aku jadi artis?????
Perggg!!! Mesti ko tak caya ngan citer aku yang aku mengatakan aku menjadi artis kan…muhahahahahahaha memang tak leh caya pung! Sapa suh ko percaya muhahaahaha.. tapi yang benar nya, aku ada gak masuk tv, daripada kau lansung tak terpilih mana2 siaran pun, maknanya aku lebih glemer dari kau laa kan? muhahahaha (dengan perasaan riak kadoknya aku menggelakkan kau).
Ceritanya sebenarnya begini, tersebutlah kisaaaaaaaaaaaaahhhhh………….
Kampeni gergasi aku ni, nak buatlaa satu slot yang berkaitan dengan Menara Telekom ni, jadi dia nak setiap sudut yang berkaitan dengan menara, semua sudut dia shoot. Jadi dia memerlukan perlakon tambahan untuk memeriahkan lagi pengambaraan tu. Jadi aku ni adalah perlakon tambahan tu. ( alamak kantoi laa plak, sepatutnya aku bagi tau dia aku perlakon utama, biar dia tertipu sikit muhahahaha tapi sebaik aku ni baik, taknak tipu2 ni.) ah!! Tak kira la aku pelakon tambahan sekalipun, janji mashuuuukkkk!!! Satu hari seratus, sapa yang nak bagi beb. Aku dengan rela hatinya menawarkan diri sebagai pelakon tambahan yang hanya nampak kepala dari atas tu muhahahahaha….tapi syok gak, aku tengok seisi pengambaraan tu dijalankan. Terus aku terbayang PGL. Aku dok calculate kalau laa cita bodoh ni yang hanya mahukan 3 minit sahaja dah macam ni punya seksa, inikan pula 2 jam setengah. Perggg mesti berbulan2 punya nak abis. Mana taknya nak siap kan set dia pun dah makan setengah hari, itu set bodoh jer tu, kalau filem PGL tu, dengan set gegilos babas dia tu, perggg poning nak buatnya. Tapi kepuasan tu yamg pentingkan. Letih gak laa aku nak berlakon, walaupun tanpa dialog, tapi nak kene buat senyum2 gelak2 tu ingat senang ker. Macam orang bodoh pun ada gak aku. Tapi oleh kerana terbayang kan duit tu terbang2 kat aku, aku pun dengan relanya membodohkan diri aku nihaaaaa…
Minggu depan, aku takdo…aku pi menyibukkan diri aku kat melaka. Aku ada team building kat sana selama tiga hari jer. Aku kene kat pulau besar. Ko tahu ker pulau besar?
Pernah pi tak. Aku dengar citer tempat tu keras. Keras kerana banyak batu bata tu satu, lagi satu keras “hihihihihihihihihihi” takut plak aku dengar citer. Bos aku laa ni. Nak memurah pastu last minute orang dah citer2 baru dia nak cuak. Pastu kelam kabut suruh cari tempat lain. Mana laa ada tempat nak amik last minute. Bongok giler laa dia tu. diaorang dah buat proposal dah, dah buat budget dah, sesenang dia nak tukar. Last2 terplaksa laa merelakan diri pegi sana. Lantak laa sapa yang kene nanti, muhahahahaha….. aku dokan dia yang kene padan muka dia. Nak sangat jimat budget hah amik kooo………tapi aku taknak laa kejam sangat. Kalau boleh biarlaa berjalan dengan lancar. Ko pun doakan lah aku yerk….
Ok laa jeff…..
Aku cow dulu laa…bye…



0 Comments:
Post a Comment
<< Home