Monday, February 20, 2006

Special Edition (Asura)


Assalamualaikum…..


Untuk Blog Pertama ko..

Sorry lah lambat membalas hingga sampai 2 blog keluaran ko tak sempat aku reply. Tapi ni bukan soal membalas dendam atau apa2 ek? Ko pun tak perlu meminta maaf kat aku sebab kita saling bersalah dan saling memaafkan kan...kan.. kan. Bukan apa, ni pun pasal aku ni saving giler sebab tak nak gi cc untuk perghabis duit (tak pernah dibuat orang membuat pengakuan rela sebegini). Hehehe. Baik dok taip kat rumah yang mungkin lagi murah dan lagi selesa memikirkan sesuatu yang best untuk dituliskan. Kalo tak asyik nak kantau kiri kanan jer supaya orang lain tak baca dulu blog yang aku tulis untuk ko sebelum ko baca. Amacam ada kembang tak punggung ko (biasalah kipas baik punya ni). Hehehe. Aku pun tak ada rasa langsung nak marah sebab ko merupakan kawan baik aku yang boleh aku kongsi pendapat. Dah tentu susah nak mulakan mencari kawan untuk berkongsi semua ni. Senang citer aku takut gak ko tinggalkan aku sorang2 dalam blog ni. Apa2 pun Selamat tahun baru, kedua Selamat Hari jadi (terkena aku), lepas tu barulah Selamat... Maal Hijrah dan kemudian Selamat... Nak guna perkataan selamat ke untuk valentine day ni (tak perlu kot).

Pasal azam (bukan pasal siful azami atau nor azam mat sidek yang tak ko kenali)? Oklah azam baru aku tahun ni banyak tapi yang aku tau salah satu azam aku untuk tahun ni terpaksa dibatal serta-merta akibat banyak menteri2 kabinet berundur dari dunia politik negara kita sekarang. Chewah! jangan caya semua tu, rekaan semata-mata. Hehehe. Tapi pasal perbatalan salah satu azam aku tu memang betul. Aku terpaksa buat atas sebab nanti aku beritahu dalam perenggan lain. Tapi yang best aku nak kongsi ngan ko ialah, azam aku nak beli sebuah kereta empat tayar (bukan 3 tayar seperti dalam pemikiran ko sebelum ni, apa ko ingat dalam citer mr. bean ker!). Bak kata orang azam tu mestilah S.M.A.R.T. maksudnya S=simple thing u can get (jangan terlalu susah untuk ko dapatkannya), M=measurable (boleh ko target masanye bila), A=achive people (boleh menigkatkan sesuatu pada diri ko), R=relevent (Berkaitan pada diri ko dan bukan diri orang lain), T=target (mempunyai tujuan tertentu). Benda ni perlu diambil kira supaya taklah jadi kita punya azam tertangguh hingga ke tahun depan pulak. Azam tahun ni biar sampai dapat untuk tahun ni gak. Jangan pulak ko berazam nak gi bulan untuk tahun ni. Memang tak mustahil tapi bila? Kalo ko boleh buat satu target masa itu maksudnya benda tu boleh dijadikan salah satu azam dalam diri ko. Ada paham...

Ko ni jangan salah sangka ngan aku terhadap adik angkat aku ni. Aku tahu tak mustahil adik angkat boleh ditukarkan statusnya tapi bagi aku selagi aku tulis title dia adik, adik lah buat setakat ni. Kalo aku kata awek's... awek lah dia untuk aku. So far dia masih berstatus adik dalam diri aku. Aku tau kekadang aku 'Ter'layan dia lebih sebagai seorang adik tapi nasib baik aku cepat berfikir panjang. Aku harap ko taukan kalo diri orang yang masih single dan pernah bercinta. Maksudnya perasaan sayang atau cinta tu kekadang datang tapi tak tau nak diluarkan kepada siapa, so yang mana sempat jer lah ko luahkan kan... Harap ko faham maksud aku. Memang betul kata ko..." Menjadi orang yang Mencintai lbih mudah berbanding Dicintai".

Bukan setakat persahabatan kita yang dah hampir 2 tahun ni tapi... aku macam tak sedar aku dah 2 tahun dok keje kat kilang Jepun ni. Ingat nak dok sekejap jer tapi sebab tak sedar punya pasal lah ni. Hehehe. Aku pun macam tak sedar yang aku dah semakin tua walaupun aku masih berjiwa muda tapi sebab tak sedar punya pasal juga lah ni. Aku macam tak caya yang umur aku dah 24 tahun itu pun aku perasan bila aku tulis greeting card pada CUTE semperna besday dia yang ke-24 tahun. Aku terpikir nak letak "sweet 24th" ke dalam kad tu. Nampak macam kelakar palak. Lama aku fikir nak letak ke atau tak letak? Anyway aku sedar yang dah 3 tahun aku tak penah menatap lagi wajah CUTE aku tu secara face to face hingga sekarang.Sob... sob.. sob.. (sedih aku dah nak mai ni). Tisu please. Thanks.

Terima Kasih kerana pujian yang ko berikan pada aku pasal kesetian dan ko bukan orang pertama kata perkataan tu kepada aku. Tapi bukan itu yang aku minta dari mulut orang lain sebenarnya tapi secara terus terang aku katakan dia lah my 1st love sepanjang hidup aku, dia lah menjadikan aku macam nak menkaji jer perangai wanita sebenar yang sebelum ni aku langsung tak nak amik port, dia lah juga yang menjadikan aku lebih perihatin terhadap semua permasalahan wanita dalam dunia ni, dia lah yang memberi jawapan dalam diri aku adakah wanita tu perlu dalam hidup seseorang lelaki.... senang cerita dia permulaan untuk semua perasan ini. Itu lah sebabnya aku berhati-hati untuk melepaskan perasaan ini sekali lagi pada orang lain yang bergelar wanita. Aku tahu siapa sanggup untuk gagal tapi bak kata orang bercinta... "Kalo tak bercinta macam mana nak tau ko kecewa atau tak". (Aku dengan situasi sedih sekarang ni). Aku dah pernah dengar dan tau dengan ayat ko tu "mencintai tidak semestinya dimilki.. pengorbanan itu penting untuk kebahagian orang yang kita sayangi dan cintai..". Kalo itu yang ko harapkan daripada aku, aku doakan jodoh ko ngan calon ko tu berkekalan selamanya. InsyaAllah. Kalo ko rindu sangat kat ex-bf ko tu jangan lah sampai menggugat hubungan ko ngan yang baru. Kalo boleh biarlah perasaan itu wujud cuma di dalam hati moga dapat mengelak dosa jika diluahkan.

Bagus lah langkah2 yang ko ambil ni jika ko dah bersedia. Bukan apa sekurang2 mak bapak ko kenal siapa yang tengah ko berkawan dan ko pun bagi sedikit kepercayaan serta confident kat dia (bf ko) tentang hubungan ko sekarang ni. Jealous betul aku bila baca cerita ko ni.

Pasal jumpa tu aku tak ada masalah janji benda tu tak mendatangkan masalah 'udah ler'.*p/s: aku guna perkataan yang CUTE pernah guna (udah ler). Kawan2 aku pun bersepah kat K.L tu tapi ko kat area mana aku lupa lah. Gombak, Damansara, apa lagi lupa lah aku. Tapi don't worry sebabsemua kawan ajak aku stay tempat diorang cuma time jer tak ada tapi ko punya pasal, aku amik cuti tahun pun tak per. Betul tu nak kawen perlu guna duit so ko kumpul lah dari sekarang. Aku pun harap2 macam tu gak.. moga kita still keep in touch (bak kata Siful Apek). Tak mustahil pengharapan ko dengan friendship kita ni sebab benda baik kan. Sediha aku dengar bila ko kata aku amik keputusan tak nak jumpa ko. Aku tau ramai yang buat keputusan pada kawan cyber diorang tapi aku tak sezalim diorang. Kita boleh buat perjanjian tapi jangan sampai menjadi keberatan untuk di sempurnakan. Cuma itu jer aku minta. Tapi sure aku nak jumpa ko walaupun aku terlepas majlis persandingan ko. Caya lah cakap aku. InsyAllah. Bagi aku ko tak merepek. Tapi ko bagi lah alamat rumah ko sekarang sebab boleh aku tahun atau planning awal nak pilih rumah kawan mana yang aku rasa boleh stay. Don't worry aku tak curi2 amik tau tentang ko daripada mulut orang lain selain daripada mulut ko sendiri bila aku tau alamat rumah ko. Aku cuma nak buat planning awal jer. Tak salahkan. Aku bukan nya selalu sangat datang K.L. Boleh di kira kot.

Doa ko semoga tahun 2006 ini akan menjadikan kita lebih dewasa dan matang dalam menempuh ujian dunia ini.. dan mengharap kita punya persahabatan ini akan berterusan sehingga kita memejam kan mata…. Aku rasa ada kebenarannya. Detik tahun 2006 ni lah menjadikan aku lagi tabah sebab terpaksa mengakhiri azam aku selama ini untuk menjadikan CUTE sebagai pelengkap diri aku. Sebenarnya aku tengah redha dengan ketentuan Tuhan dan bersedih sebab apa yang aku dapat tahu yang CUTE aku akan bertunang dalam masa 2 minggu daripada sekarang. Berita ni aku tahu dari teman rapat nya (juga kawan aku). Dan sekarang aku just boleh termenung sebentar memikirkan apa yang patut aku lakukan selepas ini sebab banyak perkara yang aku nak buat sebelum ini ada kaitan dengan CUTE. SubhanaAllah. "Sesungguhnya Aku adalah di kalangan Orang2 yang zalim".


Aku yang kuciwa (live)...
" Jika Dikatakan Embun Pagi Itu Suci… Suci Lagi Pengorbanan Dan Keikhlasan…"

" Kejayaan Dengan Usaha Satu Ketetapan….
Kejayaan Tanpa Usaha Satu Kebetulan
Kegagalan Dengan Usaha Satu Ketentuan
Kegagalan Tanpa Usaha Satu Kerugian"

==========================================

Untuk Blog Kedua ko....

Sebenarnya aku tak sambut dan tak pernah sambut pun valentine day ni. Tapi hari Assurah aku sambut iaitu 10 Muharam 1427 (8.2.2006) yang lepas. Sebagai atau sudah berada dalam pengetahuan ko itulah nama CUTE cuma ejaan nya jer berbeza. Sorry layan perasan sekejap. Aku minta ko layan jer aku dalam blog kali ni yer. Sebab aku tengah tak tau nak luahkan macam mana. Nak cerita kat orang semua dah tau hubungan aku ngan dia is nothing. Sebab tu aku menggunakan blog ni untuk meleraikan kebuntuan dalam diri aku ni. Bolehkan?

Wah.... Wah! Demand nampak. Nak hp 3G ke? Bukan takat 3G... 3D pun boleh tapi simulation lah. Hehehe. Mementanglah aku terlupa nak wishkan besday ko, macam2 ko mintak ek? Adik aku merengek nak Laptop pun aku malas nak layan. Hehehe. Tau tak per. Tak adalah gurau jer. Boleh kalo nak hp 3G nanti risau pulak BF ko marah karang. Ada pulak aku diberi servis kuda karang. Ko kesian kat orang yang memberi ke atau menerima servis. Terpulang pada ko untuk membuat keputusan. Seri tak diterima sebagai keputusan okay. Idea ko memang best tapi untuk ko jer.. untuk aku apa yang best nyer... explain sikit? Ko ni macam mana aku tak terlupa nak wish besday ko. Umur ko dalam friendster pun ko outa (tipu), macam mana aku dan buat reference. Lain kali jangan tipu2 Tuhan marah tau. Ko tak dapat terima wish besday dari aku sebab Tuhan marah la tu. Bagi tau kat aku D.O.B ko kat aku ek... Tolong 'high light' atau 'bold' kan sekali Ar..(Saje nak perli ko)? Harap lepas ni jagan kecik hati lah ek?

Ko fikir besday ko. Tahun lepas sorang pun tak ada wish besday kat aku tapi nasib baik ada member cyber yang wish kat aku salah seorang nya adalah... ko... hehehe. Terima kasih. Tahun ni jangan merajuk ek. Aku tak sengaja lah. Kalo menangis depan orang mestilah tak macho tapi kalo depan cermin tak menjadi masalah sebab kata pakar psikologi... menangis dapat meleraikan stress atau pressure. ehem... sebenarnya aku baru jer lepas melakukan nyer. Betulah ada perubahan sikit. Minta semua tisu ko (bkn apa takyah nak minta2 lagi). Bf ko kat mana ek? Jauh sangat ke?

Oklah aku rasa ko dah tau perkembangan aku sekarang kan Dan dah tau apa terjadi pada diri aku sekarang. Aku rasa nak half day jer esok (masuk tengah hari) sebabnya ko tahu kan. Bila dah penghujung taipan ni terasa mengantuk plak mata ni. Pening pun ada. Tengok jam dah pukul 4 pagi. Esok nak keje. Aku sekarang kat Kluang. Tempat keje kat Pontian. Datang lah kemalasan untuk masuk keje. Ah.. tak salah kan kalo aku amik half day hari ni. Ngantuk sangat mata ni berbanding tadi bila hati tengah kuciwa. Oklah ngantuk sangat lah plak. Ingat nak layan perasaan lepas aku taip blog ni. TapiMungkin tidur lagi menenangkan perasaan. Sedih betul cerita aku hari ni bila orang yang kita sayang dimilik orang. Sesungguhnya tiap sesuatu itu ada hikmah nya. Berilah semangat pada hambaMu ni. Berilah semangat pada sahabat mu ni.. Azah. Terima Kasih semua. Gud Nite...

Wassalam...

M.Nasir/J.Jefri - Keroncong Untuk Ana

Benarkah tiada bagiku

Ruang di hatimu untukku bertapak

Walaupun sejengkal jari

Agar dapat ku berdiri

Di ambang pintumu

Kemana

Hilangnya keroncong

Oh! cinta yang kita

Nyanyikan bersama

Ataupun

Aku yang bersalah

Hanya menepuk tangan

Sebelah saja

Ana.. Ana..

Ana.. Ana..

( ulang dari 1 )

Tiada ku sangka akhirnya

Kau tutup semua

Pintu cinta untukku

Hinggaku

Termanggu tiada

Arah nak ku tuju

Membawa hatiku


0 Comments:

Post a Comment

<< Home