Suratan dan Kebetulan
Assalamualaikum... Azah...
Kemana kah sahabat aku yang sorang ni. Cerita satu hari pun tak ada dalam blog ni. Kekadang tu aku terpikir2 gak. Adakah aku yang bersalah dalam hal ni. Aku tau lah aku ni tak lah sekerap mana pun nak menatap blog ni tapi aku amat menghargai apa yang telah lama kita buat ni. Kekadang dalam keseorang aku melayan perasaan kat bilik hostel, aku teringat gak kat semua kawan yang aku kenal dalam hidup aku selama ni. Ada yang baru aku kenal dan tak lupa juga ada yang lama dah aku kenal. Tapi semua nyer aku remind balik dalam kepala otak aku termasuk ko Azzah.
Tapi tak apalah kita kenal pun just dalam blog ni jer ek. Ko mungkin tak berapa kenal aku sangat betul tak? Mana tau aku ni serial killer ke atau pejuang jihad yang memperjuangkan keadilan umat Islam. So ko pun tak tau kan. Tapi walau apa pun life style hidup aku, aku tetap manusia biasa yang memerlukan orang lain untuk meneruskan resam hidup seorang khalifah dunia.
Raya Aidilfitri tahun ni pun dah nak habis. Cute dah 2 bulan tak dapat aku hubungi sampai sekarang. Entah kenapa dia cuba menjauhkan diri dari aku atau kawan2 lama esspecially lelaki macam aku. Aku tahu sakit hati dia sebab aku pernah sakit macam mana hati ni bila kehilangan seseorang yang kita suka, cinta dan sayang. Tapi bagai mana nak aku luahkan perasaan ni dengan sebetul2 cara kepada dia agar dia memahami yang aku merindui dia sampai sekarang. Erm... tak apalah aku serahkan segalanyer kepada takdir dan suratan Tuhan.
Sekarang ni aku akan mempersiapkan diri. Tapi apa pula tujuan aku seterusnyer. Aku rasa pejam celik- pejam celik umur aku dah tambah satu tahun lagi. Memang betul lah kata kawan aku bila kita dah berkerja dan dah menjakau umur lebih 20 an semua yang kita rasa masa ni macam cepat jer. So yang mensi-siakan umur hidupnyer macam tu jer tanpa tujuan akan pasti akan menyesali sikap mereka yang tak berguna tu. Aku pun tak mahu mensia-sia kan hidup aku yang sementara ni. Baik aku perbanyakkan amal ibadat. Tapi aku masih still tak dapat makna sebetul2 nyer dalam hidup aku ni. Selagi satu perkara tak aku lengkapkan dalam hidup aku, dari itulah aku akan rasa hidup aku tak sempurna lagi. Cute miss u always.
Oklah Azzah ada satu cerita untuk ko mempercayai aku. Tapi masih tak ada fakta lagi untuk mengukuhkan lagi cerita aku ni. Tapi yang hanya boleh bagi tau ko adalah... aku ada seorang Adeq angkat yang usia perkenalan kami sama dengan usia perkenalanaku dengan Cute. Tapi yang bezanya kat sini, aku kenal Adeq angkat aku ni just dalam cyber macam perkenal aku dengan ko ni lah. Tapi yang mengembirakan aku ialah kami still berhubung macam dulu lagi dan cuma sekali jer berjumpa. Itu pun masa dia dok melawat kat sekolah sains muar.Walaupun kluang tu jauh dari bandar muar tapi aku sanggup datang untuk berjumpa Adeq angkat aku tu. Sebab tu aku amat merhargai persahabatan dengan Adeq angkat aku ni. Dia pun salah sorang kaunselor tak berbayar aku. Tapi aku tau kalo banyak sangat masalah tak bersettle sampai sekarang , kauselor pun naik bosan. So sebab tu aku dah tak bangkitkan sangat hubungan aku dengan Cute kepadanye. Dia tahu hubungan aku ngan Cute ada masalah cuma aku jer banyak cover2 hubungan aku ni. Kekadang aku pun bosan kenapa aku boleh jadi setia tak bertempat. Kenapa aku tak boleh jadi seperti prinsip cute yang keras macam batu tu...Cute ni lahir dalam mood apa gaknyer ek.Kawan2 dia pun tak pernah jumper kawan yang sekeras prinsip hidupnya ni. Apalah aku ni Cute sana, Cute sini... Cute... cute...cute yang asyik aku bualkan. Sebenarnya aku pun keras jugak ek. Degil... stubborn and watever lah.
Ah... forget it. Aku saja ceritakan semua ni sebab aku pun taktau nak cerita apa kat ko sebenarnya. Aku harap ko tak kesah lah yer. Hehehe. Kekadang aku ni boleh jadi sensitif orang nyer. 4 'S' terhadap aku ialah ... 1. Stubbon,2.simple,3.straight and the last thing is 4.sensitive. Itu jer yang aku rasa benda yang boleh di kaitkan tentang aku. Hehehe. Bulan ni (December) aku dah nak kena bayar loan yang aku telah gunakan sepanjang pengajian aku kat Politek. 2014 baru settle. Bulan lepas plak baru settlekan loan PTPTN yang aku ada pinjam satu sem iaitu aku decided bayar sekaligus sebab tak nak ada interess. Itu pun just satu sem sebab tu aku decided bayar sekali gus. Tapi Abis gak duit simpanan aku untuk beli something (rm3400). Tapi settle satu masalah. Hehehe. Okalah Azah... hari nak hujan ni sekarang... takut plak pc ni rosak lagi hehehehe. Ceritalah kat aku apa yang ko nak ceritakan. Aku tetap akan baca sebab kita pun just nak berbual-bualkan. Itulah matlamat blog kita ni. Miss u my friend. Assalamualaiku terima lah lagu khas aku tatapka untuk ko.
Sekarang laptop aku dah betul boleh lah aku balas blog ko selalu. Hehehe. 
Ini pun menggantikan Pc abang aku yang sampai sekarang tengah aku mengkaji macam mana nak betulkan nyer. Hemmm...
Suratan Atau Kebetulan
Artis: Kenny, Remy & Martin
Suratan Atau Kebetulan
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
(Korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
(Korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untukmenyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
(Ulang dari korus 1 & 2)
Lagu: Suratan Atau Kebetulan
Komposer: Kenny Tay
Lirik: Habsah Hassan
Artis: Kenny, Remy & Martin
©The New Straits Times Press (M) Berhad



0 Comments:
Post a Comment
<< Home