Saturday, May 29, 2004

Pendirian Aku...

kluangman_jef

Memang biasa lah kita akan nampak bodoh kalau kita buat sesuatu yang tak patut kita buat. Lebih² lagi kalau tak ada orang yang support kita dari belakang (respond positive). Cuma orang yang tabah jer akan lebih mampu hadapi semua ni seorang diri. Kekadang kita bukan kalangan yang tabah tapi kita mampu jadi begitu dengan sokongan kawan². Sebab tu aku perlukan orang lain untuk mengharap sokongan diorang walaupun dengan satu nasihat yang sekadar melepaskan batuk ditangga. Pendirian aku memang tak tetap tapi keputsan aku tetap. Kalau tau, tak apa. hehehe.

Sebenarnya bukan nak atau tak nak menjadi masalah. Kita sebenarnya akan hargai sesuatu yang payah nak dapat tapi akan amik mudah bila sesuatu tu garenti boleh dapat pada bila² masa. Begitulah yang "kedua" kau ni, dia akan tetap berusaha sehingga dapat dan bila dia pasti dah dapat tawan hati kau garenti dia mula meneutralkan rentak kerana percaya posisinya tetap stabil. Sebab dia pun tengah mencari sedikit kepercayaan terhadap kau. Selagi dia masih ragu² dia akan gelabah, ia akan berhenti sendiri sama ada hatinya pasrah atau cintanya datang menyerah. Tapi kalau kau nak tau, sejak hubungan aku ada krisis... dia jarang balas mesej aku dan kekadang semua mesej yang aku bagi kebanyakkannyer mesej kata² indah sebagai renungan. Sebab mesej tu tak ada tanda soal. Hehehe.

Lelaki memang dilahirkan mempunyai ego. Kalau wanita memilih lelaki , sudah tentu pada lelaki yang mempunyai lebih kelebihannya. So dari mana datang lebihnya tu, dah tentu dari sifat tak berputus asa nya dia mencuba sesuatu. Habis tu sifat tak putus asa bukan datangnya dari sifat ego (tak mengalah) ke? Tapi lebih atau kurang pada sifat tu jer membezakan pilihan seorang wanita. Entah ek... aku kat kat sebelah kurang ker atau sebelah lebih atau kat tengah² kot. So undilah saya sebab undian anda amat bermakna buat saya.

Kau marah aku ker ni. Abis tu bukan main panjang geram kau. Kau jangan nanti kita lawan geram karang. Baru kau tau sape paling power.
Normal lah... perasaan geram tu bila kita tak suka + menyampah dan sewaktu dengannya. Buat masa ni paling dahsyat aku lepaskan geram adalah pada ex-boss tempat keje lama aku. Aku takut sendiri pada diri aku yang first time berlaku dalam hidup aku masa tu (bila aku fikir balik dlm bilik air). Aku pun tak cerita kat dia "kawan" aku tentang perkara ni sebab takut dia menilai aku macam² padahal semuanya sebab tekanan dari pikiran yang bukan² tentang hubugan aku dengan dia. Aku tak salahkan dia sebab masalah tu boleh settle jika aku tinggalkan dia tapi....... (aku rasa kau tahu jawapannyer).

Jangan marah² nanti perut boncit...


Hari ni tak ada apa nak aku cerita kat kau sebab aku duduk satu hari kat rumah. Bosan² mengadap komputer. Amacam ok tak perubahan yang aku buat sikit² dalam blog kite ni. Kalau ada ape² yang kau nak tukar jangan segan² nak buat sebab kita sama² ada syer 50% 50% dalam ini syarikat. Hehehe. Tapi sendiri bos, sendiri kuli ler. Peraso dek ko.

Ape² pun aku tak lupa untuk ucapkan Assalmualaikum kek ko dan semua yang hidup menyembah Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home