Thursday, August 26, 2004

Ermmm... sorry ek?

kluangman_jef


Aku betul² minta sorry bebanyak kat ko kerana sebab tak tunjuk gambar aku kat ko dalam masa terdekat. Banyak sebab kenapa aku tak tunjukkan lagi gambar kat ko ni.

Pertama aku kat pekan nenas ni bukan main payah nak cari scanner kat CC. Memandangkan kat sini cuma ada satu jer CC so tak dapat lah nak cari scanner untuk nak tunjuk kat ko sebelum mesej ko yang pertama sampai.

Yang kedua, minggu ni aku cuba deal dengan member aku kat UTM skudai utk pinjam scanner dia. Disebabkan tansion tak dapat tunaikan janji kat ko dalam masa terdekat so habis satu album gambar aku scanner dan menyebabkan aku saved gambar yang aku dah scan tu kat dalam cd writter (sebab bit dia tak muat dalam satu diket). Tapi aku rasa aku pandai dan ingat nak buat keje menghantar gambar aku tu kat CC yang tak ada scanner tu. Tapi sangkaan aku meleset, rupanya aku bodoh sebab boleh ler pulak tempat cd drive pulak tak ada kat CC tu. Perkh menyirap siotttt.... aku harap ko tak berfikiran macam² tentang aku ni. Aku cuba buat yang terbaik untuk kawan cyber aku ni. Percayalahhhh... (Ct Nurhalizah). Hehehehe. Ah... lain kali malas nak mengharap kat CC kat Pekan Nenas ni. Dah ler satu² kat Pekan Nenas ni, patutnya buat ler complete sikit baru lah orang kat sini tak complicated (Arvil Lavigne).

Sebab tu aku terpaksa menghantar telegram ni SEBERAPA PANTAS (SO7) yang boleh. Nanti aku cuba pergi balik skudai atau bandar pontian untuk hantar gambar ni kat ko seberapa segera yang boleh. Erm dah masuk sebulan tertangguh janji aku ni ek. Aku sebenarnya takut ko dah tak jenguk kat blog kita ni. Sorry seem to be the hardest words (Elton John feat Blue). Tungguh lah janji aku ni sebab aku akan approve kan janji aku ni kat ko. Sure.........

=============
Habis reason aku pasal gambar tu. Oklah dalam blog aku kali ni banyak aku nak cerita something yang berlaku kat Pekan Nenas ni terhadap diri aku. Pertama sekali aku telah mengalami kemalangan kat kilang kerana kecuaian sendiri. Tangan aku tersepit kat mesin. Perkh tak boleh nak kata apa lagi nasib baik tak ada kecacatan seumur hidup. Bila aku bagitau kat abang aku yang dah lama berkeerja dalam bidang mesin² ni, dia bagi advice kat aku. Lain kali jangan sekali² ngada² nak cuit sana sini kat mesin kalau mesin tengah operation. Sebab kawan dia dah 12thn keje dan baru tahu ni jari dia putus. Maka dipendekkan kata matikan mesin dulu sebelum kerja membetul sesuatu yang kita mahu bagi memudahkan kerja dan keselamatan kita. Aku insaf sebab masih fobia lagi dengan tragedi august hari tu.

Yang seterusnya aku rasa agak peribadi tapi aku perlu bertanya juga kat ko yang mungkin sudah arif terhadap diri perempuan itu sendiri. Sebenarnya dah lama aku pendam kan perkara ni dalam diri aku ni tapi aku masih percaya jika berusaha dan doa pasti akan direstui oleh Allah dengan alasan niat yang ikhlas. Dengan intro ni aku rasa kau garenti sudah faham akan point aku dalam perenggan kali ni. Sebenarnya sebelum aku pergi konvo yang lepas kat poli, aku ada bagi CUTE hadiah yang mengandungi barang hobi membacanye. Sebenarnya dia jarang marah kat aku bila dapat something dari aku dan kalau rasa berat hati dia cuma kata buat susah jer dan seterusnya mengucapkan terima kasih kat aku. Itu bagi aku sudah mencukupi tanpa mengharap balasan sekalipun. Tapi dia betul² marah kat aku sampai aku sendiri macam tak boleh nak handle hati aku ni. Tapi nasib baik aku ni masih ada ego lelaki kalau tak bederai lah lagi perasaan aku kat dalam handphone hari tu. Aku sangkakan dia tak boleh lupa yang pertama so aku cuba explainkan yang aku faham hati dia sebab hati aku pun sama macam dia.

Hinggalah lepas konvo aku balik ke rumah dan esoknya adalah besday kawan baik aku BOB. Aku dapati hari celebration besday bob aku ternampak kawan bob atau kawan aku juga yang satu tempat keje ngan CUTE pun datang ke rumah bob menyebabkan aku ngada² nak tau apa cerita CUTE aku tu kat tempat keje. Lagipun aku ni dah lama tak tau perkembangan CUTE kat tempat keje sejak tak ada spy (kawan²) yang boleh memberi info kat aku ni. Maka keadaan makin mendesak hinggakan aku bertanya secukup²nya dan di akhir kisah CUTE dalam perbualan aku dengan kawan aku tu aku tetiba jer mengeluh tercungap² macam jantung ni laju berdegup seperti baru lepas berlari seratus meter. Kata kawan aku tu CUTE aku ni dah ada orang masuk jarum dan mereka pernah makan time lunch sekali dan pernah keluar naik kereta CUTE time cuti keje. Aku macam tak tau nak kata apa pada ketika tu dan sampai sekarang ni, aku masih lagi contact CUTE dan masih berbual macam biasa tapi padahal hati dan perasaan ni macam nak memberontak untuk mengajak CUTE keluar pada bila² masa jer. Tapi aku tahu CUTE ni memang banyak peminat dan aku tak nak tunjuk lagi sifat cemburu aku yang aku rasa kurang menyenangkan perhubungan aku ngan CUTE (yang mungkin sifat cemburu aku ni menjadikan hubungan ni mula longgar). Entah lah dia selalu kata yang dia masih tak boleh nak lupakan exboy friends dia tapi aku pula memang begini tak boleh nak lupakan dia walaupun dia suruh aku menganggapnya sebagai kawan jer. Tapi dia pernah beri harapan kat aku yang sebelum ni belum pernah mempunyai perasaan kat mana² perempuan sebelum ni. Aku pernah kata kat dia yang aku xxxxxx sangat kat dia. Tapi adakah aku perlu memberi masa kat dia dan macam mana nak ambil hati dia balik. Oleh sebab tu aku cuba sifat cemburu aku ni sebab kawan² sekolah dia dulu pun pernah juga tahu yang dia ni memang suka berkawan tapi susah untuk jatuh cinta kat orang dan kalau ko nak tau exboyfriends dia yang aku dapat tahu dari mulut dia sendiri pun dia yang tolak sebab ex dia dah ada yang lain tapi ex dia pun merayu nak balik kat dia. Aku rasa boy dia cari lain pun sebab begitu sukarnya dia untuk melafazkan perasaan dia kat seseorang. Mengikut tafsiran aku, dia ni ego dan keras hati+ degil. Kau rasa macam mana. Lagipun aku boleh hidup tanpa perempuan buat masa ni dan ditambahkan pula hati aku masih kat dia dan adakah aku boleh mencuba sekali lagi dan bagaimana nak aku ambil hati dia semula berdasarkan sifat² dia yang aku sebutkan tadi. Bagaimana dengan idea aku ni, aku rasa habis tahun ni aku nak ajak dia keluar balik(time besday dia) setelah setahun lama nya tak ajak dia keluar sejak dia tolak untuk berjumpa dengan aku. Pendek kata aku memang masih mengharap tapi masih boleh terima kehendak takdir. Sebenarnya aku mungkin salah satu insan yang masih mencari² cinta sejati selepas tamatnya alam persekolahan (aku tak pernah berjanji dengan mana² perempuan masa sekolah sebab tak mahu pentingkan diri sendiri). Aku terima dia sebab aku yakin yang aku sudah bersedia menghadapi sebarang perubahan dalam diri aku. Tapi sampai sekarang rasa menyesal sebab tak berjanji masa sekolah. Menyesal sebab tak tahu pula ada juga orang menyanjungi cinta zaman sekolah seperti CUTE. Masa perkenalan aku dengan CUTE keadaan bagaikan mencanak-canak perasaan ni. Aku bagai tak percaya keupayaan diri ni boleh untuk bercinta dengan mana-mana gadis kerana respond yang diberikan bagaikan tak putus². Semuanya indah berbanding sekarang. Banyak kajian telah aku buat dan kenapa aku boleh jumpa CUTE kat kota bahru padahal rumah aku bukan main dekat jer dengan rumahnya kat kluang ni dan aku pernah nak masuk sekolah menengah yang pernah CUTE study dulu tapi aku tolak sebab mengikuti kawan² masuk sekolah lain. Aku tak percaya ada juga CUTE (gelar aku kepadanya) wujud ditempat aku dan aku pun tak percaya kenapa cute pula terpilih menjadi pelakon dalam cerita hidupku. Kedatangan aku macam tahu² jer yang dia baru clash dengan exboyfriends dia. Kau rasa boleh ke aku teruskan usaha aku ni sebab usaha seorang lelaki selalu nya menjadi. Semuanya masih berkemungkinan tapi jangan risau sebab aku sudah makin matang mengawal perasaan ni. Alhamdulilah kerana diberi pengalaman ini kepada aku. Macam biasa lah kalau boleh bagilah lah pengalaman ko kat aku. Tapi kalau sibuk pun sikit pun jadilah. Aku tak tahu nak tenagkan perasaan aku ni.



~ You Took My Heart Away..~ Micheal Learns To Rock



Staring at the moon so blue
Turning all my thoughts to you I was without hopes or dreams I tried to dull an inner scream but you Saw me through

Walking on a path of air
See your faces everywhere As you melt this heart of stone
You take my hand to guide me home and now I'm in love

Chorus : You took my heart away
When my whole world was gray
You gave me everything and a little bit more
And when it's cold at night And you sleep by my side
You become the meaning of my life

Living in a world so cold
You are there to warm my soul
You came to mend a broken heart
You gave my life a brand new start and now I'm in love

[Chorus]
Holding your hand I won't fear tomorrow
Here were we stand We'll never be alone

[Chorus]
You become the meaning of my life
You become the meaning You become the meaning of my life ..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home