Accident....
Hari ni aku masuk ot hari Ahad sebab dah janji dengan leader aku. Aku patutnya masuk pukul 8 pagi tapi aku sengaja masuk lamabat satu jam. Aku nak tunggu kawan aku masuk keje dulu sebab nak pasang soung speaker kuat² bagi lepaskan tension malam tadi. Biasa lah kekadang tension malam tadi boleh terbawa keesokkan harinya.
Aku ingat ot hari ni dapat ler lupakan tension prob malam tadi tapi makin tertekan dengan keadaan menyebabkan aku tak sabar nak tunggu masa balik ni. Aku ingat nak pergi UTm lepak ngan member kat hostel sana. harap² dapatlah kurangkan tension kat kepala ni.
Dalam perjalanan nak kesana aku tak pikir apa yang penting sampai kesana dan dalam separuh perjalan tanpa aku sedari kawasan j.b dah nampak cuaca gelap tapi apa nak buat alang² terus aku percepatkan perjalanan aku ni. Tapi bila tiba skudai hujan lebat mula turun menyebabkan aku memperderaskan pacuan ku ini. Aku bukan tak anak berhenti kat bus stop tapi kata orang Alang² basah. Tapi cuma kelajuan jer aku percepatkan bagi mengelakkan barang electronik aku macam hp model 6600 yang baru 3 minggu tukar... mana tak sayang beb bau kedai lagi tu. Tanpa aku sedari depan aku ada bonggol dan aku sempat brek tapi biasa lah jalan licin so motor aku ter'sliding' masa tu menyebabkan aku out of control. Aku terbabas ketepi. Nasib baik aku tak teruk sangat tapi dapat lah juga strike mahal kat badan.
Aku terpaksa lepak kat hostel kawan aku sampai ke pagi. Patutnya aku kena masuk keje malam isnin tapi terpaksa masuk sebelah paginya. Aku pinjam motor kawan aku ni. Masa lepak malam tu terasa juga sedih kat hati ni. Mana taknya dah lah terhimpin dengan perasaan motor pulak yang baru tukar cover set + tukar color bulan lepas terpaksa dibaiki lagi. Bila aku tenung balik motor aku ni. Adakah dia pun turut bermuram seperti taunnya. Dalam hati berkata kau lah Bini no.1 aku. Sayang aku kat kau (motor aku). Hehehe.
Masalah ni aku tak nak cerita kat orang dan tak semua orang tahu tentang cerita sedih aku ni sebab aku tak anak orang memandang simpati kerana ia boleh membuatkan aku putus harapan. Aku akan berusaha sehingga termampu. Doakanlah kejayaan buat sahabat mu ini. InsyAllah.
Aku doakan ko kat sana. Semoga bergembira dan selamat pergi balik ke pulau besar tu. Jaga diri baik². Happy nice day.

"Ya Allah jatuhkan hatiku pada orang yang jatuhnya hati nya kepada Mu sesungguhnya ia boleh mebuatkan aku lebih dekat kepada Mu Ya Allah" InsyAllah....
Ku Intai Cinta Dalam Rahsia - Jeslina Hashim
( 1 )Berbisik di dasar hati
Bertanyakan pada diri
Tentang kekasih
Tentang cinta
Haruskah aku menanti
Haruskah tangan ku ini
Menggapai hanya
Ilusi mimpi
( bridge )Putusnya di dalam hati
Tak mungkin bercantum lagi
Ku intai cinta dalam rahsia
Dan airmata
( korus )Mereka sering berkata
Cinta itu milik kita
Tapi mengapa kau enggan
Ucapkan cinta
( ulang 1, bridge, korus, korus, korus )
Ku Intai Cinta Dalam Rahsia - Jeslina Hashim
( 1 )Berbisik di dasar hati
Bertanyakan pada diri
Tentang kekasih
Tentang cinta
Haruskah aku menanti
Haruskah tangan ku ini
Menggapai hanya
Ilusi mimpi
( bridge )Putusnya di dalam hati
Tak mungkin bercantum lagi
Ku intai cinta dalam rahsia
Dan airmata
( korus )Mereka sering berkata
Cinta itu milik kita
Tapi mengapa kau enggan
Ucapkan cinta
( ulang 1, bridge, korus, korus, korus )



0 Comments:
Post a Comment
<< Home