Tackle Dia Balik
Assalamualaikum Jeff....
Pergg!!!! sedar tak sedar kita dah pun menjalinkan 'hubungan' ( cewah cam ada skandal lak...kekeke) sebagai kawan cyber selama setahun....aku terlambat nak wish..masa hari rabu tu aku ingat nak tulis blog ni ...sekali lupa daaa lantaran sibuk dengan tugas-tugas seharian sebagai perdana menteri malaysia yang ke 100...so pepaham je laa kan..so sori ler..
Aku nak ucapkan semoga persahabatan kita akan tetap kekal sebagai kawan cyber sehingga kita ni dah tua dan kalau buleh aku nak panjangkan hubungan ni sampai anak2 aku dan kau nanti...kita suruh diorang sambung blog ni...kan jeff kan...best tak idea aku yang sememangnya best ni...ehehehhehe. buleh masuk world rekod iaitu blog terlama.....kekekeke.....
hmm..berkenaan dengan perkara yang kau ceritakan itu kan...hmm…bagi aku sebenarnya mungkin dia nak bagi peluang kat kau, tapi dia terasa malu dengan tindakan dia menolak kau dulu…so bila ada perasaan itu, bila dia kata dia minta maaf kemudian dia kata abaikan sahaja mesej dia tu, supaya tak nampak yang dia berharap sangat kau akan cuba terima dia semula..nampak seperti berharap dan juga tidak berharap…
kau cubalaa bagi diri kau dan dia peluang …kau cuba laa tackle dia balik. Cuba ambil hati dia. cara dia pulak jangan terlalu nampak kau tu kemaruk..be cool jer…kalau buleh kau bagi masa kat dia nak balut luka tu..tak pun kau balut ler luka dia… cuba amik tahu ttg dia…amik berat….jangan amik berat hal yang berat2 jer…hal kecik2 pun kau ambil ler berat gak….kau paham laa macam mana…tapi jangan terlalu menonjol yang kau tu terlalu amik berat…kau paham kaa apa aku tulih ni….aku harap kau pepaham jer laa ok. lagi satu…kalau dah bagi peluang kat dia tu..jangan laa terlalu lama lak..nnti kau mengigit jari kaki lagi….jangan terlalu lama dan jangan terlalu cepat…agak2 ler….. insyaALLAH aku rasa dia buleh terima kau sedikit demi sedikit…hati perempuan jeff…kau amik berat sikit pun dia terasa dihargai…
aku bukan nak ajar kau jadi jahat utk mencuri peluang ketika dia luka..tapi aku rasa ALLAH dan susun dah tu….mungkin dengan kekecewaan itu kau buleh amik peluang itu mengambil hati dia… ingat jeff…kau jangan sombong sangat dan jangan mengharap sangat….. bagi diri kau dan dia peluang….
Aku mengingatkan sahaja…bila aku tengok semua ni…aku nampak…kau dengan dia seolah2 ada harapan yang menggunung…( perh!!! Menggunung tu..)..tapi betul aa aku cakap kan?? kau pun mengharap camtu kan…. so aku harap2 sangat kau ngan dia akan BERJAYA kali ni…
Pastu kalau dah berjaya tu…ingat2 laa member kat sini…..jangan laaak sibuk dengan dating jer…( ceh macam terkena kat diri aku lak muhahahaha)…
Aku sokong dengan apa sahaja keputusan kau…dan aku harap keputusan kau tu tidak akan mengecewakan diri kau sendiri…be ur self…. Ok….



0 Comments:
Post a Comment
<< Home