Hari Konvo aku... Jangan jaki...
Mak aku bukan sahaja kata tahniah kat aku sebab aku dah konvo hari tu malah tahniah dia juga sebab aku juga dapat pakai pingat kebesaran raja² (Pingat ketua jabatan sebab dapat pointer ok). Sape tak seronok dapat naik stage amik pingat dan lepas tu dapat masuk muka dalam screen besar 3 kaki dalam dewan tu. Selain tu kalau ko nak tau muka aku ni boleh kate asyik masuk kamera tapi tak tau ler kalau diorg teramik muka aku sebab aku barisan pertama dibelakang kerusi VIP. So terpakse ler control macho depan kamera. Hahaha.
Bunga ngan teddy bear jangan ler kau harapkan. Aku bukannya pegi amik trofi pelakun lelaki popular atau amik trofi pelakun pembantu kategori lelaki hensome ker. Aku pegi sana just amik certificate jer. So aku cuma mengharapkan dapat reunion dengan member aku satu batch ngan aku jer. Best giler siottttt.
Pergh... tahniah jer , tak kan tak ada apa² kot. Alah setakat hadiah jerrrrr. Ooo... kedekut ler ko ngan aku nanti time kau kahwin nanti tunggu anak lima baru aku hantar hadiah kat ko.Amacam ada gaya macam the punisher tak? Balas tetap balas beb. Semua keadaan yang kau bayangkan memang terpapar dalam kornea mata aku tapi satu jer tak akan berlaku dalam fakta hidup aku iaitu member² pregnent sebab dalam 2 kelas aku ni perempuan tak ada langsung kau tau tak. Lain kali tanya dulu baru cerita ok. Jangan buat malu aku.
Cute memang sekali amik konvo saing aku dan memang tak aku lepas untuk bergambar dengan dia. Kalau ko nak tau bukan takat dia jer aku bergambar tapi mak dia pun join aku sekali. Terpasa ler aku slamber gaban muka yang hensem ni. Pergh... idea ko tu buat malu aku jer. Kalau dia yang mintak nak buat kenangan gambar aku tu boleh ler aku bagi siap frame kat dia. Tapi kalau aku yang mengada² nak bagi sorry ha lain kali. Boleh jatuh saham aku secara mendadak. Tapi masa gambar tu tak sangka plak mak dia suruh aku pos gambar kat rumah dia (tapi gaya melawak ler). Hehehe.
Ooo... ko nak tau apa yang seronok masa konvo tu. Kalau ko nak tau yang best nya dihempap kerusi beramai² sebab nak buat kelainan sikit masa bergambar, kalau orang lain baling songkok atau sijil tapi kitorang baling kerusi plak kali ni. Amacam meriah tak idea budak aku.
Gambar tu memang kena tunjuk punya kat kau sebab bagi kau jaki tengok ke henseman aku bersama pingat dan sijil² yang aku dapat. Tapi tolong nanti jangan jual kat orang takut nanti tak ada masa nak balas surat peminat plak nanti.
Hek eleh... nak tipu pun beragak ler sikit. Kalau ko boleh curi duit kat bank aku tak payah ler lagi nak mintak yuran pengajian kat aku lagi. Kau dah kaya, so buat apa nak kutip yuran lagi. Tapi aku rasa tak payah ler mengajar aku mencuri. Aku tak hingin. Aku ni di kalangan org² yang beriman tau. Hehehe. Katakan ler aku pandai mencuri, tak mau ler ajak kau jadi bussines partner aku. Sebab nak belajer pun kau nak guna duit aku.
Oooo... otak kau pun tau mengatuk ek. Oklah dari pesanan penaja "Rajin² ler makan ubat". Aku pun kesian gak kat ko kalau keadaan kau ni beterusan. Oleh itu jangan mengatuk ketika menaip takut penyakit merapu kau ketahap kritikal plak nanti. Hehehe.
ok Chow Sin Chee...........
Terimalah lagu kebangsaan aku..... Bunga raya... opsss... correction... Bunga Angkasa dari
Terra Rossa-Bunga Angkasa
Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suara mu
Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut belaianmu
Tiada semerdu kau berlagu
Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku
Bertambah cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda kan bersama
Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di jiwaku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu bunga angkasa



0 Comments:
Post a Comment
<< Home