aku tetap disini
Assalamualaikum jeff...
maafkan aku jeff...maafkan aku.... kerana dah lama tak membalas blog yang selama ini menjadi teman sejati aku untuk menjenguknya..( kununyalaa yer muahahah) dan ianya adalah satu2 nyer cara persahabatan kita terjalin ( huh!! ayat aku)...tidak mungkin aku melupakan blog ni... huh aku memang kejam kerana tak membalas2 blog kau...kesibukkan telah mengejar aku untuk menulis blog...ko ingat tulis blog ni main tulis jer ker.....kene pk2 ko tau...kekekeke...aku tau..aku salah..yelaa aku dah mula lupakan kau lak sejak2 aku dah ada yang melekat kat badan aku....( entah apa tah dia pk bila aku cakap camtu) huhuhu jahat aku ni kan jeff..jahat sungguh azaharah..tapi kau jangan ingat aku dah lupakan kau…. tidak..tidak sama sekali aku lupakan kau.. bukan taknak tulis..tapi setiap kali nak tulis pasti ada sahaja halangan yang menimpa... ( harap2 kau percaya cakap pembohong aku ni)...pastu aku bila nak balas blog kau aku kene pk kata2 nasihat dan ransangan yang membolehkan aku bagi kata semangat kat kau...pastu aku kene pk cara penyampaian yang menarik dan memudahkan kau paham apa yang aku nak tulis...tapi aku ni kan apa laa kan setiap kali kene sound ngan kau baru laaa aku nak balas balik blog kan…. isk isk isk… apa nak jadi laa ngan aku ni…..jahat sungguh!!!
Hmm..aku nak tanya perkembangan kau ngan CUTE…. Apa jadi…ada perkembangan positif tak?? ko ngan dia masih seperti dulu ker??
Aku harap sangat andai ada perkembangan positif antara kau dan dia ( perggg!!! Macam tajuk lagu daaa)…
Cara-cara nak pikat perempuan ni aku tak pakar sangat sebabnya aku perempuan so aku tak reti sangat laa cara-caranya..tau2 aku dah suka jerk kat orang…muheheheh..so kalau ko tanya cara-cara nak amik hati perempuan ni susah sikit ler aku nak xplain…lagi satu setiap perempuan atau wanita itu mempunyai perbezaan sifat dan cita rasa.. so susah sikit laa kalau aku nak cakap…kalau ikut kepala aku…andai aku dah suka kat seseorang lelaki itu walaupun dia tidak laa telalu mengambil berat tentang diri aku..aku tetap leh terima..sebab dah sukakan….tapi sesetengah perempuan dia terpikat dengan lelaki kerana sikap amik berat laki tu dekat dia…tak pun ada juga perempuan ni terima lelaki kerana simpati dengan lelaki itu..dan ada juga wanita menerima lelaki sebb dia hencem..ada gak perempuan terima lelaki sebb dia banyak duit dan sebagainya..tapi aku percaya CUTE kau bukan perempuan2 negetif yang aku senaraikan itu…so aku rasa kau lebih memahami dia berbanding aku… kalau kau betul cintakan dia sepatutnya kau dah tau caranya…..kau dah tau apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka….. kau dah tau camner caranya nak mengambil hatinya.. buatkan diri kau special berbanding dengan lelaki2 yang pernah dia kenal… nampakkan berbezaan dan keistimewaan kau berbanding dengan lelaki lain… susah??? So ini laa dikatakan cabaran… tiada hidup yang tiada cabaran.. so sahut laa cabaran tu…
Kaji dengan bijak caranya… kaji tentang sifatnya.. walaupun sebagai kawan atau apa sahaja ambil peluang untuk mengenali diri dia… dan bila kau berjaya kau akan nampak bahawa usaha kau selama ni tak sia2. dan jangan mudah putus asa.. aku akan sentiasa memberi sokongan kepada kau …dan aku percaya kau akan berjaya.. kerana apa aku cakap camtu..kerana aku percaya kat kau dan aku percaya kat keikhlasan hati kau menrima cinta dia…
Dan sekiranya kau dah pun berjaya merai cinta CUTE aku ucapkan CONGRATULATION kepada kau…. dan aku amat bangga kepda kau..
Kau jangan lak kecik ati andai aku dah ketinggalan jauh dengan kes kau ni…. aku pun tak tau perkembangan kau.. so apa2 cerita jer laa kat blog..walaupun aku takder respon tapi sebenarnya aku baca blog Cuma takder masa nak balas jerk.. so ko jangan laa maleh2 nak tulis blog dan ko jangan pk takkan ada orang baca… ok
U are still my best friend… buddies…
Ok laa jeff…ini sahaja yang sempat aku taipkan untuk blog kita..
Apa2 komen or tak pueh hati kasi jer laa aku tau…heheheh
Bye………



0 Comments:
Post a Comment
<< Home