Ah-ha tak tau? (citer aku)
Asslamualaikum...
Aku akan cuba membalas blog ko tapi mungkin bila aku sempat. Aku akan juga mencari kesempatan untuk persahabatan ni terus kekal insyAllah. Boleh, aku boleh belanja ko kalo ko kita dapat berjumpa satu hari nanti. Pasal business aku ni InsyAllah diberi lalu oleh Allah sebab kawan bapa aku yang dah berjaya dalam Multi level ni telah bertemu aku semalam. Dia cuba mengajak aku agar untuk lebih serius dalam MLM ni. Isterinya minta aku cari (kumpulkan) berapa2 kawan perempuan aku untuk mencuba servis yang telah lama dilakukannya (rawatan muka atau orang putih kata facial). Servis cuma RM10 sorang. So aku nak mulakan pada kawan aku yang belajar kat UTM dulu sebab garenti diorang boleh cari ramai orang yang ingin mencuba servis yg aku cuba kembangkan ni. Bila aku berjumpa kawan bapa aku ni, semangat aku seakan membuak untuk lebih serius. Apa pun doakan aku berjaya.
Apa yang ko maksudkan pasal part time untuk mem'bz'kan diri ko ni. Apa tu Amsa? Bagus la kalo benda tu memberi kebaikan pada ko.
Pasal Mawi World tu sebenarnya aku pun kurang mengikuti sangat tapi memang ajaib lah sebab ramai orang membualkan tentang dia kat mane2. Tapi aku boleh terima dia sekarang pun sebab sifat dia skrg dan cerita sebelum dia melibatkan diri dalam dunia popular ni. Kalo kat Johor ni semua tahu latar belakang Mawi tapi aku tahu ramai yang kurang senang dengan dia sebab dia popular. Aku pelik, dari makcik2 aku... sedara yang beso sampai ke yang kecik semua sibuk dan ada plak citer dari kawan aku sampai nyonya cina jual surat khabar pun tau hal ni. Tak kesah lah tapi entah... aku pun tak minat lagu 'aduhai saliha' aku minat seroja jer. Apa aku ni... sekejap suka sekejap tak... aku suka kat lagu atau orang yang menyampaikannya. Apa pun Mawi biar dengan cara dia aku tetap dengan cara aku. Ah sorry apa pulak penting nya Mawi dengan diri aku plak. Aku perlu sasarkan pada target diri aku ni dulu...Berjaya dapatkan degree and kemudia cuma tawan hati my CUTE semula. Tapi semuanya perlu dengan doa bagi seiring dengan usaha yang dilakukan direstui Allah. Bila pasal belajar ni jeles betul aku bila kawan2 aku ada yang bru masuk belajar semula. Tapi aku tetap menanti saat itu berlaku pada aku juga satu hari nanti.
Lupa plak cita pasal aku accident hari tu. Dalam kes langgar lari tu aku ok tapi tenggiling yang aku dah anggap macam bini aku ni (motor aku) memerlukan rawatan serius di hospital yang pakar jer (tak boleh nak dihantar kat bengkel motivasi mahupun Amalan bengkel mesin kat sek. teknik dulu... oleh tu kena gak hantar kat bengkel membaiki motorsikal jer). Tentu tinggi bil kad kredit (banyak punye ko kad kredit... cash money dey) aku nanti bulan ni. Kos semua jejak rm700 sebab bahagian depan motor aku hampir 100% digilis tayar belakang lori kontena tu. Kos semua ditanggung aku sendiri sebab tak dapat klim insuran (aku tak dapat cam no.plat lori tu, tak masuk hospital dan tak ada saksi). Apa perasaan ko tapi aku masih lagi bersyukur kerana nasib baik aku selamat. Syukur alhamdullilah. Tidak aku mahu meninggal dalam accident jalan raya. Benda ni mesti dianggap biasa ke pada penunggang motor sebab tayar mereka dua bila disenggol sikit dah tentu jatuh.. lainlah yang bertayar empat mungkin ada sikit kemaafan untuk terjatuh. Betul tak? Nantilah aku cari empat tayar (kereta) bagi kemudahan untuk berulang-alik ke kampung nanti ek?
Okaylah akupun tak tau nak tulis apa lagi tentang diri ku sekarang. Nanti kalo ada citer aku tulis kat ko lagi sama ada dlm blog ni atau kat dalam friendster ko nanti ek? Stay cool with me. Wassalam.......
Renung2kan lah kata2 ini....
Jika cinta itu suci lepaskan lah ia dan,
Jika satu hari kelak ia kembali, ini bermakna cinta itu sejati tapi ,
Jika tidak ia kembali lagi untuk selamanya ini bermakna cinta itu tidak pernah wujud sejak awal lagi.
'~Fauziah Ahmad Daud dalam filem Balada~'



0 Comments:
Post a Comment
<< Home