Dugaan Allah Jangan Dikeluhkan...

Assalamualaikum...
Aku tahu yang aku terlambat nak ajak ko celebrate besday aku tapi disebalik gembira mendapat ucapan besday dari orang lain.. aku sebenarnya baru sahaja menghadapi sekali lagi dugaan daripada Allah. Takpe kemudia saja aku cerita.
Sebenarnya aku dah terbaca masalah ko yang hendak ko kongsi bersama dengan aku dalam blog ko yang lepas (sebelum blog ucapan besday ni). Tapi bila aku nak balas je blog tu ko sudah padamkannya dan menggantikan dengan blog lain. Kenapa ko padamkan? Apa yang ko segankan atau ko tak caya kat aku. Oklah aku tak nak paksa ko untuk berkongsi masalah ko itu dengan aku tapi aku rasa terkilan gak lah sebab aku dah tau kawan aku ada masalah tapi aku langsung tak memberi sepenuhnya komit pada masalah kawan aku tu. Lain kali jangan lah buat macam ni aku rasa macam ko tak percaya langsung pada aku. apa pun aku bagitau apa yang telah aku baca ek? Ko kata ko dah buat sesuatu yang amat besar kesalahan nya tapi clue yang ko bagi kat aku terlalu sedikit menyebabkan aku tak tahu nak beri pendapat macam mana. Tapi sebesar mana kesalahan itu, perkara iyu dah berlaku so ko perlu mencari ikhtiar menutralkan semula kesalahan itu tapi bukan membiarkan kesalahan ko itu menjadi virus-virus yang boleh membinasakan diri ko sendiri. Bertindah segera sebelum terlambat.
Terima kasih aku ucapkan kepada ko yang sungguh perihatin terhadap kawan ko ini. Sampaikan aku rasa terkilan gak sebab terlupa besday ko tempoh hari. Kesal betul rasanye. Tarima kasih sebab wish besday aku lebih awal daripada orang lain. Aku ingan makcik kerani JPJ tempoh hari yang menjadi orang pertama wish besday aku tapi tak sangka ko sebenarnya menjadi orang pertam itu. Di sebabkan ko kata ko ikhlas me'wish'kan besday aku ni maka jangan lupa mengambil ganjaran kerete merce model E-class di kedai yang ada membuat sale berhampiran tempat keje anda. Hehehe. Terima kasih bebanyak sekali lagi.
Oklah dah tiba masanya aku katakan apa dugaan yang telah aku hadapi daripada Allah tempoh hari. Sebenarnya pada 12/4/06 (sehari selepas hari maulidurasul) aku sebenarnya telah dirompak , disamun atau dipcah masuk hostel aku dengan bersenjatakan parang. Habis harta yang aku kumpul hilang sekelip mata didepan mata aku sendiri. Untuk aku sahaja mengalami kerugian hampir rm8000. Aku hilang laptop, handphone, handycam, jam tangan 2 utas, kasut, wallet yang mengandungi barang2 penting, cash rm500 dalam allet, duit syiling yang aku kumpul tak dapat dipastikan (rasa-rasa banyak gak). Kalo total kerugian satu rumah hampir rm11000.
Aku kene sorang je masa tu. Kawan-kawan aku masa tu ada yang keje dan ada yang balik lambat. Harap jer rumah besar tapi duduk cuma 4 orang je. 2 orang tiap-tiap shift. Yang jadi tak terduga ialah sebab kejadian tu berlaku sebelah siang lebih kurang dalam pukul 9 pagi. Aku sendiri yang dihunus dengan parang dan aku gak sorang2 diikat. Masa tu Tuhan saja yang tau perasaan aku sebab diorang bertiga dan berparang tiap seorang. Yang membuatkan aku rasa nyawa aku tak selamat ialah sebab diorang tak menutup muka dan tak menggunakan sarung tangan pada masa tu. So identiti diorang dah aku kenali. Mengucap panjang aku dibuatnya. Kalo perompak profesional sure nyawa aku boleh melayang sekelip mata jer sebab identiti diorang dah terbongkar. Bak kata orang perpantang mati sebelum ajal. Aku selamat tanpa sebarang kecederaan.
Tapi yang mengecewakan aku ialah dengan tindakan polis yang sambil lewa jer menyelesaikan masalah ni. Mementang lah kita bukan orang yang berkepentingan. Sampai sekarang tak ada berita gembira pun aku dapat daripada tindakkan susulan diorang. Last2 aku amik tindakkan sendiri jer sebab aku seorang yang kenal identiti diorang. So sekarang aku dah dapat satu suspek. Orang nyer penah datang banyak kali sebelum ni tapi aku pulak tak pernah perasan kedatang suspek ke hostel aku sebelum ini. Sekarang masih mencari sebab suspek sejak 2 menjak hilang tanpa berita. Bukan apa aku cuma nak cam betul tak susupek tu terlibat dalam kes aku ni. Bukan apa takut tersalah orang lah pulak. Doa2kan lah aku berjaya menhukum dioran yang bersalah ni.
Tapi yang memeningkan baru2 ni banyak kes pecah rumah berlaku kebelakangan ini tapi entah apa tindakan pihak polis ntah. Makan gaji buta jer nampaknya. Report kat bukit aman baru tau. Pak kal jer aku tak tau seelok belok undang2 civil ni. Kalo tak tau lah nasib korang pihak polis yang makan gaji buta je ni. Geram betul dibuatnya. Itulah dugaan yang aku terima. Disebabkan menyirap aku bagi separuh duit simpanan aku kat mak aku untuk renovate bumbung rumah yang dah rosak. Aku nak lupakan masalah ni cepat2 dan buat kumpulan harta semula secepat mungkin. Aku pun dah tak ada mood nak keje kat situ lagi, ingat tahun depan nak cari keje kat tempat lain. Arrrrrgh....!!!!
Apa nak buat. Lepas satu2 masalah menimpa. Orang yang disayang lari... harta yng disimpan pun ikut hilang juga. SubhanaAllah. Oklah ni pun rasanya lama aku keje menaip ni. Almaklumlah taip macam ayam patuk jagung. Sebijik2. Oklah bawaklah kongsi2 masalah ko yang ko rasa besar kesalahan yang telah ko lakukan dalam blog yang telah ko padamkan tempoh hari. Apa2 hal thanks untuk segala2 nya my friend.... bye Assalaualaikum.
Buat masa sekarang aku suka dengar lagu Dewa19 - Delove. Banyak kali radio era putarkan lagu ni. Sayang betul sebab belum ada orang yang salin lirik dia dalam internet ni. So sorry buat ko lah sebab tak dapat aku attach lirik lagu dia dalam blog kali ni.



0 Comments:
Post a Comment
<< Home