Friday, November 09, 2007

HP Aku hilang

Assalamualaikum...

panjang betul kau bercerita dalam blog ni..

1st sekali aku nak kasik tau.. yang hp aku telah dikebas orang... aku nak sedih ker.. nak sakit hati ker aku pun tak tau laa.. semua bercampur sekali.. aku sayang sangat dengan telefon tu.. banyak sangat kenangan antara aku ngan tunang aku dengan hp tu.. aku sayang sangat.. walau pun dah cabuk dan tak hensem hp tu... tapi aku sayang sangat.. sakit ati aku memikirkan orang yang amik hp tu.. geram sesangat....

sekarang ni secara tak langsung aku nak ler bagi tau kau.. yang skang ni aku dah tukar no.... so kalau aku tak call atau aku tak bg msg ker atau kau bg msg aku tak jawab tu bukan bermakna aku dah taknak cakap atau nak kawan ngan kau.. kau pun pepaham jer laa kan.. skang ni aku dah beli no baru.. hp pun aku guna hp tunang aku.. sebab dia kata dia nak beli hp baru... so daripada dia pakai 2 hp.. baik dia bagi aku.. yelaa nak bagi sapa lagi kalau bukan tunang sendiri.. betul tak? uhuuuh.... aku tak simpan no sesapa pun dalam tepon tu.. so aku nak ler minta balik no tepon kau.. uhuhuhuh...

andai kata kalau kau dah terbaca blog ni dan kau dah salin no aku.. kau padam laa balik no tepon aku.. bak kata kau.. blog ni di publishkan pada orang ramai.. uhuhu.. kang glemer plak no tepon aku.. heheheh... apa2 aku akan cita on the phone jer la.. ni no baru aku.. 013-3388307

Friday, September 14, 2007

Selamat Berpose...



Assalamualaikum…



Ko pa khabar? Aku khabar baik jer… terima kasih lah sebab still hantar blog kat dalam blog kita ni. Aku pulak yang dah lama tak sumbangkan cerita dalam blog kita ni ek? Macam biasa lah aku dah baca cerita ko ni tapi xada masa nak publish blog yang aku dah taip ni kat internet jer. Aku bukan macam ko, company sponsor..huhu. Sekarang ni aku beli laptop 2nd dengan harga half thousand jer (aku rasa aku dah bagitau kot), kawan aku bawak dari jepun lagi. Tu yang nak belagak ngan ko ni… haha… jangan jealous… Dia keje kapal boleh lah melancong sekali negara orang. Kekadang aku nak melancong negara orang macam dia tapi seronoknya time turun kapal jer, bila naik kapal tu yang bosan tu… kene keje beb. Anyway kalo ada duit aku gi Kota Mekah jer kot... hehehe... Tunaikan haji.



Dalam blog ko yang lepas, aku dapat tahu yang ko sedang bersedih. Style ko ni sama macam ex-gf aku. Takper ar… jangan lah bersedih sangat. Ko banyak berfikir tu aku rasa. Aku rasa banyak brehat oklah tu. Al-maklumlah anak buah kesayangan bos (kalo tak, no wonder la dapat penghargaan pekerja terbaik/jarang cuti)… hehehe. Lebihkan rehat tapi jangan lebihkan mengular macam aku…hehe.



Aku pun sedih gak bila ko kata pasal kesinambungan persahabatan kita ni. Aku harap ko jangan bersedih sebab ia pasti berlaku jika Tuhan berkehendak ia berlaku. So selagi Allah beri kita peluang dan ruang ni kita teruskan sahaja. Sekarang ni aku lebih suka redhakan apa yang telah berlaku pada diri aku sebab sesuatu perkara yang belum berlaku itu lah yang mesti aku concern kan terlebih dahulu. Bak kata orang, “Cerita hari ini belum tentu dapat mengubah semalamnya tapi esok mungkin dapat diubah dengan cerita hari ini”.



Aku ada tulis satu ayat kat dalam Forum budak kelas aku... “Walaupun kesedihan tidak boleh lari dari menghantui hidup kita, namun kita harus berterima kasih kepada kegembiraan kerana ia begitu bijak mengambil tempat di dalam hati kita. Oleh itu, bergembiralah kita sebagai tanda terima kasih kita kepada Pencipta kerana dapat kita merasa kesemua perasaan tersebut dengan percuma.” Hehehe... macam nukilan A.Samat Said tak.. hahaha.



Aku rasa banyak yang nak aku tulis dalam ni, ko dah tau... so aku tulis gak lah walaupun ko dah tau... bak kata ko, aku peduli apa... tekak aku... huhuu... 1st, Mak aku dah tunaikan umrah ngan Pak Ngah aku, maybe Isnin balik kot (16hb Sept 2007). 2nd, Sebelum mak aku nak gi tunaikan umrah... mak aku kene sakit mistik sebenarnya... penyakit lama dia datang semula... (kene buatan orang, jin dok menumpang badan mak aku dan banyak lagi lah dan macam2 lagi). Takpe nanti aku buat satu perenggan untuk cerita ni… 3rd, Bila tang bulan Ramadhan teringat bazar Ramadhan (sedih aku sekarang ni).. Maklumlah, sejak sekolah menengah lagi aku dah selalu tolong parent aku jual kuih. Actually, sedih teringat kat Arwah sebenarnya. So lepas ni maybe dah tak turun berniaga lagi kot dan ia akan terus jadi kenangan terindah buat aku. Aku akan rindu ia dalam diri aku. Tahun lepas lah yang terakhir. 4th, Best dapat no tel ko... tapi yang paling bestnya dapat bebual ngan ko secara live gitu… “Azah live in Phone Calling”… hahaha. Sorry bro.. saya tak bermaksud nak kacau tunang bro… (Kene stand by mana tau fiance ko baca blog ni ke kan).. Aku rasa tu lah tajuk2 yang aku nak bincangkan ngan ko sebenarnya tapi aku amik mana yang sepat je lah..



Pasal penyakit mak aku… Sejak arwah ada lagi, mak aku selalu sakit2. Sama ada sakit2 yang nampak dan sakit2 yang tak nampak(ghaib). Aku terus pada cerita yang suspen jer lah. Lepas Arwah pergi, mak aku macam tak selesa jer duduk rumah sorang2 dan selalu katanya sakit bisa ulu hati. Sibling aku ingat sakit biasa lah.. lepas kak long aku bawak lah mak aku tinggal ngan dia kat J.B,maklum lah tinggal sorang. Kak long aku ada cerita yang mak aku ada 2,3 kali nampak kelibat orang. So, kakak aku yang kat K.L bawak lah berubat kat K.L sana. Ada nampak lah perubahan sikit. Ustaz yang mngubat tu ada lah gak jual CDs ayat2 untuk menghalau jin dan syaitan (mak aku beli 2 CDs). Lepas tu balik la semula rumah kak long aku. Then, mak aku selalu pasang CDs tu. Mak aku selalu gak buat air penawar bacaan ayat Al-Quran just guna radio jer(lepas pasang CD tu). Kata Ustaz tu, CD tu boleh digunakan untuk tujuan itu (info dalam CD tu pun tulis macam tu gak).



Selang beberapa hari, mak aku dapat offer dari pak ngah aku yang nak ajak mak aku gi tunaikan umrah sama ngan dia. Tapi mak aku kata takde duit. So disebabkan pak ngah aku kata nak belanja... mak aku tak lah menolak. Just pembayaran tabung haji jer yang pakcik aku sponsor, bayaran2 lain untuk kelengkapan dan duit belanja... adik-beradik aku lah yang sumbang sikit2.



Mak aku pun excited lah nak buat persiapan dari segala segi. Tapi pada satu pagi selepas dengar CDs yang dibeli kat ustaz tu. Mak aku mula meracau sorang2. Dia cakap “Jangan kacau aku, pergi lah, aku tak suka, aku tak nak”. Kak long aku mula risau, maklumlah cuma dia ngan anak2 dia jer tinggal kat rumah (husband dia gi keje). So, pak ngah aku datang dan bawak plak mak aku tinggal ngan dia. Still tak ada perubahan. Kata mak aku, dia nampak arwah nyai aku kadang2 dia nampak orang tak ada muka. Pak ngah aku pun bawa brubat. 3 hari berubat tak berkurang (aku rasa silapnya bawa kat tmpat orang berubat guna cara menurun dengan istilah orang kayangan). Masuk hari keempat meracau lagi, nak berubat kat tempat biasa area B.Pahat tak buka plak. Kemudia call plak kat tempat lain dan dapat infomation terus gi Kota Tinggi. Berubat ngan Wak dari Tanah Seberang. Alhamdulillah sembuh sepenuhnya (cara berubatnya pun tak banyak mencurigakan sebab tak guna asap atau something sebagai parewang). Mak aku dah tak meracau sampai sekarang tapi still sakit bisa ulu hati.



Selang beberapa minggu kak long aku mintak tolong aku bawak gi jumpe ustaz kat B.Pahat (Ustaz ni dah lama tolong parent aku sejak arwah ada lagi). So dah kira tau lah jalan cerita sakit mak aku ni. Bawa ke sana pun sebab nak tau kat mana silapnyer lagi. Tapi Ustaz tu kata banyak sakit yang zahir berbanding sakit yang batin. Dia minta mak aku jangan banyak berfikir sebab boleh akibatkan hati mak aku bertambah bengkak. Berkenaan sakit batin plak, dia cakap dia akan bantu kemudian. Aku masa tu macam nak tahu lagi tentang sakit mak aku dan terus ajukan soalan kat ustaz tu. Aku kata sebelum ni, mak aku ada berubat kat tempat lain dan cara perubatannya dengan cara menurun.



Aku tanya lagi kat ustaz tu, betul ke perbualan dengan arwah ayah aku berlaku masa berubat ngan orang yang berubat secara menurun tu sebab perkara yang dibualkan seakan2 tepat walaupun dengan jasad yang berbeza. Tapi jawapan ustaz tu menyebabkan aku sedar semula, mungkin family aku terlalu rindu kat arwah menyebabkan perbualan yang ditiru oleh jin itu dianggap benar2 berlaku. Ustaz tu kata,



1st)dalam kalam Allah ada memberitahu bahawa jin boleh menyerupai pelbagai kecuali rupa Nabi Muhammad dan jin pada satu ketika pernah mengetahui rahsia Allah kita pintu langit tidak dikunci dan mujurlah Allah lebih mengetahui daripada apa yang akan berlaku sebab tu dengan alasan menyeru nama Arwah kononnya dia boleh memanggil roh Arwah,



2nd)roh orang yang sudah mati akan terpisah dari dunia dan dikunci yang mana tidak diizinkan kedunia tanpa izin Nya. Jangan mudah mempercayai yang berlaku tu tanpa syarat2 tertentu sebab kesesatan tu boleh datang dengan pelbagai cara,



3rd)cara berubat dalam keadaan yang tak sedar atau separuh sedar, tak diterima Allah dan keadaan ini sama seperti bersolat dalam keadaan mamai atau separuh sedar amat tidak digalakkan kerana boleh mengundang unsur2 jahat.



Disebabkan ruang yang terbatas hanya ini jer lah aku dapat berkongsi dengan ko. Aku rasa ini sudah cukup membuatkan kita insaf dan sedar akan kekuasaan Allah. Kalo nak diikutkan banyak gak aku bertanya kat ustaz ni.



Lepas tu, ustaz tu kata... orang yang menggunakan parewang memang lebih mentaksubkan so no wonder ramai orang datang berubat tapi perbezaan antara yang menggunakan parewang dan hanya menggunakan ayat Al-Quran adalah dari segi mustajab doanya kepada Allah. Kenapa perlu orang perantaraan sedangkan kita diberikan kelibahan yang tinggi daripada semua makhluk memohon pertolongan kepada Allah. Sebab tu orang2 yang alim pada pandangan Allah begitu tenang dan tiada rasa takut untuk membantu walaupun sanggup mengorbankan nyawa sendiri. Eh, apa ntah aku mengarut ni.. tapi harap ko paham apa yang nak aku sampaikan.
Keadaan itu menyebabkan aku lebih sedar dari dulu. Alhamdulillah. Then, mak aku sekarang just mengamalkan minum susu kambing dan banyak berehat dari memikirkan perkara yang merumitkan bagi hati dia tak bertambah rosak. Doakan lah sama agar kesihatan mak aku bertambah pulih. Aku percaya senjata orang mukmin adalah doa tapi ramai dikalangan manusia sekarang tidak yakin dengan kemampuan doa kepada Allah disebabkan amalan hidup diorang yang penuh dengan dosa menyebabkan doa mereka tidak setajam dulu.



Oklah berkenaan cerita ko plak. Aku tak suka ko bercerita dalam ruangan ini sebab sekarang ni blog kita dipaparkan dikhalayak umum. So mesti ada yang ko tak berani nak cerita kat dalam ni. Anyway kalo ko nak berkongsi prob ngan aku boleh tapi bila ko call aku jer aku nak ko anggap aku ni macam satu-satunya kawan yang ko ada kat dunia ni dan bukan macam makhluk asing dari planet marikh. Sampai kat sini je lah yang dapat aku kongsi cerita ngan ko. Untuk selanjutnya tunggu next issue... hehehe. Akhir kalam Selamat Menyambut Awal Ramadhan. Harap jangan berpuasa lapar jer, mesti berpuasa untuk semua perbuatan yang boleh mendatang dosa. IsyAllah... Assalamualaikum Wbt.



1. Gambar ni adalah ketika menyambut hari lahir mak aku yang ke-59th. Kelakar tengok anak sedara aku, siap pegang sudu lagi nak makan kek.



2. Ni adalah firman Allah yang aku mesej kat ko hari tu sebagai rujukan.
bye......

Monday, August 06, 2007

aku tengah meroyan

jeff...

apa kaba? kau ok ker sekarang? aku risau jugak dengan sahabat aku ni.. dengan keadaan yang macam ni.. macam-macam boleh berlaku.. aku taknak laa kehilangan kawan baik aku.. aku sayangkan kau.... mana aku nak cari kawan sebaik kau ni lagi.. uhuhuh... ( ini puji betul ni bukan ada makna.. hehehe)..

actually sebelum ni aku ada post yang aku tengah meroyan.. dan aku tak tau laa kau sempat baca ker tak.. huuhu.. aku betul2 sakit hati time tu.. aku siap letak no phone aku lagi untuk kau call aku.. sebab aku nak bercerita dengan seseorang pasal masalah aku ni.. tapi entahlaa segan pun ada nak suruh kau call.. hehhe.. hampir 4 tahun kita berkawan di cyber.. aku takut aku menglabah plak nak bercerita dengan kau melalui phone.. tapi aku still akan letak no phone aku pada last cerita ni nanti.. itu pun kalau kau sudi nak cakap ngan aku.. kekeke....

masalah aku bukan apa pun.. mungkin aku terlampau emosional kot atau pun aku ni bodoh kot.. aku pun tak tau laa jef.. mungkin ini hanya laa masalah yang bagi orang adat dalam bercinta.. tapi jauh disudut hati aku.. aku sedih dengan apa yang berlaku.. terlalu sedih... tapi tidak laa sesedih kau yang kehilangan orang paling kita sayangi dalam dunia ni.. iaitu parents kita..

itu laa kekadang aku nak cerita time2 camni.. aku pk2 kau lebih sedih dari aku.. apa sangat laa masalah aku ni berbanding dengan masalah kau.. aku paham.. itu pasal laa bila aku pk2 balik .. aku takmo menyesakkan masalah aku ni dekat kau.. tapi itu laa.. namakan manusia.. aku ni.... selagi tak cerita masalah aku atau berkongsi masalah dengan kau.. maka tak lengkap pula title bord kita ni.. " Seisi Luahan Rasa" hehehe.. takper laa aku nak cerita jugakk. tapi aku taknak laa kau anggap masalah aku ni serius untuk kau.. aku sekadar nak meluahkan apa yang aku luahkan...

apa yang aku ceritakan pada kau ni.. tak lain dan tak bukan masalah aku dengan bf aku ler.. entahlaa.. aku cukup sedih dan amat terkilan dengan apa yang dia buat pada aku.. apa lagi kalau bukan dia main kayu lapan dengan aku.. kekadang aku pk.. apa sebenarnya dia hendak dalam perhubungan aku dengan dia.. adakah aku ni masih ada kekurangan dimana ada pada perempuan lain? entahlaa... mungkin dari segi rupa.. aku mengaku aku ni tak lawo.. huduh plak tu.. tapi cumel tu ada laa.. kekekek.. tapi itu ker yang dia hendak selama ini.. hanya kecantikan.. kalau aku pk.. dia nak lawa.. macam laa dia hensem sangat.. macam brad pit ker. sapa2 laa yang kau pk hensem dalam holywood tu.. kalau dia hensem aku takda hal punya kalau dia nak cari yang lebih cumel dari aku.. (cumel laa sangat.. ehhhe)..

semua ni berlaku masa 30 Julai 2007 ( aku akan ingat tarikh ni ) masa tu aku amik cuti.. dari keje aku yang mentensenkan aku.. aku amik cuti semata2 aku nak spendkan masa aku ngan dia.. aku nak release tensen aku.. aku nak bergumbira bersama dia.. aku ni lepak laa kat kedai dia ( dia sekarang bukak cc.. aku pernah cita kot).. aku bukak laa satu forum ni.. forum ni dia yang buat.. dia invite orang dan post laa kat situ.. aku jarang masuk situ.. si aku ni bukak laa.. dia ada cita.. dia kata dia ada kakak angkat dan kawan baik ( perempuan) dalam forum tu.. so aku nak laa berkenalan dengan dua orang yang dimaksudkan tu.. dia mati2 taknak aku kenal dengan diorang.. macam2 alasan dia bagi kat aku.. itu laa ini laa.. ok laa fine aku kata.. aku kata bukak laa YM aku nak tengok di berborak ngan dua orang yang dimaksudkan itu dalam YM .. dia pun bukak laa.. tapi entah laa ALLAH itu nak aku tau kot.. masa dia masuk YM tu.. dia nak masukkan pasword.. tapi dia tertaip passworkan kat user name.. so aku sudah nampak laa. pasword dia gabungan nama dia dengan "kawan baik" dia tu... aku diam lagi.. aku boleh sabar lagi.. dia kata budak perempuan tu ada bagi lagu kat dia.. so aku nak bluetooth laa lagu tu dalam hp aku.. dia macam menggelabah.. dia nak buatkan.. aku kata aku nak buat sendiri.. aku amik hp dia.. aku pun bluetooth.. time aku bluetooth tu.. secara spontan dia suruh aku tengok msg dia.. kekonon macam jujurlaa tu... dia takut aku tengok msg dia sebelum dia suruh tengok.. dia kata budak perempuan tu ada bagi msg.. aku diam jer.. tak cakap apa.. aku baca... hati aku jadi panas sesangat...

pastu aku geram aku cakap ngan dia.. kenapa budak perempuan ni bagi msg camni.. dia tak tau nak cakap apa... masa tu hati aku membara yang amat sangat.. aku cakap ngan dia.. yang kakak angkat dia tau tak pasal aku.. dia cakap tak tau.. aku dengan tenang lagi.. aku cakap kenapa tak bagi tau.. dia diam jerk.. aku cakap ngan dia.. samaada aku yang nak bagi tau "kakak" dia tu atau dia bagi tau.. dia diam jerk.. aku sakit hati gila.. bila aku tanya kenapa selama ni tak cerita kat kakak angkat dia pasal aku.. kau tau dia jawab apa.. dia takut "kakak" dia bg tau budak perempuan tu.. dan dia akan terlepas budak tu.. dia dah sayang kat perempuan tu.. aku dengar laa jawapan dia tu.. aku rasa.. ya allah .. memang aku dah tak leh nak terima sesangat.. aku rasa aku nak jer tampar dia kuat2.. tapi aku tak laa buat camtu.. aku nangis jer laa.. gila babi punya nangis.. tak hengat punya.. kekeke.. entahlaa kalau nak cerita kat sini macam2 cerita laa.. tapi semuanya menyedihkan aku.. aku tak kisah dia nak ada hubungan pun dia budak tu,.. tapi aku pantang ditipu.. kalau dia cakap awal2.. aku leh terima.. kalau itu yang dia hendak.. kalau itu yang membahagiakan dia.. tapi dia tipu aku.. dan paling aku terkilan.. dia cakap dia pernah jumpa pompuan tu di kuantan.. dan tarikh dia jumpa itu ialah tarikh aku ajak dia pegi beli barang tunang kitaorang.. ya allah aku sedih sangat.. dia bagi alasan ada kenduri kat umah sedara dia.. rerupanya dia jumpa pompuan tu.. aku terkilan sesangat.. dia tipu aku banyak benda... banyak sangat.. aku tak tau laa.. patut ker aku maafkan dia..

sekarang ni aku dah berbaik.. tapi jauh disudut hati aku.. aku sedih yang amat sangat.. dah hilang kepercayaan aku pada dia.. hancur hati aku.. aku baik ngan dia pun aku pk tentang mak aku.. aku taknak mak aku sedih dengan apa yang berlaku dengan kitaorang.. sebab mak aku laa paling gumbira dengan pertunangan ni.. aku taknak sesekali kecewakan hati mak aku.. aku tanggung benda ni sorang2..

sekarang ni aku cuba pupuk balik sayang aku kat dia.. tak tau laa.. kalau dia ulang balik.. maybe aku tak leh terima.. entahlaa.. sekarang aku berserah saja pada allah.. apa saja nak jadi.. jadi laa..

ok laa jeff.. aku nak bagi no phone kat aku.. pepahal kau call aku laa.. ada cita lagi.. tak sempat aku nak cita.. uhuhuh

0132809272 - aza

Thursday, July 12, 2007

Doa aku sentiasa mengiri kau..

waalaikumussalam jef..

aku dah pun baca kisah sedih kau dan aku tau kau sekarang mungkin masih lagi dalam keadaan yang sedih.. aku tidak dapat bayangkan dan merasai perasaan kau.. dan aku rasa aku tidak layak nak nasihatkan kau lebih2 kerana aku belum pernah mengalami perasaan sedih ditinggal oleh orang yang disayangi untuk selamanya. Bukan bermaksud aku ni tak berperasaan plak.. tapi pendek kata.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.. dan aku hanya mata yang memandang itu dan bahu yang memikulnya ialah kau.. apa yang aku boleh lakukan hanya mampu doakan semoga kau tabah dalam ujian ALLAH kepada kau.. mengadulah padaNYA dan hanya ALLAH sahaja yang layak menenangkan perasaan kau dan hanya ALLAH jua yang paham perasaan kau ketika ini.. kalau kau sayangkan ayah kau maka ALLAH lebih menyanyagi ayah kau dan tidak mahu melihat ayah kau derita lama.

jeff….
Aku rasa arwah ayah kau cukup bangga dan bertuah dapat anak yang patuh dan sanggup bersamanya ketika dia memerlukannya. Kau melakukan tanggungjawab sebagai anak dengan baiknya.. aku sedih dan kagum dengan cerita kau yang menjaga ayah kau.. dan aku rasa kau memang seorang anak yang tabah, dan selalula sedekahkan doa kepada bapa kau semoga dia aman disana. Insyaallah doa anak yang soleh adalah harta paling berharga disana.

Aku nak kau kuatkan azam dan semangat.. dan kau masih ada tanggungjawab untuk menjaga ibu kau.. yang pergi tetap pergi yang ada ni laa yang perlu jaga,. Aku mengingatkan pada diri aku juga.. supaya menghargaila semasa ianya ada.

Dan sekiranya kau dalam keadaan tertekan atau sedih atau apa jua dan kau rasa malu untuk menceritakan kepada kengkawan ‘life” kau .. kau boleh cerita dengan aku.. kawan cyber kau dunia akhirat ni…

Maaf laa aku tak dapat beri support kau melalui cara lain. Hanya cara penulisan sahaja yang mampu aku berikan. Dan aku doakan kau tabah..

Salam…….

Tuesday, May 08, 2007

Azah... Aku sedih sangat...

Assalamualaikum Azah....

Sebagai pengetahuan ko…aku terpaksa padam dan edit balik ayat berkenaan sakit ayah aku untuk apa yang telah aku tulis dalam blog kita ni… sebenarnya aku tulis cerita aku sikit2 dan aku simpan dalam draf blog kita tapi aku tau ko tak perasan…. Oklah aku rasa ko pun tau kan sepanjang kesibukkan aku sehingga tak penah2 aku tak sempat nak tulis dalam blog kita ni dalam beberapa bulan ni adalah disebabkan kesihatan ayah aku tak berapa baik. Sampai kekadang aku tak dapat nak fikir benda lain sebab bagi aku kesihatan orang tua aku adalah lebih penting daripada yang lain. Aku kalo boleh nak tolong ayah aku yang sakit ni bukan dengan sebab dah giliran aku menolong ayah aku tapi memang memasang niat bahawa membantu ayah aku ni adalah tanggung jawab aku sebagai seorang anak.


Nak dipendekkan citer.. ayah aku telah pergi ke Rahmatullah pada 26 April 2007 (Khamis) pada waktu tengah hari… Dalam usia ayah aku 59 tahun, aku rasa agak terlalu awal untuk mempercayai yang ayah aku telah pergi mengadap Tuhan yang menciptanya. Kekadang aku rasa macam baru semalam aku duduk berbual dengan arwah. Memang betul kata orang, bila ada depan mata mestilah tak rasa rindu tapi sekarang dah tak ada barulah perasaan rindu itu menghantui.. kekadang terbayang arwah dok sebelah seat driver kereta aku sambil tersandar menanti kereta aku sampai ke tempat rawatan. Mak aku ada bagitau, rawatan yang selalu dilakukan sekadar memuaskan hati ayah aku sahaja sebab kawan ayah aku (Dr. Ahmad) ada kata yang penyakit barah ayah aku dah ketahap kritikal. Apa yang boleh dilakukan cuma memberi ubat tahan sakit dan cucuk air glukos jer… Sedih aku memikirkan kembali.


Kekadang terngiang suara ayah aku dicuping telinga aku ni meminta aku memicit kepalanye yang sakit akibat barah otak yang menolak2 akar otak nyer. Nasib baik lah aku tak pernah menghampakan setiap permintaan ayah aku walau pada masa tu aku ada kerja lain untuk dilakukan, kalau tak mesti aku akan terkilan sampai sekarang. Pernah satu ketika aku nampak ayah aku cuba mengikat kepala nyer dengan tali pinggang tapi nasib baik aku terjaga dari tidur terus aku bertanya sama ada dia nak aku urut kepalanya tak. Sudah tentu dia tak menolak pelawaan aku sambil memberitahu nikmatnyer terasa walaupun kepala masih lagi sakit ketika diurut. Aku tak dapat nak gambarkan kesakitan yang dia alami walau pun arwah tersenyum sambil kening berkerut2 (tak aku sangka kerut keningnya mengambarkan kesakitan yang amat sangat… MasyaAllah…).

Dulu masa arwah terlantar sakit, mata dia selalu berair macam air mata dan bila ditanya kepada arwah kata nyer dia sedih tapi bila dirujuk pada doctor. Doktor cuma membisu jer. Tapi mengikut renungan aku ketika aku sendirian selepas arwah menghembus nafas terakhirnyer, ada betul apa yang dikatakan arwah ketika air mata nyer mengalir dahulu. Arwah ada kata dia baru berumur 59 tahun tapi dah tak kuat. Aku rasa sebab itu datang kesedihan dalam diri arwah ketika dia terlantar sakit. Kadang2 aku sedih sorang2 memikirkan hajat arwah untuk mengerjakan haji. Sedih sangat bila dikenang2 semula kisah arwah yang penuh kepayahan. Oleh sebab tu aku harap sangat agar aku boleh menjadi anak yang soleh sebagai harta yang boleh digunakan arwah disana.. mampukah aku? Perkataan itulah yang selalu diselangi dengan hasrat aku itu terhadap arwah. Dengan berkat doa orang yang berada disekeliling aku, InsyaAllah … Kau doa2lah semoga kawan kau ni menemui Makna sebenar dalam hidup ini…

Pada hari Rabu malam Khamis itu juga aku dihinggapi demam yang memaksa aku separuh hari jer keje malam. Semuanye macam memberi penanda yang kuat tapi aku boleh tak sedar dan menganggap demam aku ni sekadar demam2 biasa. Tapi pada tengah hari Khamis (sedang aku berselubung kesejukkan)… dengan 1 panggilan dan 2 mesej telah cukup memberi impact yang besar sekali lagi dalam hidup aku. 1 panggilan dari adik aku yang menyampaikan pesan mak aku supaya segera pulang sebab ayah dah nazak, dalam bersiap2 untuk pulang ke kampung.. mesej pertama mengatakan yang ayah tak bernafas tapi mesin degupan jantung still berfungsi tapi selang 15minit kemudian aku mendapat mesej terakhir yang “Ayah dah tiada”… Aku macam caya dengan tak percaya pada tika tu still buat macam tak ada apa2, mungkin juga disebabkan badan aku still lagi lemah akibat demam. Keadaan aku masa menerima mesej yang terakhir seperti macam menerima berita kematian orang yang aku tak kenali.. aku tak tau kenapa aku begitu tenang tanpa rasa sedih walau sikit pun. Walaupun aku tiba awal daripada kakak aku yang bertolak balik dari K.L, aku sengaja tak pergi tengok jenazah arwah di ruang tamu.. aku takut aku tak sanggup menerima kenyataan. Perasaan aku yang tenang tak kekal lama hinggalah tetiba jer air mata aku keluar dengan sendirinye bila melihat jenazah arwah di depan mata dan tangisan itu macam tidak tertahan bila aku memberi kucupan penghormatan untuk kali yang terakhir.. pipi bertemu pipi.. sesungguhnyer hati aku sedih sangat macam tak boleh ditahan dan macam tak menghiraukan pada orang sekeliling yang melihat… sedih sangat… Disebabkan ego sebagai lelaki, ego selaku pakcik kepada anak2 sedara aku.. aku paksa untuk tidak terus dihantui dengan kesedihan sambil mengesat air mata sendiri.. aku tahu ramai mata yang memandang..

Dengan semangat yang kuat aku pegang, aku angkat dan aku pikul jenazah arwah bersama2 sedara2 yang lain untuk dibawa arwah untuk dikebumikan. Dan sekuat mana kuderat yang aku keluarkan ketika mengusung arwah begitu kuat juga kata2 arwah aku pegang hingga hari ini, bak kata orang masa ada di depan mata katanye dianggap nasihat biasa tapi arwah sudah berada dipusara barulah kata nasihat menjadi amanat yang menjadi kenang-kenangan..

Aku rasa cukup lah sampai kat sini untuk aku tamat cerita sedih aku sebagai tatapan ko sebagai kawan aku.. aku tak sanggup nak cerita dan kenang arwah lama2.. Nampak sangat aku tak rela kan pemergian arwah… sebab tu tiap kali aku teringat kat arwah, aku sentiasa sedekahkan arwah al-fatihah sebagai hidangannye di sana. Kekadang aku terfikir.. arwah makan cukup ke kat sana membuatkan aku sedih dan terus sedekahkan seberapa banyak pahala untuk arwah. Aku lagi rela arwah pergi daripada melihat arwah hidup dengan menanggung kasakitan melawan penyakit..Marilah kita sama2 doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama2 roh orang yang soleh… Al-fatihah… Sekian… Wassalam…


Gambar arawah pada 1hb April 2007.. Aku sendiri yang jadi photographer... Tak sangka ini yang terakhir menjadi kenangan aku..










Monday, May 07, 2007

Semoga Kau Tabah

Assalamualaikum….

Hmm…. Aku nak ucapkan takziah kepada kau. Diatas pulangnya ayah kau ke rahmatullah. Dan aku tau kau sekarang masih dalam mood sedih diatas pemergian ayah kau. Aku minta maaf sebab sebagai kawan aku tidak dapat bersama disisi kau ketika kau berada dalam keadaan sedih. Walau bagaimana pun aku tetap pkkan keadaan kau, dan aku sentiasa berdoa supaya kau lebih tabah menghadapi ujian ini. Kita sama2 laa berdoa semoga ayah kau berada di kalangan orang yang beriman – amin.

Cuba kau dengar lagu ni.. sedih sangat…

http://www.youtube.com/watch?v=bFQV8vSYJik


Izinku Pergi

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalamT
inggal segala cinta
Tiada kembalinya
Abadi kasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

* Chorus
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatkuTersemat jiwa
Setia bersamanyaCinta murni berdua
Beribu tahunnyaMimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya..

Repeat Chorus: *Maafkan daku duhai kasihIzinkan Ku Pergi…

Sunday, March 18, 2007

wat's up dude!!!! :-P

assalamualaikum......

oit jeff buat apa tu? hehehe.. lama betul tak dengar kaba... ada apa2 masalah ker? ker kau masuk sibuk dengan renuion kau tu..... uhuhuhuh.. mesti gempak punya laa kau punya acara tu.. kalau ada apa yang boleh disharekan.. cerita2 laa kat aku.. ok?

hmm... masalah yang aku tulis ngan kau tu.. dah pun selesai.. bf aku dah pun membuat keputusan untuk tidak bersama dengan dia.. dan perempuan tu dah mula paham dengan siuasi kitaorang... bf aku cakap kitaorang dah nak kawen bulan ogos ni.. dan taknak diganggu.. alhamdulillah perempuan tu boleh terima walaupun dia ada mengadu kat aku.. dan dia ada juga cakap yang dia sedih sangat masa bf aku buat keputusan tu... memula dia ingat aku yang hasut bf aku suruh tinggalkan dia ( walhal.. kalau aku buat camtu pun boleh.. sebab aku ada hak) tapi lelama dia tahu yang membuat keputusan tu bf aku sendiri bukan aku... dan aku pun bukan jenis perempuan yang suka menghasut2 ni... alhamdulillah antara aku bf aku dan dia sekarang jadi kawan sahaja... harap2 ianya kekal sampai bebila... uhuhuhuh...

hmm.. masa bulan dua baru2 ni aku dirisik oleh keluarga bf aku.. so insyaALLAH bulan 10 iaitu 3 hari raya aku akan bertunang... .kalau tiada aral melintang aku nak ikat 6 bulan jerk.. taknak lelama.. maklumlaa kau pun tau kan .. bertunang lama2 ni bukan elok pun... baik aku cepat2 kan.. kekeke... macam gatal jerk aku kan.. tapi ok laa.. sekarang ni aku ngan bf aku bertungkus lumus nak mengumpul duit.. sanggup tak kuar dating semata2 nak berjimat duit.. ,ekekekeke... semoga semuanya akan berjalan dengan lancarnya... kau doa2kan laa yerk... uhuhuh.. tapi aku buat kat kampong.. ini mak aku punya cadangan.. dia kata senang.. sebab kuarga diorang kan kat kedah.. so kampong aku pun dekat2 ngan area kedah gak.. kira dekat laa diorang nak datang daripada nak datang KL.. lagi jauh.. so amik jalan tengah2.. senang cerita.. huuhuhuh…

hm… kau camnar lak jef… dah ada pengganti ker… kalau ada tu bagi2 laa tau.. huuhuh.. berkungsi berita gumbira ngan aku.. kekekke..

ok laa.. aku nak balik laa.. aku ni kat opis.. sambil2 tu aku menulis laa blog.. kalau tak takder masa nak menulis… uhuhuh.. ok

Friday, February 09, 2007

Azah Di Mana ......Azah Disini..... ehhehehe

Asalamualaikum…

Hmm.. aku ni bukan taknak tulis kat blog.. skang aku ni bizi laaa jeff.. kekadang kalau aku buat keje.. aku asyik pk nak balik jer… sebab tak larat nak buat keje.. sebabnya.. skang ni aku dah tukar division.. aku skang bahagian HR.. di telekom. So banyak betul keje aku kene buat.. banyak interview yang aku kene handle menyebabkan aku tak sempat nak buat apa yang aku suka.. kekadang email pun aku tak sempat nak bukak…
Kalau kau nak cuba apply kat telekom.. buleh laa kau bagi resume kat aku.. kau ker kawan kau ker… insyaallah aku buleh tolong arrangekan..

Kau kata banyak cerita yang berlaku… tak banyak pun kau tulis.. aku raya haji ni tak best sangat.. sebab mak bapak aku dah pegi haji.. uhuhuhh.. aku ngan adik badik aku jer raya tahun ni.. tapi kau jangan tak tau.. aku masak ooo.. uhuhuh…. Selama raya mak aku yang masak.. tapi oleh kerana keadaan darurat raya kali ini.. so aku terpaksa laa menunjukkan skill aku memasak.. heheheh.. aku masak nasi impit.. masak lodeh ngan sambal tumis ikan bilis.. uhuuh.. sedap wooo ( terpaksa puji diri sendiri)… tapi ok laa.. boleh gak laa orang yang datang umah aku untuk beraya makan-makan… tak gitu.. kira aku past laa lepas ni kalau nak kawen pun.. kekeke…

Hmm.. apa lagi aku nak cerita yerk…. Hmm… aku kalau ikut perancangan aku nak buat ekspedisi memanjat gunung ni.. tapi tak tau gunung apa yang aku nak naik lagi.. dalam perancangan macam nak naik gunung datuk ataupun gunung nuang.. tapi insyaallah benda ni akan diadakan pada tahun baru cina ni… so kalau ada nanti.. aku letak laa gambar aku yang tak cun tu.. itu pun kalau aku leh masukkan ke dalam computer ni.. tapi itu laa.. harapkan camera hp jer laa… hehehe..

Mengenai persoalan kad raya kau tu.. mana ada sampai… takder satu kad pun aku dapat tau.. uwaa… sedih ni.. tapi aku rasa cam terharu gak laa kau ada gak ingat aku nak postkan kad raya untuk aku.. kira aku berterima kasih laa kat kau.. uhuhuh…. Terima kasih…

Hmm.. lagi aku nak cita ap yerk.. hmm.. kau tau .. aku skang ada sedikit terasa dengan bf aku.. kau tau dia ada pasang satu lagi.. dia terus terang ngan aku.. dan dia juga ada bagi gambar minah tu.. hmm.. not bad… kalau banding ngan aku yang tak lawa ni kan.. kalau kau tanya tentang perasaan aku skang.. aku sedih.. dia taknak lepaskan aku.. dia kata dia sayangkan aku.. perempuan tu cacat.. lumpuh separuh badan.. dari kaki kebawah.. aku kesian plak tengok.. dan perempuan tu tak tau pun yang bf aku ni ada aku.. dia cakap aku ni kawan seofis dia.hmmmmm…………….. aku pun pernah berbual ngan perempuan tu.. kekadang aku saja jer kutuk2 bf aku pada dia.. dia marah gila.. kau tau.. sampai dia tepon bf aku dia cakap aku kutuk2 dia.. bf aku gelak2 jer laa… perempuan ni jenis sensitive gila.. mungkin sebab dia cacat menyebabkan dia mudah terasa.. dia pantang kalau ada orang kutuk dia atau orang yang dia sayang... kekadang aku rasa cam aku lak yang orang kedua dalam perhubungan dia.. sampaikan aku ngan bf aku nak cakap ngan dia perkara sebenar pun tak tau camner.. takut dia kecik hati dan takut dia buat bebukan.. aku tak salahkan.. dan aku juga tak salahkan bf aku.. semua ni secara kebetulan dan mungkin juga ujian untuk aku.. hati aku tak marah tapi lebih kepada perasaan sedih… bagi kau.. camner jeff..

Bf aku ada cakap andainya jodoh dia dgn perempuan tu panjang… sanggup ker aku bermadu??/ hmm…….. dalam hati aku berdoa jer laa supaya berjalan lancar.. dan aku tak kisah andai aku nak hidup bermadu dengan perempuan tu dan aku rasa aku pun boleh Bantu dia sesikit kerana keadaannya yang begitu.. kau mungkin akan anggap aku bodoh dan bangang kan?? Kekonon cam baik sangat kan? Uhuhuh.. tapi entahlaa.. hati aku tak sedikit pun rasa kesal kalau keputusan ini yang akan membuahkan kebahagian pada aku.. bf aku dan perempuan tu…. Kau rasa2 bijak tak tindakan aku ni… kalau ikuy hati memang laa taknak.. tapi kalau ikut hati aku yang sedalam2nya.. aku tak kisah plak.. tapi aku tak tau perkara ni sampai serius ker tidak.. dan aku juga tak tau macam mana jodoh aku ngan bf aku.. mungkin panjang atau mungkin pendek… wallahualam.. moga2 akan berakhir dengan baik semuanya.. kau pun doakan laa sama yerk jeff.. tapi kalau kau taknak doakan pun takper laa.. aku tak marah pun..

Ok laa aku rasa sampai sini jer laa cerita aku setakat ini,… aku pun tak tau nak tulis apa lagi…. Ok laa jeff.. cau cin cau..

assalamualaikum

Tuesday, January 30, 2007

Azzah2x where r u....

Asskum...

Azah.. ko dimana...? (ko jangan cakap A.C disini plak)... apsal lah ko menyepi diri ni... anyway... selamat menyambut new year (Maal Hijrah 1428) serta hari asyura 10 Muharam (29 Jan 07) semalam... aku puasa tau semalam ... itu pun tuan punya nama (nama nyer sama dengan hari tersebut... ehem..ehem..) yang ingatkan kebesaran pahala semalam jika kita berpuasa& mengusap kepala anak yatim... ko nak tau nanti request balik kat aku... hehehe

I still waiting u... wassalam... semoga ko bahagia di sana... :)

Tuesday, January 09, 2007

Aku takkan lupa kat ko...

Assalamualaikum azah...

Aku harap ko tak lupa kan aku ar... sampai raya Qurban, awal tahun dan banyak lagi perkara yang sepatutnya aku ucapkan dalam blog ni tak aku samapaikan atau ucapkan kat ko...

Sorry sesangat dan ko plak apa citer... memenatang aku dah tak bukak jangan lah ko sepikan lagi suasana blog kita ni... tapi tak per lah... ko pun ada hubby yang nak dilayan kan...

Sebenarnya sebagai pengetahuan ko... ex-gf aku sejak 2 menjak ni kerap berbalas mesej ngan aku... tapi aku tau dia terhutang budi terhadap aku sebab bagitau dia yang rumah dia dilanda banjir hari tu kat yap tau sah, kluang, johor... masa tu hujan baru turun tanpa henti selama 3 hari jer (berita pun belum war-warkan lagi)... so aku menjadi wartawan tanpa bayaran lah untuk dia... aku simpati kat family dia dan dia pun tak tau mengenainya sebab sekarang dia keje kat bangi (kat MOPB)... ko tau tak short form MOPB tu apa kalo MUPB boleh lah aku teka (M=Majlis U=? P=Pembandaran B=Bangi)... kalo tau ko bagi tau aku ar... hehehe..

Tapi ko jangan bimbang sebab aku faham kenapa dia sanggup berbalas mesej ngan aku... maybe dia bersalah dan dengan cara itu lah dia dapat kebalikan perasaan seorang sahabat macam kau berbalas blog ngan aku... kekadang aku plak yang sedih bila fikirkan hubungan aku yang dulu akan berubah menjadi kenangan dan terpaksa diteruskan sebagai seorang sahabat sejati... "Ya Allah berikanlah kesabaran dan ketabahan pada aku terhadap segala ujian Mu.. Ya Allah".

Anyway hope ko still tak lupakan aku... Aku sebenarnya nak tanyer ko... hari tu aku ada bagi kad raya kat ko... ko dapat tak?Aku nak tanyer dah lama tapi segan plak... hehehe..

Pasal reunion aku ni still dalam perancangan tapi tempat dah tau...ingat nak buat kat PD tapi aku serahkan tugas ni pada kawan aku (Bekeh). Thanks Bekeh...Tapi disebabkan lama sangat kawan aku (Bekeh) buat keje, ramai kawan2 dah tanyer aku bila nak buat reunion (bcoz aku ni yang war-warkan nak reunion..hehehe) membuatkan aku terpaksa bertindak sendiri sekarang (Dengan gaya cicak-man... ).

Hari ni still hujan dan aku halfday keje hari ni sebab nak balik kg untuk uruskan smthing...lepas tu nak balik ke jb nak jumpe kawan aku kat skudai sebab dia nak sambung biz aku yang lama aku tinggalkan. Prepaid! prepaid! 2x ...hehehe...

Oklah Miss u friend....u tak miss i ker...hehehe...Wassalam...