Monday, October 11, 2004

puasa jangan tak pose

Assalamualaikum…..

Heheheheheheheheheh!!! Ko tau kenapa aku dok tersengih2 cam kerang busuk tu..sebab…sebab….aku nak mintak sorry sebab aku…aku…aku tak dapat letak gambar yang aku janjikan tu!!!!!!!!!!! Huuhuhuhhuhu……aku jenuh jugak mengkaji apa laa telah terjadi ngan aku nya server ni. sebab setiap kali aku log in mesti dia tulis “error” pueh laa aku download balik, daftar balik, semua laa buat balik, aku log in lagi sekali jawapanya tetap sama. Last aku bengang aku pun tanya laa kepada yang lebih pakar, last2 dia kata ooo ini firewall block ni..laaa hampeh tul laa…patutlaa setiap kali aku log in, error pastu computer aku hang. Tension jer aku tengok. Nak jer aku campak kat luar. So aku nak mintak maaf laa sebab tak dapat tunaikan janji aku kat kau utk letak gambar aku yang glemer tu. Takper nanti kalau aku ada cara lain untuk tunjukkan kat kau akan aku bagi tau kat kau. Ok..tapi aku taknak janji lagi laa..aku takut tak dapat tunaikan janji aku kat kau lak ok….


Masalah ko…

Sedihlak aku baca kisah kau jeff, cam tu sekali!! Isk!isk sedih aku member aku jadi camtu. Takper jeff kau sabau jerlaa yerk.

Cerita tentang dia nak jumpa dia, last2 dia taknak jumpa ko.
Kemungkinan pertama: aku rasa kan jeff, bukan aku nak buruk sangka laa tapi aku rasa laa, si cute tu memang nak jumpa kau pada asalnya, tapi aku rasa si jantan tu ada laa tu dia cakap2 apa kat cute kau tu, tu sebab cute kau jadi ilang punca dan mula mengelabah dan mengambil keputusan taknak jumpa kau. Tu sebab walaupun kau merayu ngan dia pun dia tetap taknak jumpa kau. Ada laa benda tu….

Dan kemungkinan yang kedua:
Masa dia buat perjanjian yang dia akan jumpa kau tu, sebenarnya memang niat dia taknak jumpa kau dan untuk taknak panjang lebar cita dia ya kan saja bila kau ajak kuar, dan bila kau bebetul tuntut untuk kuar ngan dia, dia mula mengelabah dan buat2 laa cerita memacam supaya tak jadi kuar.

Ni apa yang aku rasa laa. Aku tak belah kan sesapa pun sekarang. Kat ko pun tidak kat dia pun tidak. Aku tulis berdasarkan apa yang aku rasa logic.


Tapi aku bengang gak laa ngan jantan tu, asal dia takut jumpa kau. Cakap gentle tapi penakut. Kalau betul apa salahnya dia jumpa kau dan cakap terang-terangan antara korang tiga orang. Asal lak nak elak2 plak. Aku pantang tul orang camtu, cam bagus jer…tapi dipk2 kan oleh kerana dia muda setahun dari kau, aku dah dapat agak dah yang perangai dia cam bebudak. Cakap tak serupa bikin laa orang kata.

Apa yang bespren ko cakap memang ler sebetul-betulnya BETUL…ingat senang ker nak lupa orang yang kita sayang. payah beb..payah.. kekadang dalam satu saat tu kita dapat lupakan dia. Dan kita begitu yakin yang kita dapat lupakan dia, tapi bila masa satu saat kita akan rasa bebetul kehilangan dan rasa rindu kita kat dia semakin menebal. Tu sebab ada orang kata, makin kuat kita cuba lupakan dia semakin kuat laa kita rindu kat dia.

Berdasarkan kes kau ni,, meh aku cita sikit ttg kes aku plak. Aku masa aku ngan dedulu tu, lagi laa jeff, dedepan muka beb..membuat pengakuan berdepan ngan aku. Ko bayangkan bertapa hancur nya hati aku ketika tu. Tapi yang bestnya aku leh gegelak lagi ngan dia. Cam aku ni takda perasaan lak ngan dia. Aku leh control lagi. Aku pun tak tau dari mana kekuatan tu datang. Aku control muka aku dan aku cuba buat lawak sepanjang pengakuan tu. Sehingga dia ingat aku leh terima pengakuan dia. Pergg!!! Dia tak tahu hati aku hancus bagai nak rak…dia kata dia sayang ngan minah tu, laa apalaa.. minah tu pun sama aaa…aku pun tak tahu apa nak buat dah. Hati aku masa tu kalau kau letak kat penapis tepung tu..aku rasa tak yah goyangkan penapis tu, hati aku terus jelus kat pelapis tu…memang hancus berkecai…
Tapi aku bebetul sabar giler waktu jeff, mungkin sebab allah memperkenankan doa aku.

“Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari pandanganku,
dan peliharalah aku daripada kekecewaan,
serta ya allah,tuhan yang maha mengerti,
berikanlah keuatan melontar bayangannya jauh kedada langit
hilang bersama senja nan merah, agar bisa bahgia..
walaupun tanpa bersama dengannya”

“PELIHARALAH AKU DARIPADA KEKECEWAAN, “ aku rasa ayat ini yang menguatkan aku jeff. dan doa aku untuk berjauhan ngan dia pun termakbul. Aku dapat keje tempat lain..dan aku takpernah lagi jenguk dia dan bertanya kaba ngan dia. Aku hanya berdoa kepada allah supaya dia menyesal dengan keputusan yang dia buat. Iaitu meninggalkan aku dan memilih minah tu. Dan aku selalu doakan supaya satu hari dia jumpa aku dan meluahkan rasa menyesal dia kat aku kerana meninggalkan aku dulu, dan sekiranya dia ingin kembali ngan aku, aku dengan bangganya menolak dia sementah-mentahnya. Baru padan muka dia. aku nak dia rasa macam mana sakitnya aku dulu Dan hati aku akan merasa puas hahahahahaa!!!Sampai sekarang jeff aku doakan dia begitu. Aku pun tak pasti adakah aku ni kejam. Betul kata orang kita boleh jadi kejam bila hati kita dilukai..tapi allah tak plak makbulkan doakan aku tu..mungkin allah taknak aku menjadi dikalangan orang yang kejam….tapi itulaa aku ni..dalam nak bersifat kejam aku sebenarnya masih rindu kat dia. bohonglaa kalau aku kata aku dapat melupakan dia, kekadang dalam doa2 berunsur kejam aku tu, aku jugak ada meletakkan sedikit harapan, harapan yang aku harap jadi kenyataan. iaitu berjumpa dengannya. aku memang nak sangat jumpa dia balik. aku tak kira walaupun dia dah ada isteri ker anak ker aku tak kisah, cuma aku nak tengok muka dia dan melepaskan rindu aku kat dia. aku nak ambil balik hati aku yang aku berikan kat dia tu. aku nak satukan balik separuh hati aku tu kat dalam hati aku balik, supaya aku boleh bagi hati tu kat orang yang betul-betul menyanyangi aku. selagi aku tak berjumpa dengan dia, selagi tu laa aku rasa hati aku yang separuh tu masih lagi dekat dia dan menyebabkan aku susah utk menerima orang lain. memang itulah harapan aku sekarang ni. .

tujuan aku cita kisah hidup aku yang tak best ni kat kau adalah kerana aku taknak kau rasa kecewa yang melampau. Aku nak kau tau, bukan kau saja yang pernah dikecewakan, ramai lagi orang yang menimpa nasib yang sama. Cuma kita kuat dengan tidak jer menerima ujian tu jeff. allah takkan memberi ujian kepada hambanya, melainkan dia tahu kekuatan hambanya menerima ujiannya. Dan kau sepatutnya bersyukur kerana allah memilih kau untuk menerima ujianNYA yang maha hebat tu. Aku juga memperingatkan diri aku sendiri jugak.

segala yang berlaku ni mengingatkan aku pada satu cerita. kisah air kopi tu, ko pernah dengar tak. ok senang cita dan pendekkan cita, cuba ko amik kopi dua sudu pastu kau masukkan kat dalam cawan kecik pastu air kau letak laa dalam kuantiti yang sedikit, pastu cuba kau kacau ayaq tu pastu ko minum. Apa rasa. Mesti kau rasa pahit nak mampos kan. cuba kau letak kuantiti kopi yang sama pastu ko masuk dalam jag pastu ko tuang air dalamnya. Pastu ko letak gula secukupnya pastu cuba kau rasa kopi tu..mesti sedap gila kan. ( tapi kalau kau dasar memang tak tau buat kopi, memang kau akan rasa tak sedap lah hahaaha) ok2 berbalik pada cita asal. So sekrang aku nak ko bayangkan kopi tu adalah dugaan dan air serta cawan/jag tu adalah kehidupan kau. dan gula itu adalah kesabaran kau. sekarang kau pk laa samaada kau nak kehidupan kau sebesar cawan ataupun sebesar jag tu. Dan adakah kau ingin letak “gula” tu ker tidak. Ko paham tak cerita aku ni..kau buat2 jer laa pepaham. Penat aku menaip dah ni…tapi kalau ko paham kau akan paham apa yang aku cuba sampaikan ni…

mmmm.….. ko nak cari pengganti? Kalau ko rasa tawar hati nak terima orang lain dalam hidup kau, ko takyah paksa jeff. kalau ko paksa diri kau terima orang lain pada masa ni, nanti tup2 tetiba perluang kau ngan cute terbuka luas, nanti ko sesenang jer tinggaikan awek kau tu…kesian laa dia beb…aku taknak laa ko kene cop kejam plak. Bagi aaa masa hati kau bebetul bersedia nak terima orang lain..biarlaa makan bertahun sekali pun, janji ati kau tak tertekan. jangan plak kau tawar ati ngan kaum hawa, kau jadi manis ati plak kat kaum sejenis kau..kau jangan jeff…jangan….pengsan mak bapak kau nanti…nabi tak ngaku umat nanti..heheheheeh

tentang mendoakan kau tu insyaallah aku akan doakan kebahgiaan yang kau cari tu akan datang jugak kat kau. dan aku nak kau tau setiap benda yang berlaku dalam kehidupan kita ni ada seribu hikmah yang tersembunyi. Mungkin sekarang kau tak nampak, tapi percayalaa allah tak pernah bersikap kejam terhadap hamba2nya. dan sekiranya hikmah tu tidak di dunia, mesti di akhirat nanti kau akan menemui hikmah tersebut.

Tentang dialog “ayaq dan kerak" aku tu…sebenarnya bergantung laa pada cara kau..asalak nak tanya aku plak. ko decide ler samada kau nak curah ayaq sejuk ker paneh. Kalau ayaq sejuk lambat sikit ler kerak tu nak lembut, tapi kau akan dapat mengeluarkan kerak tu dari periuk dengan mudah dan tangan kau takkan melecur. Tapi kalau ko decide nak curah ayaq paneh, kau berjaya jugak melembutkan kerak tu, tapi dalam masa yang sama tangan kau jugak boleh melecur, dan kemungkinan besar kerak tu ko tak dapat keluarkan dari periuk walaupun dan lembut. Mendalam tak maksud aku..pergg!! cam ahli sasterawan negara plak aku rasa. PAHAM KER TAK??? ish budak ni takkan tak paham2 lagi kuut. Kalau tak paham jugak pi tanya A.Samad Said ahli sasterawan negara tu.

Ok lah jeff ni jerlaa respon aku utk kes kau ni….ntah apa aku taip aku pun tak tau laa..nasiblaa yerk.. tapi kau jangan ler sesegan nak cerita perkembangan kes kau ni yer.. mana tau ada tetiba ada perkembangan positif plak…
seandainya kau dah jumpa yang “baru” pun, jangan ler sesegan citer kat aku plak.aku sedia mendengornya.


Perkkk!! Kalau laa kata2 kau tu dimakbulkan tuhan ( kes ada orang masuk minang aku tu) kan best. Takyah pepening aku nak bercinta sakan, aku terus jer kawin pastu bercinta lepas kawin. Abis cito.. case closed hehehehhehe….( macam orang gatal tak aku).

Amboii nak suruh aku treasure hunt kat dasar laut..banyak laa ko punya snorkeling ko ingat aku ni apa…kalau aku punya program sendiri takpalaa, bukan setakat snorkeling n scuba kapal selam pun aku sewa tau. Ini pun dah kira ok gak laa dia ada game, kalau takda tu mati kutu aku. Lagi satu air laut dia tu, aku nak jejak kaki pun aku geli, sebab kotor pastu takda port baik laak tu nak lepak2. ish tak kuasa aku.

Ok laa jeff malas aku nak merepek meriban lagi..aku nak tutup aku nya cerita ini dengan mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA” memperbanyakkanlah amalan kat bulan pose ni jeff, jangan dok nak gi merempit jer..rajin2 ler jejak kaki kat surau tu, semayang terawih…jangan jadi cam tahun lepas ngelat jer tau..cam aku tak tau kau…..betulkankankankankan18x…( tension jer jeff ngan statement aku hahaha takper raya nanti aku mintak maaf) ok laa jeff insyaallah hari jumaat kita akan berpuasa…dan aku doakan supaya aku sempat puasa tahun ni..camtu jugak kau ok….

Nak letak apa yer…kau letak dua lagu aku tak tau nak letak apa…Cuma aku nak ingatkan kau, jangan lupa niat hehehehe “Sabda Rasulullah S.A.W "Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam harinya maka tidak ada puasa baginya."2)

assalamualaikum........


p/s- apa yang ko cuba buat daaa kat blog kau yang bertajuk TRY tu, tak paham kebendanya tu..merosakkan blog tul ler mamat ni. kang aku delete kang padan muka, baik ko delete sendiri, sebelum aku delete. hahaahahah ( aku memang pendengki punya olang)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home