Sunday, October 17, 2004

Selamat berpose untuk semua....

kluangman_jef



Assalamualaikum…..

Apa sengih² macam kerang busuk... correction... macam Anuar Zain. Mengutuk jer aku ni ek? Pasal gambar ko tu... sorry, sorry gak tapi jangan tak berusaha langsung nak buat. Memang ler janji boleh dimungkiri tapi kalau ko kata malas nak berjanji ini tak adil sebab aku bagi gambar aku walaupun aku tak mahu berjanji. So aku mahu ko pun macam tu. Kalau semua orang pun macam tu maka tegaklah keAdilan. Unta padang pasir pun tak ada malas macam kau lah(sleng arab melayu)... sampai nak berjanji pun malas.

Sedih memang sedih tapi apo nak buek dah nasib badan. Erm, boleh tak kau cite sikit apsal cute aku tak nak jumpe aku pada pandangan kau yang terlalu berahsia dengan member baik ko ni. Tak baik tau banyak berahsia bagi menjaga sesuatu perhubungan (ayat memujuk aku). Kalau boleh bagitau la apa bendanyer tu. Biar aku wild guess dulu... erm, dia takut kena 'manderem' aku atau takut aku buat sesuatu kat dia. Erm, aku rasa macam tu gak sebab dulu dia ada minta pandangan aku apsal dia asyik terbayang² pakwe lama dia... so dengan bangga lagi riak sambil buat muka poyo selepas meneguk air bagi membasahkan tekak... aku kata mungkin awak kene 'manderem' kot. Entah apsal aku boleh terfikir sampai ke sana. Mungkin sebab masa tu mak aku sakit kene buat orang kot. Tapi itu semua tekaan aku jer so aku nak tau apa benda yang kau rasa sebenarnya. Please....

Mungkin reason kedua kau ni pun ada betul gak sebab aku dah lama tak ajak keluar ngan dia pun sebab dia tolak nak kuar ngan aku. Kekadang aku pun terfikir juga adakah aku terlalu banyak makan santan menyebabkan aku 'perasan tan' sepanjang aku berkawan ngan dia. So bila aku tanya dia betul ker aku perasa'an selama ini kat dia. Tapi dia tetap jawab aku tak perasan cuma dia dah cuba tapi tak boleh nak 'gi se lapang' (dat mean tak boleh pegi satu lapan). Hehehe. Ko jangan pening pulak sebab ni ayat member aku 'tak leh gi se lapang', kononnyer mat rempit kelantan ler padahal orang N.sembilan. Hehehe. Oklah tak mau mengarut lagi bulan² pose macam ni.

Ko jangan pikir ko sorang jer yang bengang, aku pun also like u tau. Ko tau tak masa 1st puasa hari tu entah apa yang menarik untuk melihat saper budak lelaki tu dan dengan bantuan kawan aku yang keje kat kilang yang sama, aku memerhatikan dari luar kilang. Tapi aku salah port sebab dia parking motor kat side lain menyebabkan aku hanya dapat nampak dia dah pakai helmet full visior so tak dapat lagi lah kirenya hajat aku nak tengok muka dia. Ah, aku teruskan buat keje bodoh dengan mendail nombor hp dia. Dia angkat tapi dia cakap dia tak kenal aku lah, tak ada save no.hp aku dalam hp dia lah dan padahal aku dah explain nama aku yang sebenar. Itu satu dan satu lagi aku call dia lagi selang beberapa minit tapi dia marah kat aku, dia kata "Ko nak apa lagi ni, aku tengah bawa motor ni lah. Nanti²lah!", so dari situ aku tahu dia kenal aku sejak dari panggil yang awal aku tadi. Lepas aku kena tengking macam tu aku terus lupakan hasrat nak jumpa dia sebab malas nak bagi dia rasa riak pulak macam dia ni bagus sangat!. Tak apalah lain kali banyak lagi masa sebab aku dah tahu rumah dia dan kawan aku pun satu kampung dengan dia. So nanti aku boleh suruh kawan aku bawa aku beraya kat rumah dia tanpa dia sedari yang aku ni kawan CUTE. Argh! malas nak cite pasal ni lagi. Sebenarnya bukan buat keje bodoh tapi hati aku betul² tergerak sebab kawan aku ada bagitau aku yang CUTE pernah naik motor kuar makan tengah hari sama masa satu hari sebelum puasa. Tapi aku think positive sebab dia tengah kawan dengan budak tu sekarang dan budak tu tak ada kereta sama macam aku dulu. Tak apalah tapi kalau perubahan yang dilakukan terhadap CUTE aku sampai tak bertudung. Tahulah nasib dia nanti. Ko ingat senang nak suruh orang tak suka bertudung boleh bertudung sekarang. Aku banyak cuba ubahkan dia kepada wanita yang bercirikan 'islamic view' tapi terasa juga hampa sebab usaha aku tu semua hanya lah untuk orang lain. Dah nasib badan nak buek camno.

Pasal cinta pertama tu kawan aku cuma cakap bagi pihak lelaki jer tak tau untuk wanita plak. Kalau ko nak tahu, aku pernah tanya kat kawan perempuan sekerja aku yang dia kata perempuan boleh lupakan yang pertama kalau yang terbaru ni bersifat carring and watever lah. Betul ker? Tapi kalau dia seorang kalo macam tu tak apa tapi majoriti yang aku tanya semuanya cakap 'YUP'. Bagimana bagi pihak ko pulak.

Aku pun simpati gak untuk kes ko ni. Mungkin betul kata orang yang semua orang mesti akan berasa gembira dan kecewa ketika bercinta tak kirelah itu cinta pertama atau yang pertama ok dan cinta yang kedua pulak duka. Tapi sekarang aku dah boleh terima fakta takdir yang CUTE buat masa sekarang bukan untuk ku. Tak seperti dulu sebab dulu macam nak rak aku katakan dalam hati yang CUTE boleh aku miliki dengan kesabaran aku selama ini. Aku memang bersabar tapi dia yang tak sabar² nak cuba bercinta dengan orang lain.

Sebenarnya kalau ko nak tahu doa tak akan dimakbulkan kalau doa itu berunsurkan memburukkan orang lain. Doa agar mengharapkan orang lain mendapat aib adalah dijanjikan doa sia² sebab kita perlu berdoa denga sifat rendah diri dan kurangkan rasa berdendam (marah) dengan orang lain. Kalau boleh doalah dengan perasaan kasih dan sayang agar dia yang kita sayang itu mendapat kebahagian sesuai dengan jiwanya dan bahagia lah kite kalau hati nya setiasa memikirkan tentang kebaikkan kite terhadap dirinya. InsyAllah. Aku sentiasa mengharapkan kebaikkan aku mengubah dia menjadi perempuan yang baik agar aku pun sama mendapat perempuan² yang baik satu hari nanti sebab tu aku masih menyimpan hasrat agar sesiapa mengubah penampilan dia sekarang kepada yang tak baik aku akan cuba mempertahannya. Walaupun aku tak dapat milikinya tapi biarlah aku boleh menjaga dia sehingga dia dapat yang lebih sesuai. Hemmmmmm... aku terlalu menyayanginya. SubhanAllah! Apsal aku boleh jadi macam ni.

Bersyukur tu perlu sebagai tanda kita berasa cukup dengan apa yang kita ada diatas pemberian Allah walaupun pada pandangan orang lain apa yang kita dapat tu sedikit dan tak menguntungkan. Aku syukur gak sebab mendapat banyak ujian yang giler² semasa aku berkawan denga CUTE ni. Sebenarnya banyak lagi cerita sebelum ko kenal aku tapi biarlah masa menentukan bila aku nak bagitahu semua cerita aku ni. Tapi yang peliknya aku masih lagi berkawan dengan CUTE dan sebab tu dia bersalah giler² kat aku. Aku tak mengharapkan dia berperasaan begitu kerana dengan perasaan bersalahnya itu ia boleh menyebabkan peluang aku semakin tipis seperti sekarang dan nasib baik sekarang ni perasaan aku ni agak slow sikit berbanding dulu. Betul kata orang... kita tak akan rasa apa² kepada sesuatu perkara yang berlaku kat kita satu hari nanti jika kita dah pernah menghadapai sesuatu perkara yang sama tapi lebih besar (dahsyat) satu ketika dulu. Dengan lain maksud, kita akan kurang rasa kecewa kalau kita pernah menghadapi satu kekkecewaan yang dahsyat sebelum ini, kita akan merasa perasaan sayang kita terhadap insan lain adalah biasa jika sayang kita itu diberikan banyak terhadap yang lebih penting (besar) iaitu Allah dan begitu juga berikutnya seperti sedih, gembira, kelakar dsbgnyer. Itulah tanda syukurnya aku kerana diberi pelbagai 'exam' dari Allah untuk dijawab. Alhamdullilah.

Aku paham anggapan ko terhadap cerita kopi o' kaw kapal api ni. Kita perlu meneruskan perjalan lebih jauh (luas) lagi bagi melihat banyak perkara disekeliling yang kita tak tahu, yang pada anggapan kita perkara sebelum ini yang kita lalui adalah lebih besar. Dengan kata lain, sebenarnyer perkara yang kita hadapai sebelum ini hanyalah satu daripadanya (one of) banyak lagi perkara yang kita tak tahu jika kita tak teruskan kehidupan kita yang masih lagi jauh ni. Lagi jauh perjalan lagi jauh pengalaman. Tapi kopi ni ada macam² jeniskan, kekadang ada jenis letak satu sudu dah ok dan ada kekadang kena letak 2, 3 sudu baru kaw. Tapi ko tak aplikasikan pulak sudu tu sebagai apa dalam sebuah kehidupan ni sebab sudu ada macam² jenis dan saiz sudu kan? Ada sudu untuk baby, sudu untuk medium level umur dan ada juga untuk mak n bapak budak punye sudu. Macam mana tu? (mesti minah ni bingung lepas ni) hehehe. Perkena ko bersahur/berbuka pose dengan soalan aku tu.

Yup, ko don't worry aku tak akan jadi manis hati pada kaum sejenis sebab aku hidup bukan berlandaskan nafsu semata². Aku juga tak akan mempermainkan orang lain sebab aku aku ada prinsip yang still aku guna sampai sekarang sejak zama sekolah lagi iaitu "aku tak suka orang lain buat aku macam tu, so aku pun tak buat kat orang macam tu dan kalau aku tak buat orang lain macam tu, orang lain pun jangan buat aku macam tu". Ko paham?aku pun tak paham.... hahahaa... glups (tanpa disengajakan aku tertelan seekor lalat ketika aku syok mentertawakan ko tadi agaknyer Allah sengaja memberi aku makan kita berpose ni). Nasib baik tak batal pose sebab tak sengaja. Value nyer : jangan ketawakan orang lain :(

Cute pun ada cakap macam tu gak kat aku yang dia pun nak doakan aku macam tu. Aku cakap kat dia, aku harapkan doa dia dimakbulkan satu hari nanti. InsyAllah. Boleh ke aku kata macam ni, kalau aku rasa perasaan macam ni lagi aku akan bagi tau dia. Dengan lain maksud aku tak akan berkata aku bercinta lagi walaupun dia tahu yang aku dah berkawan dengan orang lain satu hari nanti. Pasal "ayaq dan kerak" tu oklah... oklah... aku buat² paham sebab tak sanggup nak perhabis duit nak pi cari A.Samad Said sebab raya dah dekat, tentu banyak duit nak digunakan. Berfikiran jauh juga aku ni ek. Ko harus berbangga dengan kawan ko ni.

Pasal kes masuk meminang tu ko tak gatal tapi nakal (ayat bermanja²). Hehehe. Sebenarnya memang betul cara fikiran ko tu sebab bercinta sebelum kahwin sebenarnya adalah mengundang dosa semata². Tapi kita teruskan dengan cara kehidupan macam tu juga dengan sengaja sebab terikut² dengan keadaan persekitaran kita.

Aku dah agak garenti air laut tu tak bersih sebab kalau aku berbual dengan budak perempuan kalau pergi laut, waterfall atau mane² lopak lombong sekalipun garenti diorang tak terlepas bercerita pasal mandi² kat tempat macam tu. Orang perempuan ni suka berendam, betul ker? So terbukti juga ramalan aku tu betul berdasarkan statement pengakuan rela ko itu. Hehehe.

Pasal mengelat sembahyang terawih tu tak betul. Kalau ko tak tau aku sebenarnya dok belakang imam sebab nak baca doa lepas terawih n bagitau makmum lain tiap² kali habis 2 rakaat solat sunat terawih tau. Akhirul tarawihi rahima kumuAllah.... (yes...yes...harap² dapat ler tutup pekung didada dengan hujah kukuh aku ni). Hehehe. Oklah aku pun nak ucapkan “SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERBUKA POSE dari sebarang kecederaan lidah ketika makan nanti kay”. OKlah dengan pesan penaja.... jangan lupa kunci²kan lah pintu dapur tu dan licin²kan segala makanan kat peti ais tu sebelum waktu menjalan ibadah pose tiba (waktu siang). Hehehe.

p/s- Nasib baik aku sempat delete sebelum orang pendengki deletekan blog percubaan aku ni. Sebenarnya aku rasa aku tak publish pun blog try aku tu sebab tu aku tak delete balik apa yang aku cuba buat tu. Sorry ha...

================= cerita best untuk iktibar=============

Malam tadi lepas terawih lah buka sebelum tarawih ha... aku ngan bebudak aku tak ada projek apa² sajer jer ranggi² kat bandar tapi kena kaco ngan polis bila lepak kat tasik kluang. Entah apsal aku nak lari sama padahal aku complete tapi dah kawan² semua lari aku pun bertindak secara reflek turut lari. Dua jalan masuk kena hadang kereta polis dan lagi sikit aku nak kena tendang tapi 2 member belakang aku kena tendang gak tapi nasib baik tak jatuh terlentang. Entah apasal malam baik bulan baik ni polis nak kaco gak nyer ek.

Lepas tu entah macam mana entah boleh pulak bebudak ajak nak pegi parit raja nak tengok budak merempit. Orang dah tak ada keje katakan. Sebenarnya aku pun malas gak sebab jauh sangat tapi kalau dok kat kampung sorang² bosan gak. Aku layankan tapi sekerat jalan bebudak nampak nampak ada polis buat sekatan. So, kitorang patah balik. Aku ingat dah tak jadi dah pegi parit raja tapi boleh ler jumpa bebudak lain nak pegi gak ikut jalan simpang renggam (ikut jalan lain) tapi agak jauh. Ah! layankan gak sebab semua member nak gi, dah macam konvoi plak. Padahal bukan ada apa pun kat parit raja tu cuma ada budak merempit jer. Sekerat jalan kitorang masuk highway, perkh ramai gak budak merempit kat highway tapi bebudak aku teruskan lagi tujuan utama mereka. Sebenarnya aku layankan pun sebab nak releasekan tension aku jer. Sekurang²nya kalau aku bersama dengan kekawan boleh ler aku lupa masalah aku tu. Aku tau ni bulan baik hari baik tapi tu lah reason aku. Tapi bila sampai air hitam tak sampai lagi kat parit raja ada blok lagi. Erm, aku rasa memang polis tengah buat operasi besar²an kot. Kitorang patah balik ke Kluang sebab tak ada tujuan lagi aku ngan kawan aku malas nak ikut jalan jauh tapi bebudak lain nak ikut jalan simpang rengam so, kitorang berpecah macam tu jer. Tapi bila sampai jalan yang ada sekatan yang awal² tadi kitorang berhenti sebab sekatan polis masih lagi tak abis. Nasib baik ada budak kat kampung area tu yang tahu jalan dalam tapi terpaksa lah redah jerat cina (perkuburan cina). Kepala tak fikir apa² sebab percaya semua hantu dah kena ikat... fuuuhhh... selamat juga kitorang. Lepas tu lepak² kat kampung semua menyumpah kata menyesal pasang niat nak gi parit raja. Dah le penat lepas tu kena main kejar² ngan polis plak. Dah nasib badan. So value nyer : gunalah waktu baik bulan baik ni untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Masa lepak² malam tadi budak bukak cerita yang mengatakan ada budak kluang meninggal kat parit raja sebab accident. Sorang member aku sempat berbuat dengan sorang kawan si mati. Kata dia bila kawan² diorang yang ada kat sana sampai nak selamatkan mangsa, tengok² orang dah tutup dengan plastik. Dat mean ko paham² jer lah ek. Itu namanyer nasib tak baik. oklah abis pasal cerita malam tadi sebagai penutup.

Mulanya nak letakkan lagu ella macam ni corus dia ..."hati ini luruh keranamu.... bla... blaa..." tapi jiwang lah pula (padahal lagu ni sebenarnya lagu kawan² bagi kat aku sebagai tanda memerli aku terhadap cite aku sekarang). Siot punye member. So aku ganti dengan lagu yang satu ni, aku dah lama suka lagu ni tapi baru sekarang lagu ni lebih meaning sebab aku cuba mempraktikannyer. Kirenya same like me lah. Hehehehe... hahaha... huwaaaaaa...(sedih plak aku).

www.liriklagu.com



Zamani (Shah Slam)-Biarkan Ia Pergi

Kisah yang dulu
Tak mungkin berulang kembali
Bukan maksud ku membiar dirimu
Dalam penantian cinta tanpa noktahnya

Dulu pernah kau bertanya
Bagaimana kesudahannya
Biarpun terluka melafaz kata-kata
Namun ku terpaksa oh...

Biarkan ia pergi
Jangan dikesalkan
Tuhan lebih mengerti
Apa yang disuratkan

Lupa saja diriku
Seperti biasa kau lakukan dulu oh...
Walau segunung rindu
Terbuku di hatimu

Tak mungkin kembali
Cinta yang telah pergi
Lupa saja diriku
Seperti biasa kau lakukan dulu oh...

Mungkin bukan di sini hatimu
Yang cuba untuk menyata kekurangan
Kerna kusedari
Terlalu mudahnya lupa
Pada janji-janji oh...


0 Comments:

Post a Comment

<< Home