Happy New Year 2005.....
Assalaaaaamualaikum..
Apo koba kek ko sano. Sihat atau bersemangat (gemuk) al-sebab makan over load time raya yang dah sebulan berlalu. Aku meminta maap sesangat kat ko sebab lama menunggu aku menjenguk blog kita ni. Kau pun tahu kan aku raya sebulan...ehhem.. so kene lah raya sebulan... hehehe. Jangan marah ha. Sebenarnya aku dah baca updated blog ko ni dari raya pertama lagi tapi tak sempat nak memerah otak and tak berdaya menaip key board komputer ni yang banyak giler sebab setiap masa aku dipenuhi dengan jadual beraya yang ketat bersama peminat. So ko kene paham aku sebagai dan merangkap very important personal. Semua ni reason atas alasan kelewatan aku membalas blog yang kau hantar (takut beb sebab ko dah angkat kening the rock.. kalo kening ziana zain aku makan lagi).
Kalo kekadang aku nak ketawa pasal cerita ko ni sorry ha... aku tak boleh tahan sampai tersenyum santa clauz... ho..hoh..hacum (terbatuk plak). Ko nak tau pasal apa.... pasal ko tempah baju kurung last minute. Kau ni pun macam tak paham pulak , baju ko tu bukan nyer kecik macam anak sedara aku yang setahun dua tu. Dah tentu masa memotong, masa menjahit makan masa and distance yang jauh nak disiap. Nanti kalo kelam kabut karang ada yang lengan baju orang lain ter ball joint(bahasa automotive) dengan baju ko, so disebabkan makcik tu tak nak tragedi berulang lagi kali keberapa entah dalam hidupnye sebagai tukang jahit maka adalah lebih baik dia tolak mentah² tempahan baju ko.
Value dari cerita ko ni : Jangan membazir sebab baju lama masih ada so kita harus bersederhana dalam apa jua perkara.
Itu cerita ko tapi cerita aku lain plak gaya nyer. Aku tahu kalau benda² bertempah garenti punyer tak boleh dapat kalo time² last minute. So aku just beli yang dah siap segala equipment raya aku ni. Tapi satu jer benda membuat kelengkapan aku tak sempurna untuk beraya tahun ni. Ia itu kasut atau orang lama kata 'sepatu'. Yang peliknyer aku dah pergi 2 daearah untuk membeli barang yang aku wanted sangat ni tapi apo yang dio kato kek aku, engko nak tau..."abang... stok saiz yang abang nak ni dah habis lah bang". Kalo satu jenis kasut jer aku tanya kat kedai yang sama tu tak apa ni sampai dua tiga jenis aku tanya dia pun masih kata benda yang sama kat aku. Mungkin disebabkan tak nak aku bertanya semua jenis kasut kat kedai tu dia pun kata kat aku dengan gaya dukacita nyer tersendiri... "abang... sekarang ni kasut yang tinggal ni semua saiz ** jer tapi kalo saiz yang abang mintak tu minta maap bang dah habis". Disebabkan 2 bandar aku cari tak ada yang tesangkut menyebabkan akhirnya aku pergi kedai just tanyer saiz kasut dulu pada kasut yang aku berkenan. Ko tengok macam tu dahsyat cite aku. Mental aku betul² confused dan tercabar. Last² aku terpaksa menggunakan tele hayat kepada penonton (kawan² aku yang ada sama memeriahkan acara membeli ni). Yes... Yes... akhirnya dapat juga aku melangkah ke masjid dengan gaya ala hero filem the matrik (pergerakkan slow motion) denga seliper bertumit yang lebih cantik berbanding kasut wanita dan lebih lembut daripa capal (seliper kulit bersalut coklat... warna nyer jer coklat). Jeng... jeng.. jeng.
Ooo.. apa barang balik Johor..yeork. Hei Chek Bedoh..yeork. Kome ni tak payoh ler nak belagok dapat balik Peghrok (Perak) sane tue. Sayer... tak jealous benor pengangkuwea Chek Bedoh yeork tue. Walupun sayer orang Penghrok nie. Tapi Johor ni benornyer macam² barang ader. Asspecelli, pakwe²nyer benor² hensem. So tak payoh ler ragu² nak jengok sedare-maghe kat Johor nie. Maghi ler sayer bawok Chek Bedoh.. yeork balik kluang... Upsss... kluang? K.. L.. U.. Wang... KLuang. Macam pernah dengar tempat ni tapi di mana yerk.
Itu lah ko aku tak pujuk ape² pun ko dah rela kan diri turun Johor ni. So sennag cerita diri ko ni tak boleh nak dipisahkan dengan Johor Darul Ta'zim ni kan. Hehehe.
Janji kau ni memang betul² janji lah. Ko buka jer blog ni tapi tak balas satu apa pun. OKlah aku tau itu salah aku juga sebab tak balas blog ko tu. Tapi dari pada kau buka blog ni apa ada tapi cuba kau buka rumah ko kalo orang puteh kata 'open housez' garenti ada makna nyer untuk member² yang kaki jahanamkan majlis orang (melatak tak ingat).
Apa kata ko, kampung ko meriah sebab sedara ko nak kawin ker... so kalo nak tahun depan meriah juga macam raya tahun ni apa kata ko pulak yang kawin untuk tahun depan. Bagus tak idea spontan aku ni. Mekasih. Hehehe.
Perengan ni gegiler aku nak minta maap kat ko. Kalo boleh setiap ayat yang diakhir dengan nokta nak jer aku taruk perkataan maap. Tapi aku tau maap aku ni tak cukup tanpa menerima kemaafan dari ko. Maap kan aku ok. Maaplah sebab lambat balas blog ni.
Maap juga lah kalo ko rasa tak abestos kawan ngan aku yang bermasalah ni. Kalo ko nak tau kalo boleh hujung rambut aku hingga hujung kaki aku ni berkata... sudah tentu maap juga lah setiapnyer akan katakan kat ko. Tapi kalo ko nak minta duit raya maap sebab raya dah habis setibanyer blog aku ni sampai. Tapi kalo ko nak minta maap sure aku bagi seberapa banyak yang ko nak walaupun raya dah lama habis. Kalo ko nak bagi dosa maap sebab aku tak boleh terima tapi kalo ko nak kurangkan dosa tanpa berkata maap (menolak) sure i'll stand up like a wall by ur side and together-gether with u to decrease ko punyer dosa. Maap sana.. maap sini segala-segalanyer maap tapi aku tak nak raya yang dah lepas ni mendapat gelaran 'Hari raya Maap' tapi aku nak raya yang yang lepas ni menjadi kita lebih bersemangat untuk bertemu lagi pada raya tahun depan. Aku rasa kalo terlalu banyak memberi dan meminta
maap menyebabkan nilai harga untuk satu kemaafan akan berkurang dan menyebabkan perkataan 'maap' yang dilafazkan menjadi perkara main-main seperti apa yang tejadi pada ayat 'insyAllah'. Maap lah kerana apa yang aku mengarut ni tak ada kaitan dalam piawai meminta maap kat ko. Tetiba jer sekarang aku baru terperasan adakah ko boleh terima semua maap aku ni walaupun hari raya untuk kita bermaap²fan dah seminggu kita tinggalkan. Tapi percayalah aku
maafkan ko atas setiap permitaan maap ko tu kat aku. Akirnya berjaya juga aku wujudkan perkataan 'maap' kat setiap ayat yang berakhir dengan nokta pada perenggan ni.
Thank's my preen kerana memberi kata simpati atau apa² yang berada dalam hati ko kepada aku (aku harap ko tabah menghadapi dugaan hidup). Raya ni tak beraya dan tak aku call pun CUTE aku.. entah apsal sebab bila time aku call tapi dia tak ada rumah dan kekadang bila nak call dia aku pulak sibuk. Adakah dia sememang bukan untuk aku. Adakah aku sudah semakin melupakannyer. Atau yang lebih nyata dia sudah melupakan aku. Akhirnya aku aku terpaksa menolak sangkaan aku yang dia pergi untuk temporary tapi menerima pula segala fakta yang dia pergi meninggalkan aku untuk mengajar dan menunjukkan aku apa itu maksud kuciwa (kecewa) setelah dia mengajar dan menunjukkan aku apa itu gumbira (gembira).
Oklah geng. Jangan lupa taruk gambar ko nanti (ape ko ingat aku dah lupe)... hehehe. Ok nanti aku balas lagi blog kalo ada cite best dari aku atau balas apa² blog ko yang is coming nanti. "I have a pen, my pen is blue... I have a preen, my preen is you". Happy New Year 2005. Macam tak cayer aku akan berada dalam tahun 2005, insyAllah.
Assalamualaikum..
Letih aku menaip blog untuk ko so jangan kacau aku nak lepak sambil layan lagu favorite aku ni... ko bagi tau sedara-sedara ko jangan kacau aku dan lepas tu kau bagi tau sedara kau tu suruh bagitau kawan-kawan diorang jangan kacau aku dan lepas tu kau bagi tau kawan² sedara kau tu suruh sedara² diorang jangan kacau aku sebab aku nak tido dan lepas tu kauuuuuuu... ZZZZzzzzzz... (Akhirnya aku tertido sebelum sempat habis membaca oder yang panjang aku tulis untuk ko)
Please 4give me (Ampunkan Aku) ~ Def-Geb-C
Redup matamu
Memandang wajahku
Jangan menangis
Memang benar dulu
Kunci hatiku
Ada padamu
Ohh..
Aku kembali
Dimatamu kini
Bukan kerana kamu
Bukan niatku
Melara hatimu
Usah khuatir
Jika hadirku melukai hati
Maaf ku pohon abadi
Kini dihatiku satu puteri
Yang pasti bukannya kamu
Korus:
Ampunkan aku
Seandainya engkau menangis lagi
Ampunkan aku
Memang aku bukan lelaki dulu
Ampunkan aku
Seandainya engkau masih merindu
Ampunkan aku
Mendung ini pasti akan berlalu
Redup matamu
Memandang wajahku
Jangan menangis
Redup matamu
Memandang wajahku
Jangan menangis
Kita lewati
Saat Kau dan Aku
Leka menari
Ampunkan aku
Seandainya engkau
Menangis lagi
Ampunkan aku
Memang aku bukan lelaki dulu
Ampunkan aku
Seandainya engkau masih merindu
Ampunkan aku
Mendung ini pasti akan berlalu



0 Comments:
Post a Comment
<< Home