Yup... boleh ker aku nak jadi baik
From: "azah arah"
Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh ( tak tau nak idam apa)
Asalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ( tanda mula berbicara)
ye aku tau ko cakap berdasarkan pengalaman. pengalaman yang mengajar kita untuk mengenali manusia. yer aku percaya tu.
setiap orang ada pengalaman hidup yang berbeza2. ko ada pengalaman ko dan aku ada pengalaman aku sendiri.
sajer jer aku nak terperanjat tak leh ker. ( itu baru aku kata aku terperanjat, kalau aku kata aku terkezut beruks agaknya apa la reaksi dia. bertambah kembang la tu.) maknanya ko gunakan pengalaman ko utk mengenali orang, baguslah. ini memang perlu supaya kita tak mudah ditipu dan tertipu. memang tul la kata ko kawan nak gelak berlambak2 kat luar tapi kawan untuk menangis bersama memang susahlah. bak macam perumpamaan yang aku reka " cari baju askar dalam hutan" sama jer susah nak bezakan.
ttg "kawan" ko tu. sebenarnya aku paham situasi dia sebab apa yang dialami "kawan" ko tu jugak kebetulan sama ngan apa yang dialami oleh aku. "kawan" aku gak tengah dalam proses mengenali aku. memang jef orang kata orang pertama memang susah nak lupa. kekadang aku suka gak bandingkan "kawan" aku tu ngan yang pertama. memang adatlah jef kekadang perbandingan itu untuk mencari keistimewaan antara yang pertama dan kedua. ko sabar jela. dari aku dengar cerita ko yang dia mula berubah sesikit tu, itu menunjukkan dia mula boleh menerima ko dan mula melakukan perubahan demi ko. itu tanda2 positif la tu.girls pun ada ego dia gak jef. dia sayang tapi tak nak tunjuk. kalau ko pandai amik ati dia. gerenti dia cair gak. ini aku nya pendapat lah. tapi niat kene ikhlas jef, kalau niat kita ikhlas nak kawan ngan orang insyaallah allah akan membantu kita dalam mencari jalan penyelesaian. sekarang ni aku dah mula nak sayang ngan "kawan" aku tu dan mula menerima diri dia sendiri bukan kerana dia sama dengan yang pertama.aku harap cerita aku ni bagi ko semangat supaya tak mudah putus asa. aku harap ko berjaya la yerk.
jef apa kata kita nya relationship kita ni kita jadikan seisi luahan rasa. ko tak kenal aku dan aku tak kenal ko, maka apa kata kita kongsikan masalah kita dan kita cuba beri pendapat memasing. ko cerita pengalaman ko dan aku cerita pengalaman aku. kalau ko setuju ok laaa. tapi kalau ko rasa cam tak best takperlaa.
sebenarnya memang aku suka cakap orang baik, sebab bagi aku, kita kene sentiasa berfikiran positif dengan orang supaya gelombang positif tu boleh mendatangkan kebaikan dengan orang sekeliling. supaya syak wasangka dan dengki mendengki tu takda dalam diri. tak salah kan kita berfikiran positif.
aku tengok ko ni dalam gegila ko ada gak jiwangnya kan. itulah orang kata sekeras2 hati manusia pasti ada kelembutan disebaliknya.dan selemburt2 hati manusia pasti ada kekerasannya, tidak kiralah dia laki ker perempuan. tul tak.
"Aku masih memerlukan orang lain untuk menilai keputusan" aku tak paham la maksud ko. boleh ko terangkan dengan lebih detail. kalau ko nak aku tafsirkan ialah ko memerlukan pendapat orang lain sebelum ko memulakan persahabatan dengan seseorang. (aku agak jer). pelik tapi benar ( dipetik dalam rancangan "you asked for it").
sorrylah kalau email aku kali ni macam hampeh. ko akhirkan ko nya email dengan baris lagu. aku habiskan dengan satu doa.
bismillahirahmanirrahim........
Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan dia milikku,tercipta buatku....
titipkanlah kebahgian antara kami, agar kemesraan ini abadi..
dan Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihi,
seiringkanlah kami melayari kehidupan ini,
ketepian sejahtera dan abadi.
tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari pandanganku,
dan peliharalah aku daripada kekecewaan,
serta ya allah,tuhan yang maha mengerti,
berikanlah keuatan melontar bayangannya jauh kedada langit
hilang bersama senja nan merah, agar bisa bahgia..
walaupun tanpa bersama dengannya
Ya Allah yg tercinta
Gantilah yg telah patah,
walau tak sama dengan dirinya.
Ya Allah Ya tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang engkau takdirkan,
adalah yg terbaik untuk hambamu ini,
cukuplah engkau sahaja yang menjadi peliharaku,
didunia dan akhirat.
dengarkanlah rintihan daripada hambamu yang daif ini,
jangan engkau biarkan aku sendirian,
menjurus aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran,
maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman,
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang engkau redhai,
dan kurniakanlah aku zuriat yang soleh dan solehah...
amin ya rabbil alamin........
( ia sesuai dengan ko dan awek ko)



0 Comments:
Post a Comment
<< Home