Berhenti Berharap
Oklah kalau keputusan kau macam tu. Aku tak kesah keputusan kau macam mana sekalipun janji Rock. Hehehe. Aku pun harap segala yang kita lakukan mendapat balasan yang sebaik²nya. So kirenya kita tak perlu merasa rugi untuk membuat sesuatu kebaikkan, betul tak. InsyAllah.
"Life on two leg, like something is began and like something is ending"
"Even know the that leg always make a different position but that still follow in same path."
Aku kan dah kata, ada 2 prinsip yang kita perlu ikut :
1. Cinta tak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk.
2. Berundurlah untuk kebahagian semua.
Tapi aku tau bukan senang nak buat keputusan untuk lupakan seseorangkan. Sebab tu aku sentiasa memikirkan tentang "kawan" aku tu. Kalau aku tak sanggup nak lupakan dia ini dia nak lupakan budak tu ek? Dia pernah kata kat aku, kita tak ada jodoh.. saya jumpa dia dulu. Tapi apa pun dia pernah juga kata kat aku, kalau ada jodoh adalah nanti. Walaupun nampak mengharap, aku still think positive. Kalau kita nak settle kan problem, jangan dilihat macam mana prob. itu terjadi tapi lihatlah macam mana nak prob. tu boleh diatasi.
Ewah² kire ok ape stunt aku tu. Ko boleh buat ker. Kalau berani amik kereta cabuk kau, kejar aku tengok. Aku kasi show free jer tau. Kalau nak lagi ganas tengok ler aku punyer aksi kat "Fear Factor" bawak telur tembelang pakai sudu. Hehehe. Bukan sebarang orang sanggup beb.
Aku nak bagitau kat kau ni. 7 hb. aku kena merantau ke tempat orang. So kalau aku lambat sikit balas cerita harap kau faham. Ni aku bagi tau awal², takut kau abaikan site kita ni. Aku akan usaha untuk update cerita aku kat mana² CC kat sana nanti. Sekarang ni aku keje kat area rumah aku, boleh lah aku update kat rumah jer. Tapi sekarang dapat hujan emas kat tempat orang... aku try dulu lah. Kalau kau nak update diary kau hari² pun boleh kalau kau nak. Aku harapkan kau tak biarkan site kita ni terabai. Nanti aku curi masa lah nak update nanti ok. Pergh... berapa kali ulang ek. Friendship 4ever...Lepas ni alamat melepas lah aku nak layan 3 cerita bersiri aku setia isnin hingga jumaat. Pertama cerita pukul 7ptg TV3, kedua cerita "Snow angle" pukul 8.30mlm Channel 8 dan yang terakhir cerita "Sephia-samarinda" pukul 10.30 mlm TV3. Gua sanggup balik rumah semata² tak nak miss cerita tu semua beb. Ehem... erm... kalau kau tak kisah, kau tengokkan untuk aku bleh. Kau cerita kat aku bleh. Itu pun kalau you are my preennnnn....
Oklah satu lagu untuk keputusan yang kau buat(lagu tema cerita "Shepia")
Berhenti Berharap
by
Sheila on 7
aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar disini
tersudut menunggu mati
aku tak percaya lagi
akan guna matahari
yang dulu mampu terangi
sudut gelap hati ini
aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta kudapat
kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan
aku pulang tanpa dendam
kuterima kekalahanku
aku pulang tanpa dendam
kusalutkan kemenanganmu
kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
kau berikan aku derita
nice to meet u... smile always... jangan bad mood sebab dia tak rugi apa². Assalmualaikum....



0 Comments:
Post a Comment
<< Home