Tuesday, May 30, 2006

Semoga Tabah Menghadapinya....

Assalamualakaikum….

Rasa simpati terus timbul bila baca blog kau tu… seolah2 cam drama lak aku baca.. kesian kau.. banyak tul dugaan kau sejak menjak ni.. aku “saspek” kat kau kerana tabah menghadapi dugaan hidup.. maybe Allah nak kifarah dosa2 yang lalu.. maka Allah duga kau dengan pelbagai cara seperti yang ada di dalam ayat AL – Quran surah AL Ankaabut (Ayat 2 hingga 3)

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”

Cukup laa sepatah dua kata sokongan aku kepada kau.. sebab aku ni bukan tero sangat bab2 bagi nasihat ni.. huuhuh… berbalik pada cita kau tu.. kenapa kau tak masukkan ajer dalam tv.... kau buat laporan mengatakan polis daerah kau ni sambil lewa dengan keselamatan penduduk setempat.. agaknya kalau ada orang mati barulaa polis2 ni nak amik tindakan yang betul.. apo bodoh punya polis daa… aku rasa mamat pencuri tu dah usha lama dah tempat kau.. dia tau agaknya kau selalu tinggal bapa orang…. time bila rumah tu takder orang n semuanya laa,..tu yang dia berani amik tindakan tu… saspen sungguh aku baca blog kau kali ni.. macam tak caya jerk yang member aku kene rampuk ngan perampuk.. aku harap kau cepat2 laa cari tempat tinggal lain.. kalau dah kawasan tu dah di cop kawasan “senang merompak” oleh para perompak…….bahaya.. lagi satu kalau kau nak menyiasat sendiri pun.. hati2 laa.. jangan laa sampai membahayakan diri kau plak..
Bagus laa kalau kau nak cari keje lain.. yang kawasan dia ada ciri2 keselamatan yang tinggi sikit.. keje leh cari beb.. nyawa sekali jer Allah kasi pinjam.. pastu dah takleh nak pulang balik dah…

Aku doakan semoga lepas ni kau akan berada dalam lindunganNYA.. insyaAllah.. dan aku berdoa supaya orang yang bersalah merampuk kau tu ditangkap dan di bicara secara adil…

Tentang masalah aku yang aku tak jadi cerita kat kau tu.. kau takyah laa pkkan sangat.. aku ni memang camni.. bab2 masalah besar dalam hidup aku.. aku susah gila nak cerita kat orang.. biarlaa hanya aku dan ALLAH saja yang tahu… aku rasa lebih tenang dengan cara tu… aku bukan tak percaya kat kau.. lebih dari percaya aku percaya kat kau (* apa kes daa ayat aku ) Cuma perangai aku memang camni.. kau jarangkan tengok aku taip masalah2 peribadi aku kat sini.. dari situ pun kau dapat agak aku ni camner kan? walau sebesar mana pun masalah aku.. aku suka settlekan sendiri.. hatta dengan famili aku pun aku tak pernah berkungsi masalah.. lelebih lagi masalah yang terlalu peribadi buat aku.. dengan BF aku pun aku tak kungsi masalah ni.. huuhu.. aku ni memang hati batu.. ego aku tinggi sikit.. aku selalu pk aku buleh settle kan masalah aku sendiri.. dan alhamdulillah segalanya aku buleh settle kan dengan sendiri… lepas ni kau jangan rasa yang kau juga taknak kungsi masalah kau ngan aku.. kalau kau rasa nak kungsi masalah2 kau.. aku berlapang dada untuk memberi pendapat… apa guna kawan kan????

Terima kasih laa kau amik berat ngan masalah member kau ni.. aku terharu gak.. dalam kau banyak masalah kau masih lagi nak mengambil berat masalah orang… kau tak perlu laa terasa hati atau terkilan atau mengkelan dengan tindakan aku memadam blog aku.. masa tu memang aku rasa nak luahkan masalah aku.. sebab masa tu aku memang takleh tahan sesangat.. time aku taip tu pun aku dok nangis.. time aku dok syok nak menaip meluahkan perasaan aku.. tetiba aku rasa macam ada orang menampar aku supaya aku stop untuk menaip.. aku pun tak tau kenapa… tetiba kekuatan aku datang.. dan aku nampak cara nak mensettlekan masalah aku.. itu yang aku rasa terbantut terus untuk menaip.. tapi memang betull. Time aku tak ada niat nak luahkan perasaan sedih aku kat blog tu.. pueh aku dok pk camner nak settlekan masalah tu.. berhari2 aku dok nangis memikirkan masalah aku.. tapi aku ni memang bijak dalam berlakon.. tak sorang pun kawan aku perasaan tentang perubahan aku ni… aku ni memang pakar laa bab berlakon ni.. leh dapat award laa.. hatta famili n BF aku pun tak perasan.. punya laa hebat aku menahan perasaan… tapi bila aku sendiri jer.. aku akan tertekan dan menangis menangis menangis…….. sampai laa aku terasa nak menaip dan luahkan masalah aku kat blog …tapi itulaa seperti yang aku ceritakan.. time aku taip kat blog tu laa aku dapat kekuatan.. aku rasa sebab aku memang dah janji dengan diri aku dan ALLAH bahawa aku taknak cerita masalah ni kat orang lain.. itu agaknya ALLAH menggerakkan hati aku supaya tidak menceritakan kepada sesiapa pun.

Walau camner pun kau tak perlu laa risau ok? ok laa sampai sini jer laa kot aku nak bagi tau kau… aku pon tak tahu nak cita apa kat kau lagi.. nanti kalau kau dah dapat keje baru kau bagi tau laa aku.. ok?
Semoga kau sukses sentiasa di bawah lindunganNYA.. amin…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home