Tuesday, September 12, 2006

Walimatul'urus (Jamian&Zainab)

Assalamualaikum...

Azzah aku tak kesah kalo ko tak datang majlis kawin abang aku tu. Aku tau ko tak akan datang punyer. Tapi aku sebagai kawan aku wajib menjemput kawan2 yang lain datang rumah aku.Almaklumlah niat keluarga aku sedekah setakat mana yang termampu jer. Hehehe. Benda2 baik ni tak baik sorok kan... kan...

Tapi kalo datang sure gempak punyer almaklumlah... semua kawan2 masa study dulu semua tak datang. Tapi nasib baik ada kawan2 kampung yang ramai, terbalas gak kerinduan kat kawan2 lama. Oleh sebab ko tak datang dan atas permintaan ko nak tengok gambar family aku bergambar, aku buat apa saja untuk kawan aku yang sorang ni. Baru dia tau kawan dia ni boleh merangkul award bagi kategori "Kawan Lelaki popular + terbaik" bagi tahun 2007 nanti. Hehehe.

Pasal awek tu rasanyer... aku tak mampu nak beli lah (ko tau maksud aku kan). Tapi tiap kali selisish ngan aku dia akan tersenyum dan angkat muka kat aku. Tu yang membuatkan aku untuk terus mencuba. Aku niat kawan2 jer sebab tu aku still cool lagi. Bila aku nak berperasaan lebih teringat kat ex aku tu. Sob..sob...

Kat bawah ni gambar bersanding abang aku kat rumah aku. Aku biasa lah yang tengah cntrl keseimbangan badan tu. Aku tak berminat lah bergambar bila ramai yang tengok. So ini jer lah gambar aku yang rasa2 ok walaupun bila aku tengok balik badan aku oleh senget plak (nampak buruk). Hehehe. Lantak jep janji ko bahagia. Lagipun aku lebih suka kerja dibelakang tabir.

Aku sibuk gila sebab aku je yang kena cukupkan mana2 yang memerlukan. ayah aku tak beberapa sihat, abang ipar aku tak beberapa cekap kalo nak beli2 barang kat mana2 kedai yang bedekatan dan tercepat. So aku berterima kasih kepada kawan2 aku macam Bob(my best friends), Wak (siap tolong kemas meja+sapu sampah rumah aku lagi), maiz, along, angah dll lagi lah kerana membantu aku termasuk berkompang kat rumah aku.. I Love U my friends.

1. Yang berdiri Aku, Kak Long (Milah) yang tengah dukung anak bungsu dia (Qilah), yang duduk plak Kak Aju dan Adik aku (Jehan).


2. Berbaju melayu merah ayah aku (Like father like son).. Mak aku yang baju hijau (Zainab Onn), dan yang kecik berbaju pink duduk kat tengah2 tu anak kakak aku yang no.2 (Afiqah).












Aku harap ko suka dengan gambar yang aku attach kan dalam blog kali ini. Satu lagu untuk abang aku.

"Renjis2 dipilih.. Ditepungi lah tawar.. Hai beras kunyit ditabur.. Di sirami air mawar..."

Selamat pengantin baru untuk abang aku dan kak ipar aku (Jamalullail & Balqis).. Sorry lah brader kalo sound lu datang lambat sangat time nak berarak ngan paluan kompang hari tu. Bukan apa memang lewat gila ko sampai (nak dekat pukul 3ptg). Aku kesian kat kawan2 aku yang nak masuk keje lepas break tengah hari tu (kawan2 tolong berkompang.. sebab tu aku hargai sangat kat diorang hari ni).. Tuhan saja yang balas budi baik korang... Assalamulaikum...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home