Bersamerr... Jeff... Selamernyerr..
Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh (idamkan apa saja untuk dapatkan kesejahteraan dari Allah)
Asalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh (Pasti org yang menerima ayat ini rasa dihormati dan dihargai )
Best perumpamaan kau ni ek "cari baju askar dalam hutan". Memang susah nak bezakan semua tu tapi pandangan hati tak mungkin menipu.
Aku mintak beberapa perenggan jer nak abiskan jiwang aku ni. Sebenarnya nasihat kau adalah nasihat pertama aku dapat dari orang lain yang mengatakan jangan putus asa (bg orang baru dengar cerita aku ni). Aku dah banyak sebenarnya cerita kat orang tentang keadaan aku dengan kawan aku ni tapi nasihat pertama yang diorang bagi kat aku semuanya mengharapkan aku tinggalkan dia. Aku cuba nafikan, seboleh-boleh aku katakan aku masih ada peluang tapi padahal benda tu masih ragu-ragu dalam hati aku. Oleh sebab aku masih contact dia lagi, nasihat kedua dan seterusnya yang diberikan diorang macam kau ni (sabar je lah, ada peluang kau tu). Tapi aku tau diorang nak sedapkan hati aku jer. Apa pun aku pakai nasihat kedua diorang sebab aku cuba berfikiran positif. Sekarang ni keputusan hanya pada dia sebab aku pernah kata kat dia (kalau awak tak suka kat saya, awak carilah orang lain). Kalau aku yang nak cari lain dan tinggalkan dia, aku tak sampai hati dan aku tak nak aku dipersalahkan dalam hubugan ini. Gaya memang macam ego tapi ia perlu untuk diri ini dihargai. Sebenarnya aku boleh hidup tanpa kawan perempuan dan aku tak risau kekurangan kawan perempuan sebab sejak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah dan sampai ke IPT baru 3 tahun lepas aku baru cuba mengumpul kawan perempuan. Kau garenti tak percaya, sejak aku mula jejak kaki ke sekolah istilah kawan perempuan terus aku tinggalkan sebab dalam kelas pernah tak mempunyai perempuan dan kalau ada pun cuma 3 tahun jer sebelum masuk ke S.M.T.J.B dan selain tu hanya kat sekolah agama jer (sebab tu aku diistilah kan pendiam oleh kawan² perempuan). Aku juga kurang bertegur ngan sedara perempuan aku, jiran perempuan aku kecuali adik-beradik perempuan aku sejak aku ke sekolah (Pelik tapi benar). Tapi tak sangka macam mana perasaan tu mula wujud bila dia bagi peluang kat aku. Sejak dari itu... kawan dia adalah kawan aku sebab kelas aku memang tak mempunyai perempuan ketika aku mengenalinya. Sebenarnya aku tak mahu bercinta masa sekolah sebab memeningkan bila tengok kawan² aku kecewa sebab perasaan dikecewakan. Oleh sebab aku tak mengalaminya, aku rasakan bodoh jer kecewa sebab bercinta tapi baru sekarang aku dapat rasakannya. Dulu aku ingat lagi, bila "lone ranger" semua dekat ngan aku (kata jadi macam aku lagi best) tapi dah couple entah mana hilangnya setiap minggu. Aku tak boleh menyalahkan takdir sebab aku sendiri ingin mencuba perasaan ini. Pernah aku mengambil masa untuk berfikir untuk membuat keputusan bagi mengubah hidup aku yang "lone ranger" dulu. Akhirnya aku katakan mungkin dah sampai SERUnya. Ketawa sorang² aku bila difikirkan balik sebab keputusan yang aku ambil. Kau kelakar tak buat keputusan sebab mungkin dah sampai SERU. Bagi aku keputusan tu kelakar beb. Apa nak buat ini lah cerita hidup aku. ....~habis untuk berjiwang. Sekarang aku nak jadi undergrounder pulak.
Cadangan kau ni memang best untuk relationship kita ni tapi aku takut tak dapat memberi pendapat kalau hal tu tak pernah atau pertama kali aku alami cth nya sekarang. Kalau kau nak tau, pernah aku tak bagi buah fikiran dari masalah 'kawan' aku ni pasal cinta pertama dia sebab takut segala cadang yang aku bagi nanti terkena kat muka aku ni. Kekadang menyesal pulak tak bagi buah fikiran sebab kata sebuah majalah, kita perlu berkongsi buah fikiran bagi mengeratkan sesuatu hubungan. Mungkin sebab tu dia tak cerita kat aku sebab tak sportting nya aku dalam perbincangan. Betul ker cara aku macam tu? Kalau aku salah sekalipun benda tu dah lama berlaku. So masa seterusnya untuk kita ubah kesilapan kita. Kata sebuah comic "Untuk mengatasi masalah, jangan dilihat macam mana masalah itu terjadi tapi lihat lah macam mana masalah itu dapat diatasi". So kalau semalam aku buat kesilapan aku cuba baiki untuk esok nya. Dan aku tak mahu fikir walaupun semalam orang marah betul kat aku. Bila hendak memilih keputusan sahaja perlu melihat apa yang berlaku semalam agar perkara yang sama tak berulang.
Cadangan ini memang bagus sebab belum pernah terfikir kat kepala aku. Apa kat aku tambah lagi cadang kau ni. Kita buat satu diari tapi macam kita menulis email saling balas membalas cerita. Kita paparkan perbualan kita yang mana kita berdua tahu id & password untuk update cerita dan cadangan kita berdua. Jadinya kita tak payah hantar email dan terus je balas kat diary kita ni. Ruangan komen pula hanya untuk feedback dari pembaca sahaja yang baca diari kita ni dan buka untuk kita. So kira nya segala apa-apa yang kita nak tulis dalam diari tu kita terus paparkan dalamnya. Aku rasa kau faham apa yang aku nak sampaikan. Kalau kau tak nampak lagi. Aku try buat satu sample kalau kau nak lebih jelas.
Aku tak nafikan aku ni gila² sikit tapi aku masih ada fikiran & perasaan untuk buat baik pada orang. Sebenarnya aku ni lahir dari orang yang berjiwa sastera walaupun cabang kerjaya aku lebih kepada mekanikal. Aku kata macam tu sebab bapa aku mempunyai bakat melukisnya walaupun kerjayanya seorang tentera. Mak aku pulak pernah popular membuat sajak disurat khabar satu ketika dulu (surat khabar sebelum wujudnya keluarga aku). Mak aku menerima tempias dari arwah atuk lelaki aku yang seorang pembuat skrip dan pengarah pentas(teater). Tapi semua tu luput bersawang selepas berkahwin dengan ayah aku yang terpaksa berpindah randah kerana tugas sebagai tentera. So walaupun aku tak dapat mengasah bakat dalam cabang tu tapi jiwa aku masih sastera (today people call blues or 'jiwang'). Blues untuk aku selamanya. hehehehe.
Oooo... kau tak faham maksud "Aku masih memerlukan orang lain untuk menilai keputusan". Tekaan kau menghampiri maksud sebenar yang aku nak sampaikan ni tapi yang lebih hampir sebenarnya adalah aku nak buah fikiran orang lain supaya keputusan yang aku ambil tepat dan betul (bkn slogan polis CEPAT, TEPAT dan BETUL).hehehe. Tapi bukan orang lain membuat keputusan untuk aku.
Untuk hari ni aku ada cerita. Semalam kawan aku (sedara kawan baik aku) pukul orang sampai jadi kes polis depan rumah dia pulak tu. Dia pukul orang tu dengan abang dia. So kire dua beradik pukul sorang ler ni. Kawan aku ni baik sebenarnya walaupun dia kuat beradu masa remaja dulu berbanding abang dia yang agak lebih (kuat cerita bohong) dan gila² sikit. Memang perangai dia dengan abang dia lain sikit sebab mereka berdua anak angkat, so darah daging lain-lain lah.
Berdasarkan cerita kawan baik aku. Mulanya yang bergaduh cuma abang dia dengan mamat yang kena pukul ni. Dua² yang start masalah ni sebenarnya yang lebih. Kire dua-dua ni zeng (gila) sikit mungkin kepala dah mantul kot. Tapi yang jadi sebab kawan aku campur tangan dalam hal abang dia ni pun mungkin perkara tu berlaku depan rumah dia, kalau kita pun pergi keluar tengok. Dari shortcut cerita kawan baik aku, mamat yang kena pukul ni sound kawan aku yang tak bersalah ni macam gini "Cuba kau bayangkan kalau penumbuk aku ni kena kat muka kau". Kawan aku yang bengang dan masih slamber pun sound "memang ler sakit tapi aku ni bukannye tunggul kayu". Mungkin mamat yang kena pukul ni gempak sangat, so 2 orang lawan satu ler. Memang tak gentlement tapi dah dua-dua beradik ni tak puas hati so, dua-dua ler masuk. Katanya parah juga kepala mamat tu. Sebab tu semalam aku nampak abang dia kat rumah kawan baik aku ni tapi adik dia aku tak jumpa ler. Mungkin dua-dua lari dari polis kot yang masuk kampung dia semalam. Semua ni dari cerita kawan baik aku tanpa tokok tambah.
Aku harap kau tak bosan untuk email kali ni. Aku dah cuba habiskan jiwang aku untuk hari ni. Aku try untuk kembali yang asal agar namapak aku ni slamber sikit. Memang membosan kalau asyik menceritakan masalah kita kat orang. Silap² orang kata kita ni pembawa masalah. Hhehehe. aku tak nak gelaran tu.
Cuba fikirkan tentang tambahan cadangan kau tu dari aku Jef Jerret.
bismillahirahmanirrahim........

amin ya rabbil alamin........
(ada kah kau rasa ia sesuai untuk aku dan 'kawan' aku)
byeeeeee
assalamualaikum....



1 Comments:
assalamualaikum
aku dberi tugas cam bagi motivasi kawan dlm 1 prog. camne aku nak atasi pandangan fwenz2 y bmslh ngan aku nir... kantoi ah kalu aku sendri ader probsss
Post a Comment
<< Home