Tuesday, October 17, 2006

SeLaMaT HaRi GhAyO


Assalamualaikum….

Alhamdulillah.. dengan atas kehendakNYA kita hampir berjaya menghabiskan bulan yang penuh keberkatan ini.. Dengan izinNYA juga kita akan menyambut Bulan kemeriahan/kemenangan umat islam iaitu bulan Syawal.. setelah banyak dugaan yang kita tempuh sepanjang bulan keberkatan ini.. Alhamdulillah… Alhamdulillah… (cewahh cam ustazah tak aku? ) uuhuhuhhu…

Wah.. tahun ni kau memang dah berubah laa yerk jeff.. alhamdulillah… bagus laa.. untuk kebaikkan kau juga.. bukan bermakna sebelum ni kau jahat.. tak mungkin aku berpk begitu.. kau sebelum ni pun baik.. kalau tak camner kau leh jadi kawan baik aku kan? Cuma kau dah berubah kepada yang lebih baik.. itu yang aku rasa cam nak nangis dan terharu tu.. dan apa yang aku baca.. kau sedang menghala kearah kematangan berfk.. bukan sebelum ni kau tak matang.. Cuma skang kau lebih matang… bagus laa. Aku sebagai kawan baik kau sentiasa mendoakan kebaikkan buat kawan2 aku.. termasuk laa kau.. kawan baik aku..

Aku tahun ni… biasa2 jerk.. seperti tahun2 biasa ( aku ni pandai cakap kau bagus berubah,.. aku sendiri takder perubahan.. kekekeke.. hampeh kan aku?) Cuma tahun ni aku tak balik raya.. aku akan beraya di kl. Sebabnya mak pak aku taknak balik.. almaklumlaa mak ngan pak aku tahun ni nak gi haji.. so.. dia tunggu surat tarikh nak pegi dari tabung haji.. baru laa makpak aku balik.. sebabnya mak aku kata.. selagi tak dapat surat tarikh tu.. mak aku taknak balik kg.. sebab malas nak menjawab soalan2 yang bakal di Tanya oleh sedara mara kat kampong…… soalannya ialah “ eh.. kau bila nak pegi haji.. tak dapat surat lagi ker?tak pegi tanya ker? dan macam2 soalan lagi yang mungkin mak ngan pak aku tak terlarat nak menjawabnya.. so baik makpak aku dok diam kat KL.. kekke..kelakarkan reason mak pak aku ni? Hehehe.. aku sebagai anak.. ikut jerlaa cakap mak pak aku.. kang jadi anak durhaka lak aku..

Dan tahun ni.. mana ada yang baru.. cam tu gak la.. Cuma mak aku laa sibuk bising suruh aku pi tempah baju aku.. aku sendiri tak kisah nak pakai baju lama. Ntah mak aku.. dia bising.. sebabnya maybe kot dia nak ajak aku pi tengok bakal besan dia kot.. kekeke… perasan jerk aku kan? Nanti malulaa mak aku depan bakal besan dia kalau aku pakai selekeh2.. hhehehe.. agaknya laa.. sebab mak aku dah ada bagi hint nak pegi umah bakal mak mertua aku.. kekek ( ceh aku ni.. belum apa2 dah perasan jadi bakal mak mertua).. tapi tak tau laa jadi ker tak.. aku ni pun cuak gak nak pi jumpa mak dia.. first time tu… mana tak takut.. uhuhuh.. mintak2 laa takjadi pegi sebabnya aku belum bersedia daa.. kekekeke.. amin..

Ok laa.. aku rasa sampai sini jerlaa kot aku berbebel.. kang kalau aku tak berenti kang.. mau sampai 800 m/s lak kau kene baca.. kekekeke..

Disini aku nak mengambil kesempatan laa nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR…(aku rasa dari segi batin aku ngan kau takder kene mengena kot.. kekeke.. )

Disini aku sertakan kad raya.. kau bukan nak kasik kad raya.. kudukut.,.. uuhhuuh.. aku punya kad raya lawo tak..? hehehehe…..

Comel lote kan.. tu aku ngan kau laa tu.. friendship forever… uhuhuhuh

0 Comments:

Post a Comment

<< Home