GONG XI FAT CHAI...............
Assalamualaikum….
Kehadapan sahabat pena ku jeff….yang jauh dimata..hati dan semuanya…kekekekke
Aku nak mula dari mana yer….ko nak tahu kes mamat tu ker? Kalau aku taknak kasi tahu leh tak…malas laa nak kasi tahu hal dia…takper laa…aku nak padamkan semua memori aku..so aku taknak ianya tertulis di blog ni.tak salah kan?
Komen ko ttg aku tu….mmm mungkin ada betulnya jugak…..
1. Ko aku tengok kepala ada sikit keras macam 'stainless steel' gak tapi kalo pandai dampingi ko garenti ada juga tang lembutnyer. Almaklumlah besi pun bersifat bolehbetuk.
Komen pertama kau ni…aku tak tau laa kan..sebab hanya orang yang mengenali aku sahaja yang buleh menilai aku..aku takleh menilai diri aku sendiri.
2. Ko macam aku gak sebab tak tahan diperli kawan. Orang macam ni susah untuk membuat sesuatu keputusan tanpa sokongan orang lain. So jangan bergerak secara solo nanti hangat² tahi cicak jer (sajer tukar tahi ayam, bagi kelainan skit).
Yang ini betul…mmg aku takleh buat keputusan tanpa ada sokongan. aku perlukan kekuatan orang lain untuk membina kekuatan aku sendiri…ini mmg aku pasti sangat. Ko kata jgn bergerak secara solo..tp cmner..sukar nak mencari kawan yang betul2 buleh membina semangat aku. mmg aku taknak jadi hangat2 taik resaksa ( ubah sikit peribahasa) aku mmg betul2 nak berubah. “Ya allah susahnya nak cari kawan yang betul2 buleh memberi sokongan kepada aku. “ya allah pemudahkanlah penghijrahan ku. Berikan aku kekuatan” amin.
3. Hati ko tak keras macam batu yang mana nak haluskan batu tu tak boleh cairkan tapi perlu ditumbuk lumat² baru dapat halusnyer. Tapi yang nyata ko tak keras macam batu yang aku katakan tu sebab ko mudah rasa bersalah. Ada bagus juga tak bersifat seperti batu tapi ada baik gak kalo ada sikit sifat batu tu bagi membuat orang menyesal dengan tindakan mereka terhadap ko.
mmm…..yer ker kene ada sifat keras macam tu? Keras yang ko maksudkan camner..aku tak paham…
4. Ko jenis yang suka memikirkan sesuatu yang menjadi masalah untuk ko walaupun sebesar kuman sekalipun. Macam mak aku, boleh buat penyakit tau. Tapi Almaklumlah perempuan, commit betul ngan anak². Sebab tu kekadang ko memikirkan tentang masa lalu. So aku rasa ko perlu kawan yang rapat membolehkan tiap² masalah ko ada juga orang tahu. Bukan dia itu sama² mendapat sama tempias masalah ko tapi dia untuk ko boleh menyimpan sama² kenangan cerita hidup kau dan mengatasi masalah ko yang mendatang dengan membandingkan masalah sebelum ni yang dah berjaya ko hadapi.
Ini pun betul gak. Mana aku nak cari kawan rapat jeff. setakat ni kau laa tempat aku luahkan segalanya jeff. mana ada lagi. Tapi tulaa….kita kawan hanya didalam blog. Tp aku tetap puas hati dengan cara ni. sebab aku tak segan2 nak cakap apa pun. Apa yang aku rasa nak tulis aku main tulis jer. Tp jeff kekadang kan, time gegila aku ada masalah..aku mmg teringin gila nak cakap ngan kau terus. Time2 tu jugak. Tp susah…aku bukan leh hubungi kau. so aku pendam jer. Aku simpan gegila…pastu time aku nak tulis kat sini..aku dah ilang mood. So aku biarkan jerlaa.. aku ingat aku nak cari mmber macam kau tapi utk aku luahkan secara direct. Nnti kalau aku jumpa akan aku ceritakan kepada ekau. Hehehehe
Terima kasih ler jeff kerana memberi komen ttg diri ku yang tak best ni. akan aku kinang jasa mu hingga bebila..
Jeff… aku nak cerita ni…dan seperti biasa aku nak ko bagi pendapat dengan penuh keikhlasan. Buleh kan? cam tak biasa lak ngan aku…
Problemnya ialah:-
adakah aku gila jika aku cakap aku bercinta dengan budak yang telah mengubah aku tu? Sebab apa aku cakap aku gila sebabnya dia tu muda dua tahun dari aku. kau bayangkan…aku baru jer mencecah ?? tahun ( belum lagi laa 6.2 nnti baru betul2…saja tulis tarikh tu..mengingatkan member pena aku ni muhahahaha) dan ko dapat teka laa kan umur dia bapa. Berkali2 aku cakap mungkin hubungan ni tak berjaya kerana perbezaan umur. Tp tulaa kalau dah kawan ngan ustad ni..mula laa dia buka kes rasulullah dengan khadijah. Dan dalam keluarganya sendiri ada berlaku iaitu paksu dia. aku dah mati akal nak tolak. Tp memang aku dah sayang dia jeff. sayang aku lebih dari seorang kakak kepada adik. padahal ini laa perasaan awal aku padanya. Tapi akhirnya jadi serius lak. Dia plak sanggup plak tu tunggu aku bersedia. Aku tak tahu laa dia memain ker betul2 tapi cara dia mmg serius laa. Aku binggung daa buat keputusan. Aku sebenarnya taknak buat keputusan hanya melandaskan nafsu sayang aku terhadap dia. macam ko cakap. Aku tak leh buat keputusan jika tiada yang menyokong aku. aku dah bertanyakan ramai orang tentang perkara ni. tapi aku taklah mengaku diri aku. just aku cakap benda ni berlaku dekat mmber baik aku. cover cantiiik punya… tapi jawapan diorang semuanya positif. Diorang kata umur tidak menjadi penghalang. Semuanya bergantung pada hati masing2. itu jawapan diorang. So aku nak jawapan dari kau lak. Sebelum aku pergi jauh aku perlukan sokongan dari sahabat pena aku iaitu ko. plzzz..jef..i really2 need your opinion.
Ttg frendster tu ko tengok laa sendiri..aku bagi kau link frenster aku..ko kaji ler sendiri..kalau aku cita ni kang ko makin pening lak. Buat letih aku taip jer. So cara terbaik..aku bagi then kau servey sendiri..amacam..ok tak/ ko kan tero bab kaji mengkaji ni.
Ok ler tu ko letak benda alah tu kat situ… tidak laa bersusah payah ko nak klik. Tak gitu. Apo2 jer. Lagipun ni blog kita bersama so tak kisah laa nak buat lagu mana pun. Janji bahagia.
Pesanan kau:
Aku tak tau... eh.. sapa yang dah ubah ko jadi baik ni. Oooo... lelaki... ehem (2x)... tak kan tak ada apa² feel touching somthing tang ko punyer hati mahupun jantung ko. Dah ada depan mata ko kebas jer ler. Ermmm... dia ada adik perempuan tak... kim salam kat adik dia jer lah ek... sure dia ada adik... paling koman pun adik terangkat. Hehehe. Suruh dia kim salam adik dia ek... nak ulang ker banyak kali. Rasa nyer tak payah lah kot... sekali cukup yer dok.
Memang dia ada adik..adik dia cun kau tau….sekali tengok mesti kau terpikat punyalaa… kalau kau nak tau beberapa bulan lagi besday dia. so ko amikler kesempatan ni mengucapkan HEPI BESDAY AWEK KU YNG KER 5 TAHUN. Muhahahhhaa………ok tak? ok ler tu kan daripada ko takder awek. Baik ko amik dia. comel…cun…..semua cukup la. Amacam…..nnti kita leh jadi beras….eh silap biras…..kiskiskiskiskiskis….
Ok aa jeff..ko nak tengok gambo aku yang tak cun tu ker.. klik sini..
http://www.friendster.com/home.php?statpos=headernav
ok laah jeff…sampai sini jer…bawah ni ada sajak best..baca laa yer.
Biarpun Kita Menjadi Tuan, Kita Tetap Bertuhan
Biarpun Kita Mereka-Reka, Kita Tetap Ciptaan,
Apalah Kita Menjadi Tuan, Sedangkan Kita Tetap Hamba
Apalah Guna Mengangkat Kepala, Sedangkan Sujud Ditempatnya
Lihatlah Didalam Diri, Peperangan Ada Di Sana
Tempat Kita Dimana?
Kalau Bukan Disitu….
Gelap Dan Sempit, Dan Fitnahnya Teramat Dasyat
Perjalanan Yang Jauh Terasa Perit
Berliku-Liku Dengan Wajah Yang Legam
Siapakan Yang Mampu Menolong?
Kalau Bukan Kamu Yang Berasa Kerdil
Lalu Memencilkan Jiwa Dalam Pandangannya
Lalu Tunduk Sujud Mewalangkan Diri
Lalu Pulang Ke Pangkuannya
Kerdillah Diri Apabila Pulang Kesana
Bergemulangnya Tanah Di Atas Suburnya Bunga-Bunga
Ya Allah Terimalah Kepulangan Ku Hambamu Yang Hina
(dipetik dari buku RANGGAU, RAMLEE AWANG MURSHID)



0 Comments:
Post a Comment
<< Home