata aku tak paham dia. Habis macam mana masa dia ayat aku bila aku nak tarik diri dulu sebab dia tak tunggu aku masa nak amik dia dulu. Aku kelam-kabut kejar masa tapi aku boleh paham pulak sebab apa dia tak tunggu aku. Entah ler... aku pun bengang apasal susah sangat nak dapat sefahaman ni. Alasan dia yang terakhir dia bagi kat aku yang hati dia masih kat orang lain. Bengang memang bengang ler tapi sayang punya pasal aku pujuk balik hati aku dan juga dia. Istilah terhegeh² + malu + dungu dah lama hilang. Kalau aku putus juga dengan dia satu hari nanti, aku nak tengok siapa yang salah dan apa penyebabnya (penyebab nyer kecik atau besar). Aku nak dia cakap siapa budak lelaki yang dia suka depan aku dan depan budak lelaki yang dia suka tu nanti. Aku nak tengok reaksi muka dia macam mana. Gerammmm aku. Sekarang tinggal perasaan sayang jer dan kalau perasaan tu dah hilang... selamat jalan juliet.

Sebelum dan selepas hubungan aku ada krisis dengan dia. Aku tak fikir soal duit dan apa² yang boleh buat hati dia gembira sebab pemberian aku, aku bagi sepenunya. Sebab tu datang perasaan sayang kat dia dan boleh frust menungging aku rasa kalau hubungan aku ni tak jadi. Tapi aku tak adalah bagi giler² punye hadiah cuma setakat kalau dia merajuk dengan perangai aku dan time besday dia jer. Selain tu belanja mkn dan sampai kekawan² dia aku support kekadang. Aku call dia pun tak akan tak akan tak guna duit kot tapi no problem asal dia happy. Bila aku buat semua ni dia nasihatkan supaya berjimat cth nyer macam suruh aku pakai public phone jer tapi aku tak biasa bergayut kat public phone lama² dan bila dia tegur aku tu yang buat aku tau dia faham apa yang aku buat dan dia tak mengexploitasikan aku.

Selama ni kalau aku silap dan perkara tu dah berlaku, aku cuba baiki untuk membetulkan kesilapan yang dah berlaku tu. Kalau musibah menimpa aku anggap sahaja sebagai balasan perbuatan salah aku. Aku cuba sehabis mungkin berfikiran positif. Aku tak nak anggap kecewa tu sebagai masalah dan cuba menganggapnye sebagai pengalaman. Tapi apa² pun cuba kau ketawa, tak kira lah solo ke atau berkumpulan. Garenti kau puas daripada kau cerit kuat². Aku garenti ketawa lebih bagi kepuasan dari menjerit dalam keadaan marah. So kalau payah nak imaging something joke biar aku bagi kau tengok gambar ni. Masa ni komponen hand free tak ada lagi tapi dah dikuat kuasakan oleh kerajaan untuk guna hand free. Kira jualan komponen yang dibuat daripada getah pada masa tu melonjak naik.

Hand Free... cuba kau praktikan dirumah




Aku tambahkan satu lagu yang terbaru aku suka it so meaning.

Hoobastank
Title: The Reason
Album: The Reason

I'm not a perfect person
As many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You [x4]

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you

0 Comments:

Post a Comment

<< Home